View Full Version : ~ Ternyata Ku Perlukan Cinta ~
mawar putih
03-20-2011, 12:59 PM
BAB 1
Kedengaran alunan azan di masjid berdekatan. Gembira sungguh hari ini kerana insan yang dirindui akan pulang dari luar negara atas urusan syarikat. Huraiyah Hannani sibuk bersiap, sebentar lagi bakal mertuanya akan datang untuk bersama-sama menjemput tunangnya di airport.
“Nak pakai baju apa ek?” Aku mengeluarkan semua koleksi baju lalu diletakkan di atas katil.
“Nak pakai baju warna coklat or purple?ermm…”
“Nanny dari tadi aku tengok kau ni kejap pakai baju tu kejap pakai baju ni, kalah model tau!! hahaha”.
‘sesuka hati jek panggil aku ‘nanny’. Minah ni memang kejap-kejap panggil aku Nani kejap-kejap ‘nanny’. Sabar je la….’ Bisik hati Huraiyah Hannani.
Izzati memerli Huraiyah Hannani sambil mengekek gelakkannya. Memang tidak dinafikan sahabatnya itu cantik persis model. Walaupun tidak setinggi model di luar sana kerana Huraiyah Hannani gadis kecil molek yang hanya mempunyai ketinggian 150cm tapi dia memiliki seraut wajah yang bersih dari sebarang jerawat serta cukup manis dan ayu. Berkulit cerah pula tu.
“Kau ni Ati, tak kan tak tau hari ni kan sayang aku, Izzul balik dari Dubai…aku rindu sangat-sangat kat dia tauk? dia kata dia ada hadiah special untuk aku…ni excited ni..tak moh jealous ok..” aku tergelak.
“apa-apa je lah…malas aku nak layan kau, lebih baik aku tengok tv…”
Izzati berlenggang kangkung menuruni tangga sambil makan chipsmore yang tidak lekang dari tangannya.
Akhirnya Huraiyah Hannani memilih baju berwarna coklat dan dipadankan dengan seluar slack hitam dan selendang berwarna cream.Wajahnya dialasi dengan bedak tipis dan sedikit lip gloss supaya bibirnya tidak kering. Selendang dililit kemas dan disematkan dengan Brooch pemberian Izzul semasa hari pertunangan mereka.
Pin!!pin!! Kedengaran bunyi hon kereta diluar. Kelihatan Dato’ Yusof bersama Datin Yuslina di dalam kereta. Di tempat duduk belakang kelihatan Zarina, satu-satunya anak perempuan tunggal mereka. Dato’ Yusof dan Datin Yuslina dikurniakan dua orang anak iaitu Izzul Zuhairi dan Zarina Alina. Anaknya Izzul sudah ditunangkan dengan Huraiyah Hannani bulan lepas.
Jika tiada aral melintang pada bulan hadapan mereka akan disatukan pada tarikh 7 november. Huraiyah Hannani dilahirkan, pada 7 haribulan 10 manakala Izzul Zuhairi dilahirkan pada 7 haribulan 12 maka 7 haribulan adalah hari yang bermakna bagi mereka. Zarina Alina pula masih menyambung pelajarannya di luar negara dan kini sedang bercuti.
“yuhuuu princess, your ‘future’ parent dah smpai nak jemput tuan puteri….tak lambat ke ni? bukan ke Izzul sampai pukul 8.00 pg? sekarang dah pukul 9.15 pagi chek…” jerit Izzati.
“Ok tuan puteri dah siap ni, tah la mama kata pergi lewat sikit. Dayang tak nak ikut sekali?”
“Tak mengapa lah Tuan Puteriku sayang, dayang sibuk ni jap gi nk gi
date…”
“Beta mahu berangkat dulu ya…dayang minggu ni beta balik rumah bonda beta ya! dadaaaaa dayangku sayang”
mawar putih
03-20-2011, 01:01 PM
Setibanya disana Huraiyah Hannani singgah di sebuah kedai coklat yang berhampiran dan membeli sekotak coklat yang bekasnya berbentuk hati untuk dihadiahkan kepada seseorang yang amat bermakna dalam hidupnya iaitu Izzul Zuhairi.
“ni saje kak?”tanya seorang perempuan muda yang menjaga kaunter pembayaran.
“ya ni saje…bungkus dengan pembalut hadiah ye…”jawab aku.
Sedang aku leka membayar dan aku dikejutkan dengan satu suara yang kuat dan suara itu seperti suara mama iaitu Datin Yuslina. Aku terus bergegas ke situ..
“mama?” , jerit aku.
Kelihatan mama meraung-raung seperti orang histeria. Ramai yang berkerumun di situ. Ada juga diantara mereka yang menangis. Lalu Huraiyah Hannani bertanya kepada Zarina, adik Izzul.
“ina kenapa ni? Kenapa semua menangis? ape yang dah jadi?”,
“Kak…abang izzul kak…abang izzul…”, Zarina menangis teresak-esak
“Kenapa dengan abang Izzul, Ina? kenapa?”, Huraiyah Hannani agak cemas sambil menggoncang-goncangkan bahu Zarina.
“Abang, kak….abang….abang dah tinggal kan kita kak…dia dah pergi...pergi buat selama-lamanya…”
Lalu Zarina Alina memeluk Huraiyah Hannani dan menangis teresak-esak dibahunya.
“apa Ina ckp ni? Ina bergurau dengan akak ye?”
soalan itu diajukan adalah untuk menyedapkan hatinya saja. Huraiyah Hannani rasa seolah-olah jantungnya gugur ke bumi saat Zarina Alina mengatakan Izzul telah pergi.
“Betul kak…Ina tak tipu…Abang Izzul dah meninggal kerana nahas kapal terbang…” kata Zarina sambil memegang erat bahu Huraiyah Hannani.
“Astarfirullahhalazim! Ya Allah!...” Huraiyah Hannani seolah olah tidak percaya dengan apa yang diucapkan oleh Zarina. Air mata yang bertakung pecah lalu membasahi wajah Huraiyah Hannani, dia merasakan seolah-olah kakinya tidak berpijak di bumi lagi.
“Innalillahiwainnailaihirojiun……….” , hanya itu yang terlafaz di bibirnya.
Dia solah-olah buntu dan sukar untuk menerima semua ini.Tiba-tiba dia lari meninggalkan mereka, membawa hatinya yang lara. Dato’ Yusof, Datin Yuslina dan Zarina agak terkejut dgn tindakan drastiknya.
“Abang kenapa abang tinggalkn Nani bang…kenapa? kenapa?”
Sedang Huraiyah Hannani berlari, dengan tidak semena-menanya dia terlanggar seorang pemuda sehingga semua barangnya terjatuh. Aduh!
‘hish perempuan ni tak nampak ke!’ngomel Amir Ikmal di dalam hatinya.
Amir Ikmal terkejut apabila terpandang gadis di hadapannya.
‘Aik? nangis pulak…nak kata aku marah tak de..’ngomel Amir Ikmal dalam hati.
“cik…cik kenapa?” tanya Amir Ikmal ramah.
Tetapi Huraiyah Hannani tetap membisu. Dengan tidak semena-mena Huraiyah Hannani berlalu terus pergi tanpa mengucap apa-apa…Amir Ikmal agak bingung melihat gadis itu terus pergi.
“cik!!cik!!cik...!!” jerit Amir Ikmal….
“Kau ni kenapa Mir? terpekik-pekik…” tanya Hakim sahabat karibnya.
“Ni ha…handphone dia terjatuh masa dia lari tadi..”
“Handphone siapa ni?” soal Hakim
“Tadi masa aku tolak troli, tiba-tiba je de sorang perempuan mana tah langgar aku. Aku tengok dia nangis tadi, ada problem kot...pas tu dia terus blah je…”
“Dah la jom balik kau pun penatkan baru balik dari oversea…”
“Ala releks la…jom gi minum dulu…”jawab Amir Ikmal
“Aku ok je…tapi kau belanja la..macam biasa…hehe” Hakim tersengih. Selalunya kalau mereka keluar makan atau minum Amir Ikmal yang slalu belanja. Apa lagi naik lemak la.
“Ok..jom! rezeki jangan ditolak” sambung Hakim lagi.
zahra
03-21-2011, 01:45 AM
:)wah..wawa dah mula coret cerpen nampaknya..hehe..gud start..continue lagi eh..
p/s: dah lame tak dew new story kat thread ni..
mawar putih
03-21-2011, 12:02 PM
BAB 2
Huraiyah Hannani merenung cawan yang berisi air capuccino di hadapannya.
“C-A-P-U-C-C-I-N-O….”
Sememangnya air ini mengandungi makna yang tersirat di dalam hidup insan yang bernama Huraiyah Hannani dan Izzul Zuhairi. Ia mengingatkan Huraiyah Hannani dengan kejadian 2 tahun dulu………semasa di CoffeHouse…
“oops….I’m so sorry miss…saya tak sengaja.”
kata seorang pemuda yang telah menumpahkan air capuccino ke baju Huraiyah Hannani.
“Tak..tak..salah saya yang jalan tak tengok depan…habis baju awak pun kotor”
kata Huraiyah Hannani sambil mengeluarkan sapu tangan lalu mengelap baju pemuda yang sudah kotor dan basah itu.
Pemuda itu hanya memandang Huraiyah Hannani sambil tersenyum, geli hatinya melihat gadis jelita dihadapannya sedang kelam kabut mengelap bajunya.
“Sudahlah, tak mengapa…kita sama-sama salah, baju pun sama-sama kotor… apa kata kita order air baru dan minum sama-sama nak?”
Huraiyah Hannani tidak mahu mengecilkan hati pemuda tersebut lalu mengangguk. Mereka duduk di salah satu meja kosong yang terletak di hujung CoffeHouse itu.
“ermm….saya Izzul Zuhairi…just call me Izzul…” kata pemuda itu sambil melemparkan senyuman manis kepada Huraiyah Hannani setelah lama mereka menyepi.
‘Alah sweetnya mamat ni bila senyum, suara dia pun aduhai….cair aku macam ni kalau duduk lama kat sini..’ Huraiyah Hannani bermonolog.
“emm…and you..?” kata Izzul sambil melayang-layangkan tangannya apabila mendapati gadis dihadapannya diam seribu bahasa sambil merenungnya.
“sa…sa..saya… Hu..Hurai..yah Han..Hanna..ni ….u can call me Nani…” balas Huraiyah Hannani tergagap-gagap lalu menyisip air bagi menyembunyi perasaan malunya.
‘ish apa kena aku nih! Gagap la pulak wat malu je…Nani cover sikit…kau jangan nak buat drma lawak pulak kat sini’
Izzul memandang gadis di hadapannya yang mukanya sudah kemerahan.
‘Ish mamat nih jangan la tenung-tenung aku cam tuh! segan la…Eh..!da pkul berapa ni? ha! dah pkul 3! aduh mati aku abah suruh datang kat Marriot Hotel pukul 3 sebab client dari Arab Saudi datang. Kacau daun betul la….aku baru nak kenal-kenal dengan mamat hensem nih. Haih, melepas la aku!’ Huraiyah Hannani bermonolog lagi.
“Ermm...Izzul saya ada hal ni…so I got to go..” kata Huraiyah Hannani sambil melihat jamnya. Mereka bertukar nombor telefon masing-masing lalu Huraiyah Hannani pergi. Izzul Zuhairi hanya memandang dari jauh pemergian Huraiyah Hannani yang tergesa-gesa.
“Kak Nani…?” sapa Zarina dan secara tak langsung mematikan lamunan Huraiyah Hannani tentang kenangan lalu yang terindah dalam hidupnya.
“Ya…Ina..?”
“Mama dengan papa dah nak balik, nak uruskan pengkebumian arwah abang… tadi Ina call akak tapi tak ada orang angkat.”
Dato’ Yusof dan Datin Yuslina lebih senang jika aku memanggil mereka mama dan papa.
“Bateri abis kot….” balas Huraiyah Hannani acuh tak acuh.
“Jom la balik kak…mama dengan papa dah tunggu tuh.”
“Ina balik dulu ye, akak perlukan masa untuk bersendirian…”
“Ok la kalau macam tu…sabar ye kak…mungkin ada hikmah disebalik kematian abang Izzul…” Zarina sudah mula menitiskan air mata.
