View Full Version : Manisnya cintamu sayang..
az_kaku@membisu
10-20-2010, 08:34 PM
Bab 1
Suasana pagi itu begitu seram sejuk untuk Najwa. Hatinya berdegup kencang daripada biasa. Apa yang dilakukan semua tidak kena pagi itu.
“Aduh nape nie?lain macam saja rase. Aku nak period ke?rasa ye x kot. Tapi nape rasa semacam aje”bisik hati kecil Najwa.
Lama dia menatap wajahnya di cermin menbelek-belek apa yang tidak kena di wajahnya.
Tiba-tiba, pintu biliknya di ketuk oleh rakan serumahnya.
“Woi, berangan ke?kita dah lambat nie karang lambat lak wat preparation untuk presentation”sergah Siti Hajar.
“jap lah, Najwa rasa macam tak sedap badan aje pagi nie”balas Najwa sambil meletakkan telapak tangan di dadanya.
“Alah gemuruh nak present lah tue. Dah-dah jangan ikut sangat hati tue kadang nervous lain cerita lak” bebel Siti Hajar sebelum hilang daripada pandangan.
Najwa melihat dirinya untuk kali terakhir sebelum berangkat ke kampus. Najwa adalah pelajar tahun kedua University Tenaga Nasional ini mengambil kos kewangan. Tiba sahaja di kelas, semua rakan-rakannya memandang hairan.
“Apahal korang pandang Najwa macam pelik aje?tanya Najwa kehairanan.
“Ko lain dari biasalah Najwa. Da make up Nampak bertambah cun”puji Hazami. Rakan-rakan lain juga mengangguk tanda bersetuju dengan kata-kata Hazami tadi.
“Ahh, ada-ada aje korang nie. Nak present so Najwa touch up lah sikit”Najwa merasakan ada darah naik ke wajahnya.Malu!!detik hatinya.
Tiba-tiba pintu kelas di tolak dan terpancul wajah seorang pemuda. “Hai”sapa pemuda itu kepada rakan-rakannya. Najwa terus berlalu ke mejanya dan mencapai nota ringkas sebelum membuat pembentangan. Tepat sahaja jam 8 pagi, pensyarah yang memakai ID bernama Norida masuk ke kelas.
“Ok guys, today we will go on with our presentation. First group Hazami, second Najwa and follow to Awal and next I will choose later”Puan Norida memberi arahan.
“But Madam we not ready yet”balas Hazami iaitu kumpulan pertama yang akan membuat pembentangan.
“Fine asks your friend which groups want start first”Puan Norida berkata sambil membelek-belek kertas di depan matanya.
“Madam..my group first”pinta Awal dan Puan Norida mengangguk tanda setuju. Selepas sahaja kumpulan itu membuat perbentangan, tibalah masa kumpulan Najwa membuat pembentangan tentang syarikat Kim Hin yang mereka kaji kewangan syarikat itu. Seperti biasa Najwa akan menjadi kelam kabut di hadapan.
Semasa dia membuat pembentangan dengan nada yang sangat gugup, tiba-tiba terdengar satu suara kecil yang mengatakan dia tidak pandai membaca. Panas hatinya. Mahu sahaja di tengking suara sumbang tadi tapi di fikir masih di hadapan jadi dia memadamkan niat itu. Tamat sahaja pembentangan, Najwa duduk semula di tempatnya.
“Menyampah tul Najwa dengan orang depan itu. Ada ker dia cakap Najwa tak pandai baca”dengus perlahan Najwa kepada Siti Hajar dan Raihan.
“Sapa?”tanya Raihan teruja. Najwa memuncungkan bibirnya kepada kumpulan Awal.
“Si mamat tempang tu?”balas Siti Hajar pula.
“Tu lah pasal. Dah lah tempang mulut tak ada insuran pulak tue. Karang kaki sebelah lagi pulak aku patah kan”marah Najwa sambil matanya memandang tajam ke arah pemuda itu.
Pemuda itu rasa seperti ada mata memandangnya lalu memoleh kebelakang dan melihat ada mata merenung tajam ke arahnya.
“Wah tajamnya mata singa betina tu”detik hati Nazmi sambil tergelak kecil.
“Tengok tu muka poyo dia tue”geram Najwa masih terasa bahangnya.
