PDA

View Full Version : aku bukan pilihan hati mu



pop
05-22-2010, 08:41 PM
Aku melangkah perlahan2 menghampiri kereta yg sedia menanti ku sedari bas yg ku naiki menurunkan ku. Aku menghadiahkan senyuman semanis mungkin buat insan yg teramat ku sayangi. Billy membukakan pintu kereta. Sebelum aku memboloskan diri ke dalam keretanya, sebuah ciuman hinggap di pipi ku. Aku tersenyum senang. Billy duduk di kerusi pemandu. Dia leka merenung muka ku membuatkan aku semakin hairan.

‘kenapa?’ aku menyoal lembut. Ini bukanlah kebiasaannya merenungku sedemikian. Seolah-olah dia mengerti ini adalah kali terakhir kami bertemu.

‘rindu’ dia membalas lembut. Terharu aku mendengarnya. Sebuah ciuman sekali lagi hinggap di dahi ku. Kali ini lama bibir itu singgah seolah-olah x ingin di lepaskan. Hati ku tersayat pilu. Berat hati ini ingin menuturkan kata-kata perpisahan, namun aku terpaksa menguatkan semangat ku. Aku menarik nafas, berat, lalu ku hembus perlahan. Aku menarik billy ke dalam pelukan ku. Memeluknya erat, mungkin inilah pelukan terakhir ku untuknya. Ya, inilah yg terakhir kerana aku akan meninggalkan semua yg ku sayangi di sini.

‘kenapa mengeluh ne? ada masalah?’ billy menyoal ku. Dia melepaskan pelukan lalu merenung muka ku yg keruh. Aku membalas renungannya. Mata sepet itulah yg sering ku rindui. Wajah cina itulah yg membuatku sentiasa bahagia dan ceria. Aku membelai wajah itu dengan lembut. Menarik hidung mancungnya. Aku ketawa kecil. Setitis airmata mengalir. Pilu di hati ini hanya ALLAH yg tahu.

‘kenapa menangis ne?’ billy merenungku serius. Aku sudah terlalu masak dengan perangainya, tidak senang jika melihat dan mendengar aku menangis. Perlahan, jemari kasar itu menyapu airmata ku yg semakin lebat mengalir. Billy mengucup kedua-dua belah mata ku. Semakin lebat airmata ini mengalir melihat kemesraan yg di tunjukkan billy.

‘billy, berat hati ne nak menuturkan apa yg bakal lailee katakan, tapi lailee harap billy terima semua ne dengan terbuka kerana apa yg lailee lakukan adalah untuk kebaikan semua pihak. Billy tahukan lailee sayang sangat ngan billy?’ billy mengangguk. Aku menyambung bicara.

‘kerana sayang inilah lailee buat keputusan ne. berat lailee nak tuturkan tapi lailee kena hadapi jugak. Billy, lailee harus pergi dari sini. Di sini tiada sesiapa yg menunggu lailee. Lailee x kuat tok hadapi semua ne sendirian.’

‘siapa cakap lailee sendirian? Billy kan ada? Cat ada, meow2 pn ada. Kenapa nak tinggalkan tempat ne? lailee nak tengok billy jadi gila kerana terlalu merindui lailee?’ billy menyoal ku bertubi-tubi.

‘lailee pernah cakap kan, andai lailee dah x boleh bertahan dengan semua kepedihan di hati ini, lailee akan membawa diri ke tempat laen meninggalkan semua kenangan yg x sepatutnya lailee kenang.’

‘jadi billy ne apa? Lailee x bahagia ngan billy ke? Bukankah billy penah cakap, kalau lailee sedih, lailee ingat billy je.’

‘billy insan yg lailee sayang sangat. Tapi mengingati billy jugak menyakitkan. Billy bukan milik mutlak lailee seorang, lailee harus berkongsi billy ngan org laen. Semakin hari, perasaan lailee semakin terdera ngan semua ne. lailee x sanggup jadi pelakon lagi, sakit hati lailee bila mengenangkan billy bahagia dengan orang laen. Setiap kali billy keluar dengan dia, lailee sering memendam perasaan. X sanggup rasanya melihat billy bersama dia. Lailee jugak x sanggup melukakan perasaan dia. Lailee sedih bila billy ceritakan pada lailee bila dia baca mesej-mesej billy tok lailee. Lailee rasa bersalah bila billy ucapkan kata-kata ‘I love u’ pada lailee sedangkan dia billy x pernah ucap pun. Mana letaknya nurani lailee andai lailee sanggup merampas billy dari dia? Lailee wanita billy, lailee tahu macam mana sakitnya bila di perbuat seperti itu.’

