PDA

View Full Version : kENALI JENIS2 LELAKI



Nurul
01-16-2008, 01:43 PM
Sukar untuk mengenali hati budi seseorang namun kamu mungkin boleh meramal sifat atau perangai seseorang menerusi perlakuan hariannya. Ruangan kali ini memberi peluang kepada pembaca untuk menilai dan memahami ciri-ciri lelaki tertentu sekadar untuk panduan agar kamu lebih memahami kehendak dan kemahuan insan yang bergelar lelaki. Mungkin ada yang sedang memerhati rentak lelaki idamannya dalam diam... ha, kaedah ini mungkin boleh membantu kamu menilainya!


LELAKI TAKUT KOMITMEN

Personaliti:
Bukan tiada teman istimewa, ada kalanya hubungan yang terjalin antara dia dan teman istimewanya bertahun-tahun lamanya! Namun keinginan untuk membina sebarang ikatan rasmi tidak pernah wujud dalam dirinya. Karier dan kehidupan sosialnya sering menjadi keutamaan dalam hidup. Tidak hairanlah sekiranya individu yang tergolong dalam kategori ini memiliki ramai teman.

Kesimpulannya:
Sekiranya dia mempamerkan antara sikap begitu, dia dikatakan seorang yang tak boleh dipercayai sangat apa yang diucapkan pada kamu. Mungkin hari ini dia melafazkan kata suka pada mu tapi beberapa minggu kemudian, dia seolah-olah tak mengenali kamu selama ini! Dalam erti kata yang sebenarnya, dia masih belum bersedia untuk menjalinkan komitmen dengan mana-mana gadis buat masa itu.


LELAKI RASIONAL

Personaliti:
Keperibadian mereka tergambar menerusi penampilan luarannya. Semangat yang tinggi dan komited terhadap kerja memperlihatkan sikap rajin mereka itu. Ramai yang beranggapan lelaki dalam kategori ini berpewatakan serius dan sukar untuk diajak bergurau kerana sikap tekun yang wujud dalam dirinya itu. Selain itu mereka suka memendam perasaan dan kerana sikapnya itu kadangkala dia berubah menjadi seorang yang agak pemarah.

Kesimpulannya:
Biarpun kelihatan seakan dibebani dengan pelbagai tugasan namun lelaki yang tergolong dalam kategori ini sentiasa bersemangat dan gigih berusaha demi mencapai kejayaan. Pemikiran rasional menjadikan mereka individu yang positif. Percayalah, lelaki rasional ini boleh diharap dan bersedia melaksanakan tanggungjawab mereka itu tanpa sebarang halangan. Keluarga adalah segala-galanya bagi mereka ini.


LELAKI KONSERVATIF

Personaliti:
Pemikiran dan perwatakannya konservatif memperlihatkan dirinya serba sederhana. Sikapnya yang gemar memerintah dan sentiasa berfikir bahawa seorang lelaki perlu dihormati dan disanjung memperlihatkan sifat egonya yang agak tinggi. Dari sudut positif yang ada pada diri individu yang tergolong dalam kategori lelaki konservatif ini, mereka bijak mengatur perbelanjaannya.

Kesimpulannya:
Berfikiran matang dan bersedia memikul tanggungjawab menjadikan diri mereka mampu bertindak sebagai pemimpin dan ketua. Bagi lelaki konservatif ini, mereka sering mencari pasangan yang mampu memberikan ketenangan dalam hidupnya.


LELAKI HIPOKRIT

Personaliti:
Ego dan gemar mementingkan diri sendiri adalah sifat utama yang ada dalam diri mereka. Berlakon dan gemar berpura-pura menjadi mainan rasmi dalam hidupnya. Mereka juga gemar mengambil kesempatan atau menindas orang lain demi untuk kepentingan dirinya sendiri. Awas!

Kesimpulannya:
Sememangnya lelaki sebegini harus dijauhi. Sikap hipokrit dan gemar berpura-pura membuktikan bahawa dia juga seorang penipu! Jangan mudah terpengaruh dengan rupa paras dan kemewahan yang dimiliki!