“Ina akak redha dgn pemergian abang Izzul…sudah ketentuan Allah. Ina pun jangan la menangis macam ni nanti akak pun nangis jugak.”
“Baiklah kak….Ina balik dulu ye kak…akak hati-hati balik ye.”
“Ye lah. Ina pun hati-hati ye…jaga mama..kirim salam kat mama dan papa” kata Huraiyah Hannani.
Zarina mengangguk lalu pergi.
mawar putih
03-21-2011, 12:04 PM
“Kita nak duduk mana Mir?” soal Hakim kepada Amir Ikmal.
“Ermm…tuh kat depan perempuan yang pakai selendang cream tu” balas Amir Ikmal
Mereka mengambil tempat dan mengorder minuman.
“Dah selesai hal kau kat Dubai tu?” soal Hakim.
“Dah…aku dah settlekan dengan Izzul. Esok aku ada meeting dengan Uncle Yusof dengan Izzul sebab ni syarikat perkongsian antara papa aku dengan papa Izzul, so kami sebagai anak yang menguruskan bapa kitorang memantau je.”
“Ha! cakap pasal Izzul kenapa korang tak balik sama? Bukan ke korang pergi sana sama-sama?”
“Tiket flight aku hilang, tercicir agaknya. Masa aku beli tiket baru, flight kitorang tak sama. Flight Izzul awal dari aku tu pasal kitorang berpecah.Tapi yang aku pelik dia tak call aku pun dah sampai ke belum patutnya dia sampai 3 jam awal dari aku.”
“Excited jumpa tunang la tu…” kata Hakim sambil ketawa.
“Kau pernah jumpa tunang Izzul?” soal Amir Ikmal
“Tak pernah pulak…kenapa?”
“Tak ada la…masa kat Dubai dulu dia selalu cerita dengan aku pasal tunang dia. Baik orangnya, cantik, pemalu pulak tu…”
“Hahahaha..” Hakim ketawa apabila Amir menyebut ‘pemalu pulak tu’.
“Tapi ada satu hal yang aku pelik, semalam sebelum kami pergi airport masa selepas solat maghrib die cakap sesuatu kat aku. Memori semalam singgah di mindanya.
“Mir…”sapa Izzul.
“ya…Zul?”jawab Amir Ikmal sambil melipat sejadah.
“Kalau apa-apa jadi kat aku, atau kalau dah sampai masanya aku pulang menemui Ilahi, kau tengok-tengokkan mama dengan papa aku. Aku harap sangat tunang aku akan jumpa orang sebaik kau Mir, kalau kau jadi suami Nani lagi aku suka sebab aku tahu kau mampu menjaga ,membahagiakan dia dan yang paling penting kau mampu membimbing dia. Aku percaya dengan kau Mir kau lah sahabat baik aku dunia akhirat.”
“Zul apa kau cakap ni? Tak ada apa yang akan jadi kat kau. Esok kita akan sampai Malaysia kau akan jumpa family dan tunang kau. Dah jangan merapu lagi.”
Perkara inilah yang membuat hati Amir Ikmal gelisah dengan sikap sahabat baiknya itu.
Agak lama Amir Ikmal dan Hakim diam seribu bahasa.
“Eh! cuba kau tengok perempuan kat belakang kau tu…” kata Amir Ikmal sambil menunjuk ke arah seorang gadis yang sedang duduk di meja belakang Hakim.
“Kenapa?”soal Hakim.
“Aku rasa macam pernah nampak la perempuan ni….” jawab Amir Ikmal.
“Hakim kau tunggu aku kat kereta, kejap lagi aku menyusul.”
Hakim mengangguk dan terus berlalu.
Huraiyah Hannani mengeluarkan dompetnya untuk membayar minuman. Secara tidak langsung dia terpandang sepasang pasangan yang tersenyum bahagia di dalam gambar yang disimpan rapi dalam dompetnya. Pasangan itu adalah dia bersama dengan Izzul.
“Abang……”
Huraiyah Hannani menangis dengan sepenuh hati. Air mata yang cuba ditahan mengalir dengan deras membasahi wajah putih mulusnya sekali lagi. Huraiyah Hannani mengeluarkan gambar dari dompetnya lalu membawa gambar itu ke dadanya.
“Abang..Nani rindukan abang...rindukan gelak tawa abang, senyuman abang, usikan abang….semuanya Nani rindukan…kenapa terlalu cepat abang pergi? kenapa abang pergi semasa perasaan sayang dan cinta ini yang terlalu mendalam kepada abang?”
Huraiyah Hannani menarik nafas sedalam yang mungkin supaya dia lebih tenang.
‘Huraiyah Hannani kau seorang yang kuat! kau mesti tabah menghadapi ujian ini, kau mesti redha dan terima qada’ dan qadar yang telah ditentukan sejak azali lagi. Mungkin ada hikmah disebalik apa yang terjadi ’ Huraiyah Hannani bermonolog sambil memejamkan matanya.
dieda
03-21-2011, 01:17 PM
wawa wat cerpen????OMG!!!
yankumi
03-21-2011, 02:14 PM
excited nk baca lagi...cont plz... :)
mawar putih
03-21-2011, 02:30 PM
wawa wat cerpen????OMG!!!
wakakaka....terkezut....:D
excited nk baca lagi...cont plz... :)
nnti wawa update lg cite ni ye...tungguuuuuu.....:D
samaratungga
03-21-2011, 02:41 PM
kak wawa,,
ni true story ker,,,,,
lavender90
03-21-2011, 07:05 PM
kak wawa,,
ni true story ker,,,,,
huh samm....jgn!!!!
dye bukan kakak awak ponnn...
huh!
samaratungga
03-21-2011, 08:24 PM
huh samm....jgn!!!!
dye bukan kakak awak ponnn...
huh!
la,,,
abistu,,,,
mana kakak aku??
lavender90
03-21-2011, 09:19 PM
la,,,
abistu,,,,
mana kakak aku??
tu hah...
k.zahrah ker...
kumi ker...
si wawa ni adek2 ler...
huh....
mawar putih
03-21-2011, 09:33 PM
tok sah la korang dua gaduh kat sni yek....xkesah la adk ke kakak ke...hahaha :D
dieda
03-21-2011, 09:47 PM
kak wawa bila nk cont. ini cte,,
xsabar2 nk baca ni(stetement plastik)
samaratungga
03-21-2011, 09:47 PM
tok sah la korang dua gaduh kat sni yek....xkesah la adk ke kakak ke...hahaha :D
yer la kita tau ni thread kak wawa hehee
die nyer thread kemain die samak 7 kali pakai air (kasi bersih)
thread orang die gi kacau sampai berhabuk :-D
mawar putih
03-21-2011, 09:48 PM
kak wawa bila nk cont. ini cte,,
xsabar2 nk baca ni(stetement plastik)
haper....hang pnggil kte kak??? OMG!
nnti la cont....mybe esk....kahkahkah
plastik btoi....
samaratungga
03-21-2011, 09:52 PM
ngaku je la kak wawa
badan dan besar panjang camtu xkan nak panggil adik?
dieda
03-21-2011, 09:53 PM
nnt cite xbersmbung,,,
merapu jek lebih kat sini,,
sj jek ks tauukk,,
mawar putih
03-21-2011, 09:56 PM
udah2 korg ni...nnti den smbung cite ni lg....
zahra
03-22-2011, 11:54 AM
:)continue lagi yew wawa..teringat macam some1 punya cite..
mawar putih
03-22-2011, 01:13 PM
“Assalamualaikum…”
Kedengaran satu suara yang hinggap di telinga Huraiyah Hannani. Lalu dia membuka matanya.
“Waalaikumussalam…ya encik?”
balas Huraiyah Hannani apabila terpandang seorang lelaki sedang menarik kerusi lalu duduk dihadapannya. Pantas dia menyeka air matanya.
“Saya Amir…Amir Ikhmal” Amir Ikmal perkenalkan dirinya lalu duduk di hadapan gadis manis itu.
“Saya Hannani ….panggil saja Nani ” balas Huraiyah Hannani.
‘Sama pulak macam nama tunang Izzul…Cuma nama tunang Izzul ada Huraiyah didepannya. Alah apa yang nak dihairankan ramai orang yang nama Hannani.’ Amir Ikmal berkata di dalam hatinya.
Amir Ikmal tahu pasti ada sesuatu yang membuat gadis dihadapannya ini muram sahaja.
“Maaf…kalau tak salah saya awak ni perempuan yang terlanggar saya tadi kan?”
“Ermm….” Huraiyah Hannani berfikir sejenak lalu dia teringat inilah pemuda yang dilanggarnya tadi. Dia agak segan kerana dia tidak mohon maaf kerana melanggar pemuda itu sehingga barangnya jatuh. Tolong kemaskan balik pun tidak.
“Oh ya..saya minta maaf kerana terlanggar awak tadi.” balas Huraiyah Hannani
“Oh…tak mengapa..ermm..awak okey ke? mata awak basah, bengkak pulak tu. awak nangis ke?”
Huraiyah Hannani hanya mendiamkan diri. Peristiwa kematian arwah Izzul terbayang di minda.
“Maaflah kalau saya ni masuk campur hal peribadi awak…sebenarnya saya nak pulangkan....”
Tidak sempat Amir Ikmal menghabiskan ayatnya aku memotong..
“tak adalah…awak tak masuk campur”
Huraiyah Hannani menceritakan apa yang terjadi kepadanya kepada Amir Ikmal. Amir Ikmal sememangnya seorang pendengar yang setia. Amir Ikmal turut bersimpati di atas apa yang menimpa gadis di hadapannya ini. Tapi tidak pula menyebut nama arwah tunangnya.
“Sabar ye Nani…mungkin dia bukan jodoh awak…dekatkan diri dengan Allah supaya hati awak lebih tenang”
“Terima kasih Mir….maaflah kita baru kenal tapi saya dah luah masalah saya dekat awak.”
“Tak apa…saya tak kisah, lagi pun itulah gunanya kawan betul tak?”
Huraiyah Hannani mengangguk sambil tersenyum. Huraiyah Hannani amat menyenangi dengan perwatakan Amir Ikmal. Walaupun baru dikenali tapi dia berasa sungguh selesa dengannya. Baru Amir Ikmal teringat dengan tujuan sebenar dia berjumpa dengan gadis kecil molek ini.
“Nani …ni saya nak pulangkan handphone awak, terjatuh masa awak lari tadi.”
Kata Amir Ikmal sambil menghulurkan handphone jenama Nokia N95.
“Eh…cicir ye? patut la tadi Ina call dia kata tak ada orang angkat. Terima kasih, nasib baik awak yang jumpa kalau tak lesap la.” jawab Huraiyah Hannani sambil tersenyum hambar.
mawar putih
03-22-2011, 01:21 PM
BAB 3
“Alhamdulillah…jenazah arwah Izzul selamat dikebumikan semalam.”
“Takziah aku ucapkan. Sabar ye Suf…ni semua ketentuan Allah. Dari Dia kita datang, kepada Dia jugalah kita pulang ” balas Dato’ Shukor sambil menepuk lembut bahu Dato’ Yusof.
“Aku redha Shukor…Ajal maut di tangan Allah. Kita sebagai manusia harus terima semua ketentuannya. Ini semua qada’ dan qadar Allah.”
Dato’ Shukor kagum dengan Dato’ Yusof. Dia memang seorang yang tabah, penyabar, pemurah dan sebab itulah dia disenangi semua orang walaupun berkedudukan tinggi.
“Shukor , anak kau Amir mana? tadi aku nampak dia ada.” soal Dato’ Yusof.
“Tu ha…panjang umur dia.” kata Dato’ Shukor.
“Assalamualaikum uncle…”Amir Ikmal memberi salam lalu menyalam Dato’ Yusof.
“Waalaikumussalam…kau sihat Mir?” soal Dato’ Yusof.
“Alhamdulillah sihat uncle…saya agak terkejut jugak dengan kematian arwah Izzul, kami baru je semalam bergelak ketawa…tiba-tiba hari ni…” jawapannya terhenti Amir Ikmal, kedengaran sayu sahaja suaranya. Dato’ Shukor menepuk lembut bahu anaknya.