‘kebahagiaan kita juga lailee patut ambik kira. Billy xnak kehilangan lailee. Billy benar-benar menyayangi lailee.’

‘tp billy x sanggup lepaskan dia kan?’ billy diam.

‘hubungan kita dah terlalu jauh billy. Lailee takut lailee x boleh lepaskan billy nanti. Bila semua itu berlaku, billy harus memilih antara kami berdua. Lailee xnak benda 2 berlaku, sebab 2 lailee nak mengundurkan diri sekarang. Sakit billy bila menyedari yang lailee ne bukan pilihan hati billy. Apa guna billy menyayangi mencintai lailee andai dia tetap pilihan hati billy? Lailee tahu, hati billy telah lailee miliki tapi raga billy, bukan milik lailee. Billy bahagia bersama lailee tapi dia tetap menjadi pilihan billy. Jadi untuk apa lailee ne billy?’ aku menghamburkan semua yg terbuku di dalam hati. Sekian lama aku memendam perasaan ini, hari ini aku akan meleraikan semua kekusutan yg beraja di hati. Billy hanya mendiamkan diri, tidak pernah menyampuk atau mencelah kata-kataku.

‘I love u billy, all my heart and soul. Sejak kenal billy, hidup lailee happy sangat. Sejak menjadi sebahagian dalam hidup billy, lailee jadi lupa lailee pernah kecewa dulu. Perlahan-lahan, lailee buang kisah cinta lailee yg sarat dengan sejuta kekecewaan. Billy membawa seribu kebahagiaan dalam hidup lailee. Billy basuh luka lama dengan kasih sayang billy. Billy belai lailee dengan kelembutan, menyayangi lailee tanpa batas. Lailee bersyukur sangat sebab lailee di anugerahkan billy dalam hidup lailee. Tapi billy, lailee terlupa billy bukan di ciptakan untuk lailee. Lailee lupa bagaimana hendak menukarkan rasa cinta ini kepada rasa benci. Mengenali billy membuatkan lailee lupa untuk menbenci.’

‘lailee, billy x sanggup kehilangan lailee dalam hidup billy.’ Aku lihat mata itu merah menahan tangis.

‘lailee pun tapi kita x boleh terus-terusan macam ne billy. Billy x kesian ngan dia ke?’

‘billy gembira bila bersama lailee. Lailee fikir billy gembira ke dengan dia?’

‘tapi itu pilihan billy.’ Kami membisu seketika. Yg kedengaran hanya esak tangis yg mengisi ruang. Billy mencapai jemari ku. Mengucup jemari itu perlahan.

‘lailee minta maaf andai lailee pernah melakukan kesalahan antara sedar atau pun x. halalkan makan dan minum lailee ye? Ini kali terakhir kita bertemu. Jangan cari lailee lagi lepas ne. boleh lailee minta tolong untuk kali terakhir?’ billy mengangguk.

‘tolong berikan surat ne untuk meow2, yg ne untuk cat, dan yg ne tok billy. Baca bila dah sampai rumah billy ye? Pesan kat meow2, surat yg 1 lg 2 beri kat mama di kg.’ aku menyerahkan sampul surat tersebut 1 persatu ke tangan billy. Aku merenung sepuas-puasnya wajah itu sebelum membuka pintu kereta. Billy menarik ku ke dalam pelukan. Airmata ku tumpah sekali lagi. Aku melepaskan pelukan billy, andai di biarkan aku pasti lemah dengan pujukan billy.

