View Full Version : Mencari jalan yang pasti
lavender90
10-21-2010, 12:41 AM
Nokia aku berbunyi menandakan ada mesej masuk. Aku lihat name penghantarnya,lau ku tersenyum. Hidup lagi dia ni rupenye,gumam ku.
Sayang,boleh abg buat satu permintaan?
Ape die?.
Haish ade saje la mamat ni...gumam ku dalam hati.
Abg tringin sgt nk g safari night kat zoo melaka 2.. Jauh x dr umah ayg?
Zoo Melaka?? dah dkt sgt ngn umah ayg...mmg dkat sgt? ala,nape x ckp dr dlu? ayg dah nk habis stdy kat cni,bru nk ajk g…hurm….bila nk g 2?
Memang aku dah lame belajar kat sini. Malahan negeri dah macam negeri aku pula. Kadang-kadang,bila orang bercakap tentang tempat di negeri ini,aku lebih bijak menunjuk arah dari rakan ku yang berasal dari sini.
Astagfirullah,aku dah riak. Ampunkan dosa hambamu ini Ya Allah.
Dalam hjg bln ni… blh?
Blh. T ayg riki2 kan mase n hrga tket ner. Abg nk g hr pe?
Sabtu lah. Blh?
Sabtu?? Maksudnyer akan ada Ahad. Akan ada citu lepas Sabtu tu. Hurm.. cerebulum aku seperti sedang berkerja dengan cepatnya. Sementara dopamine aku macam diproses dengan banyak. Aku rase,kalau aku cek tekanan darah aku mase ni,mesti aku punya tekanan darah tinggi. Kiraan nadi aku tinggi. Ahh,tak boleh jadi ni. Aku kna dapatkan kepastian dulu.
Means,abg akn overnite kat cni lah yer?
Sementara aku menunggu balasan mesej dia,aku dapat merasakan oksigen disalurkan kat otak aku dengan banyak. Kepala aku terasa besar jap.
Erm... Maybe…
OK.. t8 k.. keje elok2…t boleh cepat nikah… as salam…
Sengaja aku tarik diri. Rasa nak menangis bila aku baca ayat SMS die yang paling last tadi. MAYBE? Maybe yes ke? Maybe not? Kan die dah janji tak nak overnight kat sini lagi? Kan dia tahu? Kan dia dah janji? Kan dia..
Ahhh…bape banyak mau kan la…. Tapi,aku memang tak setuju dia nak overnight kat sini. Atau dia sengaja ke nak cipta alas an?huh! mamat ni selalu la nak buat aku bingung.
Aku gelisah. Peristiwa hitam dahulu bermain-main difikiran ku. Mata ku macam LCD memutarkan semula apa yang berlaku. Telinga aku dah macam ade speaker kat dlam. Siap ade background muzik lagi. Fuhh,power!
Lantas ku tutup lappy ku yang dah panas macam nak meletup ni. Istighfar ku mendahukui perbuatanku. Lalu ku buka pintu bilikku perlahan-lahan,tidak mahu mengganggu rakan sebilikku yang sedang lena di ulit mimpi.
Entah ape yang dieorg mimpikan,ek. Kalau aku boleh masuk kacau-kacau mimpi dieorang jap ni,mcm best jer. Hehe….
Bila hati ku da start merapu. Aku tersenyum dalam gelap.
Terus kuhalakan langkah ku ke tandas. Ku bersihkan diri ku ala kadar.
Usai aku menyempurnakna wudu’ ku,ku tutup lampu bilik air. Masih takut jika rakan ku terganggu tidurnya. Kucapai telekung,lalu ku dirikan Solat Sunat. Ini sahaja cara ku tika aku sedang dalam kebuntuan. Aku mengadu pada-Nya di sujud akhir ku. Meminta keampunan atas dosa-dosa ku yang lalu yang aku tak pasti samada aku layak untuk di ampun kan atau tidak. Lalu kuluahkan juga kgusaran hati ku.
Ya Allah,aku tak layak untuk menjadi tamu-Mu di syurga. Namun aku tak daya menghadapi siksaan mu di neraka. Jangan lah Engkau palingkan hati ku setelah kau berikan aku hidayah. Andai ini adalah dugaan Engkau,berikan aku kekuatan untuk menghadapi nya. Berilah aku pelindungan-MU dari menuju kejalan kesesatan.
Dalam sujudku,aku menagis teresak-esak. Mengingati dosa-dosa yang lampau,dan perkara yang mungkin akan berlaku.
Selesai solat dan berdoa, aku termenung kejap. Berat juga dugaan aku. Namun tak sebesar dugaan pejuang-pejuang Islam di Palestin. aku mesti kuat. Aku mesti tekad untuk menghindari nya. Ya,pasti !
Archi_Love
10-21-2010, 04:53 AM
Nokia aku berbunyi menandakan ada mesej masuk. Aku lihat name penghantarnya,lau ku tersenyum. Hidup lagi dia ni rupenye,gumam ku.
Sayang,boleh abg buat satu permintaan?
Ape die?.
Haish ade saje la mamat ni...gumam ku dalam hati.
Abg tringin sgt nk g safari night kat zoo melaka 2.. Jauh x dr umah ayg?
Zoo Melaka?? dah dkt sgt ngn umah ayg...mmg dkat sgt? ala,nape x ckp dr dlu? ayg dah nk habis stdy kat cni,bru nk ajk g…hurm….bila nk g 2?
