PDA

View Full Version : Mengawal Perasaan Pasangan Yang Cemburu & Atasi Sifat Cemburu



dieda
04-24-2011, 03:04 PM
Tip Mengawal Keadaan Pasangan Yang Cemburu

1. Jika pasangan kamu mula menunjukkan rasa cemburu, jangan terbawa-bawa dengan sifatnya itu. Mungkin kamu tidak perlu menjawab setiap soalannya. Lebih baik berdiam diri saja daripada terus menyemarakkan kemarahannya.

2. Terima hakikat bahawa dia tidak berniat untuk melukai hati kamu. Mungkin ini sifat semulajadinya dan jangan ambil hati.

3. Cuba sedaya upaya kamu untuk membina keyakinan diri. Puji dia jika perlu. Minta nasihatnya dan salurkan rasa cinta kamu.

4. Jangan berfoya-foya dengan wanita/lelaki lain. Ini hanya membuatkan situasi lebih sukar. Apa yang dia perlukan adalah sokongan yang berterusan.

5. Berbincang dengan pasangan tentang perasaan cemburunya.

Atasi Sifat Cemburu

1. Hormati perasaan pasangan kamu. Dia juga mempunyai hak untuk menilai kecantikan wanita/lelaki lain.

2. Bagi diri sendiri masa untuk mengatasinya. Jika kita memang seorang yang cemburu, usah berharap kamu boleh berubah dalam masa yang singkat.

3. Tuliskan apa perasaan kamu apabila kamu merasa cemburu. Marah? Tidak tentu arah? Menangis? Geram? Rasa malu? Adakah kamu ingin meneruskan hidup kamu dengan cara ini? Jika jawapannya tidak, maka berubahlah segera.

4. Cuba fikirkan bagaimana cemburu kamu meledak. Adakah adil kamu menyisihkan si dia daripada orang lain? Bukannya sesuatu yang teruk andainya dia senyum dengan orang lain.

5. Bina keyakinan diri. Kita mungkin rasa tidak selamat jika bergantung kepada si dia. Luaskan persahabatan dengan orang lain.



p/s : setiap perubahan yang kita mahukan tak kira lah dalam diri kita atau orang lain..
ianya perlu lah datang dari NIAT yang IKKLAS dan JUJUR , tanpa dua perkara tu mustahil utk kita menjadi yang lebih baik dari semalam , apa apa pun kalau kita sayangkan pasangan kita tu.. tak salah utk kita belajar menjadi yang lebih baik kan , walaupun memang diketahui tiada manusia yang sempurna , berusaha adalah lebih baik dari melihat sajer ,,:)

zahra
04-24-2011, 03:20 PM
hehe..nice tips la sis..boleh implement ni..:)tq 4 sharing kak..

1. Jika pasangan kamu mula menunjukkan rasa cemburu, jangan terbawa-bawa dengan sifatnya itu. Mungkin kamu tidak perlu menjawab setiap soalannya. Lebih baik berdiam diri saja daripada terus menyemarakkan kemarahannya

sangat betul:D

dolphin
04-24-2011, 06:28 PM
1. Jika pasangan kamu mula menunjukkan rasa cemburu, jangan terbawa-bawa dengan sifatnya itu. Mungkin kamu tidak perlu menjawab setiap soalannya. Lebih baik berdiam diri saja daripada terus menyemarakkan kemarahannya.

yes..lebih baik berdiam diri..lynkn jer ape dia ckp..he3

yankumi
04-25-2011, 08:56 AM
dulu sblm kawen..dear memg sgt cemburu...dan sifat cemburunya itu kdg2 kelakar..
mcm kalo kuar dgn kawan2..bila balik dia akan tnya 'td kuar ada sape2 minta no fon, ada org main2 mata ker?'
then..kumi ckp jer pd dia..'hmmm..ada, pas2 bg no fon, no fon umah dan alamat umah sekali dkt org tue..senang dia nk dtg umah nti..'
ok...pas2 dear xkn cp pe2 ag dh hehehehehehe....

cemburu dr pasangan nie ada cara nk atasinya..dan ia perlu sesuai dgn pasangan kita...
perlu bijak dlm menanganinya..agar x berlarutan cemburu itu..

dolphin
04-25-2011, 06:16 PM
2. Terima hakikat bahawa dia tidak berniat untuk melukai hati kamu. Mungkin ini sifat semulajadinya dan jangan ambil hati.

mybh pn agk byk jgk cemburunye..tp dh paham sgt perangainye yg 1 tu..kdg2 best jgk..he3

Kinky Girl
05-04-2011, 05:50 PM
kinky ade rase cemburu baru2 ni .bf titibe rapat dgn ofismate die 2 org yang lebih cantik..kurus dan seksi..T_T..dan bile bersama diorang lebih bnyk bergelak ketawe ngn bf kinky...jd ptt ke cemburu lam situasi ni..?
tapi dr inisiatif sendiri kinky motivate diri yang kinky ade kelebihan lain dr dorang..dan harap bf kinky nampak itu sume..so akhirnye..bf kinky elakkan terlalu rapat ngn dorang...nasib baik kinky sabar.....