LELAKI ANTI PEREMPUAN

Personaliti:
Sering memberi kritikan terhadap golongan wanita dan beranggapan wanita sering menyusahkan dan membebankan mereka! Sikap tidak gemarkan kanak-kanak juga boleh dilihat dengan jelas dalam diri mereka. Sebaliknya mereka gemar menghabiskan masa dengan mengumpul sesuatu benda sebagai koleksi peribadi.

Kesimpulannya:
Jangan salah tafsir terhadap individu yang sedemikian. Hakikatnya mereka juga mempunyai teman istimewanya sendiri, namun di sebalik sikapnya itu tersembunyi suatu perkara yang sukar untuk dijangka. Mereka mempergunakan wanita untuk kepentingannya sendiri! AWAS dengan lelaki sebegini kerana mangsa mereka adalah wanita yang mampu menuruti segala kehendaknya.


LELAKI PLAYBOY

Personaliti:
Sentiasa berpenampilan menarik dan peka terhadap perkembangan dunia fesyen semasa. Secara tidak langsung mereka bijak mengguna kelebihan yang mereka miliki itu untuk memenangi hati individu yang mereka suka. Karisma yang ada dalam diri menjadikan mereka sering mendapat perhatian! Bukan itu sahaja, malah mereka memang bersifat romantis dan mulut ‘manis'.

Kesimpulannya:
Menyentuh soal komitmen, itu adalah isu yang paling digeruni oleh individu dari golongan ini. Sebaliknya mereka lebih gemar berseronok dan mendampingi ramai wanita dalam satu masa kerana bagi diri mereka ia adalah satu kelebihan istimewa yang ada dalam dirinya.


LELAKI BERWAWASAN

Personaliti:
Biarpun dia seorang yang pendiam namun individu di sekelilingnya mudah tertarik dengan sikap itu. Lelaki sebegini sering melahirkan idea yang rasional dan logik. Fokus utama dalam hidupnya adalah kerjaya dan ada kalanya ada yang beranggapan lelaki sebegini terlalu mementingkan kerja dari yang lain. Dia juga pentingkan kesempurnaan termasuk dalam memilih pasangan hidup. Kebanyakan mereka juga tidak suka terikat dengan komitmen terlalu awal.

Kesimpulannya:
Wajar kamu cuba menghampiri individu sebegini. Sikapnya yang berwawasan dan berfikiran jauh ternyata mampu menjamin masa hadapan. Pasangan yang paling sesuai untuk individu sebegini adalah wanita yang bijak berdikari kerana kesibukannya memaksa pasangannya untuk berdiri di atas kaki sendiri, namun ini tidaklah bermaksud dia akan melupakan terus tanggungjawabnya sebagai seorang lelaki.

Alang
02-01-2008, 12:45 PM
dia cukup selamba..bersahaja..kelakar..romantis dan manja..

tp jodoh kami xkesampaian...

Nurul
02-04-2008, 12:58 PM
kenapa nk kenang lagi cinta yang dah lepas....

silentbob_roy
02-04-2008, 01:35 PM
itulah ramai lagi lelaki better than him...kat forum nie byk yg bujang2 lagik
hehehe

Nurul
02-04-2008, 02:21 PM
promote diri ka silentbob??huhuhu

silentbob_roy
02-04-2008, 02:39 PM
hehehe manede nurul nie. tu budak2 lain tu. kiter org biase2 saja. enggak ada pa2

Nurul
02-04-2008, 02:53 PM
hah...nk gtau dia bujang la tu..bujang pun ada mcm2 kategori tau..hehehe

silentbob_roy
02-04-2008, 03:03 PM
hehehe ish mane tau bujang nie.... ye ke tak tau plak cek ingat bujang trang tang tang jek

Nurul
02-04-2008, 03:13 PM
eh ada....bujang terlajak??huahuahua.

silentbob_roy
02-04-2008, 03:26 PM
hoohoo hoo ha'ah btol btol btol. kire sy nie blom lagik terlajak kot insyaAllah hehehe

Nurul
02-04-2008, 03:27 PM
umo silentbob ni brapa yerk??

silentbob_roy
02-04-2008, 03:29 PM
muder lagik.... bawah 30 atas 25. umo nurul?