Memang aku dah lame belajar kat sini. Malahan negeri dah macam negeri aku pula. Kadang-kadang,bila orang bercakap tentang tempat di negeri ini,aku lebih bijak menunjuk arah dari rakan ku yang berasal dari sini.
Astagfirullah,aku dah riak. Ampunkan dosa hambamu ini Ya Allah.
Dalam hjg bln ni… blh?
Blh. T ayg riki2 kan mase n hrga tket ner. Abg nk g hr pe?
Sabtu lah. Blh?
Sabtu?? Maksudnyer akan ada Ahad. Akan ada citu lepas Sabtu tu. Hurm.. cerebulum aku seperti sedang berkerja dengan cepatnya. Sementara dopamine aku macam diproses dengan banyak. Aku rase,kalau aku cek tekanan darah aku mase ni,mesti aku punya tekanan darah tinggi. Kiraan nadi aku tinggi. Ahh,tak boleh jadi ni. Aku kna dapatkan kepastian dulu.
Means,abg akn overnite kat cni lah yer?
Sementara aku menunggu balasan mesej dia,aku dapat merasakan oksigen disalurkan kat otak aku dengan banyak. Kepala aku terasa besar jap.
Erm... Maybe…
OK.. t8 k.. keje elok2…t boleh cepat nikah… as salam…
Sengaja aku tarik diri. Rasa nak menangis bila aku baca ayat SMS die yang paling last tadi. MAYBE? Maybe yes ke? Maybe not? Kan die dah janji tak nak overnight kat sini lagi? Kan dia tahu? Kan dia dah janji? Kan dia..
Ahhh…bape banyak mau kan la…. Tapi,aku memang tak setuju dia nak overnight kat sini. Atau dia sengaja ke nak cipta alas an?huh! mamat ni selalu la nak buat aku bingung.
Aku gelisah. Peristiwa hitam dahulu bermain-main difikiran ku. Mata ku macam LCD memutarkan semula apa yang berlaku. Telinga aku dah macam ade speaker kat dlam. Siap ade background muzik lagi. Fuhh,power!
Lantas ku tutup lappy ku yang dah panas macam nak meletup ni. Istighfar ku mendahukui perbuatanku. Lalu ku buka pintu bilikku perlahan-lahan,tidak mahu mengganggu rakan sebilikku yang sedang lena di ulit mimpi.
Entah ape yang dieorg mimpikan,ek. Kalau aku boleh masuk kacau-kacau mimpi dieorang jap ni,mcm best jer. Hehe….
Bila hati ku da start merapu. Aku tersenyum dalam gelap.
Terus kuhalakan langkah ku ke tandas. Ku bersihkan diri ku ala kadar.
Usai aku menyempurnakna wudu’ ku,ku tutup lampu bilik air. Masih takut jika rakan ku terganggu tidurnya. Kucapai telekung,lalu ku dirikan Solat Sunat. Ini sahaja cara ku tika aku sedang dalam kebuntuan. Aku mengadu pada-Nya di sujud akhir ku. Meminta keampunan atas dosa-dosa ku yang lalu yang aku tak pasti samada aku layak untuk di ampun kan atau tidak. Lalu kuluahkan juga kgusaran hati ku.
Ya Allah,aku tak layak untuk menjadi tamu-Mu di syurga. Namun aku tak daya menghadapi siksaan mu di neraka. Jangan lah Engkau palingkan hati ku setelah kau berikan aku hidayah. Andai ini adalah dugaan Engkau,berikan aku kekuatan untuk menghadapi nya. Berilah aku pelindungan-MU dari menuju kejalan kesesatan.
Dalam sujudku,aku menagis teresak-esak. Mengingati dosa-dosa yang lampau,dan perkara yang mungkin akan berlaku.
Selesai solat dan berdoa, aku termenung kejap. Berat juga dugaan aku. Namun tak sebesar dugaan pejuang-pejuang Islam di Palestin. aku mesti kuat. Aku mesti tekad untuk menghindari nya. Ya,pasti !
baca part nie tetiba sense aura tu dtg...
:-?? :-?? :-??
lavender90
10-21-2010, 01:36 PM
aura ape 2?hehe...
sambungan..
Aku merenung ke luar,melemparkan keluhan ku ke lautan.
“Maafkan abang sayang. Abang tahu abang salah. Abang tahu abang jahat,”
Aku diam,membatukan diri. Membiarkan dia menghabiskan kata-katanya yang ibarat skrip. Setiap kali kami terlanjur,itulah ayat yang dia mesti ucapkan. Macam tape pulak. Boleh reverse dan playback. Aku sampai dah hafal.
“Abang janji,ni kali terakhir. Tolong lah sayang. Maafkan abang. Abang janji tak kan buat lagi sampai kita nikah”
“Janji untuk kali yang ke berapa?”
Dia memang sengaja! Huh! Salah aku juga. Ada peraturan,tak nak ikot. Degil. Padan muka aku!
Huh!
Aku biarkan je perjalanan kami di temani sepi. Aku minta dia hantar aku pulang. Biarlah ape yang berlaku sampai disini.
Aiseyh,asal mamat ni tak bukak lock pintu kereta ni? Sengaja lah tu
“Abang janji tak kan datang ke sini lagi. Kalau kita nak jumpa,jumpa kat kampung je,k?,”
“Up to you la. Awak jugak yang selalu sangat nak datang sini. Ade saya paksa awak datang? I’ll wait and see. How long did u can hold your promise,”
Ahh,peduli ape aku dengan BI aku. Yang penting,aku mesti keluar dari tempat ni cepat.
