PDA

View Full Version : Doa buat kekasih



tiararossa
09-10-2010, 09:50 PM
"Dengan nama Allah Yang Maha
Pengasih lagi Maha Penyayang.
Ya Allah, Seandainya telah
engkau catatkan Dia milikku,
tercipta buatku... Satukanlah
hatinya dengan hatiku.
Titipkanlah kebahagiaan antara
kami agar kemesraan itu abadi.
Ya Allah Ya Tuhanku yang Maha
Mengasihi, Seiringkanlah kami
melayari hidup ini, Ke tepian
yang sejahtera dan abadi. Maka
jodohkanlah kami. Tetapi ya
Allah, Seandainya telah engkau
takdirkan...Dia bukan milikku
bawalah dia jauh dari
pandangan ku. Luputkanlah dia
dari ingatanku dan peliharalah
aku dari kekecewaan. Ya Allah
ya Tuhanku yang Maha
Mengerti, Berikanlah aku
kekuatan menolak bayangannya
jauh ke dada langit dan hilang
bersama senja yang merah
agarku sentiasa tenang
walaupun tanpa bersama
dengannya. Ya Allah yang
tercinta, pasrahkanlah aku
dengan takdirMu. Sesungguhnya
apa yang telah engkau takdirkan
adalah yang terbaik buatku.
Sesungguhnya Engkau Maha
Mengetahui segala yang terbaik
buat hamba-Mu ini. Ya Allah...
Cukuplah Engkau sahaja yang
menjadi pemeliharaku di dunia
dan di akhirat. Dengarlah
rintihan dari hamba-Mu yang
dhaif ini. Janganlah engkau
biarkan aku bersendirian di
dunia ini mahupun di akhirat,
menjuruskan aku ke arah
kemaksiatan dan kemungkaran.
Maka kurniakanlah aku seorang
pasangan yang beriman agar aku
dan dia sama-sama dapat
membina kesejahteraan hidup ke
jalan yang Engkau redhai. Dan
kurniakanlah padaku keturunan
yang soleh dan solehah. Ya
Allah, berikanlah kami
kebahagiaan di dunia dan
kebahagiaan di akhirat dan
peliharalah kami dari azab api
neraka. Amin. Ya rabbal
'aalamiin".

sherry
09-12-2010, 02:22 PM
amin ya rabbal alamin... :)