‘bye billy. I love u.’ aku meninggalkan billy. Melangkah lesu tanpa memikirkan kemungkinan laen. Kedengaran membingit hon kereta namun aku tidak peduli. Aku menoleh billy untuk kali terakhir. Ku lihat billy berlari ke arah ku dengan cemas. Dia menjeritkan nama ku berkali-kali. Aku hairan. Hon semakin membingit. Tiba-tiba dapat ku rasakan sesuatu yg keras melanggar tubuhku. Kurasakan tubuh ku melayang-layang seiringan dengan teriakan keras billy memanggil nama ku. Lenguh seluruh tubuh ku rasakan. Terasa sesuatu mengalir di kepala ku. Panas. Mata ku berpinar-pinar namun aku masih sedar saat billy memeluk tubuhku. Aku tersenyum padanya sebelum menutup mata.
################################################## ###################################

Dear,
Berat jemari ini menulis bait-bait yg bakal menguris hati kita berdua namun syg cekalkan hati meneruskan jemari yg telah lumpuh ini. Dear, mengenali dear ibarat bulan jatuh ke riba. Syg x sangka sehebat ini percintaan kita berdua yg pada mulanya hanya sekadar gurauan. Namun semakin lama, perasaan di antara kita semakin mendalam. Syg akui, terlalu payah rasanya untuk melepaskan dear tapi syg terpaksa kerana dear bukanlah hak syg.

Dear…
Anggaplah perpisahan ini adalah jalan terbaek buat kita berdua. Jika di turutkan rasa hati ini, berat rasanya untuk melepaskan dear ke tangan gf dear tapi syg sedar, syg ne hanyalah gf sementara dear. Andai surat ini telah sampai ke tangan dear, bermakna syg telah jauh meninggalkan semua yg pernah bertakhta di hati syg. Seluruh jiwa raga syg hanya milik dear, dulu kini dan selamanya. Hanya syg sahaja yg Berjaya memiliki jiwa dear tp raga dear adalah milik insan laen. Syg akur dengan ketentuan ini tp syg tidak merelakan semua ini berlaku dear. Perit hati ini bila mengingatkan dear bakal menjadi milik insan laen dan berbahagia bersamanya.

Syg terlalu mencintai dear. Setiap detik bersama dear adalah detik-detik yg amat membahagiakan. Namun kebahagiaan ini rupanya tak berkekalan. Dear, saban malam syg berdoa kepada YG MAHA ESA, berikanlah petunjuk andai dear benar-benar menyayangi syg ibarat syg menyayangi dear. Dan doa syg di makbulkan TUHAN. Dia sentiasa mendengar doa-doa syg. Tapi dear, syg hanya mampu memiliki kasih syg dear, bukan diri dear. Tamakkah syg dear? Salahkah andai syg ingin memiliki dear sepenuhnya?

pop
05-22-2010, 08:43 PM
Billy…
Telah lenguh jemari ini menulis tinta x seberapa ini. Airmata ini x henti-henti mengalir sejak memikirkan bahawa syg bakal kehilangan dear. Kali ini biarkanlah syg berehat buat selama-lamanya. Selepas ini, janganlah dear cari kemana syg menghilangkan diri. Ketahuilah billy, lailee teramat mencintaimu. Akhir kalam, semoga billy bahagia di sisi insan yg billy sayangi. I LOVE U BILLY..

Insan terluka,
~Lailee sophea~

Perlahan, airmata billy mengalir. Sesal di hati usah di kira kerana baru menyedari ada seorang insan yg benar-benar tulus mencintainya. Namun semua itu x ada maknanya kerana dia telah kehilangan insan itu sekarang. Billy merenung persekitaran di sekelilingnya. Kelihatan meow-meow tengah membaca surat yg lailee utus untuknya. Jelas kelihatan bahu meow-meow terhinggut-hinggut menahan tangis. Cat di sisi sentiasa memberi semangat agar meow-meow tegar menghadapi saat-saat sukar tersebut. Hanya mereka bertiga berada di unit rawatan rapi tersebut. Keadaan lailee yg kritikal membimbangkan mereka. Billy menghampiri cat dan meow-meow. Masing-masing mempamerkan wajah sugul.

‘saya minta maaf meow-meow. Saya tak sempat menyelamatkan lailee dari di langgar kereta tadi. Saya cuai kerana membiarkan dia pergi meninggalkan saya tanpa cuba untuk menghalang pemergiaannya. Maafkan saya.’ Meow-meow merenung billy.