“Ayang pergi. Drive elok-elok. Dah sampai bagi tahu. As salamualaikum,”
“Wa salam. Abang sayang ayang. Jaga diri,”
Satu kucupan hinggap di pipi aku. Hati ku berbaur. Suka ke? Benci ke? Nape rase macam nak nangis ni? Ish tak mau nangis lagi,sayang.
Aku buka pintu kereta dia,dan berjalan pergi. Tanpa menoleh ke belakang lagi. Sebabnya,empangan air mata aku dah pecah lagi temboknya masa tu. Tak dapat nak panggil maintenance pula.
Sampai je rumah,aku tutup pintu bilik ku. Semua rakan ku tiada di rumah. Bagusla,gumamku. Ku kunci pintu bilik ku, buka lappy ku dank u pasang lagu sekuat-kuatnya. Sengaja aku buat macam tu supaya tiada orang yang tahu aku tengah menagis masa tu.
Ya Allah. Hambamu ni lemah sangat. Terlalu lemah dengan tuntutan nafsu. Aku kecundang lagi. Aku mungkir lagi dengan janji aku kepada diri ku. ampuni aku YA Allah.
Aku tiada tempat untuk mengadu. Bagi aku,biarlah ia menjadi rahsiaku. Tak siapa yang mengenali aku sebenar-benarnya. Walaupun rakan karibku. Biarlah semuanya aku simpan menjadi rahsia hati ku.
“Abang tahu kan benda ni salah. Abang tahu kan macam mana ayang bila ayang buat macam ni? Abang tahu kan? Perlu ke ayang repeat banyak kali sampai abang hafal? Perlu ke?”
Aku tarik nafasku dalam-dalam. Ku kendurkan suaraku
“Kalau abang rasa abang tak boleh tahan,kita nikah,abang. Jumpa mak ayah dan cakap kat mereka. Jangan belakangkan mereka. Ayang dah cakap banyak kali dah. Ayang pun tak pasti la abang sayangkan ayang sebab apa. Agama? Nafsu? Ilmu?”
Itulah kata-kata terakhir yang aku tinggalkan untuk dia. Untuk dia fikirkan.
Aku bersihkan diriku. Namun,aku masih merasakan yang aku terlalu kotor. Kotor dengan dosa-dosa yang tak terampun. Astaghfirullah.
Begitulah aku,hamba-Nya yang lalai. DIA tak penah lupa janji-Nya terhadap hamba-hamba-Nya.
Namun aku yang selalu lupa janji-janji aku kepadanya.
HAmpir setiap malam aku menangis di dalam taubat ku. Namun,aku tak pasti sama ada dosaku ini akan diampunkan.
Namun aku telah tekad,setekad-tekadnya,aku tak kan lalui jalan iti lagi. Biarlah dia nak tinggalkan aku kerana aku tak penuhi keinginan dia,atau dia nak buat apa sahaja.
Aku redha. Aku yakin pertolongan Allah sentiasa ada untukku.
lavender90
10-23-2010, 10:16 PM
Aku melabuhkan punggungku ke atas katil sambil tersenyum.
Yes! Alhamdulillah! Aku Berjaya.
Hah,tulah. Macam tak boleh sabar. Awk ingat saya nak layan awak macam dulu. Saya bukan perempuan simpana awak lagi,k.Hey dey,ini saya yang baru. Saya tak kan menyerah kalah macam tu jer,k?
Haha.. aku tergelak sorang bile terinagtkan perbualan kami tadi.
“Maaf la abang, sabtu ni ayang tak boleh teman kan ayang. Warden akan bt roll call,tak boleh nak tipu lah. Warden baru ni gila sikit. Dia boleh tunggu kat depan hostel sampai sahur taw!”
“Lah,tak kan tak boleh kot. Hurm,abang da booking sabtu ayang,boleh?”
“Sayang,kan saya cakap tak boleh. Tak boleh la,”
“Baiklah,kalau macam tu,kita cancel trip nak pergi Safari Night! Abang datang ahad,”
Aku tersenyum dalam diam. Biar lah. Jangan harap aku nak cakap “Ala….”
Huhu..
Mission to prevent ‘IT’ partially completed! Like!
http://i690.photobucket.com/albums/vv268/iluvislamdesign/menoufiaz/sentuh-bukan-mahram.gif
lavender90
10-23-2010, 10:40 PM
http://i690.photobucket.com/albums/vv268/iluvislamdesign/thahar/muslimah_wind_submit.jpg
zahra
11-01-2010, 04:55 PM
uikss..sambungan die xdew eh lav?huhu..cam best jew cite ni..
lavender90
11-02-2010, 09:46 PM
igtkn xde org berminat...2 yg malas sket nk smbung...hehehhe...
gu_er
11-02-2010, 10:10 PM
sile smbg..hehehe cerita nie...mcm kisah seseorang...
lavender90
11-02-2010, 10:33 PM
kawan awak ker cik adeq?pun ade cerita mcm ni?
lavender90
11-02-2010, 11:15 PM
Biarlah orang kenali aku begini. Sebagai seorang budak biasa yang happy-go-lucky. Boleh gelak bila-bila masa. Aku bijak menyembunyikan perasaanku. Tika marah,sedih dan gembira,ekspresinya tetap sama-tersenyum. Hinggakan tutor ku pernah memarahiku disebabkan responku yang terlalu bersahaja di atas kegagalan ku dalam final examku. Ceh,ayat nak sastera la plak.