Amir Ikmal dan Izzul Zuhairi memang sudah lama mereka berkawan semenjak mereka dari kecil lagi .Amir Ikmal pasti merasa kehilangan di atas kematian Izzul. Kelihatan Haji Hashim sedang berjalan ke arah mereka.
“Shukor..Amir..kenalkan ni Haji Hashim ayah Nani, tunang Izzul.” Dato’ Yusof memperkenalkan Haji Hashim kepada Dato’ Shukor dan Amir Ikmal, mereka berjabat tangan.
‘Nani?’ bisik hatinya ingatan Amir tiba-tiba teringatkan gadis semalam yang baru dikenalinya.
“Yusof aku risau la tengok anak aku tu, Nani. Suruh makan dia cakap tak ada selera, badan pun dah nak kurus tapi tak ada la dia menangis je tapi dia berubah dari seorang yang ceria jadi murung. Cakap pun tak berapa, sepatah aku tanya sepatah dia jawab. Kalau dulu meriah rumah tu dengan lawak-lawak dia tapi sekarang sunyi je…”
Mereka bertiga hanya memandang seorang gadis yang membelakangi mereka dari jauh yang sedang membaca yaasin di hadapan pusara arwah Izzul. Mereka di tempat parkir kereta di luar perkarangan perkuburan islam itu. Khusyuk sekali Huraiyah Hannani berdoa tanpa menyedari Amir Ikmal sedang memerhatinya.
“YA ALLAH
KAU AMPUNILAH DOSA-DOSA INSAN YANG KU CINTAI INI
KAU TEMPATKATKANLAH DIA DI DALAM KALANGAN ORANG-ORANG YANG SOLEH
KAU LAPANGKANLAH KUBURNYA
KAU TERANGILAH KUBURNYA DENGAN NUR QURAN MU
KAU RINGANKANLAH SEKSAAN KUBURNYA
YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM
YA ALLAH
KAU KUATKANLAH AKU UNTUK MENEMPUHI UJIAN MU INI
SESUNGGUHNYA INI ADALAH UJIAN YANG BERAT BAGIKU
AKU TAK MAMPU MELALUINYA TANPA KEKUATAN YANG KAU BERIKAN
MEMANG SURATAN ABANG IZZUL BUKAN DICIPTAKAN UNTUKKU
AKU REDHA YA ALLAH
KERANA SESUNGGUHNYA KAU LEBIH MENGETAHUI APA YANG TERBAIK UNTUK HAMBAMU
PINJAMKAN AKU SEDIKIT KETABAHAN BAGI MENERUSKAN
KEHIDUPANKU INI…
AMIN…AMIN YA RABBAL ALAMIN.”
Huraiyah Hannani menyudahkan doanya di dalam hati sambil menyeka air mata yang masih menjadi peneman setianya kini.
“Assalamualaikum….” Amir Ikmal memberi salam.
Huraiyah Hannani menoleh kebelakang. Dia agak terkejut dan pelik melihat Amir Ikmal juga berada di sini.
“Waalaikumussalam…eh Amir? Kenapa awak ada disini?”
“Nani?....jadi awak ni tunang arwah Izzul la ye?”
“Ya…ermm..apa hubungan awak dengan arwah abang Izzul?”
“Saya kawan baik dia…kami sama pergi ke Dubai tapi berbeza flight masa balik, memang ada hikmahnya tiket saya hilang kerana mungkin belum sampai lagi ajal saya. Mari saya hantar awak pulang sebab kata abah awak dia ada hal dengan uncle Yusof.”
Mereka berjalan beriringan ke kereta BMW 5 series milik Amir Ikmal. Sepi menemani mereka sepanjang perjalanan.
“Awak okey tak Nani?”
“Saya okey…Cuma saya rindukan arwah abang Izzul…sepatutnya hari ni kami pergi survey baju pengantin tapi…..” Huraiyah Hannani menangis lagi, membiarkan ayat itu tergantung.
“Sabar ya….awak kena terima kenyataan yang Izzul dah pergi buat selama lamanya. Kita manusia hanya mampu merancang tapi Allah yang menentukan.”
“Terima kasih…Amir awak banyak bagi semangat pada saya. Tapi sukar untuk saya melupakan Abang Izzul setelah apa yang kami lalui selama ini. Saya tak cukup kuat hadapi semua ini. Hati saya hanya milik insan bernama Izzul Zuhairi, dia akan tetap berada disini….” kata Huraiyah Hannani sambil melekap tangannya di dadanya.”
Amir Ikmal tak mampu berkata apa-apa. Akhirnya mereka tiba di rumah Huraiyah Hannani setelah sekian lama menyepi diri.
“Terima kasih sebab hantar saya pulang.” Huraiyah Hannani melemparkan senyuman ikhlas, namun masih kelihatan hambar.
“Sama-sama…jaga diri ye , jangan terlalu ikutkan perasaan tu.”
Huraiyah Hannani hanya melihat kereta milik Amir Ikmal berlalu dan dia terus masuk ke dalam rumah.
mawar putih
03-22-2011, 01:26 PM
“Cik Nani, umi dan abah cik panggil makan”
Kata Mak Mah, pembantu rumah yang sudah lama berkhidmat semenjak Huraiyah Hannani dilahirkan lagi.
“Tak apa la Mak Mah…saya tak de selera nanti kalau lapar saya makan ye”
Hannani terus naik ke atas menuju ke biliknya. Mak Mah hanya menggeleng, simpati sungguh dia dengan anak majikannya. Hannani membersihkan diri lalu menunaikan kewajipannya kepada Allah kerana sudah masuk waktu Zohor. Seusai solat kedengaran pintu biliknya diketuk. Kelihatan Hajah Safiyyah membawa dulang yang berisi makanan serta minuman.
“Sayang umi ni kenapa tak nak makan? Tengok ni umi masak special untuk puteri umi yang cantik ni” Hajah Safiyyah berjalan ke arah Huraiyah Hannani lalu duduk di sebelahnya.
“Nani tak ada selera la umi. Nanti kalau Nani lapar Nani makan. Sekarang ni Nani perlukan masa untuk bersendirian.”
“Umi faham sayang. Tapi Nani mesti makan tau kejap lagi. Umi keluar dulu ye sayang. Rehatlah…”
Huraiyah Hannani hanya mengangguk sambil memerhatikan Hajah Safiyyah berjalan ke arah pintu.
Nasi berlauk itu dipandang sepi, Huraiyah Hannani hanya minum air laici sahaja. Sedang membelek album gambar semasa dia bersama Izzul kedengaran lagu di radio berkumandang, lagunya bertajuk Rindu Bayangan.
Bila ku kenang
Ku renung gambar wajahmu
Kisah yang lalu tak akan berulang lagi
Lupakan saja cerita lama
Usah dirayu pada yang tak sudi
Janganlah dinanti pada yang telah pergi
Hanya luka lama kan berdarah kembali
Diri kecewa tidak terkata
Mengapakah itu disebut lagi
Apalah yang hendak dikata
sudah suratan takdir menentukan
Inilah ragam manusia
manis di bibir pandai bermain lidah
Berputar-putar membelitkan kata-kata
Hanya linangan air mata yang menitis
Pada bayangan di angin lalu
Membisikkan kata rindu bayangan
Berputar-putar membelitkan kata-kata
Hanya linangan air mata yang menitis
Pada bayangan di angin lalu
Membisikkan kata rindu bayangan…
Lagu ini memang menusuk kalbu dan mengundang makna yang tersirat kepada Huraiyah Hannani. Meskipun bukan semua lirik yang ada kena mengena dengannya. Tapi ia mengingatkan dia tentang insan yang amat dicintai yang telah pergi, perginya tak kembali. Memori indah terbayang di minda, kenangan lama mengusik jiwa. Akhirnya Huraiyah Hannani terlena sambil berendam air mata.
mawar putih
03-22-2011, 01:29 PM
BAB 4
Sebulan berpuasa kini Syawal membuka tirai. Kini sudah genap 1 tahun arwah Izzul pulang ke rahmatullah. Keluarga Huraiyah Hannani bersama keluarga arwah menziarahi kubur arwah Izzul. Al-Fatihah dan Surah Yaasin disedekahkan sambil menyiram air mawar. Berlinang air mata di pipi mulus Huraiyah Hannani. Walaupun sudah setahun arwah Izzul kembali ke rahmatullah tetapi rasa bagai semalam peristiwa sedih itu berlaku.
“Assalamualaikum Huraiyah…” kedengaran suara garau menyapa.
‘Huraiyah? Macam kenal je nama tu, eh bukan nama aku ke? Jarang orang panggil aku dengan nama Huraiyah’ bisik hati kecil Huraiyah Hannani.
Tatkala berpaling kelihatan Amir Ikhmal di belakangnya. Dia kelihatan begitu segak di pagi raya ini. Berbaju melayu berwarna biru muda sambil menghadiahkan senyuman manis kepadanya.
Tanpa disuruh dia bersila disebelahku. Aku sedang bersipuh di atas hamparan tikar hadapan pusara arwah Izzul.
“Sama la warna baju kita, agak-agaknya kita ni ada jodoh tak?”
Kami sama-sama tertawa.
‘Dia bergurau barangkali’ bisik hati Huraiyah Hannani.
Kedengaran dia membaca Surah Yassin, entah mengapa aku cukup tenang dengan alunan suaranya itu. Mengapa aku sentiasa tenang berada disampingnya? Soalan itu sering menghantui dirinya.
Tiba-tiba telefon bimbitku berdering. Mematikan lamunanku.
“Hello…Waalaikumussalam.” Aku menjawab salam yang dihulur.
“Ye umi, Nani disini….Amir? dia ada ni…”
Amir menoleh sekilas tatkala namanya disebut.
“Ha, iyalah nanti kami datang terus ke rumah uncle Shukor.”
Lantas Huraiyah Hannani mematikan panggilan tersebut.
“Siapa?” Amir menanya pendek.
“Umi saya, dia kata lepas ni kita terus pergi rumah awak sebab umi dengan abah saya ada di sana.”
Huraiyah Hannani dan Amir Ikmal melipat tikar dan menuju ke kereta masing-masing.
Setibanya di sana…suasana sungguh ceria sekali almaklumlah hari raya. Ramai saudara-mara Dato’ Shukor yang hadir kerana beliau membuat rumah terbuka pada hari ini. Jauh di sana kelihatan Amir sedang menyenduk juadah yang terhidang. Tetapi, siapakah disebelahnya itu? Kelihatan seorang gadis yang cukup cantik, rambutnya yang lurus separas pinggang dibiarkan lepas.
‘Mana mek zat ni?’ soal hati kecil ku yang kutujukan kepada sahabat baikku Izzati.
‘Aku ajak dia datang sini tah mana la minah tu pergi’ sambungku lagi.
Aku terus ke tempat juadah dihidangkan dimana Amir dan gadis cantik itu juga turut disitu, mereka kelihatan agak rapat tapi aku ke sana bukan untuk mengetahui siapakah gerangan gadis itu walaupun di benak hati ini berjuta andaian yang ku simpul. Aku sedar tatkala aku melangkah ke situ mata milik Amir tajam merenungku.
Tanpa berlengah aku mengambil pinggan dan menyenduk makanan yang terdapat di situ, apa lagi yang ada pada hari raya, rendang, ketupat, lemang dan bermacam lagi.
“Huraiyah…” panggil Amir. Dia kelihatan senang memanggil aku begitu.
Aku memandangnya sambil menjungkitkan kening sambil menghulur senyuman. Kelihatan gadis tadi tidak berasa senang denganku. Tapi kenapa? Aku tidak melakukan apa-apa pun.
“Awak sorang je ke? Makan la sekali dengan kami. Oh ya, kenalkan ini Balqis Qistina sepupu saya. Qis, kenalkan ini Huraiyah Hannani kawan abang Amir. ” Soal Amir sambil mengenalkan aku dengan gadis manis tadi. Lalu aku menghulurkan tangan. Dia menyambut huluran tanganku bersama satu senyuman. Tapi mengapa senyuman itu kelihatan agak sinis pada pandanganku? Oh, mungkin aku sahaja berasa begitu.
“Oh, inilah Huraiyah Hannani ye…yang abang Amir selalu cerita tu”
Aku tidak senang dengan cara percakapannya sambil dengan senyuman sinis.