‘billy tahu x, lailee terlalu mencintai billy?’ billy mengangguk.

‘kenapa billy x pilih lailee? Apa kurangnya lailee di mata billy? Billy kata x bahagia dengan gf, tapi billy tetap pilih dia. Kenapa?’ billy hanya diam membisu. Cat memeluk meow-meow erat.

‘sudahlah syg, benda dah nak jadi, kita x ada hak untuk mempertikaikan semua ne. sekarang mari kita sama-sama berdoa agar lailee selamat. Ini bukan masa yg sesuai untuk bertelagah sesama kita.’ Cat meleraikan kemarahan meow-meow.

‘dia suruh meow-meow jaga diri baek-baek. Dia kata, dia syg sangat ngan meow-meow. Tapi kenapa nak tinggalkan meow-meow kalau betul dia syg? Kenapa dia x ceritakan kegalauan hati dia pada meow-meow? Cat, meow-meow x boleh kehilangan dia. Terlalu banyak yg telah kami kongsikan bersama selama ini. Dialah adek dan sahabat terbaek yg pernah meow-meow ada. Kenapa begitu cepat dia nak tinggalkan meow-meow? YA ALLAH, janganlah Kau rampas dia dari kami. Kami masih memerlukan dia. Berilah kami peluang menyayanginya YA ALLAH. Dia sudah terlalu lama terluka dengan semua ini. YA ALLAH, aku merayu kepada MU. Kembalikanlah dia pada ku.’ Meow-meow menyembamkan wajahnya ke dada cat.

‘saya telah menambah luka di hatinya. Saya terlalu buta menilai kasih syg lailee. Kesalahan saya tak mungkin dapat di maafkan. Andai lailee selamat, saya berjanji akan menyayanginya sepenuh hati saya. Saya sanggup meninggalkan semuanya demi dia. Berilah saya peluang itu TUHAN.’ Billy teresak.

Tanpa mereka sedari, seseorang telah mendengar luahan hati 3 sahabat itu. Hatinya sayu mendengar luahan hati mereka. Perlahan dia menghampiri insan-insan yg di sayanginya. Lailee menyentuh lembut bahu billy namun sentuhan itu tidak meninggalkan kesan kepada billy. Mereka seolah-olah tidak menyedari kehadirannya. Lailee menjeritkan nama mereka 1 persatu namun keadaan tetap sama. Tahulah dia kini, bahawa hanya rohnya saja yg berkeliaran, jasadnya masih kaku di dalam bilik unit rawatan rapi yg tengah bergelut dengan maut. Lailee memeluk billy erat, mencium kedua-dua belah pipi billy dengan lembut. Airmatanya tumpah di situ. Kemudian dia berpaling menghadap cat dan meow-meow. Di hadiahkan sebuan ciuman di dahi meow-meow yg di sayangi. Perlahan tangannya mencapai jemari cat, mengenggam erat.

‘please take a good care my sis, cat. I give her for u to take care her life. Now, I have to go to some place. We will never meet again. And, please take care billy too. I know I can trust u.’ lailee melepaskan genggaman di tangan cat. Dia menghampiri billy semula. Mendekatkan bibirnya ke telinga billy lalu mengucapkan kata-kata perpisahan tersebut.

‘billy, I have to go now. Kondisi lailee sangat lemah sekarang ne. lailee x mungkin dapat di selamatkan lagi. Biarlah lailee pergi kerana andai hidup tanpa kasih sayang billy, tak ada maknanya kehidupan ini.’ Airmata perlahan turun membasahi pipi lailee. Suasana hening seketika.

‘lailee syg, billy mencintaimu. I love u so much. Jangan tinggalkan billy.’ Billy berbisik perlahan, tepat mengenai jantung lailee. Inilah kali pertama billy mengungkapkan kata-kata itu walaupun bukan di hadapannya. Lailee berlari menghampiri tubuh kakunya. Berharap agar tubuh itu kuat melawan kesakitan. Airmatanya x henti-henti mengalir, berdoa agar di panjangkan umur. Kesungguhannya untuk meninggalkan dunia yg fana ini berubah selepas dia mendengar luahan hati billy. Perlahan, semilir angin menghembus ke arahnya. