PDA

View Full Version : Aku, Aqilah dan Air tin



terminite
09-19-2008, 11:17 PM
TERM ADER KISAH YANG MENARIK

Teringat lagi masa sekolah dulu waktu tingkatan 4. Pertama kali ingin merasai cinta. Aku kenal dengan seorang gadis yang comel lemah lembut, berkaca mata, bibir bak angelina jolie heheh, Aqilah namanya. Mulanya memang aku tak perasan kehadirannya dalam hidupku.

Kisah tin bermula semasa,kami ada aktiviti ko kurikulum,setiap kali habis koko kami akan berjumpa. Permulaanya bila aku berjumpa dengannya dia mesti akan belikan 1 air tin untuk dia dan 1 lagi untuk aku. Tanpa berfikir panjang aku terus ambil dan kami berborak mesra dan semakin dan sayang . Aku pun tak tahu kenapa kami tidak bercinta saja.

Hari berganti hari, aku minat pada seorang gadis Azlinda namanya yang lebih jujur dan berterus terang untuk menyukaiku…aku mintak couple dan setuju tetapi Aqilah tak tahu pasal semua ni, dan pada hari terakhir aku jumpa dia, seperti biasa dia akan memberikan aku 1 air tin tetapi kali ni aku menolaknya walaupun dipaksa untuk terima. Aku tak sedar lagi maksud air tin tu. Habis SPM Aqilah terus hilang dalam hidupku, terakhir aku dengar khabar pun dari kad raya yang dia pos.

Hari berganti hati lagi,aku putus cinta dengan Azlinda kerana alasan bodoh yang diberinya mengecewakanku.

Setelah hampir 5 tahun berlalu,terjumpa dengan kawan-kawan sekolah,kami berborak2 panjang, ada la salah seorang kawanku bgtau yg Aqilah memang sukakan aku. Teringat balik kisah aku dengan aku air tin dan Aqilah, barulah aku sedar kesilapanku yang rupa-rupanya setiap kali dia bagi air tin tu ada maksudnya. Setiap kali air tin diberi bermaksud “do you love me?” dan aku akan menerima bermaksud “i do”.tapi kali terakhir Aqilah bagi aku air tin tu..DO YOU LOVE ME? dan aku menolaknya!!

silver_planet
09-19-2008, 11:27 PM
huhu, puas da bace citer nih, huhu...

donatcoklat
09-19-2008, 11:52 PM
ooo ade maksud tersirat di sebalik pemberian air tin tu...dahla nama aqilah sama nama ngan adik donat...pastu terminite tak cuba cri aqilah?

silver_planet
09-19-2008, 11:57 PM
rase terminite nih pempuan ler donat, huhu...n rase nih bukan citer pasal diri dier, huhu...

donatcoklat
09-20-2008, 12:02 AM
ops donat silap eh?kira nk share cite jela ek?tapi cam slh umah ni...patutnya kat artikel cinta

silver_planet
09-20-2008, 12:07 AM
erm, haah ea??/cam tak baper kene laks kat cini...takut ade yang kompius nt...

donatcoklat
09-20-2008, 12:09 AM
donat pindahkanla...tkut ade yg jdk cam donat

terminite
09-22-2008, 09:58 AM
yup..nie term nak kongsi jer...bukan kisah term....jgn salah anggap plak..term male lah...tak tau maner nak letak tread nie...bubuh jer kat cinie....so moderator bleh arrr..pindahkan ke tread yang sesuai

donatcoklat
09-23-2008, 10:00 AM
donat dah pindahkan pun...ni baru btol umah dia...:D