Salam dan selamat sejahtera kepada warga FTC sekalian...
MASALAH
Just nak bagitahu kepada anda semua, disebabkan FTC semakin bertambah-tambah bilangan ahli keluarganya, membuatkan banyak lambakan topik-topik yang dibuka oleh warga FTC dan dibiarkan sebegitu saja tanpa sebarang update dari tuan punya topik.
Contoh yang paling mudah di ruangan
Masalah Cinta. Ramai yang mengutarakan masalah mereka di ruangan tersebut. Tetapi apabila warga FTC yang lain memberikan respon, dan memberikan pertolongan, tuan punya topik tidak pula memberikan maklumbalas terhadap bantuan yang diberikan. Sehinggakan topik tersebut terbiar sebegitu sahaja.
PENYELESAIAN
Jadi, oleh sebab itu, setiap topik yang
tidak aktif dalam masa 45 hari dari tarikh terakhir post dalam topik tersebut, ianya
akan ditutup secara automatik.
Untuk setakat ini, ruangan yang dipantau adalah:
Tetapi, sekiranya tuan punya topik datang semula ke FTC selepas 45 hari dan ingin memberikan maklum balas pada topiknya, beliau boleh menghubungi samada
FTC Administrator ataupun
FTC Crew bagi membuka semula topik tersebut.
Sekian, terima kasih.
-mr teddy.