“hmmm, tak apa lah Mir, saya nak makan dengan kawan saya, Izzati. Ha! Itu pun dia”
Kelihatan Izzati melambai tangan padaku.
“Saya pergi dulu ya, senang-senang kita berbual lagi. Nice to meet you Balqis”
Ku hadiahkan sebuah senyuman dan terus berlalu tanpa mengizinkan Amir berkata apa-apa.
mawar putih
03-22-2011, 01:34 PM
“Mek, mana hang pi? Lama aku tunggu tau dak? Ni ha siap dah amik makanan. Ikut hati aku tinggalkan je kau sorang-sorang. Ha, pandai-pandai la kau nak hidup.”
Izzati tergelak manakala aku tersengih.
“Aku terlambat sikit biasa la diva kan, mesti la tacap-tacap bedak dulu, make up sikit. Ye la mana tau kot ada yang jatuh hati kat aku nanti. Kalau tauke emas pon ok, cerah masa depan aku. Kalau kau nak tumpang kekayaan aku, tu aku kena fikir dulu.” Izzati tergelak dihujung bicaranya.
“Banyak la kau punya tauke emas, tauke ikan mau?”
Kami sama-sama tergelak sambil mengambil tempat duduk.
“Ha, kan bagus macam ni. Senang hati aku tengok kau nanny, tak ada la muncung jek. Kalah nenek tauk?” seloroh Izzati.
Aku tersenyum hambar.
“Eh , tu Amir kan?” bisik Izzati pendek.
Aku menoleh ke meja sebelah, ish macam mana boleh tak perasan. Kalau boleh Huraiyah Hannani tidak mahu berada dekat dengan Amir Ikmal kerana Balqis Qistina kelihatan agak kurang menyenanginya.
“Eh beb, kita duduk meja lain la…malas aku nak duduk sini.”
“Apa halnya kau ni? Dah elok-elok duduk sini karang orang cakap apa pulak. Dah jangan nak mengada, duduk sini je ye nanny…haha!”
“Kau kan suka bebenor panggil aku nanny…aku sembelih jugak kau karang. Tak pasal-pasal raya aidilfitri terus terus tukar raya korban. Ada mau ka?”
Izzati mengkekek ketawa dengan kuat dan terus mencuri perhatian tetamu di sebelah dan tidak ketinggalan Amir juga. Ya! Amir sedang memerhatikan kami kini.
‘Ish minah ni…agak-agak la weyh kau ni nak cari publisiti murahan pon jangan babitkan aku! Malu tauk!’
“Eh Huraiyah dengan Izzati rupanya.” Sapa Amir Ikmal ramah.
Dan tidak ketinggalan juga gadis manis dihadapannya. Pandangannya ditujukan padaku. Lebih tepat pandangan menjengkelkan! Entah apa masalahnya dia ni, nak kata aku ada buat salah baru saja kenal. Kalau ikut hati jahat aku nak aja kasi cungkil mata tu! Tapi aku masih waras dan baik. Tak gitu.
“Siapa tu Mir? Makwe baru ke?” soal Izzati sambil tersengih.
“Ni sepupu saya, kenalkan ni Balqis Qistina. Qis, ni Izzati kawan Huraiyah”
Balqis tersenyum manis pada Izzati. Mereka berbual sambil bertanya khabar.
‘Haih minah ni kat mek ni ha nak pulak senyum manis siap ramah lagi. Kalau dengan aku dingin habis! Apa masalah dia ni?’ bisik hati Huraiyah Hannani.
Seusai makan aku dengan Izzati pulang dari rumah Dato’ Shukor dan terus mengunjungi ke rumah saudara-mara kami dan ke rumah sahabat handai sampai ke malam.
Hampir pukul 9.00 malam baru aku tiba di rumah. Letih sekali lalu aku membersihkan diri dan menunaikan solat isyak. Aku berdiri di balkoni untuk mengambil angin. Dingin angin malam menyegarkan sedikit diriku. Kelihatan bulan penuh yang sangat indah pada malam ini. Memori ku kembali mengingatkan arwah. Sukar rasanya untuk melupakan dia meskipun sudah setahun pemergiannya. Hatiku sudah beku, sebeku ais barangkali. Pintu hatiku kini sudah tertutup rapat dan berkunci.
Walau siapa yang mengetuk aku tidak akan sesekali membukanya. Duduklah kat depan pintu hati aku tu. Hati ini hanya milik Izzul Zuhairi. Ya! Hanya Izzul Zuhairi tiada yang lain. Pasti! Mungkin bukan jodoh kami disini tapi aku sering berdoa dia jodohku kelak di akhirat. Aku tak perlukan cinta dari lelaki lain. Aku tak perlukan cinta! Aku tak perlukan cinta! Aku tekad! Titik!
zahra
03-22-2011, 01:56 PM
:Dhehe..sekali continue..tu die berjela2 wawa bagi..kuikui..continue lagi taw..
mawar putih
03-22-2011, 02:00 PM
hehehe...bio bnyk ckit leh bce...:D
nnti wawa cont lg yew...
zahra
03-22-2011, 02:11 PM
:Dorait..jangan lupe continue dah la yew..im waiting..;)
yankumi
03-22-2011, 02:19 PM
i'm waiting too...
mawar putih
03-24-2011, 11:22 AM
BAB 5
Aku tinggal di rumah teres dua tingkat dengan Izzati. Kami tinggal berdua. Pada pagi itu kami bercadang hendak ke Taman Tasik Titiwangsa untuk berjoging. Kami menaiki kereta suzuki swift milikku ke sana.
“Segarnya udara...” kata Izzati tak habis-habis menghirup udara jalan terkedek-kedek macam itik.
“Jom lumba lari…kita tengok siapa menang, ade bran ke kau?” kata aku dengan megah.
“Tengok kaki la weyh…aku jamin aku menang punya. Siapa kalah belanja breakfast. Deal?”
“Deal!” jawab aku penuh yakin. Ceh, yakin la sangat.
Apa lagi kami pun mula dengan lari perlahan untuk memanaskan badan.
“1…2…3…pecut!” ceh, macam lumba kereta. Ketawaku dalam hati.
Kami bersaing dengan sengit. Tiba-tiba aku terpandang seorang lelaki ni.
“Macam kenal je….” Sebutku perlahan.
“Woi, kau lari pandang depan karang jatuh terseliuh kaki baru tau” Izzati mengingatkanku.
“Eh, tu bukan A….Mirrr…..ke?!!!” aku terjerit kerana aku terlanggar batu kecil sehingga
aku terjatuh terjelopok.
“Nani…..!” jerit Izzati.
“Adoi! Aku tak boleh bangun. Sakitnya kaki aku. Mek cana ni? Aku rasa kaki aku terseliuh la….” Kata aku sedikit teresak.
“Tu la kau, aku dah habaq awal-awal kau degil.”
Kelihatan seorang lelaki bergegas ke arah kami. Dan juga seorang gadis. Ya! Perempuan tu!
‘Macam pernah tengok je dia ni’
“Eh, Huraiyah….macam mana boleh jatuh ni?” Kata Amir sambil membelek kakiku.
‘Baru aku perasan perempuan ni kan sepupu Amir tu. Apa nama dia Bal…Baldi…eh! Baldi pulak. Balqis Qistina’ aku bermonolog sambil ketawa di dalam hati. Sempat lagi kutuk. Kaki saki tak hengat!
“Awak ok ke ni Huraiyah? Terseliuh ni, urat lari sikit. Saya reti la sikit-sikit betulkan urat ni. Tu pun kalau awak tak keberatan.”
“Alah sikit je ni. Sapu minyak angin ok la nanti. Nan…..ti…”
Tidak sempat aku menghabiskan percakapan dia mengkendongku ke tempat duduk berhampiran.
‘Alamak ai dia ni, sesuka hati dia je angkat orang’
Dapat aku rasakan degupan jantung Amir berdegup kencang. Apakah dia juga turut berdebar seperti aku juga saat ini. Dia mendudukkan aku pada sebuah tempat duduk kayu. Lalu dia beralih kepada kakiku dan cuba untuk membetulkan kembali urat yang sudah lari dari tempat asalnya.
“Errrr….sakit tak nanti?” tanya aku sedikit cuak.
“Sikit je, Nani awak suka makan pizza?” tanya Amir.
“Pizza? Sa……ya……arrr….aduh!” Aku terjerit.
“OK, sekarang cuba awak gerakkan kaki awak perlahan-lahan, sikit-sikit.”
Aku cuba menggoyangkan sedikit kaki.
‘Eh ,tak sakit lagi la.’ Kata hati kecilku.
Aku cuba berdiri dan jalan perlahan. Amir berdiri disebelahku risau jika aku terjatuh lagi.
Alhamdulillah, syukur kerana kakiku tidak terseliuh teruk.
“Terima kasih banyak-banyak Mir. Kalau awak tak ada tadi tak tahu la saya.” Sambil tersenyum manis kepadanya.
Ada mata memandang dengan penuh menyampah, siapa lagi kalau bukan sepupunya.
Muncung sedepa Balqis Qistina.
“Abang Mir, jom la balik..Qis penat la. Kata nak breakfast, cepat la Abang Mir…”
Balqis merengek sambil memaut lengan Amir Ikmal.
“Qis, kan kawan Abang Amir ni baru terseliuh kaki dia. Kalau Qis nak balik sekarang Qis pergi balik naik teksi dulu.” Amir masih lagi risau tentang keadaanku.
“Qis tak kira! Qis cakap Qis nak balik la. Yang Abang Amir sibuk sangat pasal perempuan ni buat apa. Alah! Mengada-ngada je lebih. Menatang-mentang Abang Amir lalu terus tiba-tiba terseliuh la. Lepas ni patahkan la pulak tangan tu!”
Tersirap darahku mendengar perempuan bermulut ‘longkang’ ni bercakap. Kata-katanya penuh dengan kebencian siap mendoakan aku patah tangan pula tu. Meluat aku!
“Qis! Please mind your words! Dah pergi tunggu kat kereta.” tengking Amir, berang dia dibuatnya dengan adik sepupunya yang terlebih manjanya dan biadap.
“tapi….Qis….” belum sempat Balqis Qistina menghabiskan percakapannya Amir memotong.
“I said now! Got it?!”
Balqis Qistina, membentak-bentak kakinya sambil mengomel entah apa yang disebutnya langsung tidak difahami dan terus berlalu ke kereta milik Amir Ikmal.
“Huraiyah, Izzati..I’m so sorry, tak tau la kenapa biadap sangat mulut dia cakap macam tu. Makin lama makin rimas saya dengan perangai dia. Mengada tak bertempat. Saya kena pergi dulu, tapi kalau ada apa-apa hal just call me ok.”
“Tak apa Mir. Saya tak ambil hati pun. Mungkin dia tak sengaja cakap macam tu. Awak baliklah meti Balqis tengah tunggu.”
Amir Ikmal terus berlalu pergi. Aku dengan Izzati menuju ke kafe yang terdekat untuk mengambil sarapan.
mawar putih
03-24-2011, 11:24 AM
Amir Ikmal sedang menuju ke keretanya dan kelihatan Balqis Qistina menunggunya dengan muncung sedepa sambil mukanya kemerahan menahan panas dan kemarahan.
“Abang Mir ni kenapa lambat sangat? Qis tunggu lama tau tak! Dah la panas! Kalau terbakar kulit Qis ni lagi susah.” Katanya sambil membelek mukanya.
“Sabar la sikit, kan Abang Amir dah sampai ni. Cepat masuk kereta.”
“Tak nak! Qis tak mau! Kenapa Abang Amir tengking Qis kat depan perempuan merenyam tu? Malu la Qis! Qis benci Abang Amir!” katanya separuh jerit lalu memalingkan mukanya.
“Mulut Qis tu yang celupar sangat. Abang Amir tak suka Qis cakap macam tu dekat Kak Nani. Qis kena hormat dia, lagipun dia lagi tua daripada Qis. Mana boleh Qis berperangai macam tu kat depan dia. Abang Amir nak Qis minta maaf dengan dia.”
Amir masih lagi cuba berlembut walaupun hatinya mendidih dengan perangai sepupunya.
