PDA

View Full Version : Sempurnakah dirimu???andai.....



budak degil
08-28-2008, 03:55 PM
Jangankan lelaki biasa, Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita,
Tanpa mereka, akal fikiran dan perasaan lelaki akan resah,
Masih mencari walau ada segalanya,
Apa yang tiada dalam syurga?
Namun Adam tetap rindukan Hawa,
Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok,
Untuk diluruskan oleh lelaki,

Tapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus,
Mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus,
Luruskan wanita dengan jalan yang ditunjukkan oleh Allah,
Kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah,
Didiklah mereka dengan panduan dari-Nya,

Jangan jinakkan mereka dengan harta,
Kerana dengannya mereka akan liar,
Jangan hiburkan mereka dengan kecantikkan,
Nantinya mereka akan derita,
Kenalkan mereka dengan zat Allah yang kekal,
Disitulan punca kekuatan dunia,

Akal senipis rambutnya, tebalkan ia dengan ilmu,
Hati serapuh kaca, tebalkan ia dengan iman,
Perasaan selembut sutera, hiasilah ianya dengan akhlak,
Suburkanlah kerana dari situ nantinya.......
Mereka akan lihat nilaian dan keadilan Ilahi,

Bisikkan ke telinga mereka, kelembutan bukan kelemahan,
Ia bukan dikriminasi Allah, sebaliknya disitulah kasih sayang Allah,
Wanita yang lupa hakikat kejadiannya, pasti tidak akan terhibur,
Dan tidak akan menghiburkan tanpa iman, ilmu, dan akhlak,
Mereka tidak akan lurus, malah semakin membengkok,
Itulah hakikatnya andai wanita tidak mengenal Rabbnya,

Bila wanita jadi derhaka, pasti dunia lelaki huru-hara,
Lelaki pula jangan mengharap semata-mata, tapi binalah kepimpinan,
Pastikan sebelum wanita menuju Ilahi..........
Pimpinlah diri kepadaNya.....jinakkan diri kepada Allah,
Nescaya akan jinaklah segala-galanya dibawah pimpinanmu,
Jangan mengharap isteri semulia Siti Fatimah,
Seandainya dirimu tidak sehebat Saidina Ali....


mengapa mencari teman SECANTIK "RATU BALQIS", andai diri tidak SEHEBAT "SULAIMAN"????
mengapa mengharap teman SETAMPAN "YUSOF", jika kasih tidak SETULUS "ZULAIKHA"????
tidak perlu mencari teman SETEGUH "IBRAHIM", andai diri TIDAK SETABAH "SITI HAJAR"???
dan mengapa didamba teman HIDUP SESEMPURNA "MUHAMMAD", jika diri tak setanding "SITI KHADIJAH"...@};-@};-:x;;)8->

bimbinglah dirinya dan terimalah kekurangannya itu SEBAGAI KEUNIKAN,
carilah KEBAIKAN pada dirinya,
bersyukur kerana dipertemukan dengannya dan berdoalah "DIA MILIK KITA pasangan kamu lah yg menerima & melengkapi kelemahan serta kekurangan kamu~~~
insafi diri, hargai mereka yg menyayangi kamu...;;):x;))

silver_planet
08-28-2008, 10:53 PM
smpurnakan ler diri sendiri, sebelum nk cari owang yang lebih baik dari kita...
senang citer, cari ler owng yang akan jadikan diri kita ini menjadi yang lebih baik, huhu...

sha
08-29-2008, 12:07 AM
x perlu mencari seseorang yang sempurna utk menjadi teman..
cukuplah mempunyai seorang teman yang menjadikan kite sempurna apb bersamanye..:)

budak degil
09-05-2008, 10:21 PM
heehheeh....betol2...:x;;)@};-;))

syaoran
09-06-2008, 03:17 PM
Hidup seorang lelaki akan menjadi sempurna bila seseorang wanita hadir dalam hidupnya....begitu juga dgn wanita...sama2 saling memerlukan....hargailah apa yg tlah dianugerahkan.......:D

SayangSelasih
09-29-2008, 07:50 PM
tidak ada yg sempurna hanya DIA yg MAHA ESA

silver_planet
10-02-2008, 12:17 PM
x perlu mencari seseorang yang sempurna utk menjadi teman..
cukuplah mempunyai seorang teman yang menjadikan kite sempurna apb bersamanye..:)

yup, thats the spirit...huhu...
maner nk jumpe owang yang akan wat kita sempurna nih yea??huhu..

BEE
10-02-2008, 05:07 PM
x perlu mencari seseorang yang sempurna utk menjadi teman..
Cukuplah mempunyai seorang teman yang menjadikan kite sempurna apb bersamanye..:)

setuju ngan sha....

donatcoklat
10-08-2008, 09:41 AM
yup, thats the spirit...huhu...
maner nk jumpe owang yang akan wat kita sempurna nih yea??huhu..
mungkin ade di sini...who knows...


x perlu mencari seseorang yang sempurna utk menjadi teman..
cukuplah mempunyai seorang teman yang menjadikan kite sempurna apb bersamanye..:)
yup teman yang melengkapkan diri kita...dgn kelebihan yg ade pada dirinya;))

BEE
10-08-2008, 04:49 PM
Mana sha ek..lamanye cuti