“Najwa, apa yang you bisingkan kat belakang tu?”tegur Puan Norida.
Senyap terus tapi matanya masih tidak lepaskan pandangan tajamnya ke arah pemuda tadi.
“Siap kau lepas kelas ni”dengus Najwa.
Tamat sahaja kelas, dengan langkah yang selamba Najwa tertendang kaki tempang Nazmi dan Nazmi menjerit kesakitan.
“Woi, buta ke? Kepala letak kat lutut ker?”berang Nazmi. Melihat aksi selamba Najwa yang kelihatan tidak bersalah langsung.
“Oii singa betina yang tak tau baca. You apahal sepak kaki I?Buta ker?”sendir Nazmi ingin melihat aksi Najwa seterusnya. Dia tahu akan berlakunya perang antara mereka sebentar lagi.
“Sedapnya mulut ko cakap aku tak tau baca. Ko sapa nak panggil orang tak tau baca?”tinggi sudah nada suara Najwa.
“Dah-dah jom balik. Bia aje mamat tue” Siti Hajar menarik tangan rakannya itu kerana takuti berangnya naik memuncak.
“Yang ko sepak kaki aku nie kenapa?”Tanya Nazmi tajam.
“Sebab mulut ko lah. Padanlah muka tu”balas Najwa sebelum meninggalkan kelasnya. Puas hatinya.
Bermulalah pertengkaran antara Nazmi dan Najwa. Semenjak hati itu, hubungan ,mereka di dalam kelas sentiasa dingin. Sama-sama membenci antara satu sama lain.
az_kaku@membisu
10-21-2010, 08:49 PM
Bab 2
Bermula kisah baru antara mereka apabila bermula sahaja semesta baru di mana pensyarah mereka memberi tugas berkumpulan kepada mereka.
“What satu group dengan mamat ni? Sir saya tak nak satu group dengan Nazmi”rayu Najwa kepada Encik Khairy.
“Nop. I dah decide macam tue so awak tak boleh nak tukar-tukar. Kawan-kawan awak yang lain tak ada bantahan pon and why should you Najwa?”Encik Khairy membantah bulat-bulat permintaan Najwa.
Sebaik sahaja Encik Khairy beredar.
“Geramnya tak da muka lain ke nak tercalon dalam group kita?”Tanya Najwa. Rakan-rakannya hanya mampu tersenyum.
“Najwa, tak baik tau ko benci-benci mamat tu karang tersangkut baru tau”Raihan mengingat kan Najwa tentang benci-benci lama-lama boleh suka.
“Betul tu, apa hal ko nie? Aku tengok mamat tue ok aje”balas Hazami pula.
“Korang tak ingat ke sem lepas dia kata Najwa tak pandai baca. So after tu memang dah meluat dengan dia tu lah”ujar Najwa sambil mengemas buku-bukunya yang berterabur.
“Nasib ko lah Najwa. Dah sir bagi group so tak boleh nak bantah lah. Buat macam biasa ajelah”balas Rosyam yang dari tadi hanya menjadi pendengar setia.
Mencebik Najwa mendengar kata-kata Rosyam itu kerana selepas ini kumpulannya akan bertambah ahli baru menjadi enam orang. Ahhh bencinya!
Pada petang itu mereka berkumpul di perpustakaan untuk memulakan tugas yang diberi oleh Encik Khairy pagi tadi.
“Tengok dah janji pukul 4 pon tak nampak batang hidung lagi. Dia ingat dia tu VVIP ke?”marah Najwa sambil mata memandang jam tangannya.
“Memang dia anak VVIP pon Najwa”balas Rosyam senyum.
“Tue lagi lah aku benci dengar. Baik tak payah belajar kalau macam tu”dengus Najwa lagi. Tersirap darahnya.
“Oii relax lah Najwa. Ko nie kalau nak marah dia pon tunggu dia sampai ye sayang”Hazami cuba melembutkan hati rakannya itu.
“Uii betul ke dia anak VVIP?”tanya Raihan teruja.
“Start menggatal lah tu”marah Najwa lagi. Raihan hanya membalas dengan cerbikan di bibirnya.
“Haa tua prince charming ko dah sampai Najwa”tunjuk Siti Hajar.
