tiararossa
09-17-2010, 12:38 PM
Jika kamu
memancing ikan,
setelah ikan itu
terlekat di mata
kail hendaklah
kamu mengambil
terus ikan itu.
Janganlah sesekali
kamu lepaskan ia
semula ke dalam
air begitu sahaja
kerana ia akan
sakit oleh kerana
bisanya ketajaman
mata kailmu dan
mungkin ia akan
menderita selagi
ia masih hidup …
Begitulah juga
setelah kamu
memberi banyak
pengharapan
kepada seseorang.
Setelah ia mula
menyayangimu
hendaklah kamu
menjaga hatinya.
Janganlah sesekali
kamu terus
meninggalkannya
begitu sahaja
kerana dia akan
terluka oleh
kenangan
bersamamu dan
mungkin tidak
dapat melupakan
segalanya selagi
dia
mengingatimu …
Jika kamu
menadah air
biarlah berpada.
Jangan terlalu
mengharap pada
takungannya dan
janganlah
menganggap ia
begitu teguh.
Cukuplah sekadar
memenuhi
keperluanmu.
Kerana apabila
sekali ia retak,
tentu sukar untuk
kamu
menampalnya
semula. Akhirnya
ia dibuang
sedangkan jika
kamu cuba
membaikinya,
mungkin ia masih
boleh digunakan
lagi…
Begitu juga jika
kamu memiliki
seseorang
terimalah
seadanya.
Janganlah kamu
terlalu
mengaguminya
dan janganlah
kamu
menganggapnya
begitu istimewa.
Anggaplah dia
manusia biasa.
Apabila sekali dia
melakukan
kesilapan, bukan
mudah bagi kamu
untuk
menerimanya.
Akhirnya kamu
kecewa dan
meninggalkannya.
Sedangkan jika
kamu
memaafkannya,
boleh jadi
hubungan kamu
akan berterusan
hingga ke
akhirnya…
Jika kamu telah
memiliki
sepinggan nasi
yang kamu pasti
baik untuk dirimu.
Mengenyangkan.
Berkhasiat.
Mengapa kamu
berlengah dan
cuba mencari
makanan yang
lain. Terlalu ingin
mengejar
kelazatan. Kelak,
nasi itu akan basi
dan kamu tidak
boleh
memakannya lagi.
Kamu akan
menyesal …
Begitu juga jika
kamu telah
bertemu dengan
seorang insan
yang kamu pasti
membawa
kebaikan kepada
dirimu.
Menyayangimu.
Mengasihimu.
Mengapa kamu
berlengah dan
cuba
membandingkannya
dengan yang lain?
Terlalu mengejar
kesempurnaan.
Kelak, kamu akan
kehilangannya
apabila dia
menjadi milik
orang lain. Kamu
juga yang akan
menyesal ……
memancing ikan,
setelah ikan itu
terlekat di mata
kail hendaklah
kamu mengambil
terus ikan itu.
Janganlah sesekali
kamu lepaskan ia
semula ke dalam
air begitu sahaja
kerana ia akan
sakit oleh kerana
bisanya ketajaman
mata kailmu dan
mungkin ia akan
menderita selagi
ia masih hidup …
Begitulah juga
setelah kamu
memberi banyak
pengharapan
kepada seseorang.
Setelah ia mula
menyayangimu
hendaklah kamu
menjaga hatinya.
Janganlah sesekali
kamu terus
meninggalkannya
begitu sahaja
kerana dia akan
terluka oleh
kenangan
bersamamu dan
mungkin tidak
dapat melupakan
segalanya selagi
dia
mengingatimu …
Jika kamu
menadah air
biarlah berpada.
Jangan terlalu
mengharap pada
takungannya dan
janganlah
menganggap ia
begitu teguh.
Cukuplah sekadar
memenuhi
keperluanmu.
Kerana apabila
sekali ia retak,
tentu sukar untuk
kamu
menampalnya
semula. Akhirnya
ia dibuang
sedangkan jika
kamu cuba
membaikinya,
mungkin ia masih
boleh digunakan
lagi…
Begitu juga jika
kamu memiliki
seseorang
terimalah
seadanya.
Janganlah kamu
terlalu
mengaguminya
dan janganlah
kamu
menganggapnya
begitu istimewa.
Anggaplah dia
manusia biasa.
Apabila sekali dia
melakukan
kesilapan, bukan
mudah bagi kamu
untuk
menerimanya.
Akhirnya kamu
kecewa dan
meninggalkannya.
Sedangkan jika
kamu
memaafkannya,
boleh jadi
hubungan kamu
akan berterusan
hingga ke
akhirnya…
Jika kamu telah
memiliki
sepinggan nasi
yang kamu pasti
baik untuk dirimu.
Mengenyangkan.
Berkhasiat.
Mengapa kamu
berlengah dan
cuba mencari
makanan yang
lain. Terlalu ingin
mengejar
kelazatan. Kelak,
nasi itu akan basi
dan kamu tidak
boleh
memakannya lagi.
Kamu akan
menyesal …
Begitu juga jika
kamu telah
bertemu dengan
seorang insan
yang kamu pasti
membawa
kebaikan kepada
dirimu.
Menyayangimu.
Mengasihimu.
Mengapa kamu
berlengah dan
cuba
membandingkannya
dengan yang lain?
Terlalu mengejar
kesempurnaan.
Kelak, kamu akan
kehilangannya
apabila dia
menjadi milik
orang lain. Kamu
juga yang akan
menyesal ……