Berkenalan dengan dia bukan mimpiku. Tika aku baru berpindah di tempat baru,aku keseorangan. Aku tiada kawan. Nasib baiklah tempat baru tu kampung aku. Ade sepupu aku yang tinggal sek ampung yang selalu dengan ku. duniaku masa tu hanya rumah dan tempat kerja ku.
Menceritakan awal perkenalan kami bukanlah rumit. Hanya cerita biasa-biasa yang sama macam dalam drama atau filem-filem. Kami bertukar-tukar nombor ketika dia berkunjung ke tempat kerjaku. Itu sahaja. Ringkas!
Dialah satu-satunya rakan ku dibandar tu. Kawan? Ye,pada mulanya sekadar kawan kerana aku masih lagi dengan tabiat aku mengumpul toyboy yang aku tak tahu dari mana mereka dapat nombor hp aku. Toyboy tu ape? Macam skandal la. Tapi tak pernah jumpa,Cuma sekadar berbermesej sahaja.
Dan padaku,aku belum berfikir nak bercinta secara serius. Namun aku tak sedar bila aku mula jatuh hati padanya dan kenapa,dimana,bagaimana ia berlaku pun aku tak dapat nk terangkan. Ah,orang kata cinta tak perlukan itu semua. Ye ker?
Sampailah satu masa,setelah lebih kurang 3 bulan kiteorang kenal. 3 bulan? Ye,3 bulan jer. Kiteorang tengah lepak-lepak lepas penat jadi guard tak bertauliah kat mall Bandar tu. Tempat lepak pula nak best. Kat tepi tasik. Tengah duk lepas penat,tiba-tiba jer aku rasa ada orang kiss pipi aku.
Aku pun pandang lah dia. Terkejut la. Aku dok tenung dia tajam-tajam punya. Dia pun cakap,”Sorry wak,saya sayang awak sangat,”. Ieh mamat ni. Suka hati die je nk kiss pipi aku. Dah la alasan tak munasabah. Bagi sebijik kang.
“Awak tahu tak takde orang len yang pernah cium sy even kat pipi! Cume kawan pompuan sy n ahli keluarga saya. Awak tahu tak ape hukumnya buat mcm ni?!,” sembur aku. Amik la kau! Sape suruh suka-suka hati jer nak cium pipi anak dara orang.
“Maaf awak. Awak tu comel sangat. Saya hantar awak balik sekarang ae.” Kata dia. Cuba nak mengubah topic.
“Hah,bijak awak ubah topik ae. Bagus sangat lah tu,” kataku. Lagi cepat balik,lagi bagus. Angin aku dah naik sampai ke kepala ni. Sebelum aku meledak,ade baiknya dia hantar aku balik.
Sampai jer at rumah,aku terus capai phone aku yang entah model ape masa tu (yelah da berapa kali tukar phone,dah lupe dah). Jariku kalut menaip mesej.
Awak,knp awk bt mc 2 kat sy?
Ap sbnarnye perasaan awk kat sy?
Awk yakin ke dgn persaan 2?
Awk yakin ke dgn ape y gawk bt 2 adlh betul?
Dan siapakah sy pd awk stlh awk bt mcm ni kat sy?
Family aku bukanlah family yang ‘menghalalkan’ pergaulan bebas. Nak keluar dengan mamat ni pun bukanlah satu perkara yang senang. Semakin ketat peraturan dalam rumahku,semakin berkembang lah otakku untuk memikirkan strategi meloloskan diri dari rumah. Menipu?bukan perkara susah lagi bagiku. Nampak pakaian memangla sopan namun tak seindah kelakuan. Huh. Itulah aku di usia mudaku. Bayak melakukan perkara mengikut kata hatiku yang persis gangster. Aku akui,kebodohan usia remajaku banyak merosakkan aku.
gu_er
11-03-2010, 11:58 PM
cik lavender: bkn cerita y ditulis sme..pengalaman tue y sme..hehehe
neway nice! :)
sarah_kechik
11-07-2010, 07:28 AM
aik lavender, x de sambungan kerr? best la... :up:
lavender90
11-08-2010, 10:52 AM
lambat ckit lah der...sy ngh bz skrg ni...xdpt nk cont. story...nk on9 pun byk hal...hehehe...but thnks for read...i'll cont...k?
zahra
11-08-2010, 11:48 AM
:)dun 4get to continue eh lav..
lavender90
11-14-2010, 06:53 PM
Maafkan sy kalau apa yg sy bt kat awk hr 2 mgggu perassan awk..
Awk mmg istmewa d ht sy,namun sy bkn trbaik utk awk.
Sy hanya anggap awk sbgai kwn shja. Sy jahat,wak.
Tak sesuai dgn awk,awk baik.
Aggplah kita tak pernah berkenalan sblm ni. Maafkan sy..
Aku terduduk sejurus membaca mesej yang baru aku terima dari dia. Dah lah aku tggu seminggu baru dia balas mesej aku. Ieh,menyampah nyer aku. Pastu suke-suke je cakap die xde perasaan kat aku.
Habis tu,selama ni,die dok sebok keluar dengan aku,kenapa? Kalau jalan 2,sebok nak pimpin tangan aku macam aku ni budak kecik. Die ingat aku suke? Dah la parents lalu tengok kami. Dok kepit2,malu tau. Ade skali tu,saje je dok peluk pinggang aku. Kalau aku tak sound direct die,mesti die nak buat lagi. Die pernah bawak aku pergi kenduri kahwin kawan die dulu. Introduce aku kat kawan die yang aku ni awek die. Then,hari tu die selambe je cium pipi aku.