Nurul
02-04-2008, 03:34 PM
nurul lagi la muda...atas 20 bwh 25...

silentbob_roy
02-04-2008, 03:36 PM
hooo ok2 takde mude sangat tu. dah belia dah tu

Nurul
02-04-2008, 03:43 PM
dh bleh mengundi dh....i/c pun dh ada..hoho

silentbob_roy
02-04-2008, 03:45 PM
hehehehhe adoi ye ye. tu lah saye pon leh ngudi nie. nurul nie kedah dok mane?

Nurul
02-04-2008, 03:54 PM
kedah dok mana>ar....kulim ja..tau tak?

silentbob_roy
02-04-2008, 03:58 PM
hui kulim hehehe kampung kat kulim gak kat kampung terap on the way nak pi serdang

Nurul
02-04-2008, 04:05 PM
iye?abeh skg dok mana?

silentbob_roy
02-04-2008, 04:15 PM
skang kat kl, keje cyberjaya skang nie. baru last week balik kulim hehe

Nurul
02-04-2008, 04:21 PM
lah...ntah2 kita pnh selisih bahu..hehe
beh ka dok KL?nurul ni smpai skg tak pnh2 kuar kedah..
hikhik.jgn gelak! malu loh...

silentbob_roy
02-04-2008, 04:28 PM
itulah dok pi pasar kat stesen bas tu. hehehe. kl nie penuh ngan cabaran tu jek. if want to work here, nurul kene buat study dulu. saye kalau boleh nak je keje kat kedah tu sane makan pon murah, kalau nak shopping pon murah. sini sumer mahai. so kene pandai survive and pandai bergaul ngan org. salah bergaul abis....and satu lagik dok sini kene kuatkan iman supaya tak mudah terpengaruh.

takpe takde mende nak dimalukan. nurul kalau ade mase skali skala turun kl. dok je kedah tu best per

Nurul
02-04-2008, 04:32 PM
aik..mana tau nurul slalu p market kt stesen bas nih??hehe.yala..mmg nk dok sini pun...lgpun nurul takut la dok sana..yela,org ckp dok sana byk cabaran...tmbah2 lak skg ni bola kedah tgh beh.apa lagi....lagi takmo kuar kedah lah..hak3...

silentbob_roy
02-04-2008, 04:37 PM
heheh selalu pi beli barang kat pasar tu pagi2 pi beli roti canai. pergh kedah mantap bola beb. seronok giler

Nurul
02-04-2008, 04:41 PM
beli roti canai kt mana?kt kedai tepi jalan tu eh?tapi kn market skg pindah buat smntara sebab skg depa tgh baik pulih market tu.nmpk la skit market.kalo tak nmpk mcm rumah reban.huhuhu.

ha'ah..bola beh tul..baru pusingan pertama...selangor dok ikut rapat nih...bahaya..

silentbob_roy
02-04-2008, 04:43 PM
haah beli kat situ. itulah tapi sy memang sronok kalau balik kampung. itulah tapi takpe nurul kedah tetap mantap

dulu pernah duduk kat sg petani 4 tahun.

Nurul
02-04-2008, 05:09 PM
dok kt SP napa?keja kt sana?

silentbob_roy
02-05-2008, 11:18 AM
takde ayah sy nie army officer so byk pindah randah. lepas dok sp pindah sabah plak dok sane 3 tahun. mcm kaum nomad pindah sane sini

Alang
02-05-2008, 08:28 PM
ada ke kata cam kaum normad..xpatut tul silentbob ni...


ntah2 kita pnh selisih bahu..hehe


ermmmm..mungkin gak,kan?

Nurul
02-05-2008, 11:30 PM
yela alang.....dunia ni kecik ja...

silentbob_roy
02-05-2008, 11:48 PM
itulah alang skang nie keje mane?