“Tak da maknanya prince charming aku”marah Najwa sambil memerhatikan satu kelibat yang bakal masuk ke perut perpustakaan.
“Sorry late cause I tertido tadi”Nazmi memohon maaf akan kelewatannya.
“Okey ada apa-apa yang I termiss tadi?”Tanya Nazmi lagi.
Rosyam menunjukkan kerja yang patut di sambung oleh Nazmi. Mereka masing-masing tekun membuat kerja tiba-tiba, ada sekumpulan pelajar wanita datang mendapatkan Nazmi dan Nazmi melayan kerenah pelajar-pelajar itu.
“Hello kita datang sini nak siap kan assignment ini bukan nak tengok you melayan aweks lah”tegur sinis Najwa.
“I tak ada pulak kaco mata you kan? Or you jealous tengok I dengan girls”soal Nazmi balik.
“Melampau tul!”berang Najwa sambil membaling pen ke arah Nazmi.
“Isyh, sudah lah karang kena halau pulak korang berdua nie”tegur Raihan.
Mereka menyambung membuat kerja semula dengan tekun.
“Najwa, aku rasa ada info yang kita kena cari lagi. Karang kena reject payah lak”Hazami memberi cadangan.
“Ok kita buat yang mana patut dulu and later kita tanya lah sir macamana”balas Najwa lembut.
“Hmm..tak lengkap lagi ker?”Nazmi cuba mencelah.
“Kata nak dapat excellent? kalau buat sambil lewa macam nie and dapat result teruk memekak pulak”marah Najwa tiba-tiba.
“Apahal you nie? Semua I tanya mesti salah dekat you kan?”Tanya Nazmi kasar.
“Dahlah korang dua nie. Karang aku humban dalam tasik baru tau”tegur Siti Hajar.
“Sapa yang start dulu?”Tanya Nazmi.
“Apahal you nie?karang da yang tayar kena pancit ni”Najwa amat tidak puas hati apabila dia disalahkan.
“Maaf suara kamu semua mengganggu pelajar lain”tegur pengawal perpustakaan.
“Maaf ye kak, kami tak bising lagi lepas nie”pohon Najwa lembut.
“Padan muka singa betina”sindir Nazmi. Dengan tidak di sangka tiba-tiba sebuah buku terbang ke arah Nazmi.
“Oii ape nie main kasar pulak?”marah Nazmi sambil mengusap dahunya yang terkena balingan tadi.
“Sapa suruh ko panggil aku singa betina so padan muka lah”gelak Najwa sambil jalan meninggalkan meja.
“Kurang ajar tul lah minah ni”dengus Nazmi.
“Dah mula lah nie. macamana nak siap assignment ni kalau korang asik bertekak aje?”marah Siti Hajar.
“You yang start dulu kan? So jangan nak bising!”balas keras Najwa sambil memandang tajam kearah Nazmi.
“Perhh panas tul suasana ari nie. Jom pekena ABC nak?”sindir Rosyam sambil menyusun buku-bukunya.
“Ape nie Syam? Assignment kita tak siap lagi kan?”tegur Raihan ketika melihat Rosyam mengemas barang.
“Dah tue asik nak bertekak aje aku tengok baik gi sejukkan tekak nie dulu”balas selamba Rosyam.
Mata yang lain tepat memandang muka Najwa dan Nazmi. Mereka berdua hanya mendiamkan diri sahaja kerana tahu memang tidak patut mereka bertekak dari tadi.
“Ok kita start do kita ye keja dulunye”Raihan cuba menyejukkan keadaan.
Hampir 2 jam mereka tekun menyiapkan dan mengumpulkan data. Tapi banyak lagi yang patut mereka kumpulkan untuk melengkapkan lagi tugasan itu. Sebelum beredar, Rosyam mengajak teman-temannya lepak di kedai makan seketika.
zahra
11-01-2010, 02:45 PM
uiks..mane continue die az?:)
az_kaku@membisu
12-13-2010, 09:13 PM
Bab 3
Cuti pertengahan semester telah bermula, Najwa menghabiskan masanya di kampung halaman disamping datuk dan neneknya.
