PDA

View Full Version : Pesanan Untuk Bercinta



colorputih
06-24-2008, 01:57 PM
Pastikan kita tidak merasa/menganggap diri kita dalam serba kesempurnaan. Anggaplah diri kita mempunyai kelemahan supaya mudah untuk kita mencari pasangan yang membolehkan pasangan kita memperbaiki kelemahan/kekurangan itu.

colorputih
06-24-2008, 01:59 PM
Elakkan terlampau memilih sekiranya kita tidak tahu apa yang kita pilihkan.
Tetapi pilihlah apa yang tiada pada kita tapi ada pada pasangan kita.

colorputih
06-24-2008, 02:00 PM
Elakkan kita mendesak bakal pasangan kita untuk membuat pilihan ke atas kita. Ini kerana akan menampakkan kelemahan dalam diri kita dalam membuat satu-satu pilihan.

colorputih
06-24-2008, 02:02 PM
Berhenti berkata "Tiada / Tidak ada Jodoh" tapi berkatalah "Belum tiba Jodoh aku lagi"

colorputih
06-24-2008, 02:03 PM
Elakkan jadi pak turut pada pasangan kita nanti kita akan "di urut" :-"

colorputih
06-24-2008, 02:10 PM
Berhentilah meratapi perkara yang lepas.
Tiada maknanya kita meratapi sepanjang hayat sekiranya tiada hasil di masa depan. Binalah hidup yang mengembirakan.

colorputih
06-24-2008, 02:12 PM
Cinta yang murni itu akan ada liku2 dalam percintaan. jadikan liku2 itu sebagai resepi percintaan, jgn jadikan liku2 itu kesempatan dalam memutuskan perhubungan.

colorputih
06-24-2008, 02:15 PM
Pandanglah wajah pasangan kita dengan pandangan kasih sayang, jangan memandang pasangan kita sebagai tempat membuat satu perkara yang terlarang.

colorputih
06-24-2008, 02:15 PM
Jangan memperbodohkan pasangan, kelak kebodohan kita yang akan di pandang

colorputih
06-24-2008, 02:18 PM
Jangan berbangga diri dengan pasangan, ia membuatkan kita berada di awang-awangan.

colorputih
06-24-2008, 02:22 PM
Tidak perlu membuka kelemahan diri tetapi cuba perbaiki diri dan kita akan di sayangi

Liza
06-24-2008, 03:16 PM
wow...ini berdasarkan pengalaman ker?

colorputih
06-24-2008, 03:16 PM
Kita selalu mengatakan yang kita setia pada pasangan tapi bila bergaduh kita dulu menghempaskan telefon.

colorputih
06-24-2008, 03:23 PM
Jangan kejar cinta tapi biarlah ianya datang sendiri menurut kehendaknya. Hanya lakukan yang terbaik. Pasti tiba.

colorputih
06-24-2008, 03:24 PM
Jangan jaja cinta nanti maruah kita juga yang tergadai.

colorputih
06-24-2008, 03:26 PM
Pergilah berjalan-jalan dengan pasangan, tapi tangan jangan berjalan.

colorputih
06-24-2008, 03:27 PM
Kemanisan bercinta itu lebih nikmat jika ada kenangan yang indah berbanding mimpi di siang hari

colorputih
06-24-2008, 03:30 PM
Tidak berangan-angan dalam percintaan membuatkan kita lebih berhati-hati dalam percintaan.

colorputih
06-24-2008, 03:36 PM
Tutuplah pintu nafsu kita bila berbicara dengan pasangan.

colorputih
06-24-2008, 03:37 PM
Sayangkan Maruah diri membuatkan percintaan lebih tulus dan suci

colorputih
06-24-2008, 03:42 PM
Cinta itu perjalanan bukan perhentian. Teruskan perjalanan.

colorputih
06-24-2008, 03:43 PM
Cinta itu juga indah jika ada kesedihan. Terimalah dengan redha

colorputih
06-24-2008, 03:46 PM
jangan salahkan pasangan sekiranya kita tidak pandai menari, tetapi belajarlah menari.

colorputih
06-24-2008, 03:47 PM
jangan kesalkan setiap kemarahan kita pada pasangan tetapi kesalkan kenapa kita tidak berfikir sebelum marah.

colorputih
06-24-2008, 03:49 PM
Jangan tegakkan jari telunjuk bila berbicara dengan pasangan kita dan rendahkan lah suara bila berbicara.

colorputih
06-24-2008, 03:49 PM
Jangan memalukan pasangan kita, akhirnya kita akan di malukan oleh kawan-kawan kita

colorputih
06-24-2008, 03:50 PM
Tampalkan keretakkan percintaan kita dengan kemaafan. Binalah semula

colorputih
06-24-2008, 04:04 PM
Jangan di lafazkan perkataan CINTA sekiranya kita belum memahami apa itu cinta. Tapi lakukanlah sesuatu perkara itu yang menghala ke arah cinta.

colorputih
06-24-2008, 04:37 PM
Cinta itu memerlukan pengorbanan, korbankan lah nafsu bukan diri kita yang nak di korbankan