“What? Qis minta maaf dekat perempuan miang tu? Please! Kalau Qis dah ludah Qis tak kan sekali-kali jilat balik. Remember that! Lagipun memang perempuan tu yang menggatal dengan Abang Mir, tak kan Qis nak tengok je. Berbulu mata Qis ni tau tak? Abang Amir kan tau Qis sayang sangat kat Abang Mir, tapi Abang Amir tu je yang tak boleh nak terima Qis. Walau apa pun Qis tak kan minta maaf kat betina gatal tu! Tak kan! Fullstop!” jawabnya angkuh.
“Qis! Jaga mulut Qis tu jangan sampai Abang tampar Qis sebab mulut Qis yang kurang ajar tu! One more thing, berapa kali lagi Abang Amir nak cakap, Abang Amir anggap Qis macam adik Abang sendiri. Tak lebih dari tu. Abang Amir kan dah cakap jangan ungkit lagi pasal ni. Susah sangat ke Qis nak faham.” Amir Ikmal mengeluh.
“Qis tak kira! Qis nak Abang Amir jugak! Kalau Qis tak dapat orang lain pun tak boleh. Qis sanggup lakukan apa sahaja untuk dapatkan Abang Amir. Abang ingat tu!”
“Kau ni kan memang degil kan! Aku muak dengan perangai kau tau tak! Kau ingat aku nak sangat ke keluar dengan kau ni? Sebab aku tak nak kecikkan hati kau. Tapi makin lama dah naik lemak pulak. Aku tak suka perempuan tergedik-gedik macam kau.” Amir mula berang.
“Abang! Sampai hati Abang Amir cakap macam tu dekat Qis….” Katanya sambil mula mahu menangis.
“Dah! naik kereta cepat. Tak kuasa aku nak melayan kerenah kau tu.” Lalu Amir meloloskan diri ke dalam kereta.
“Qis tak nak! Qis merajuk dengan Abang Amir. Selagi Abang Amir tak minta maaf dekat Qis, Qis tak nak balik.” Jauh disudutnya harap Amir memujuknya sambil membentak-bentak kakinya. Kalah budak kecik!
“Suka hati kau la. Kau tak nak balik? Ha, duduk la kau dekat sini sorang-sorang biar mamat bangla culik kau.”
Amir menghidupkan enjin keretanya dan terus meninggalkan perkarangan parkir itu. Balqis Qistina, menjerit memanggilnya. Dia keseorangan disitu. Perempuan begitu memang patut diajar. Rasakan!
mawar putih
03-24-2011, 11:27 AM
Hari ini aku akan ke nurseri tanaman ku seperti biasa sabagai rutin seorang yang bernama Huraiyah Hannani. Aku bersama umi membangunkan nurseri ini. Oleh kerana minat kami kepada tumbuhan, nurseri ini semakin lama semakin maju dan lebih besar dari sebelumnya. Aku sibuk melihat senarai tempahan, ada yang menempah bunga dan pokok tanaman. Tak kurang juga ada yang ingin kami menghiasi taman lanskap rumah mereka.
Dari jauh kelihatan Pak Johar sedang sibuk menyusun guni-guni yang terdapat pelbagai jenis tanah bersama dengan pekerja lain. Meskipun Pak Johar agak berumur tetapi dia tekun dan jujur dalam melakukan tugasnya.
“Pak Johar, cukup tak semua pesanan tanah tu? Pastikan tak ada yang kurang”
“Semua cukup Cik Nani…tadi saya dah bagitahu Ayu jumlah semua dan pembayarannya dan berapa jenis tanah yang salah untuk ditukar semula.”
Aku mengangguk. Ayu selaku kerani akaun disini yang menjaga duit keluar masuk.
Aku berjalan-jalan sambil memerhati pokok-pokok yang tumbuh subur di sekitar nurseri ini. Aku duduk di tepi taman mini yang direka khas oleh umi.
Tak dapat aku sangkal umi memang kreatif, terdapat tempat duduk sebagai tempat bersantai…dihiasi bunga orkid ditepi, sedikit barangan kraftangan yang tergantung di dahan-dahan pokok dan sebuah air pancut di tengah-tengah. Tambahan pula terdapat banyak rama-rama disini menambah keindahan lagi. Sungguh disini lah tempat ku menenangkan fikiran. Lebih tepat tempatku mengimbau kembali kenangan bersama Izzul. Setitis air mata mengalir. Tanpa ku sedar sepasang mata sedang merenungku dari jauh.
“Assalamualaikum Huraiyah Hannani…sedap nama awak entah kenapa macam dah tersemat dalam hati ni.”
Aku tersentak terpandangkan Amir Ikmal. Lalu cepat menyeka air mata.
‘Bila pulak mamat ni datang sini? Tiba-tiba cakap nama aku sedap la apa la…betul ke tak dia ni.’
Kelihatan Amir Ikmal merenung jauh sambil memerhati sekeliling.
“Cantik, tenang dan indah…” katanya lagi.
‘Kenapa la mamat ni asik ada je dalam hidup aku. Kenapa dimana aku berada mesti ada dia? Hari tu masa joging. Kat sini pun dia lagi?’ ngomel hatiku lagi.
“Bila awak sampai Mir? Cakap la nak datang. Ni tak main sergah je nasib baik saya tak sakit jantung kalau tak dah lama selamat” aku ketawa di hujung bicara bagi menyembunyi sedih yang bertandang tadi.
“Oh ya, macam mana dengan kaki awak? Dah okey?”
Aku hanya mengangguk. Kemudian hanya sepi melanda.
“Kalau awak nak luahkan apa-apa pada saya, saya ada disini. Saya sudi pinjamkan telinga saya” katanya setelah lama menyepi.
‘dan hati saya….’ Sambung Amir Ikmal di dalam hati sahaja.
“Kadang-kadang menangis boleh kurangkan beban, saya tak kisah kalau awak nak nangis depan saya, sebab saya akan sentiasa ada disini untuk menyokong awak.” Tambahnya lagi.
“Tak ada la Amir….mana ada saya nangis, awak ni pandai-pandai je. Awak datang sini, ada apa-apa saya boleh bantu? Nak beli apa-apa ke?”
“Saya nak beli bunga ros boleh?”
“Boleh je.. pilih la, nak berapa banyak?”
“Saya nak 365 kuntum ros merah boleh?”
“Mak ai…Banyaknya. Awak nak buat apa bunga banyak sangat tu?”
“Adalah, sibuk je nak tau.” Kami sama-sama ketawa.
“Awak nak bila? Sekarang?”
Dia menjawab dengan anggukan. Lalu aku mengarahkan pekerja untuk membungkus seperti yang ditempahnya.
zahra
03-24-2011, 11:00 PM
:)erm utk huraiyah hanani la tu..365 kuntum lagi..everday i love u..;)continue lagi taw wawa
mawar putih
03-24-2011, 11:05 PM
utk sape la tu kan.....
jeng3....hehehe
zahra
03-24-2011, 11:11 PM
of course utk huraiyah..heheh..tapi tak tahu la if amir tu nak bagi kat mama huraiyah..buat ambil hati nak tackle anak..kuikui..
mawar putih
03-24-2011, 11:13 PM
hehehe...kalo amir bg kat mama huraiyah dah mcm ade 1 iklan tu kan..ape tah..lupe..
nnti wawa cont. ag yew.....:D
dieda
03-24-2011, 11:15 PM
kalu 365 kuntum,,apa la mksdnye yek,,,hehe
mawar putih
03-24-2011, 11:22 PM
kalu 365 kuntum,,apa la mksdnye yek,,,hehe
mksdnye lu pikir le sundirik.....:D
dieda
03-24-2011, 11:24 PM
mksdnye lu pikir le sundirik.....:D
ye ke???br 5 jek tu,,yg lbh2 nye???:D
zahra
03-24-2011, 11:46 PM
kalu 365 kuntum,,apa la mksdnye yek,,,hehe
akak..365 kuntum tu maksudnya..if tak silap zahra la..i love you everyday..:)
mawar putih
03-24-2011, 11:48 PM
btol la tu kot...kak zahra....:D
zahra
03-24-2011, 11:54 PM
memang betul pun..hehe..dew yang pernah bagitahu akak..katenye la..365 roses melambangkan cintanya setiap hari..:Deh..jangan lupe continue taw..
mawar putih
03-24-2011, 11:57 PM
a'ah....tau pn kak zahra..hehe
terjawab sudah prtanyaan kak dieda....
ok nnti wawa cont lagi....tungguuuuu.... :D
dieda
03-25-2011, 12:25 AM
oo,,itu jwpn die,,
tq,,hehe
mawar putih
03-29-2011, 01:28 PM
BAB 6
Penat sekali kurasakan hari ini. Lenguh-lenguh rasanya badan kerana ramai pula customer yang datang hari ini. Tolong Pak Johar menyusun pasu bunga pula tu.
Aku membuka pintu pagar rumah dan terus menguncinya kembali maklumlah sekarang ni banyak kes merompak.
‘Dah balik ke belum mek zat ni….’ Hatiku tertanya apakah Izzati sudah pulang ke rumah.
Tatkala aku membuka pintu rumah alangkah terkejutnya aku melihat terlalu banyak jambangan bunga ros merah terhias di ruang tamu. Kelihatan Izzati kepenatan dan peluh merenik di dahinya tapi kenapa?
“Awat mek? Letih nampak? Kau baru lepas kena kejar hantu ke?” Aku berseloroh.
“Ha’ah kena kejar dengan hantu bunga! Penat aku nak mengangkat bunga-bunga kau ni ke dalam rumah tau?”
katanya sambil mengibas-ngibas tangan ke mukanya bagi menyejukkan sedikit dirinya.
“Ha? Bunga untuk aku ke? Kau biar betik?” Aku membelek bunga tersebut.
“Siapa yang bagi semua ni? Bila masa aku order?” tanya aku lagi.
“Oh ya! Ni ada kad terselit kat tepi bunga tu”
Aku sambut lalu membuka kad keemasan tersebut.
Jambangan ros ni khas buat bidadari kesayanganku,
Sesuai dengan namamu Huraiyah Hannani,
Huraiyah ialah bidadari dan Hannani ialah kesayanganku,
Terimalah 365 kuntuman ros merah ini,
Sebagai tanda dirimu sentiasa aku ingati,
Sepanjang waktu…dan sepanjang hari…
p/s: ini ros yang saya order di nurseri awak pagi tadi…
~ Salam sayang Amir Ikmal ~
Apakah benar apa yang aku baca ini. Aku mengulangi membaca tulisan berdakwat biru berkilau itu kembali sambil mencubit pipi sendiri. Terjawab kini mengapa dia menempah sebanyak 365 kuntum ros merah, ternyata ingin diberikan padaku. Izzati menjadi pelik dengan reaksiku.
“Kau ni apa hal cubit-cubit pipi tu? Nak kasi tembam ke weyh….” Dia tergelak kemudian.
“Aku tak mimpi kan sekarang ni? Cuba kau baca kad ni…” Aku hulurkan kepada Izzati.
“So kiranya Amir bagi kau bunga ni? Biar betul? Buang tebiat ke apa mamat tu? Tah tah…..”
“Tah tah apa ha? Kau jangan pandai-pandai buat kesimpulan ye makcik.”
“Aku rasa dia ni dalam diam-diam tangkap cintan dengan kau la Nani. Patut la caring betul dia bila kaki kau terseliuh rupa-rupanya dalam hati dah ada taman khas untuk kau.”
Mengkekek Izzati menggelakkan aku.
“Mana aci weyh, kau dah ada nurseri taman tu ha, ni dapat lagi satu taman…bertuahnya la kawan aku ni. Lagi pun Amir tu baik orangnya. Kalau kau dengan dia kau dah dapat restu aku.” Tambah Izzati lagi sambil tersenyum penuh makna.
“Dah dah kau jangan nak mengarot. Dia salah kirim kot. Tah tah nak bagi kat kau…”
“Apa bendanya kat aku pulak terang-terang tak payah suluh lagi nama Huraiyah Hannani bukan Izzati la sayang oi…”
Aku terdiam seribu bahasa.
“Dah la aku nak pergi mandi ni. Bunga kira jadi taman bunga ros kat ruang tamu ni la ya.”
Lalu aku menuju ke bilikku.
mawar putih
03-29-2011, 01:30 PM
“Wah, cantik la ruang tamu ni selagi bunga ni tak layu. Tapi tak sangka pulak si Amir tu dalam diam memendam rasa kat makcik Nani tu. Memang sesuai benor la korang berdua. Bagai pinang dilanggar lori. Eh! Silap, bagai pinang dibelah dua.” Izzati berkata sendirian sambil ketawa.