Atas semua perkara yang die pernah buat kat aku,bila aku tanya sebabnya,die jawab macam ni? Betul nak kena lepuk mamat ni. Aku belum tunjuk kehandalan aku buat sparing lagi ni. Meh masuk gelanggang kalau berani. Ces! Marah betul aku mase ni..:-D
Aku cuba nak call die yang entah keberapa ratus kali sejak aku hantar mesej kat die seminggu lepas.
The number that you have dial,is currently not available. Please....
Ah,aku dah hafal da suara pompuan ni cakap. Aku nak suara die. Mane suara die? Aku butuh penjelasan deh! Erk,keluar bahasa indon lak. Aiseyh!
Aku cuba hubungi die,namun masih lagi gagal. Akhirnya,aku putuskan apa yang berlaku selama 3 bulan lepas hanya mimpi ngeri ku. Sedih kan? Seorang yang buat kita macam kekasih die,tiba2 jer cakap macam ni kat aku.
Pergh! Terkejut aku. Bila masa lak aku pasang vibrate kat hp aku ni? Kacau daun betul la! Pantang aku termenung,ade je yang jeles. Handphone aku pun dah pandai jeles ae sekarang. Aku cari madu baru kang! Hahaha,dah diam pun vibrate tu. Berani kau takut ae. Ah,dari aku terus merapu,baik aku tengok,siapa yang berani mengganggu ketenteraman hati jiwa raga nestapa beta ni.
Hai syg. Ngh wtpe 2? Bz ker?
Xlah. Ngh brangan. Nk buat ape lg? Ekeke...Abg ngh wat pe ni?
Tak bt pe.
Esok jd x?
Esok ade ape?
Kate nk dtg cni? Xkn la da lupe kot?
Ble mase sy ckp nk dtg sne?
Lah,abg xjd dtg ke? Asal x ckp awl?
Nape klu xckp awl2 pon? Ayg nk bt pe?
Huh! Menyampah la ngn org mcm ni? Last2 minute baru nk bg thu
Lah,ni pehal la plak ni?
Asal tak ckp2 awl2? Klu ayg thu,ayg da bli tket nk g tmpt abg da. Skrg ni last minit,mane ade tiket!
Tiket ape la plak ni? Asal lak nk dtg cni? Ade pape ker?
Ish,pening btulla dpt bf mcm awk ni. Th,bt2 tak thu. Skrg ni ckp btul2.nk dtg cni ke sy yg g sne? Ckp cepat!
Hehe,marah pulak dye. Abg dtg sne la esok.
Hah,thu pon takut. Sket lg nk bertukar jd sailormoon. Klu x td,sy dah tukar kn awk jd jejaka kacak lak.
Aiyak! Tak mao la. Nak jadi naruto!
Ish,bg tayar,nak basikal lak. Ah,xbole! Sy tak suke sakura.
Aisey,dari bende serius,da jadi kartun lak kami ni. Macam tu lah die,tahu macam ner nak buat aku bengang,tahu nak pujuk balik. Hurm,pujuk pun kena hati-hati gak sekarang dengan die ni. Kalau terlalu cair,merano den.
zahra
11-15-2010, 10:49 AM
hmm..agak confuse jap la lav..yg mamat sent msg kat die tu sape?bkn bf die kew?zahra igt yg bg msg ni bf die..
Maafkan sy kalau apa yg sy bt kat awk hr 2 mgggu perassan awk..
Awk mmg istmewa d ht sy,namun sy bkn trbaik utk awk.
Sy hanya anggap awk sbgai kwn shja. Sy jahat,wak.
Tak sesuai dgn awk,awk baik.
Aggplah kita tak pernah berkenalan sblm ni. Maafkan sy..
then yg hantar msg baru ni sapew plk?huhu..confuse dah ni..
lavender90
11-17-2010, 03:00 PM
Sedar tak sedar dah hampir 3 tahun aku disini. Tak lame lagi dah nak graduate dah pon. Yelah tu! Hai cik adik,ade lagi 1 sem lg yer. Jangan nak berangan lebih-lebih. Hehehe.
Aku masih lagi ingat waktu aku membuat keputusan untuk belajar disini. Semua adalah disebabkan dia. Mase tu aku dah tak tahan lagi duduk kat kampung. Memendam rasa. Menyorokkan perasaan aku dari pengetahuan family aku. Asal aku keluar pergi Bandar,balik tu mesti aku menangis. Sebab kat Bandar 2 banyak sangat kenangan aku dengan dia. Sebab sebelum ni kalau aku keluar pergi bandar mesti dengan dia. Tapi setelah peristiwa itu,kami dah tak berjumpa lagi.
Aku diterima untuk melanjutkan pelajaran dengan biasiswa. Bersyukur sangat sebab tak payah nak bebankan parents aku untuk biayai pelajaran aku. Alhamdulillah. Tapi yang penting aku mesti keluar dari daerah dan negeri itu. Aku tak mahu lagi di hantui dengan kenangan-kenangan aku dan dia. Ah,persetan sama itu kenangan! Selalu buat aku tak keruan sepanjang hari.