Nurul
02-06-2008, 12:09 AM
umo alang brapa ek...

silentbob_roy
02-06-2008, 12:11 AM
tgk nak tanyer jugak kasi org tanyer dulu sebok je nak tanyer :p

Nurul
02-06-2008, 12:14 AM
:p amoih2....bior la...tp..takpa2..biar la silenbob tanya dulu..nurul tanya skg.... :))

silentbob_roy
02-06-2008, 12:15 AM
hoooo mcm tu ek takpe takpe hari nie dier menang tunggu nnt sure alang jwb soalan aku 1st heheheh

Nurul
02-06-2008, 12:18 AM
tak aih....alang,kita bespren kn...jwb la soalan nurul 1st...nanti nurul blanja aiskrim yerk?hehehe

silentbob_roy
02-06-2008, 12:21 AM
eleh bespren....tapi takpe nurul dok kedah kiter ngan alang dok dekat alang jwb soalan kiter 1st kiter blanje eskrem 2 litter

Nurul
02-06-2008, 12:22 AM
mana aci silentbob cuba merasuah... :p

silentbob_roy
02-06-2008, 12:29 AM
eleh dier rasuah dulu.....tgk alang dier tak nak ngaku dier rasuah alang dulu

aci ade kat batu caves nuh

Nurul
02-06-2008, 12:32 AM
nurul tak rasuah...nurul belanja..kn alang kn...ai mn tau aci kt batu caves nih...besfren silentbob eh..huhuhu

silentbob_roy
02-06-2008, 12:37 AM
ha'ah ade sorang kawan kat batu caves tu mane tau? dier selalu guide pi climbing blakang batu caves tu

eleh same je tu janji nurul tak leh nak blanje alang hehehehe

Nurul
02-06-2008, 12:38 AM
apa lak...belum cuba belum tao.....

silentbob_roy
02-06-2008, 12:41 AM
takpe nurul leh hanta pos laju eskrem kat alang ek

Nurul
02-06-2008, 12:44 AM
:p elok2 dh smpai kt alang,alang bleh minum mcm air kotak ja...:p

silentbob_roy
02-11-2008, 11:07 AM
so pendek ceriter nurul tak leh rasuah alang

Nurul
02-11-2008, 03:20 PM
nurul bagi bnda len lak...eleh silent nih...alang tak ckp apa dia ja pndai2...huhuhu

silentbob_roy
02-11-2008, 04:17 PM
org tau alang nak ckp ape nnt. bg je ape2 hehehe

Nurul
02-11-2008, 05:03 PM
eleh...yo yo or ja dia...hehehe

silentbob_roy
02-11-2008, 09:51 PM
nurul plak "blank"

Nurul
02-12-2008, 12:38 PM
apsal pggil nurul blank eh?teruk ar dia ni...eeeeiiiii gram tol...huh

silentbob_roy
02-12-2008, 02:41 PM
eee geramnyer eeeiiiii geram geram geram

Nurul
02-12-2008, 02:53 PM
huh......wweeekkk!!! nk kuar ar cam gini..

silentbob_roy
02-12-2008, 03:08 PM
alololololololo.....org main2 jek ek

Nurul
02-12-2008, 03:30 PM
:p tau tkut.....:-"

silentbob_roy
02-12-2008, 03:42 PM
mane de takut....kiter tau hati pompuan nie fragile sikit. so kene kasi ruang sket

Alang
02-13-2008, 07:43 PM
kemana alang g ada jerr nurul ngan silentbob..sure dah xleh dipisahkan noo..

silentbob_roy
02-14-2008, 09:56 AM
ish mane de....alang pi mane jumper kiter berduer nie? hehehehhe

Nurul
02-14-2008, 04:33 PM
:p ha'ah....jmpa km kuar dating ka?hak3...merepek tol...cuma mgkin kami ni penghias forum kot..hak3... :))

silentbob_roy
02-14-2008, 04:45 PM
tulah kalau tak nnt berabuk forum nie penuh sarang labah2