Kedengaran pintu bilikku diketuk. Siapa lagi kalau bukan Izzati, dia tu pantang tengok orang duduk senang.
“Kau nak apa mek? Aku ngantuk ni…” kataku setelah membuka pintu.
“Kau dah makan ke belum? Aku ada masak nasi goreng je malam ni.”
“Aku tak ada selera la. Malas nak makan, esok-esok je la.” Kataku sambil hendak menutup pintu semula. Tapi Izzati menahan.
“Ish kau ni, tak menyempat betul. Eh, Amir tak ada call kau ke? Aku selau tengok kat tv kalau bagi bunga pas tu mesti die call.”
“Ayoyo minah ni, tu la kau banyak sangat tengok tv. Tak ada pun dia call. Alah malas la aku nak layan. Kau pun tahu kan hati aku ni ada Izzul je.”
Izzati terus masuk ke bilikku dan duduk di katilku.
“Dah.. dah kau pergi masuk bilik kau. Kau kalau dah duduk kat sini jawabnya tak tidur aku nanti.”
Izzati kalau berborak memang tak boleh berhenti. Ada saja ceritanya. Tak pasal-pasal aku bermata panda esok kerana kekurangan tidur.
“Ok aku janji aku tak lama. Ni aku nak cakap sikit. Izzul dan pergi Nani buat apa kau terus jadi macam ni? Kalau dia tau mesti dia sedih tengok kau macam ni. Yang pergi tu biarkan pergi, yang hidup mesti teruskan kehidupan. Lagipun Amir tu baik orangnya tak kan la kau ni tak faham-faham orang tu dah bagi hint kau buat bodoh je.”
“Hati aku ni hanya ada satu nama sahaja, ulang suara satu nama sahaja. Izzul Zuhairi, tak akan ada nama lelaki lain lagi dan tak akan ada siapa boleh ganti tempat dia. Aku tak perlukan cinta lelaki lain dalam hidup aku.”
“Kau ni memang degil, keras kepala la nanny. Sampai bila kau nak tutup pintu hati kau tu?” soal Izzati lagi sambil mengeluh.
“Selama-lamanya…”
“Tah la aku tak tau nak cakap apa. Terpulang pada kau. Kau tu kalau lembut hati terlebih lembutnya. Kalau dah keras, ha hempuk macam mana pun tak lut”
Aku ketawa sedikit mendengar dia berkata begitu. Izzati bangun lalu berlalu ke pintu tapi sempat lagi nak bercakap.
“Kau tidur la karang mata kau jadi macam mata panda pulak. Lain kali pakai la Garnier macam iklan tu. Aku tak promote tapi sampaikan iklan jek” katanya sambil mengekek ketawa dan terus berlalu.
“Eh lagi satu aku nak tengok selama mana kau tak perlukan cinta, kalau suatu hari nanti kau perlukan cinta siap la kau memang aku ketawa kuat-kuat. Kita tengok sejauh mana kau boleh elak.” Sempat lagi, ingatkan dah masuk tidur. Lalu Izzati menutup pintu bilikku.
Kata-katanya mula aku renungkan kembali. Bagaimana kalau apa yang dikatakan tu benar? Ah! Tidak! Aku tak perlukan cinta lelaki lain selain Izzul Zuhairi. Ya! Aku pasti!
Belum sempat aku melelapkan mata, tiba-tiba telefon bimbitku berdering.
‘Siapa pulak la yang kacau malam-malam buta ni?’ ngomel aku dalam hati.
Tanpa aku melihat nama yang tertera aku lalu menjawab panggilan tersebut sambil mataku terpejam. Sungguh aku ngantuk sekali!
“Assalamualaikum Huraiyah…”
“Waalaikumussalam…siapa ni? Kenapa telefon malam-malam? Tak tahu ke orang nak tidur? Esok aje la telefon.” Jawabku malas.
Aku hampir mematikan talian tiba-tiba pemanggil itu mengenalkan dirinya.
“Ni saya Amir. Maaflah ganggu awak malam-malam ni.”
Bagai terkena kejutan elektrik aku terus berdiri dan melompat dari katil. Macam mana aku boleh tak perasan dia pemanggilnya. Aduh!
“Eh, awak ke sorry la saya tak perasan tadi.” aku ketawa kecil di hujung bicara.
“Saya ganggu awak ke?”
“Eh tak ada la saya pun belum tidur lagi. Belum ngantuk.” Bohongku.
“errr….a..wak..dah..dah..” Amir agak tergagap.
“Dah apa Amir?” soalku berpura tidak tahu. Dia pasti ingin menanyakan soal bunga itu.
“ermm….awak dah dapat bunga yang saya beri tu?”
“Oh, dah…terima kasih la susah-susah je awak ni. Saya tau awak sebenarnya saja-saja nak bagi bunga tu kan. Tak ada apa-apa maksud pun kan. Ok la saya nak tidur ni lain kali kita berborak lagi ye.”
“tapi…saya bagi sebab….”
Tidak sempat Amir menyudahkan ayatnya aku terus mematikan talian. Lantas aku padam terus telefon bimbitku, bimbang jika dia menelefonku kembali. Aku tak mahu mendengar penjelasannya kerana aku risau jika aku tak mampu membalas huluran cintanya. Ya! Aku memang lari dari kenyataan tanpa membiarkan dia memberi sebarang ruang. Mungkin agak kejam tapi aku tak mahu perkara ini berlanjutan jauh. Biarlah semuanya hanya sekadar di sini. Noktah!
zahra
03-29-2011, 02:25 PM
hehe..sweetnye..rase macam nak kawin dipenuhi bunga2 jew..sure sweet...continue lagi taw wawa:)
mawar putih
03-29-2011, 02:31 PM
nnti wawa soh future hubby akak bg bunge bnyk2 ye....hehehehehe :D
yankumi
03-29-2011, 04:21 PM
plz cont ag hehehehehe
dieda
03-29-2011, 09:36 PM
tgh imaginekan bnyk mn 365 roses tu,,
agk2 pnh 1 bilik ke?
mawar putih
03-29-2011, 09:38 PM
huahuahua....lu pikir la sundirik...
mcm mane penuh....tp mmg penuh la...
bayangkan 365 beb....hahahaha
dieda
03-29-2011, 09:46 PM
setangkai roses bapa hengget yek??
kalu 365????makkk aii,mst mhl kan??
org yg btl2 chenta jek yg snggup beli utk buah ht die,,
cik wawa,,,,siler2 la smbg lg yek,,,
mawar putih
03-29-2011, 09:54 PM
rose stangkai bape hengget den xtauk....hahaha
kalo brtangkai2 lg la mahal dan den xtauk bpe hengget...kne tnye org yg slalu beli bunge...:D
nnti sng2 kite cont agi ini cite ye......
haha..cumel cite ni!!
rose skuntum x silap rm2.50-rm4.50 biasenye,tgk pd quantity le..hehe..
ape smbngn cite ni,smbg le bagi abes..haha!!
mawar putih
03-30-2011, 09:51 PM
haha..cumel cite ni!!
rose skuntum x silap rm2.50-rm4.50 biasenye,tgk pd quantity le..hehe..
ape smbngn cite ni,smbg le bagi abes..haha!!
o....rm2.50-rm4.50 ye...
den x tauk sbb jarang beli bunge....:D
sng2 nnti cite ni akn disambung lg ye.....:)
mawar putih
03-31-2011, 01:36 PM
Hari ini hari minggu. Aku masih teringat lagi tentang dua hari lepas tentang Amir yang langsung tidak ku beri peluang berkata. Ah! Biarlah malas hendak ku kusutkan lagi fikiranku. Hari ini misi aku ialah membeli sebarang bahan bacaan sambil ditemani teman baikku, Izzati. Aku tak boleh hidup senang kalau tiada apa yang hendak membaca kerana memang sudah tabiatku. Mahupun surat khabar, majalah, novel, buku motivasi. Apa sahaja yang penting aku dapat sesuatu pelajaran dalam bacaanku.
Izzati sudah leka di ruangan novel. Minah tu kalau tak beli novel tak sah hidupnya.
Sedang aku leka membelek sebuah buku motivasi tiba-tiba buku yang aku hendak ambil juga ada tangan yang hendak mengambil buku yang sama. Alangkah terkejutnya aku. Dia lagi! Mengapa dimana aku berada mesti ada lelaki ini? Tapi kelihatan dia sendirian jika tidak, ada sahaja ‘bodyguard’ tidak berbayar. Siapa lagi kalau bukan si perempuan bermulut ‘manis’ itu.
“Huraiyah Hannani? La…tak sangka kita jumpa disini ya?”
katanya sedikit terkejut sambil menghadiahkan senyuman. Manis sekali pada pandanganku. Ish! Mengarut sahaja aku ni.
“Eh, Amir rupanya…” balasku pendek.
“Beli apa?”
“Awak tak nampak saya tengah beli ikan ni….” Aku berseloroh sambil tersengih.
Dia ketawa.
“Dah dekat kedai buku mesti la beli buku kan…”
Aku sekadar mengangguk.
“Huraiyah….pasal bunga tu….”
Tidak sempat Amir menyudahkan percakapan Izzati datang menyampuk.
“Eh Amir pun ada. Kebetulan yang tidak disangka. Nani kau dah jumpa belum buku yang kau nak beli tu? Aku nak bayar dah ni”
“Ha, dah jom lah….”
Kami bergerak ke kaunter pembayaran sambil diekori oleh Amir.
“Amir, kami nak lunch ni. Kamu join sekali jom. Makcik Nani kata dia nak belanja kamu lunch sekali.”
Aku menyiku perut Izzati. Tapi Izzati buat-buat tidak mengerti dan tidak bersalah.
‘ish minah ni pandai-pandai je jual nama aku. Bila masa aku ajak mamat ni. Kena karang minah ni dengan aku. Lagipun aku malas nak lama-lama dengan mamat ni.’ Ngomel aku di dalam hati.
“Why not, saya pun belum lunch lagi. Jom la.” Jawab Amir tanda menerima pelawaan kami. Lebih tepat pelawaan Izzati seorang.
Kami memilih restoran dan kemudian order makanan masing-masing. Kami menjamah makanan dengan penuh selera. Sekian lama masing-masing menyepi Amir berkata sesuatu.
“Huraiyah, awak free tak malam sabtu minggu depan? Company saya ada annual dinner. So saya tak ada teman. Saya ingat nak ajak awak, tu pun kalau awak tak keberatan.”
‘Aku dan dia ke dinner together-gether gitu? Oh tidak, ini tak boleh jadi. Aku mesti cari alasan. Tapi apa ya….’ Bisik hatiku.
“Saya bukannya apa Mir tapi baru saya ingat saya kena ke rumah umi dengan abah malam tu sebab ada sedara datang.” Bohongku.
“Eh Nani, bukan parent kau outstation ke hari khamis balik hari isnin? Kan tak ada orang kat rumah tu nanti?” soal Izzati agak polos.
Aduh! Cis! Bikin kacau la minah ni! Kantoi la pulak, minah ni mulut dia aku kasi jahit baru tau.
“Ha’ah la Ati, aku terlupa pulak” kataku sambil menepuk dahi. Buat-buat lupa.
Amir hanya tersenyum mungkin dia rasa aku sengaja mengelak daripadanya.
“Hang jangan risau Amir, Nani akan pergi nanti hang datang je jemput dia kat rumah ok.”
Amir terus mengangguk.
Aku melopong mendengar Izzati berkata demikian.
‘Sesuka hati jawab bagi pihak aku. Aduh macam mana ni?’
Nampaknya kena la pergi juga walaupun hatiku membantah. Kini aku tiada alasan lagi untuk berkata tidak. Oh tolong!
mawar putih
03-31-2011, 01:37 PM
BAB 7
Apa aku nak pakai malam esok. Rasa seperti tiada pakaian yang sesuai di dalam almari pakaianku ini. Tolong aku buntu!