Selepas mesej terakhir yang dia hantarkan kat aku,aku cuba untuk hubungi dia,nak dapatkan penjelasan dan sebab kenapa dia buat macam tu kat aku. Kenapa dia boleh suke-suke je cakap macam 2 lepas dia cium pipi aku dulu. Hampir 3 bulan la jugak aku try contact dia,tapi dia buat tak layan jer. Sakit jiwa beb! Sape yang lalui pengalaman macam aku ni tapi tak rase sakit di jiwa,mungkin dia mempunyai masalah jiwa kot.:D
Mase tu,hampir 90% perasaan sayang aku kat dia dah hilang. Memang aku bencikan dia. Dan keputusan sambung belajar tu pun sebab nak lari dari terserempak dengan dia kat mane-mane tempat di Bandar tu. Adelah jugak tragedy berdarah sebelum aku sambung belajar. Sebenarnyer,tak lah berdarah sangat . :-??. Aku kemalangan pada hari-hari terakhirku di bandar tu. Nasib baik luka tak teruk sangat. Kalau tak,tak pasal-pasal kang aku kene postphone niat aku untuk sambung belajar aku.
Tiada kecederaan parah ke atasku semasa kemalangan itu,just patah hati je lah coz hajat nak jumpe dia untuk kali yang terakhir tak kesampaian. Cewah! Jiwang la plak. Bukan ke aku memang dah patah hati mase tu? Hehehe. Tapi,kenape ek aku nak jumpe dia mase 2? Entahlah, tak mungkin kerana sayang. Tapi,mungkin jugak kerana sayang. Dan,aku biarkan persoalan ini,aku tinggalkan ia di kampungku. Tak payah lah aku nak bawak sekali bersama-sama aku.
Lidah aku beria-ia kate nak lari dari dia. Tapi pergi jugak ke bandar mencuba nasib. Manelah tahu kalau-kalau terserempak dengan dia buat kali terakhir. Mase tu aku mengaku,aku memang rindu sangat-sangat kat dia. Teringin sangat nak jumpe die. Tapi tak jumpe pun. Kan dah kempunan. Tak pasal-pasal accident. Mak kate aku accident sebab aku kempunan. Tapi mak tak tahu aku kempunan ape. Nasib baik la mak tak tahu. Berdesing jugak telinga aku kena marah dengan ayah mase 2. Tapi,dah nasib badan,nak buat macam mane. :-??
Selama 1 semester aku belajar kat sini,dia tak tahu pon. Untuk lupakan dia,aku terima ajakkan seorang toyboy ku untuk couple secara serius. Well,lelaki yang ini memang baik and bagi aku,dia perfect sebagai lelaki. Kiteorang serasi bersama. Namun,hati aku bukan untuk lelaki yang ini. Beribu kali lelaki yang ini merayu kat aku supaya jangan tinggalkan dia. Tapi,aku tak nak lah terus permainkan hati dia. Dan aku tetap jugak tinggalkan lelaki yang ini. Biarlah dia cari perempuan yang lagi baik dari aku. Betul kate orang yang berpengalaman,jangan terima cinta kerana simpati atau niat untuk melupakan orang lain. Kesian lelaki ini,maafkan aku.:(
Dia?
Akhirnya,dia hubungi aku setelah 9 bulan dia mendiamkan diri. Aku masih lagi ingat waktu itu,aku mendapat paggilan daripada dia. Namun,aku tak jawab panggilan tu. Sebab mase tu aku tak berapa ingat nombor dia. Aku dah delete pon nombor dia dari handphone aku. Mula-mule aku malas nak layan. Tapi sebab dia dah seminggu nombor yang sama ini telefon banyak kali,aku pun jawab la.
Hello. Assalamualaikum.
Eh,macam kenal je suara ni! Rindu nye. Rase macam sebalang rindu aku dah pecah dan terbang keluar dari sliding door rumah sewa aku ni.
Wa alaikummussalam.
Aku menelan air liur,cuba sedaya upaya menyembunyikan debaran aku.
Boleh saya bercakap dengan cik Qareena.
Ceh,masih ingat lagi name aku rupenyer. Ingatkan dah lupe.
Yer,sy disini, Sape disane?
Aku buat-buat tak mengerti.
Awak tak kenal saya ke?
Sape awak?
Ep,jangan tunjuk sangat kau excited wei.
Budak BP.
Dia ingat die sorang je ke budak BP yang aku kenal? Aiseyh. Dah 6 bulan aku single mingle,der. Aku punyer toyboy da macam koleksi dah mase tu. Setakat kat BP tu,entah da berapa la. Eh belagak la plak aku ni.:p
Maaf,sy tak ingat la sape awak.
Aku masih lagi jual mahal. Nak tengok ape respond dia.
Kalau macam itu,tak pelah. Terima kasih. As salamualaikum.
Dia mengendurkan suaranya.
Wa alaikummussalam
Aik,macam tu jer. Cepat sangat kamu give up? Kan saya da pernah bagi tahu kamu dulu,saya tak suka laki yang cepat give up. Dia ingat aku nak tahan die dan mengaku aku kenal die? Poorah! Not now,my baby. Ceh,belagak! Tak pe la. Jual mahal sikit,boleh,kn?
p/s: kak zarah jz go trought je crte ni. k?:D mmg berbelit sket mule2. sebab penulis dye ni ade wayar short sket. hehehe...
gu_er
11-17-2010, 07:44 PM
huu..love this story..keep on writing...
zahra
11-18-2010, 08:31 AM
huhu..means..mayb die refresh back kot...mase 1st kwn dgn mamat tu..ykew?hehe..akak agak jew ni..
lavender90
12-09-2010, 11:37 PM
Aku melabuhkan punggungku di sebelah dia. Kulihat wajah yg selalu buat mood aku swing ni. Fikiranya macam sibuk je berputar. Macam serius je ape yang dia fikirkan.
Seminit.
2 minit.
3 minit.
4 minit.
