PDA

View Full Version : melihat



yus
06-07-2008, 06:25 AM
Kali pertama melihat kamu,
Kau hanya biasa,
Tiada istimewa di mana-mana,
Tapi hatiku berdegup kencang,
Tanpa ku tahu kenapa....

Kali kedua melihatmu,
Kau insan yang mulia,
Mengisi hidupku dengan gelak tawa,
Dan seorang gadis yang amat indah,
menggegar hatiku buat pertama kali...

Kali ketiga melihatmu,
aku ingin sekali melihatmu lagi,
ingin aku sunting kau jadi kekasihku,
kerana hatiku sudah tak tertahan,
tapi ku tahu engkau tak kan melayan.

Kali keempat melihatmu,
Ku beranikan diri,
menghulur tangan meluah cinta,
mengharap balasan yang juga indah,
kau teresenyum sendirian tanpa kata...

Kali kelima melihatmu,
Kau datang pada diriku,
kau ucap setuju padaku,
dan saat itu kita berkasih,
lama kemudian aku sedar....
Aku cinta padamu.

Kali keenam melihatmu,
kau sudah lekat di dalam hatiku,
Kau sudah jadi tawa dan sedih ku,
Kau telah mencuri segenap hatiku,
Dan aku tahu kau ikhlas padaku...

Kali ketujuh melihatmu,
Ku sedar dari lamunanku,
Kau sudah lagi bukan kekasihku,
Kerana kau telah jadi pendamping hidupku,
Kau kini isteriku yang satu,
Dan akan ku jaga kau,belai kau dan lindungi kau sepanjang hidupku...

Kali terakhir melihatmu,
Kau ada di samping aku,
menangis mengenang nasibku,
krana aku pergi dulu sebelum dirimu,tabahkanlah hatimu,
carilah pengganti diriku kerana aku ingin kau bahagia selalu,
aku menunggumu di pintu syurga,
untuk kita kembali bersatu,
sayangku,kalau kau ingin tahu....

Abang sayang padamu dari kali pertama melihatmu hingga kali terakhir menatap wajamu...:x

touyakaruma
06-07-2008, 10:18 AM
perthhh touching giler

yus
06-21-2008, 02:29 AM
the way to express my gratitude to God for giving me an angel