PDA

View Full Version : Biola Kehidupan



Alang
01-11-2008, 09:14 PM
Berilah cinta tanpa meminta balasan dan kita akan menemui cinta yang
jauh lebih indah.

Amat mudah memadamkan api yang sedang marak, tetapi sukar untuk meredamkan api kemarahan dalam diri.

Kata-kata itu sebenarnya tidak mempunyai makna untuk menjelaskan perasaan. Manusia boleh membentuk seribu kata-kata, seribu bahasa. Tapi
kata-kata bukan bukti unggulnya perasaan.

Setiap jiwa yang dilahirkan telah tertanam dengan benih untuk mencapai keunggulan hidup. Tatapi benih itu tak akan tumbuh seandainya tidak bajak
dengan "keberanian".

Sahabat yang tidak jujur ibarat dapur yang berhampiran. Jikalau pun kamu tidak terkena jelaganya sudah pasti akan terkena asapnya.

Akal itu menteri yang menasihati, Hati itu ialah raja yang menentukan
Harta itu satu tamu yang akan berangkat Kesenangan itu satu masa yang ditinggalkan.

Barang siapa memusuhi orang yang dibawahnya, hilang kewibawaannya.

Hidup biarlah berbakti, walaupun tidak dipuji

Keikhlasan itu umpama seekor semut diatas batu yang hitam dimalam yang amat kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat

Sesuatu yang baik, belum tentu benar, sesuatu yang benar, belum tentu baik, sesuatu yang bagus, belum tentu berharga, sesuatu yang berharga/berguna, belum tentu bagus

Jangan abaikan permintaan orang, kalau tidak mau permintaan kamu diabaikan orang

Emas diuji dengan api, wanita diuji dengan emas dan lelaki diuji dengan wanita

Kepala yang tidak mempunyai fikiran sama halnya dengan sebuah benteng yang tidak dibela--Napoleon Bonaparte

Setiap yang kita lakukan biarlah jujur karena kejujuran itu terlalu penting dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup senantiasa menjadi mainan orang.

Jangan tertarik kepada seseorang karana parasnya, sebab keelokan paras dapat menyesatkan. Jangan pula tertarik kepada kekayaannya karena kekayaan dapat musnah. Tertarik lah kepada seseorang yang dapat membuatmu tersenyum, kerana hanya senyum yang dapat membuat hari-hari yang gelap menjadi Cerah.

Masa depan yang cerah selalu tergantung pada masa lalu yang dilupakan.Kita tidak dapat meneruskan hidup dengan baik jika tidak dapat melupakan kegagalan dan sakit hati di masa lalu.

Kehidupan ini dipenuhi dengan seribu macam kemanisan tetapi untuk mencapainya perlu seribu macam "pengorbanan".

Alang
01-11-2008, 09:29 PM
Mudah untuk kata ...'AKU CINTA PADAMU..
Sukar realisasikannya...

CINTA OHH CINTA...
keranamu aku sengsara

ArabellaNatashaSyafiqah
06-09-2008, 03:17 AM
CINTA xsengsara...CINTA indah dan asyik.. Bile takde jodoh, Manusia xleh trime..tu yg dinamakan sengsara..

colorputih
06-24-2008, 04:02 PM
Jangan di lafazkan perkataan CINTA sekiranya kamu belum memahami apa itu cinta. Tapi lakukanlah sesuatu perkara itu yang menghala ke arah cinta.

cromosom-xy
06-25-2008, 02:09 AM
cinta itu suatu tangungjawab yg berat selepas perkahwinan

colorputih
06-25-2008, 09:23 AM
bukan sahaja selepas tapi juga dalam perkahwnan