Ahh sebelum sampai minit yang kelima aku perlu pecahkan kesunyian ni.
“Abang,kenapa diam ni? Abang fikir ape ni? Ok x?”
“Tak de pape. Cuma…Cuma…abang ter fikirkan sesuatu yang agak pelik pada hari ini”
“Apa dia?”
Aku memandang tepat ke muka dia.
“Kenapa ayang tak banyak cakap ni? Selalunya bukan main lancar bagi laporan bulanan kat abang. Ni abang tunggu-tunggu,tak keluar keluar pun report nye? Hah?”
Aik? Aku yang kena balik? Ces,mamat ni memang sengaja nak kenakan aku ni. Baik lah
“Baiklah,saya nak bagi report. Hari ni saya Nampak sorang mamat saje nak kena cubit dengan saya. Saya tunggu die cakap,tapi die buat derk je. Haiya!”
Lalu aku cubit lengan dia. Hamek kau! Kenakan aku lagi.
“Sakit la! Tak sayang sy lg ke?”
“Sayang! Kalu sayang orang tu,kita kena cubit dia! Hahaha!! Amik ni lagi! Sy sayyyyaaaannnggggg awk! Hahaha!!!”
“Baik lah,kalau saya sayang orang tu,saya akan peluk dia kuat-kuat untuk elakkan dia dari sayang saya lebih sangat,”
Dia mendepakan tangannya dan menuju kearah aku.
“Ape? Berani la awak. Saya jerit kuat-kuat kang”
Aku dah cuak da. Aih mamat ni. Sekeh kang.
“Hahaha,berani awak takut. Suke nak buli orang ye. Tak padan la diri 2 kecik je. Hehehe”
Lalu dia memulakan pemanduannya ke suatu destinasi yang kami sudah pasti. Pantai!
Sepanjang perjalanan,ada sahaja perkara yang dia katakan yang menggeletek hatiku. Ketawa kami masih lagi berbaki lagi. Air mata ku mengalir dek ketawa banyak sangat.
Dalam hati ku,aku bersyukur kerana dating kami kali ini tak “dihiasi” dengan perkara terlarang. Walaupun dating itu sendiri sudah satu jalan kearah maksiat,tapi kali ini aku sedaya- upaya untuk mengelak adegan ‘ringan-ringan’ yg menjadi perkara wajib bila sepasang merpati berdua dan sudah pastinya kami. Nauzubillah.
Sepatutnya,semalam dia dan aku akna ke zoo. Namun aku Berjaya cancelkan date yang semalam tu. Aku tahu muslihat dia. Maafkan aku sayang. Bukan lagi untuk kali ini.
“Kenapa ayang banyak berubah sekarang ni? Ayang dah tak macam dulu. Ade apa-apa ke yang berlaku sepanjang bulan ini?”
Dia memecahkan kesepian.
“Tak de pape pon. Ok jer. Ayang faham maksud abang. Tapi ayang tak nak cakap lebih-lebih. Nanti abang kate ayang ni ustazah la. Ape la. Malas la. Orang kalau nak berubah,tak perlukan sebab. Kan? Kan? So, jangan lagi Tanya kenapa. Mungkin ni tanda-tanda umo ayang tak panjang kot”
“Hah,mula lah tu nak merepek. Abang Tanya satu soalan je. Ayang da merepek-repek ni pehal? “
Biarlah soalan itu tinggal soalan.
Aku melontarkan pandanganku kepantai. Ombak bergulung mencecah pantai. Rindunya nak mandi laut. Angin pantai menyapa pipi ku. nyaman sangat. Rasa nak tertidur pulak. Aiseyh! Aleesya,jangan buat hal.
"Jom kita kutip kulit kerang. Kita tengok sape punya paling banyak,k?"
Aku cuba mencari mood yang hilang.
"Baik lah! Semangat!"
Ku hadiahkan sekuntum senyuman buatnya. Dan kulihat lesung pipitnya terukir di pipinya.
Ya Allah,izinkan aku menjadi suri hati tuan yang empunya lesung pipit ini.
Kulihat langit. Mengharapkan hari ini adalah hari yang bahagia buatku.
zahra
12-10-2010, 10:05 AM
erm..still refresh back..or dah come back 2gether eh lav?hehe..tapi continue lagi taw cite ni..:)
lavender90
12-10-2010, 12:22 PM
da come back to masa sekarang...still hve to continue...byk lagi persoalan yg blm terjawab...
zahra
12-12-2010, 12:56 AM
huhu...mmg banyak pun..akak still lagi confuse..:Dpew pun..dun 4get to continue eh..
lavender90
03-18-2011, 04:21 PM
maafkan lav kerana lambat update. idea ni dtg lambat sangat lah.huhu...
Satu masa dahulu,aku adalah remaja yang terlalu dahagakan kebebasan. Peraturan membuatkan aku kebosanan. Itu tak boleh,ini tak boleh.
Oleh itu,setelah aku sambung belajar aku mula menjadi liar. Kebetulan tempat belajar aku tu tak senegeri dengan kampungku. Bagi aku,tiada siapa-siapa yang akan memantauku,aku boleh bebas. Nak keluar malam or nak keluar pergi mana-mana pon,bukan ada siapa-siapa kesah.
Rakan baik ku bukan lah ramai sangat kat sini pon. Seorang itu je. Dia sangat baik. Luaranya Nampak liar dan jahat. Tapi hatinya baik. Dia tak pernah ajar aku hidup bebas dan liar. Tapi aku sendiri yang tertarik untuk bersama-sama dengannya apabila dia bercerita.