“Nek, Najwa ada kenal satu mamat nie kat kampus. Dia nie kan selalu buat hati Najwa sakit tau. Dia tue rasa bagus aje selalu. Geram!!” dengus Najwa sambil baring di riba Nenek Atilia.
“Cucu nenek nie kenapa? Tak baik tau benci-benci orang nak-nak dia tue Najwa maksudkan adalah lelaki. Nanti nenek takut bukan benci tapi cinta.” Nenek Atilia membelai lembut anak rambut cucu kesayangannya itu. Najwa adalah satu-satunya cucu perempuan yang dia ada. Sayangnya kepada cucunya itu tiada tandingan walaupun dia memiliki 7 lagi cucu lelaki daripada hasil 4 orang anaknya.
“Apa nenek cakap nie. Tak nak lah Najwa dengan playboy perasan hensome tue. Baik Najwa amek Rosyam.”Gelak Najwa dengan kata-kata neneknya tadi.
“Nenek andaikan saja bukan suruh Najwa jatuh cinta pun kat budak lelaki tue” Nenek Atilia hanya mampu tersenyum melihat aksi cucunya yang tiba-tiba melenting tadi.
“Nenek nak tau, Najwa tidak akan jatuh cinta kat insan yang bernama Nazmi tue. Dia ingat dia anak somebody Najwa akan tunduk kot dia kot. Dia tak tau cucu Hisham dan Atilia nie macamana powernya..kahkahkah”bangga sungguh kata-kata Najwa dengan soal hati dan perasaannya.
“Isyhhh..jangan Najwa cakap macam tue tau. Kita nie tak tahu apa yang bakal terjadi sayang nenek. Kita hidup di dunia nie hanya sebagai pelakon sahaja. Allah yang mengaturkan segalanya” Nasihat Nenek Alitia kepada cucunya itu.
Diam seketika suasana di kamar bilik tidur Najwa itu. Tiba-tiba Najwa bersuara manja bertanyakan sesuatu kepada neneknya.
“Nek, Najwa nak tanya something boleh tak. Tak adalah penting sangat tapi penting gak lah.” Tanya Najwa sambil tersenyum nakal. Nenek Atilia pelik melihat cucunya itu.
“Apa dia yang nak di tanya tue Najwa? Kalau soalan kamu tue nenek boleh jawab nenek akan jawab tapi tengok dari muka kamu tue nenek tau mesti ada soalan nakal yang kamu nak tanya kan? Soal Nenek Atilia semula.
“Hmm..macam nie..papa and mama memang tak tahu hal nie tapi Najwa nak sangat ikut diorang pergi bercuti tue.” Najwa memulakan perbicaraannya setelah seketika berfikir.
“Bercuti??” soal Nenek Atilia semula. Tiba-tiba pintu bilik di kuak. Muncul seorang lelaki yang tersenyum melihat dua wanita yang amat di sayangi di hadapannya.
“Abang wat apa tercegat kat pintu tue aje?” Tanya Nenek Atilia kepada Atuk Hisham.
“Saja tengak kamu berdua sembang. Jealous pulak abang tengok.” Gelak Atok Hisham sambil melabuhkan diri ke sofa di sebelah katil Najwa.
“Hmm..sambung balik apa yang kamu nak tanya tadi. Nenek rasa macam ada yang kamu nak wat nie?” serkap Nenek Najwa.
Tersenyum lebar muka Najwa. “Najwa nak ikut kawan-kawan pergi bercuti kat pulau redang tapi papa and mama confirm tak bagi cause jauh kan. So tue yang nak tanya atok dengan nenek nie?” sambung Najwa.
“Dah atok agak mesti ada hal dia duduk kampung lama-lama nie”Atok Hisham tersenyum sambil menghisap paipnya semula.
“Bolehlah Najwa pergi..Najwa nak sangat ikut diorang lah. Kami pergi beramai-ramai. Naik bus sampai Terengganu so after that naik boat sampai Pulang Redang. Khamis nie bertolak sampai hari ahad. Boleh lah Najwa pergi” Rayu Najwa kepada atok dan neneknya. Lama atok dan neneknya berfikir.
