View Full Version : berterus terang
Hai..saya inginkan pendapat you all, sebenarnya saya sudah ada bf dan lebih kurang 2 tahun kami berkenalan dan sekarang hubungan kami mula serius sejak 6 bulan yang lalu. Hubungan kami ok tapi sejak kebelakangan ini dia sering bercerita tentang perkahwinan dan dia pernah berkata dia sememangya serius dengan hubungan ini..saya juga pernah beritahu dia yang saya masih belum bersedia untuk memberi sebarang komitmen dan dia faham namun dia akan terus menunggu sekurangnya kurangnya setahun tetapi apabila sampai masanya dia amat berharap saya menerimanya. Saya rasa tertekan kerana tiap kali kami jumpa pasti dia berbincang tentang masa depan kami. Saya sebenarnya takut jika sampai masanya saya masih tidak pasti dengan perasaan saya dan saya juga tidak mahu dikatakan memainkan perasaan dia. Apa yang pasti saya sayangkan dia namun untuk memberikan komitmen seperti bertunang rasanya belum sampai masanya. Saya faham masalahnya terletak pada saya. Saya pernah terfikir untuk berterus terang supaya dia tidak terus mengharap lagi atau patutkah saya beri peluang pada hubungan ini?
Alang
01-04-2008, 02:32 PM
tepuk dada tanya selera..mana timbangan yang lebih berat? Beri peluang atau lupakan saja?
Mr Teddy
01-04-2008, 07:07 PM
bagi saya, better awak fikir betul2 apa tindakan yang awak nak buat. dalam perhubungan ni kita tak boleh main2 sebab taknak orang lain kecewa. sekiranya awak sayang pada die, dan die sayang pada awak, saya rasa tiada masalah untuk die menunggu awak. tapi janganlah awak mensia2kan penantian die itu.
ingat, penantian tu satu penyeksaan. ;)
-mr teddy.
hafizudin
01-10-2008, 09:01 PM
Aza
Sebenarnya kemuncak Cinta adalah bile pasangan mula memkirkan perkahwinan.
Sbbtu kadang2 kita selalu terdengar org kata "dah sampai seru dia"
memang betul penyataan tu..kadang2 bile dah sampai waktu nk pergi ke arah perkahwinan ni selalunya kedua2 pasangan strait akan memikirkan hal yg sama.Tanpa ada rasa ragu atau takut dengan masa depan.Sebab masa depan kita tahu mcmne...tambahan pula by that time pun kita dengan pasangan masing2 kan? so susah senang harungi bersama so It shouldnt be a problem in the 1st place.
Bgtahu dia jgn terlalu mendesak sbb awak belum bersedia.Mesti awak ada sbb tersendiri kan.
Tapi AZA lagi kita bersama mcm2 dugaan allah swt bagi. lagi lama bercinta lagi banyak diri terdedah dengan maksiat kan...
awak bincanglah baik2 dengan dia
puteri alin
01-11-2008, 01:33 PM
pu3 setuju ngan hafizudin & mesrarx....actuly pu3 menghadapi masalah yang sama mcm Aza...mula2 pu3 confius untuk membuat keputusan, betul2 ke dah sedia nie...tapi bila difikir2kan semula....kita sayang kat dia kan...dan bila dia dah meluahkan hasrat itu...pu3 rasa itu jugalah apa yang Aza fikirkan untuk bersama dengan dia kan...klu tak takkan kita saje suka2 nak couple kan...apa2 pun berbincang secara baik dengan dia...jangan buat keputusan terburu2...nant menyesal tak sudah...pastikan dia tue seorang yang mampu memberi dan menerima apa jua kelebihan dan kekurangan kita...kita pun kena mcm tu juga....
Mr Teddy
01-12-2008, 11:33 PM
dan...ke mana aza menghilang? aza... helo...
-mr teddy.
Mrs Teddy
01-13-2008, 12:24 AM
btul kata diorg nie aza..
lgpun nape perlu rase ragu2 kalo kter benar2 dh sygkn si die?
adakah aza masih xyakin ngan si die? aza kaji dlu nape aza kurg yakin ngan si die..
btw umo aza skrg brape ye?
hafizudin
01-13-2008, 10:15 PM
btul kata diorg nie aza..
lgpun nape perlu rase ragu2 kalo kter benar2 dh sygkn si die?
adakah aza masih xyakin ngan si die? aza kaji dlu nape aza kurg yakin ngan si die..
btw umo aza skrg brape ye?
hilang dah Aza ni hahahah
hi..thank you for your advise, umur saya sekarang ni 24 tahun dan my bf 31 tahun. Saya pun dah fikirkan semua pandangan you all dan saya ambil keputusan untuk terus terang je kalau dia boleh tunggu sampai terbuka hati saya terpulang pada dia tapi kalau dia rasa dia jumpa someone yg better dari saya, dia boleh teruskan dengan orang lain. Baru-baru ni pun dia pernah bercerita ada someone yang cuba nak mendekati dia but dia kata dia masih setia pada saya. Dia beritahu benda ni pada saya pun bukan hendak memaksa tapi dia hendak bersikap jujur dengan saya. Mungkin ini satu petanda, walaupun keputusan ini akan mengecewakan kami berdua tapi rasanya inilah yang terbaik untuk kami. Kalau ada jodoh tak ke manakan?
hafizudin
01-14-2008, 11:06 PM
Aza memang dah umur dia utk mencari isteri
terpulang pada aza. Keputusan Aza cuma Aza yg tahu.
merahjambu
01-15-2008, 03:09 PM
kdg2 org yg kita xnak sungguh2 nak kita. org yg kita nak pulak xnak kita.. soal perkahwinan bkn main2. pk msak2 yah. gud luck!
Powered by vBulletin® Version 4.1.12 Copyright © 2012 vBulletin Solutions, Inc. All rights reserved.