PDA

View Full Version : Keikhlasan Hati



bernt
12-30-2007, 06:27 PM
Pada masa dahulu ada seorang jejaka yang selalu menghabiskan masanya diperpustakaan pada waktu lapang. Dia amat suka membaca novel & buku cerita sehingga suatu hari dia telah terjumpa sebuah novel yang ada tertulis nama& alamat seorang gadis di salah satu muka suratnya.

Tertulis disitu "Catrina...kesepian & perlukan sahabat". Tergerak hati jejaka untuk mengutus surat kepada si gadis. Setelah pulang ke rumah, jejaka itu menulis surat untuk memberitahu niat ingin berkawan dengan gadis itu. Beberapa hari kemudian si jejaka mendapat balasan daripada gadis bahawa dia juga bersetuju untuk berkawan dengan si jejaka. Hari betukar minggu dan minggu bertukar bulan.

Persahabatan mula bertukar kepada perasaan sayang. Namun begitu masing-masing masih belum bertemu. Si jejaka ingin sekali bertemu si gadis dan begitu juga dengan si gadis. Walaupun kedua-keduanya masih belum melihat rupa masing-masing, tapi perasaan sayang tetap berbuku di hati. Sehingga suatu hari, si jejaka dipanggil oleh bala tentera untuk pergi ke medan perang. Si jejaka amat susah hati kerana dia takut sekiranya dia tidak akan mungkin bertemu dengan si gadis.

Maka diutuskannya surat berbunyi "kalau Tuhan panjangkan jodoh kita, dan kamu masih sayang padaku, kita berjumpalah di stesen keretapi di bandar kamu pada hari perang diumumkan tamat nanti. Aku akan memakai pakaian tenteraku dan membawa sekuntum mawar berwarna merah. Aku akan mengenali kamu sekiranya kamu juga memegang bunga mawar merah. Setelah itu izikanlah aku membawa mu makan malam dan bertemu orang tuaku."

Maka pergi lah jejaka ke medan perang setelah mengutuskan surat itu... Beberapa bulan kemudian... Pada hari pengumuman perang tamat, si jejaka pergi ke stesen keretapi di bandar tempat si gadis tinggal sambil memegang bunga di tangan. Dilihatnya seorang demi seorang gadis yang lalu sekiranya dia turut memegang bunga.

Tiba-tiba.. si jejaka ternampak seorang gadis yang agak berisi dan duduk di kerusi roda sambil melihat sekeliling. Kakinya kudung dan tangannya cacat sebelah... sebelah lagi tangannya memegang sekuntum bunga mawar berwarna merah... Si jejaka agak terkejut tetapi dia memberanikan diri menghampiri si gadis.

"Catrina?" Gadis itu melihat ke arah si jejaka dan tersenyum.

Si jejaka terus menghulurkan bunga mawar kepada si gadis dan berkata "aku amat merinduimu. Terimalah bunga ini dan pelawaan ku untuk makan malam. Orang tuaku tidak sabar untuk bertemu denganmu.."

sambil kemudian mencium tangannya. Si gadis itu terus bersuara.."aku tidak tahu apa yang terjadi. Tapi ada seorang gadis cantik memberikan bunga ini kepadaku sebentar tadi. Dia menyuruhku memberitahu kamu bahawa di sedang menunggu kamu di restoran dekat stesen ini sekiranya kamu mempelawaku makan malam dan bertemu orang tuamu....."

Berapa ramaikah manusia yang sesuci hati jejaka ini? Dia melihat kepada hati dan bukan kepada rupa.. dia telah mengotakan janji nya dan tetap berpegang kepada perasaan sayang walaupun pada mulanya dia menjangkakan gadis cacat itu adalah Catrina... Sesungguhnya semua manusia harus berfikir seperti dia...

baby.victoria~
12-31-2007, 03:33 PM
wow..cite nie touchin' kan..ade lagi ke jejaka yang bergelar adam yang mcm nie wujud...?