Nurul
02-14-2008, 04:53 PM
uish...jgn ckp mcm tu..terasa lak nanti mr teddy n mrs teddy...

silentbob_roy
02-14-2008, 04:53 PM
ha'ah ek depa tu owner pon tak online lame.....takpe depa blajaq lagi

Nurul
02-14-2008, 04:54 PM
rindu la kt depa tuh...

silentbob_roy
02-14-2008, 04:55 PM
takpe kang2 onlinelah tu

Nurul
02-14-2008, 04:56 PM
bilanya nk online....takpa la..silentbob ada... hehe

silentbob_roy
02-14-2008, 05:04 PM
heheheh....alang ade sha ade

Nurul
02-14-2008, 05:09 PM
eh alang mana ar....

silentbob_roy
02-14-2008, 05:17 PM
tah alang alang menyeluk pekasam biaq sampai ke pangkat lengan kot

Alang
02-17-2008, 04:52 PM
eh alang mana ar....

kejap ada..kejap ilang..
cam iklan lak,kan?

silentbob_roy
02-17-2008, 05:14 PM
bukan iklan mcm biskut

Alang
02-18-2008, 01:50 PM
1 - 0..

terkena lagi...

:d

silentbob_roy
02-18-2008, 04:38 PM
nampaknyer silentbob mendahului dgn 1 gol

Alang
02-19-2008, 06:46 PM
perasan lah...............

Nurul
02-21-2008, 03:10 PM
eleh...setakat gol tu pun nk kecoh 1 forum silentbob nih...huhuhu

silentbob_roy
02-22-2008, 12:15 PM
eleh jeleslah tu

Nurul
02-22-2008, 11:46 PM
hehehehe..tak jeles heh...

Alang
02-28-2008, 07:41 PM
jangan terpedaya ngan lelaki yang selalu berlakon..sebba diorg dah masuk jd pelakon terbaik..

ArabellaNatashaSyafiqah
06-09-2008, 03:14 AM
heee...dgn yika x mungkin kot...sebab kat seberang :D

Eta_mas
09-29-2010, 01:53 PM
LELAKI PLAYBOY

Personaliti:
Sentiasa berpenampilan menarik dan peka terhadap perkembangan dunia fesyen semasa. Secara tidak langsung mereka bijak mengguna kelebihan yang mereka miliki itu untuk memenangi hati individu yang mereka suka. Karisma yang ada dalam diri menjadikan mereka sering mendapat perhatian! Bukan itu sahaja, malah mereka memang bersifat romantis dan mulut ‘manis'.

Kesimpulannya:
Menyentuh soal komitmen, itu adalah isu yang paling digeruni oleh individu dari golongan ini. Sebaliknya mereka lebih gemar berseronok dan mendampingi ramai wanita dalam satu masa kerana bagi diri mereka ia adalah satu kelebihan istimewa yang ada dalam dirinya.


LELAKI BERWAWASAN

Personaliti:
Biarpun dia seorang yang pendiam namun individu di sekelilingnya mudah tertarik dengan sikap itu. Lelaki sebegini sering melahirkan idea yang rasional dan logik. Fokus utama dalam hidupnya adalah kerjaya dan ada kalanya ada yang beranggapan lelaki sebegini terlalu mementingkan kerja dari yang lain. Dia juga pentingkan kesempurnaan termasuk dalam memilih pasangan hidup. Kebanyakan mereka juga tidak suka terikat dengan komitmen terlalu awal.

Kesimpulannya:
Wajar kamu cuba menghampiri individu sebegini. Sikapnya yang berwawasan dan berfikiran jauh ternyata mampu menjamin masa hadapan. Pasangan yang paling sesuai untuk individu sebegini adalah wanita yang bijak berdikari kerana kesibukannya memaksa pasangannya untuk berdiri di atas kaki sendiri, namun ini tidaklah bermaksud dia akan melupakan terus tanggungjawabnya sebagai seorang lelaki.

huhu...2 ciri-ciri yang berbeza...!:)