Tau-tau Izzati datang padaku sambil membawa baju gaun labuh berlengan panjang dan diletakkan di atas katilku. Cantik sekali, gaun berwarna merah lembut itu diserikan lagi dengan manik-manik serta mutiara putih disekitar pergelangan tangan dan pinggang. Tapi Izzati mahu buat apa dengan gaun ni?
“Cantik kan? Mesti glem habis la kau pakai gaun ni malam esok.” Katanya sambil merenung gaun tersebut.
“Apa? Aku pakai gaun ni? Kau gila? Nanti nampak sangat aku ni terlalu menonjol. Tak nak la. Segan aku.”
“Apa yang nak disegankan? Kau partner Mr. CEO tau tak? Tak kan kau nak pakai baju biasa-biasa je. Kau pakai je baju ni, aku hadiahkan kat kau.”
“Tak nak la. Tak kuasa aku nak bergaun-gaun ni. Karang orang ingat aku ni nak menunjuk-nunjuk pulak. Nanti semua orang pandang aku. Malu tau tak.”
“Aku dah beli tak kan nak buat kain buruk kat almari kau tu. Tak pe la macam ni kawan kan.” Izzati berpura merajuk dan ingin keluar dari bilikku.
“Iya la…aku pakai. Tapi sebab kau tau tak, karang merajuk lagi payah tak kuasa aku nak pujuk.”
Izzati tersenyum lebar tanda kemenangan. Sedangkan aku pening kepala memikirkan aku akan memakai baju ini pergi dinner bersama Amir Ikmal pula tu. Aduh malu!
Tepat jam 8.30 malam, kereta BMW 5 Series milik Amir Ikmal tiba di hadapan rumahku. Aku sudah sedia siap menanti dia. Dia menantiku di tepi keretanya. Aku melangkah ke arahnya. Betapa tuhan sahaja yang tahu betapa berdebarnya hati ini tatkala melihatkan dia asyik merenungku. Barangkali mungkin terpukau melihat ku berpakaian begini. Gaun merah lembut dipadankan dengan selendang merah jambu cair yang kemas terlilit dan disematkan dengan brooch yang sederhana besar di kiri bahuku.
“You look so georgeous toninght. Cantik…” pujinya lalu membuka pintu ala-ala gentleman la kononnya.
Aku hanya mampu tersenyum.
Sesampai sahaja disana, ramai tetamu yang datang. Tapi kenapa aku rasa bagai banyak mata yang terarah kepada kami. Ya! Pasti tidak salah lagi. Kami juga turut menjadi bahan bualan. Amir Ikmal kelihatan begitu segak sekali. Aku tidak dapat sangkal kenyataan itu.
Dengan tuxedo hitamnya dia kelihatan begitu kacak sekali. Tambahan lagi, senyuman manis yang tidak pernah lekang dari bibirnya mampu membuat siapa-siapa pun tertawan.
Kami menuju ke meja yang sudah ditetapkan dan menjamah juadah yang disediakan. Sehingga kini masih lagi ada mata yang tidak jemu memerhatikan kami. Dan tidak dapat dinafikan juga ada yang cemburu melihatku di sisinya. Wanita mana yang tidak mahu bergandingan dengan lelaki yang punya segalanya seperti Amir Ikmal. Kalau ditolak memang rugi la jawabnya.
Ya! tapi memang ada yang menolaknya. Siapa lagi aku lah orangnya. Akulah wanita yang tidak tahu menghargai tuah di depan mata. Meskipun aku sedar dia sering cuba mendekatiku tapi tidak pernah ku layan alasannya aku tak perlukan cinta lelaki lain selain Izzul.
Sedang aku leka mengadap makanan di hadapanku. MC majlis itu tidak semena-mena memanggil Amir Ikmal.
“Berikan tepukan gemuruh to our Mr. CEO En. Amir Ikmal kerana dia ingin menyampaikan sebuah lagu kepada gadis disebelahnya. Silakan.”
mawar putih
03-31-2011, 01:41 PM
Tepukan gemuruh kedengaran. Gadis disebelahnya? Setahu aku, hanya ada aku yang perempuan uang duduk disebelahnya. Apakah gadis itu aku?
Amir Ikmal terus berlalu dan naik ke atas pentas. Terdapat sebuah piano di situ. Amir lalu duduk diatas bangku kecil di hadapan piano tersebut.
“Lagu ini khas buat gadis yang sudah berjaya mencuri hati saya iaitu Huraiyah Hannani. Gadis yang bergaun merah lembut itu, gadis yang tertutup rapat pintu hatinya dan kini saya yang akan membuka kembali pintu hati itu. Terimalah, lagu Sedetik Lebih khas buatmu Huraiyah Hannani, bidadari kesayanganku.
Dia memainkan piano sambil mendendangkan lagu Sedetik Lebih nyanyian Anuar Zain.
Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu
Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu
Ternyata ku perlukan cinta
Dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa
Kasihku…, ku amat mencintai kamu
Kerna kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih
Selepas selamanya
Di kala penuh ketakutan
Dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu
Biarlah kehilangan semua
Yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu
Ternyata ku perlukan cinta
Dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa
Kasihku…, ku amat mencintai kamu
Kerna kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih
Selepas selamanya
Suaranya terlalu enak di pendengaranku. Sepersis Anuar Zain yang mendendangkannya.
Tidak mampu ku sangkal hati aku agak bergetar tatkala dia menyanyikan lagu itu terutama pada lirik 'Ternyata ku perlukan cinta, Dari dirimu sayang, Barulah terasa ku bernyawa.'
Apakah kini aku sudah perlukan cinta? Tidak! Huraiyah Hannani, keraskan hatimu. Kau tidak perlukan cinta lagi! Cukup hanya cinta Izzul Zuhairi. Ya cukup!
dieda
03-31-2011, 01:44 PM
wahhh,,lagu sedetik lebihh tu,,,
btl2 mengikuti perkembangan semasa penulis cte ni,,eekeke
mawar putih
03-31-2011, 01:45 PM
Tapi kenapa hatiku seakan tenang dan nyaman mendengar alunan suaranya mendendangkan lagu itu. Aku seakan memberontak kerana sebahagian hatiku mengatakan aku tidak perlukan cinta tapi sebelah lagi aku perlukannya.
Lebih tepat aku perlukan cinta Amir Ikmal! Apakah dalam diam aku menaruh hati padanya tapi sering aku sangkal selama ini. Oh hati, mengapa begini pula jadinya. Tidak! Aku hanya mencintai Abang Izzul.
Lantas aku terus berlari keluar tatkala Amir Ikmal selesai menyanyi. Tindakan ku itu mengundang sribu macam soalan kerana ramai tetamu yang menyaksikannya.
Amir juga turut mengejarku dari belakang sambil memanggilku.
“Tidak! Aku tak mahu semua ini berlaku. Cintaku hanya pada Abang Izzul.” Kataku sendirian sambil berlari keluar lalu menekup telinga. Air mataku tidak berhenti mengalir.
“Amir, kenapa harus kau buka pintu hatimu buatku? Aku tidak layak untuk insan sebaikmu. Aku tidak bersedia menggantikan tempat arwah Izzul…tidak..”
Tanpa aku sedari tatkala aku melintas jalan raya ada sebuah kereta sedang menuju ke arahku! Aku hanya mampu tergamam. Seterusnya aku tidak melihat apa. Terasa perit di kepalaku dan cecair merah mengalir banyak.
Kemudian semuanya gelap!
Di dalam kereta, seorang wanita memandu dengan penuh gembira dan juga benci.
“Puas hati aku! Padan muka kau perempuan! Ada hati nak rebut Abang Amir dari aku ya? Langkah mayat aku dulu. Tapi sekarang mungkin kau yang dah jadi mayat Huraiyah Hannani! Huh! Aku benci nama tu, sekarang kau tak akan ganggu aku dengan Abang Amir lagi. Rasakan! Tempat kau hanya di kubur!”
Balqis Qistina ketawa berdeka-dekah dengan penuh kepuasan apabila tercapai hajatnya untuk menghapuskan Huraiyah Hannani. Dendamnya kepada Huraiyah Hannani amat dalam sehingga dia nekad untuk melakukan apa sahaja pun.
Tanapa disedarinya, dia hilang kawalan stereng kerana terlalu asyik ketawa. Kemudian terdengar bunyi hon yang kuat dari arah jalan bertentangan. Semuanya berlaku dengan begitu pantas dan Balqis Qistina hanya mampu menjerit!
mawar putih
03-31-2011, 01:46 PM
wahhh,,lagu sedetik lebihh tu,,,
btl2 mengikuti perkembangan semasa penulis cte ni,,eekeke
hahahaha....cite ni dh nmpk smpai ending...:D
yankumi
03-31-2011, 04:04 PM
wahhh...tingat pulak kenangan masa dear nyanyi lagu nie..
so sweet...sgt menyentuh hati...
dh nk smpai ending ke cite nie...hehehehehe ni yg makin xsbr nie..
tp nape dia excident pulak...ke cite nie sad ending :(
zahra
03-31-2011, 05:41 PM
:xhehe sweet..sambung lagi yew..siap dew lagu lagi..hehe..sweet!!!...erm dew kew nak nyanyikan lagu untuk zahra ni..hehe:D
mawar putih
04-01-2011, 01:28 PM
Terdapat seorang lelaki yang begitu setia menemani si gadis yang terbaring kaku. Meskipun gadis itu selalu larikan diri padanya, dia akan tetap mengejar. Dia bukan seorang yang mudah mengalah. Dia terlalu sayangkan gadis itu. Dia sendiri tidak meminta perasaan ini tetapi ia hadir dengan sendiri. Dia terima dan redha andai hantaran hati ini tidak dapat disambut, dia hanya mahu gadis ini bahagia walaupun jika ditakdirkan bukan bersamanya.
Dia tidak pernah jemu dan sentiasa di sisi gadis itu, setiap pagi dia akan datang untuk membacakan Surah Yaasin, dengan harapan si gadis akan segera sedar dan sembuh.
“Amir…dah lama sampai?” tanya Izzati.
Dia selalu perasan selama Huraiyah Hannani di wad ICU, Amir sentiasa melawatnya setiap pagi. Dan tidak pernah lupa untuk membaca Surah Yaasin. Pernah juga dia terdengar Amir selalu memberi kata semangat agar Huraiyah Hannani segera sedar. Tapi gadis itu sudah seminggu di dalam wad ICU ini dan masih belum menunjukkan tanda untuk sedar.
“Abang Izzul? Abang Izzul ke tu?” Huraiyah Hannani memanggil kerana dilihatnya Izzul Zuhairi di hadapannya.
“Nani…pulanglah, sini bukan tempat Nani. Tempat Nani bersama dengan keluarga dan kawan-kawan Nani yang sedang menanti Nani. Dunia kita sudah berbeza Nani, pulanglah..Amir setia menantimu di sana.” Izzul Zuhairi memujuknya kembali ke alam nyata.
“Nani tak mahu, Nani nak bersama dengan abang…”
“Pulanglah….pulanglah…”
Izzul Zuhairi semakin jauh dan hilang. Segalanya berkabus.
“Abang!” jerit Huraiyah Hannani lantas membuka mata dan kini telah sedar.
“Nani, kau dah sedar?” tanya Izzati lalu mengucap syukur.
“Ati aku kat mana ni?” Huraiyah Hannani melihat tubuhnya berselirat dengan pelbagai tiub, kepalanya juga berbalut.
“Kau dekat hospital, kau kemalangan masa malam tu. Dah seminggu kau koma kat wad ICU ni. Tapi alhamdulillah kau sedar akhirnya.”
Huraiyah Hannani cuba mengingati tapi dia hanya dapat rasa kesakitan di kepalanya.
“Oh ya, tu Amir ada tinggalkan surat untuk kau dan MP3 player kat tepi meja tu.” Kata Izzati sambil tangannya menunjuk ke arah meja kecil di sebelah katil.
“Amir mana Ati?”
“Dia pergi ziarah kubur sepupu dia. Siapa nama dia kalau tak silap aku Balqis Qistina kan? Dia kemalangan jugak malam kau kemalangan tu, berlanggar dengan lori tapi umur dia tak panjang dan meninggal kat tempat kejadian.”
Aku turut bersimpati walaupun gadis itu sering biadap tapi aku sudah memaafkan segala kesalahan sepupu Amir itu.
“Oh ye, Amir tak dapat datang lagi sebab dia kena ke luar negara dalam beberapa tahun”
“Tapi kenapa lama sangat?”