Sebab itu apabila aku bertemu dengan ‘dia’,gurauan kami tak berbatas. Dia seorang lelaki yang baik pada mulanya. Akulah yang memulakannya walaupun aku tak sangka bahawa permulaan itu akan membawa hubungan kami sejauh ini.
Semuanya bermula apabila aku mengajaknya untuk menonton wayang lewat malam. Cerita tamat pukul 2.30 pagi. Sah-sah la aku tak boleh masuk hostel waktu macam ni. Aku cadangkan padanya agar menyewa bilik hotel sebab hari dah larut malam. Namun nasib tak baik apabila malam itu semua bilik dah penuh. Yang tinggal hanya bilik ‘deluxe’ sahaja. Mahu atau tidak,terpaksa lah sewa bilik tu. Tambahan lagi,hari da lewat sangat. Nak cari tempat lain,takut same jugak.
Maka,duduk la aku sebilik dengan dia. Walaupun aku dengan hidup yang social ketika itu,namun aku tak pernah bersamaan bilik dengan mana-mana lelaki. ‘keep something for your husband’. Itulah pesan tutorku.
Aku dan dia berjanji untuk tidak tidur sekatil. Namun,janji tinggal janji. Kucing mana yang nak tolak ikan,musang mana yang nak tolak ayam. Akhirnya,malam itu,aku layu dalam pelukan dia,satu-satunya lelaki yang aku paling percaya dan sayang. Aku serahkan segalanya dalam keadaan terpaksa-rela. Kau,kau,kau dan kau yang diluar sana tidak mungkin mengerti apa yang berlaku.
Itulah titik tolak aku dan dia menjadi pasangan suami isteri tidak bernikah,mendirikan rumah tidak bertangga,hidup yang tidak mengenal dosa pahala. Siapa tahu akan semua ini? Tak siapa yang tahu. Hanya aku dan dia.
Namun,balasan ALLAH itu ekspress,bak kate mak aku. Result exam aku semakin merundum. Jatuh hampir mencecah bumi. Bila aku kenang kembali,walau macam manna cara aku study sekalipon,aku tak mampu menaikkan semula graf aku. Aku cuba fikirkan semula apa silapku. Orang lain pon hidup macam aku,tapi,kenapa result dia tak teruk macam aku? Itulah cara aku menbandingkan diri ku dengan rakan-rakan ku.
Tapi aku lupa siapa diri aku. Aku punya kedua ibubapa yang tak pernah redha dengan dosa-dosaku. Aku punya mereka,yang pernah memberikan amanah kepadaku namun aku tak tunaikan nya. Nak tahu apa amanah mereka? Bukan mereka minta aku belajar hingga berjaya. Bukan mereka minta aku membiayai pelajaran adik-adiku pula biar pun penat lelah mereka membanting tenaga untuk mneyara adik-adikku. Bukan mereka minta duit biasiswa aku untuk buat pembelanjaan dapur. BUKAN! Yang mereka minta hanyalah agar aku menjaga diri di tempat orang. Bawa diri baik-baik. Jaga maruah. Itu sahaja. YA,ITU SAHAJA! Namun aku lupa dan alpa. Aku gagal membawa amanah ini buat seketika.
Lalu,aku kembali sedar. Aku harus berubah. Perubahan yang bukan main-main. Bukan sekadar hangatnya goreng pisang sahaja. Namun perubahan yang kekal.
Secara pelahan-lahan,aku kembali kepangkal jalan. Aku berhenti dari kehidupan bebasku. Kepada dia,aku menghadkan waktu perjumpaan. Aku membuat syarat bagi diriku untuk berjumpa dengannya. Tiada lagi malam bersamanya. Tiada lagi gurau senda yang terlalu melebih. Cukuplah.
Ada juga dia bertanya tentang perubahanku,namun aku diamkan sahaja. Sejak dia herdik aku kerana aku menghantar potongan ayat Al-Quran kepadanya,aku terus patah semangat untuk menasihatinya. Biarlah doa-doaku sentiasa mengiringinya agar dia terbuka hati untuk kembali ke pangkal jalan.
sara_emolove
03-18-2011, 07:23 PM
dah habis ker??? sambung lah lagi.... kitorg mmg slalu nye x komen... tp kitorg ttp setia menunggu. ceh... cpt sambung ye lavender... caiyok! :):up:
lavender90
03-19-2011, 10:12 PM
ish...nk korek idea ni...da mcm korek lombong yg terbiar jer taw...haha...
maaf la... menulis x pandai lagi...sy bukan org satera...=)
mawar putih
03-19-2011, 11:14 PM
hehehe, perah jgn x perah idea tu lav....
kdg2 mse nk mule cite rse cam bnyk idea tbe2 dh sparuh cite....blurr jap kan...
xpe2...slow2....perah lg idea tu....:D
lavender90
03-20-2011, 12:04 AM
itulah mslhnyer...perah punye perah...3bulan bru blh dpt rough idea...aiseyh...
huhu...
mawar putih
03-20-2011, 12:08 AM
kalo leh smbung hang smbung la...kalo xleh....
hehe, bio je la....sume fahe2 sundirik ending die...:D
misz lolly
04-14-2011, 12:32 AM
alorh . abeh da ke . sy sdg mlayan cite nie la . smbg la agi meyh . huhu
lavender90
04-15-2011, 01:07 AM
blm lg...otw...hehe...
Powered by vBulletin® Version 4.1.12 Copyright © 2012 vBulletin Solutions, Inc. All rights reserved.