Mr Teddy
12-31-2007, 06:25 PM
Thread moved to Cerpen & Kisah Cinta. ;)

-mr teddy.

ainie
01-02-2008, 11:19 PM
sedey jgk cerita ni touching into my heart..mmg sukar cari person like him skang ni...hope i can get someone like him..ermmm..:rolleyes:

bernt
01-03-2008, 07:22 PM
nanti nak wat novel.. bole?

bernt
01-03-2008, 07:32 PM
kalaum poem dalam bahasa inggeris ble masuk ke?... mr.teddy

Mr Teddy
01-03-2008, 11:21 PM
boleh je. takde masalah. ;)

-mr teddy.

Alang
01-07-2008, 01:35 PM
sayunya hati baca kisah ni...

Kalaulah itu yang alang perolehi..
Tapi, cinta sejati memang sukar dicari..

kiramymt
01-16-2008, 12:30 AM
Nasib baik la dia pegang janji, klu tidak melepas gadis cun..hehe :-)

Tq 4 yr story.

sha
01-27-2008, 04:06 PM
Wa..sdey la cite ni. Yup,we're not alone.. To bernt,post la lg story.. gud luck!!

sha
01-27-2008, 04:09 PM
Mr teddy..how to post story? can't I copy from my doc,& then paste here??

Alang
01-28-2008, 01:35 PM
meh alang bantu Mr Teddy..

sha just tekan 'button post reply' je..


can't I copy from my doc,& then paste here??

boleh..xjadi masalah..

Mr Teddy
01-29-2008, 08:57 AM
thanks alang.

btw sha, cube sha check link kat signature saya ni. saya ada buat post pasal penggunaan forum ni. ;)

-mr teddy.

Alang
01-29-2008, 01:57 PM
sama-sama bantu membantu...

puteri alin
01-29-2008, 07:11 PM
tersentuh hati baca story nie...alangkah jujurnya hati si jejaka....sungguh beruntung si gadis....

Alang
01-30-2008, 01:38 PM
hmmm...yang terbaik itu datangnya dari ALLAH....

arca
04-27-2008, 12:19 AM
Sesunggunnyer itulah keajaiban kasih sayang sayang dan perasaan cinta yang dikurniakan oleh Allah kepada manusia...

Bella
08-11-2008, 07:14 PM
kalau la lelaki seperti nyer wujud di dunia ini, alangkah bahagianyer hidup ini:x

silver_planet
08-11-2008, 08:42 PM
tuh ler pasal, bukan senang sekarang nak cari laki yang camtuh....

md_bohan
08-13-2008, 04:22 PM
Nasib baik la dia pegang janji, klu tidak melepas gadis cun..hehe :-)

Tq 4 yr story.

huhuhu.....


tuh ler pasal, bukan senang sekarang nak cari laki yang camtuh....

chaisss..... jangan cakap laki2 jer orang pompuan pun kiter kene nengok gak,
diorang pon memilih gak, tapi aper salah nya memilih, dah kalu kiter nak berkongsi idup tu bukan sementara tapi sehingga ujung hayat kiter.....
yang penting is kiter jangan pandang hina and kutuk kekurangan yg ader pada seseorang tur sbab sumer tu datang dari ciptaan ALLAH S.W.T.
ye dok??? :)

silver_planet
08-13-2008, 05:57 PM
ileks ar beb, jgn marah2, silver cakap jewk... :-"

bulan_sepi
11-16-2008, 05:09 AM
bahagianya andai mendapat lelaki yg ikhlas dan sedia menerima kita seadanya...

silver_planet
11-16-2008, 08:10 AM
erm, tuh ler pasal...

http://www.laymark.com/i/bo/bo065.jpg (http://www.laymark.com)

dira
04-11-2009, 09:22 AM
erm...senang kew nk carik laki yg ley trime baek buruk kite?:-|

Hasnizah
04-11-2009, 06:27 PM
tersentuh baca kisah nie...