“Entahlah Nani, dia tak bagi tahu la pulak. Nani kau berehatlah dulu. Aku nak keluar sekajap ada hal, kejap lagi aku datang balik ye.”
Amir sudah pergi? Tapi kenapa?
mawar putih
04-01-2011, 01:32 PM
Izzati terus hilang disebalik pintu. Lantas aku capai MP3 player lalu ku tekan butang play. Lagu Cinta Dalam Hati nyanyian kumpulan Ungu kedengaran di telingaku. Baru aku teringat tentang surat yang dikatakan Izzati tadi. Kerana terlalu asyik mendengar lagu aku hampir terlupa tentang sepucuk surat itu. Lalu aku membuka sampul dan tertera tulisan tangan tertulis di lembaran itu.
Buat Huraiyah Hannani yang selalu diingati,
Assalamualaikum, bila awak membaca lembaran ni tentu awak sudah sedar kan. Dan mungkin saya sudah pergi jauh dari sini. Alhamdulillah, saya selalu mendoakan agar awak cepat sembuh. Saya begitu terkejut apabila awak tiba-tiba lari selepas saya habis nyanyikan lagu untuk awak.
Saya minta maaf kalau saya menimbulkan kemarahan awak saya tidak bermaksud apa-apa pun. Tapi saya hanya ingin menyatakan perasaan saya sahaja. Tapi mungkin saya tidak layak untuk menggantikan arwah Izzul. Saya tahu betapa dalam kasih awak pada dia.
Huraiyah Hannani yang dikasihi,
Meskipun awak tidak dapat menerima saya sebagai insan yang istimewa dalam diri awak. Izinkan saya menjadi sahabat dan teman awak, izinkan saya menjadi sepohon pokok yang besar dan rendang, tinggi dan redup, sebagai tempat awak berlindung dan berteduh. Saya akan selalu ada di sisi awak, sentiasa di sini.
Adakalanya saya tertanya mengapa awak tak pernah nampak saya? Awak selalu menganggap saya tidak pernah wujud, lari daripada saya. Walaupun awak tak nampak saya, saya akan terus berada di sisi awak untuk menjaga awak meskipun hanya melihat dari jauh.
Huraiyah Hannani yang disayangi,
Sampai disini sahaja luahan yang tersirat di hati yang ingin saya sampaikan. Saya senantiasa mendoakan kebahagiaan awak dunia akhirat. Semoga awak bertemu dengan insan yang mampu memberikan kasih sayang dan mampu membimbing awak agar menemui kebahagiaan dunia akhirat. InsyaAllah kalau berpeluang kita mungkin berjumpa lagi.
Salam sayang dan tulus ikhlas,
~ Amir Ikmal ~
Air mataku menitis tidak henti sedari awal membaca surat ini. Apakah aku tidak pernah menghargainya selama ini? Apakah benar aku sering melarikan diri darinya? Apakah aku sering menafikan kewujudannya di dalam hidupku? Ya Allah, adakah betul tindakan aku kepada dia selama ini? Aku menangis lebih esak apabila mendengar lagu itu terus berulang sebagai santapan pendengaranku. Amir sudah pergi. Sedihkah aku? Menyesalkah aku?
Lamunanku berhenti tatkala pintu bilik terkuak. Izzati datang menghampiriku.
“Nani, Ya Allah kau kenapa menangis ni? Kau sakit ke? Aku panggilkan doktor ya.”
Pantas aku mencapai tangannya dan menggeleng.
“Ati, apakah aku sudah tidak berlaku adil kepada Amir selama ini? Adakah aku tidak tahu menghargai cinta tulusnya? Adakah aku yang buta selama ni lantas menutup pintu hatiku daripada mana-mana lelaki hanya kerana arwah Izzul. Betul ke Ati?”
Aku terus menangis teresak-esak. Izzati lantas memelukku.
“Nani, engkau pernah dengar ada satu mutiara kata yang mengatakan ‘berhentilah mengejar orang yang kita cintai tapi hargailah orang yang menyayangi kita sepenuh hati’. Aku bukan suruh kau melupakan Izzul, tapi simpan dia dalam kenangan yang terindah dalam hidup kau. Izzul dah pergi buat selama-lamanya, kau yang hidup mesti teruskan dan aku harap kau hargai huluran kasih Amir. Aku tengok dia tu baik orangnya lagipun dia kan kawan baik arwah Izzul, pasti Izzul gembira kalau kau bersama dengan Amir. Bukalah lembaran hidup baru kau Nani…aku hanya mahu lihat kau bahagia. Tu aje.”
Kata-kata Izzati kebali aku renungi. Ada benarnya juga, selama ni aku terlalu mengikut perasaan sehingga tidak menyedari ada yang terluka dengan sikapku ini. Maafkan aku Amir. Maafkan aku!
mawar putih
04-01-2011, 01:35 PM
BAB 8
“Alhamdulillah” semua mengucap syukur. Dengan sekali lafaz kini aku sah bergelar isteri kepada Amir Ikmal. Syukur ke hadrat Ilahi akhirnya majlis akad nikah ini berlangsung dengan lancar. Menitis juga air mataku kerana terharu.
Suamiku sedang berjalan ke arahku untuk acara membatalkan air sembahyang. Sesungguhnya hanya Allah yang tahu betapa berdebarnya aku ketika ini.
Dia duduk dihadapan ku sambil memberi salam.
“Sejuk tangan sayang…gementar ya.” Dia tersenyum lalu dia sarungkan cincin ke jari manisku.
Aku mencium tangannya lalu dia pula menghadiahkan kucupan di dahiku. Kemudian kami bersalaman dengan orang tua kami dan juga saudara-mara.
Setahun berlalu…..
Kedengaran suara bayi menangis. Hampir setengah hari aku di labour room akhirnya putera sulung kami selamat dilahirkan. Bayi lelaki itu dibawa kepadaku.
Baru kini dapat kurasakan betapa indahnya perasaan yang mekar di hatiku ini yang baru sahaja bergelar seorang ibu. Wajah bayi yang polos kemerahan itu cukup menenangkan jiwa dan hatiku hingga hilang segala kesakitan dan keperitan yang aku lalui tatkala bertarung nyawa untuk melahirkannya ke muka bumi ini.
Suamiku sentiasa berada disisiku, lalu kucupan seorang ibu ku hadiahkan di pipi anak kami.
“Terima kasih sayang, untuk anak kita ni.” Lalu dahiku menjadi sasaran kucupannya.
Aku serahkan putera kami kepadanya untuk diazankan. Tenang sekali hatiku melihat gandingan si bapa dan si anak. Ternyata tidak salah aku memilih Amir Ikmal sebagai pendamping hidupku. Dia seorang yang cukup memahami dan penyayang.
Farid Akmal, kami setuju untuk menamakan permata hati kami. Sesuai dengan namanya yang bermaksud permata yang mahal dan sempurna. Aku berharap kelak anak kami ini mampu berbakti kepada ibu bapa serta agamanya. Aku bersyukur diatas kurnia Yang Esa, sesungguhnya anak ini adalah permata yang amat bernilai dan berharga bagi kami.
Ternyata aku perlukan cinta dalam hidupku, bagi meneruskan kehidupan dan bagi menjalani hari-hari mendatang dengan penuh kasih sayang bersama insan tersayang yang sentiasa disisi.
Setiap insan perlukan cinta kerana itu fitrah dan aku juga tidak terkecuali meskipun suatu ketika dahulu aku tekad mengatakan aku tidak memerlukan cinta lagi.
Kini hidupku dihiasi bebunga cinta dan bebuih kasih bagi melengkapi kehidupan sebagai seorang insan yang bergelar anak, isteri dan kini ibu.
~ TAMAT ~
mawar putih
04-01-2011, 01:36 PM
akhirnya...tamat sudah kisah ini.....:D
dieda
04-01-2011, 01:41 PM
hepi ending,,:)
syabas wawa,,,:up:
senyap2 dh hbs 1 cerpen,,
next cerpen???hehe
mawar putih
04-01-2011, 01:43 PM
next cerpen? hahaha....next time la...:D
dieda
04-01-2011, 01:45 PM
laaa,,hang bkn bnyk ilham ke???
xkan dh xde ilham kot,,ekeke
mawar putih
04-01-2011, 01:46 PM
rajin la sgt den nk wat cerpen jek...haha
apo kato hang lak wat cerpen yg hang suggest kat den aritu....(fahe2 sundirik kisah sape)
:D
dieda
04-01-2011, 01:51 PM
rajin la sgt den nk wat cerpen jek...haha
apo kato hang lak wat cerpen yg hang suggest kat den aritu....(fahe2 sundirik kisah sape)
:D
(tb2 hilang ingatan):D
mawar putih
04-01-2011, 01:52 PM
cerpen wawa dah habis.....ok sume....lps ni cik dieda nk wat cerpen yek.....nntikan cerpen yg sterusnye dari cik dieda kte ni......:D
dieda
04-01-2011, 01:57 PM
ye,,ye,,nantikannnnnnnnnnnn,,
tungguuuuuu,,,,,,smpi lebammm,,hahaha
yankumi
04-01-2011, 02:54 PM
wahhh...happy ending..sweet..suka..sgt suka..
congratz wawa...teruskan berkarya okesss
dieda
04-01-2011, 03:40 PM
sebagai penulis baru,
wawa xmengecewakan peminat cerpen kt sini,,:D
hyori
04-01-2011, 06:03 PM
nice story...mmg romantis giler..
next cerpen plak ea? hehehehe
mawar putih
04-01-2011, 09:24 PM
nice story...mmg romantis giler..
next cerpen plak ea? hehehehe
next cerpen? hehehe....next time la kalo kite rajin.....hikhikhik :D
dieda
04-01-2011, 09:25 PM
mawar,,mawar,,mawar,,
we want more,,,,
(sj bodek,,)
mawar putih
04-01-2011, 09:28 PM
mawar,,mawar,,mawar,,
we want more,,,,
(sj bodek,,)
dan2.....:D
kita nantikan cerpen sterusnya dari dieda yek....tq~
hahaha....
zahra
04-01-2011, 11:17 PM
nice:up:..nasib baik hepi ending..:-Dnak quote dis sweet sentence...
‘berhentilah mengejar orang yang kita cintai tapi hargailah orang yang menyayangi kita sepenuh hati’.
tapi if orang yang kita sayang masih hidup..cume die koma..perlu kew kita beri peluang pada insan lain..sedangkan si die masih hidup..dan mungkin juga memerlukan kita untuk terus memberi kata semangat padanya..
mawar putih
04-01-2011, 11:26 PM
nice:up:..nasib baik hepi ending..:-Dnak quote dis sweet sentence...
‘berhentilah mengejar orang yang kita cintai tapi hargailah orang yang menyayangi kita sepenuh hati’.
tapi if orang yang kita sayang masih hidup..cume die koma..perlu kew kita beri peluang pada insan lain..sedangkan si die masih hidup..dan mungkin juga memerlukan kita untuk terus memberi kata semangat padanya..
dia still hidup but koma ye...dilema wawa kalo kat tmpt cam ni...
why not just stay dgn si dia yg sdg koma, dia still prlukan kata2 smangat kan...mgkn ade harapan utk smbuh...
zahra
04-01-2011, 11:28 PM
:)itu yang akak buat wawa..ramai yg suruh akak give up..coz dah lame..hampir 3 tahun akak tunggu die..but nice story wawa..:up:
mawar putih
04-01-2011, 11:32 PM
kalo wawa kat tmpt akak, wawa akn tggu dia....wawa x kn trs give up...
kte kne bg smangat kat dia utk tros smbuh....masih ade harapan insyaAllah...:)
biarlah wktu dia susah(sakit) kita sentase ade dgn dia....sntase mndoakan dia...
zahra
04-01-2011, 11:35 PM
:)insya Allah..semoga si dia akak..cepat sembuh..erm..nanti buat la cerpen lagi eh..but must hepi ending taw..hehe..by d way tq 4 d nice story..;)
lavender90
04-08-2011, 05:09 PM
wa....akhirnyr...abes jugak sih...huhu....
nice story...
Powered by vBulletin® Version 4.1.12 Copyright © 2012 vBulletin Solutions, Inc. All rights reserved.