“Atok..nenek..bolehlah..sama macam papa dan mama. Senyap aje bila Najwa tanya. Bila bagi jawapan diaorang kata ‘No..Pulau Redang so long travel from K.L so you will tired my dear’ kalau tak bagi tue memang lah macam-macam alasan akan terkeluar. Najwa bukan kecik lagi dah 22 tahun pon.” Panjang lebar celoteh Najwa untuk mendapatkan keizinan atok dan neneknya.
“Kamu pergi dengan sapa? tue penting untuk kami tahu? Karang apa-apa jadi kat kamu nanti macamana?” Nenek Atilia mengutarakan kebimbangannya.
“Alah dengan kawan-kawan sekelaslah. Tapi tak tahulah berapa ramai. Yang confirm geng-geng Najwa pergi” Najwa masih berusaha memujuk atok dan neneknya.
“Bagi kami berfikirnya. Nanti apa kata papa dan mama kamu kalau atok and nenek bagi keizinan kesuka hati kami lagipun mereka tidak tahukan?.” Atok Hisham inginkan masa untuk membuat keputusan
“Alah..janganlah lama-lama sangat. Hari nie dah hari ahad so ada 3 hari aje lagi untuk Najwa bagi kata putus kat member-member Najwa” Mohon Najwa lagi.
“Yelah, esok time breakfast atok bagi keputusan. Abis duit perbelanjaan semua dah cukup ke?” Atok Hisham bertanya sambil merenung lembut muka cucunya itu.
“Ada lah sikit tapi kalau atok dan nenek nak bagi lagi..kecik tapak tangan besar padang golf Najwa tadahkan” Najwa menadahkan telapak tangannya kepada atok dan neneknya.
“Hmm..esok saja jawapannya. Dah lewat pon. Elok kamu tidur dulu” Nenek Atilia berlalu ke pintu sambil memimpin tangan suaminya.
“Ok selamat malam. Sayang atok dan nenek” ucap Najwa sebelum pintu bilik tertutup.
Harap-harap dapat lah pergi. detik hati Najwa dalam hati.
Di luar kamar Najwa. Perbualan antara atok Hisham dan Nenek Atilia masih kedengaran.
“Abang nak bagi ke Najwa pergi bercuti dengan rakan-rakannya itu?”Tanya Nenek Atilia kepada suaminya setelah masak ke kamar mereka.
“Hmm..dia dah berharap sangat tue jadi bagi aje lah. Nanti kita cakap lah kat Safina dan Iskandar tua yang Najwa dah besar dan pandai jaga diri. Safina tua pun anak dah besar tak kan nak kasik duduk bawah ketiak dia saja?” ujar lembut atok Hisham kepada isterinya.
“Yelah, esok pagi tengoklah dapur kita mesti berasap sebab cucu abang tu nak ambil hati kita” ujar nenek Atilia pulak sebelum tidur.
Keesokan paginya, Najwa telah siap menyediakan sarapan pagi untuk atok dan neneknya. Niat hatinya agar dia mendapat keizinan daripada mereka dengan menyedikan santapan pagi itu.
“Awal puteri nenek bangun hari nie? Nenek dah agak mesti pagi-pagi Najwa dah siapkan sarapan pagi untuk kami” tegur nenek Atilia kepada cucunya yang sedang menuang tea ke cawan.
“Alah nenek nie nak rajin pun tak boleh. Nenek nak cucu nenek nie jadi pemalas ke?”balas Najwa semula.
“Bagus kalau hari-hari rajin macam nie. Tak adalah atok rase masakan nenek kamu aje” sambung atok Hisham pulak.
“Makanlah Najwa ada buat nasi goring dengan popia goring tue. Rajin tau Najwa hari nie” puji Najwa sendiri.
“Alah neneknya..cucu kamu nie rajin ada sebab. Kalau tidak..tak adanya masuk dapu” sindir atok Hisham sambil menghirup tea ke mulut.
“Apa atok nie. Najwa ikhlas tau memasak nie. Tak ada sebab lain tau.” Balas Najwa sambil menyuapkan nasi goring buatannya ke mulut.
“Macamana dengan keputusan pasal semalam?”Tanya Najwa tiba-tiba.
“Pasal ape? Kita ada bincang apa-apa ke semalam?” soal atok Hisham yang pura-pura lupa dengan apa yang dibincangkan semalam.
“Alah atok nie..mesti dia buat-buat lupa. Nek macamana? Najwa nak confirm kan kat Raihan nie” marah manja Najwa kepada atoknya.
Senyum kambing atok Hisham melihat aksi cucunya yang bersungguh-sungguh inginkan kebenaran untuk pergi bercuti.
“Yelah atok dan nenek bagi kamu ikut kawan-kawan kamu pergi bercuti tapi dengan syarat..setiap hari kamu mesti call kami 2 kali sehari. Atok nak pastikan kamu selamat. Dan sebelum pergi kamu kena call mama dan papa kamu bagitau yang kamu nak pergi bercuti nie” akhirnya atok Hisham mengizinkan Najwa mengikuti percutian bersama teman-temannya.
“Alah nanti mesti papa dengan mama marah. Tak nak lah bagitau. Atok aje lah bagitau mama. Mama tue kalau Najwa aje msti semua tak boleh tapi kalau abang dengan adik semuanya boleh” rungut Najwa dengan sikap mamanya Puan Safina.
“Abang dengan adik tue lelaki tue yang mama tak kisah sangat tapi Najwa kan perempuan so kena banyak protection sayang” pujuk Nenek Atilia.
“Yelah tapi terima kasih ato..nenek sayang..”Najwa mencium atok dan neneknya tanya berterima kasih dengan keizinan itu.
Dengan pantas Najwa mencapai telefon bimbitnya dan menaip pesanan ringkas ‘okey jadi so enjoy this weekend..hooory!!’ dan hantar kepada Raihan.
az_kaku@membisu
12-13-2010, 09:16 PM
sekiranya ada sambutan pembaca..cerita nie akan besambung jadi setelah membaca berilah komen sama ada patut di sambung atau sebaliknya..terima kasih..
zahra
12-14-2010, 10:15 PM
:)hehe..dew sambutan la ni..continue lagi taw..
az_kaku@membisu
12-15-2010, 10:40 PM
Bab 4
Suasana tenang di tepi kolam renang Teratak Sakura begitu mendamaikan perasaan Nazmi yang kosong sejak dua menjak ini.
Nape perasaan aku nie sekarang? Selalunya aku tak penah rasa empty macam nie. Parah lah macam nie. Nape asyik aku ingat wajah perempuan tue aje? Dah lama pon aku jumpa dia tapi tetap tak dapat lupakan. Makin jelas pulak sekarang. Aduh!! Nazmi berfikir sendiri. Tiba-tiba…
“Oiii berangan ke?” sergah Hattah kepada Nazmi.
“Gila kau dol..masuk rumah orang tak bagi salam. Memang macam pencuri. Kau nie ada adap ke tak Hattah?” marah Nazmi kepada Hattah yang masih ada basi gelakan di bibirnya.
“Relax lah bro tetiba nak emo nie kenapa? Kau tue yang leka. Aku dah bagi salam kat depan. Bibik yang cakap kau ada kat tepi kolam so aku terus datang ke sini lah.” Jelas Hattah panjang lebar.
“Habis kenapa bila kau sampai kat sini tak bagi salam kat aku? Tengah best-best aku berangan alih-alih kau datang potong stim aje” masih ada sisa kemarahan dalam hati Nazmi.
“Cop..cop..cop..kau berangan ke nie Naz? Kau berangan kan puteri kayangan mana nie? Bukan semua dalam gengaman kau ke?” Hattah memasukan kakinya ke dalam air sambil memercikkan air ke arah Nazmi.
“Kau nie kenapa Hat? Karang ada yang makan penumbuk aku nie?” marah Nazmi lagi.
“Okeh..okeh..okeh..cuba story sikit kat aku apa masalah kau. Mana tahu aku boleh tolong ke? Masalah perempuan rasanya bukan kot. Tak kan playboy macam kau nie ada prob dengan kaum hawa?” berkerut dahi Hattah memikirkan keaadaan kawan baiknya itu.
Senyap sahaja Nazmi. Pelik Hattah dengan perangai Nazmi sejak dua menjak ini.
“Oiii..kau masih ada dalam jasad kau tak nie?”sergah Hattah yang membuatkan Nazmi tersentak dari lamunannya.
“Kau nie kenapa Hattah? Terkejut aku tau?” Nazmi mengurut dadanya kerana terkejut dengan jekahan Hattah tadi.
“Sorry Naz tapi kau tue dah jauh sangat mengelamun tadi. Itu yang aku jerit” balas Hattah.
“Sebenarnya aku tak dapat lupakan seorang perempuan nie masa aku pergi bercuti dengan family aku dekat Cameron tahun lepas” Nazmi memulakan bicaranya.
“Dah tue apa kena mengena dengan kau sekarang? Kau dapat berkenalan tak dengan dia setahun sudah?”
“Tak dan aku ingat aku dah terlupa tentang dia tetapi tidak. Makin menjadi-jadi ingatan aku terhadap dia sampai aku terlupa perempuan-perempuan yang aku kumpul selama ini.” Perubahan Nazmi itu turut di rasai Hattah kerana kawannya itu banyak menghabiskan masa di rumah sahaja sekarang tanpa keluar berfoya-foya seperti selalu sekiranya tidak kuliah.
“Hattah..kau rasa aku ini dah kena sumpahan perempuan ke?” Tanya Nazmi kepada kawannya itu yang dari tadi menjadi pendengar yang setia.
“Wow..kau betul-betul terkena sumpahan Nazmi.” Lama ayat itu nak terpancul dari nulut Hattah.
Heran Nazmi..
“So kau ada jumpa perempuan itu semula tak?” Tanya Hattah yang tiba-tiba berminat untuk mengetahui. Senyap lagi.
“Kau nak ikut tak aku pergi Pulau Redang Khamis nie?” Nazmi beralih topik perbincangan.
“Apa nie bro alih-alih topik berubah. Orang tak habis tanya lagi.’ Tegur Hattah.
“Dahlah lupakan saja benda tue. Lama-lama aku lupalah. Soalan aku tadi kau tak jawab. Nak ikut tak?” Nazmi bertanyakan lagi kepada Hattah.
“Sapa joint? Fun tak?” soal Hattah pula.
“Geng-geng kampus aku. Awek ramai juga ikut. Kalau nak aku bagi nama kau” balas Nazmi sambil mencapai talefon bimbitnya.
“Apa kawan kampus? Bila masa pulak kau boleh terapat dengan orang-orang kat kampus nie?”soal Hattah lagi kerana dia tahu Nazmi memang jarang menghabiskan masa dengan rakan-rakan kuliahnya.
“Entah budak-budak sem nie boleh sekepala dengan aku so aku go on ajelah. Lagi pun dah lama sangat aku study nie jadi cari lah kawan-kawan untuk betul-betul study”terang Nazmi panjang lebar.
“Hmm tak nak lah..kau ajelah pergi joint..uncle dengan aunty mana?”Tanya Hattah tentang ibu bapa Nazmi.
“Outstation lah apa lagi. Sejak abang Naqip ambil alih bisness. Abah dengan ibu pergi melancong ajelah. Kak Nabila pun ada back up dari belakang so abah pecayalah. Kadang-kadang aku pun di suruh masuk office juga.” Nazmi yang di besarkan dalam keluarga yang cukup lengkap serba serbi dan sentiasa hidup dalam kemewahan yang melimpah-limpah sehingga sampai satu tahap dia menbazirkan wang-wangnya terhadap gadis-gadis yang mengejar kemewahan dan kekayaannya bukan kerana cinta.
“So kau pergi bercutilah nie? Awek mana yang buat kau nak joint sangat-sangat nie?” Hattah mencapai fresh orange yang baru di hidang oleh bibik.
“Awek singa betina. Gila garang punya awek tapi aku suka cara dia. Ikhlas dan tak macam perempuan yang aku kenal lain” terang Nazmi tentang kawan sekelasnya.
“Cun tak?” Hattah kembali berminat.
“Cun? Bibik lagi cun..hahahaha”Satu pukulan hinggap di dahu Nazmi.
“Bodoh punya Nazmi” dengus Hattah.
Mereka berdua akhirnya keluar untuk bertemu dengan rakan-rakan lain di tempat selalu mereka menhabiskan masa lapang.
zahra
12-16-2010, 10:10 AM
:)continue lagi yew az..
Powered by vBulletin® Version 4.1.12 Copyright © 2012 vBulletin Solutions, Inc. All rights reserved.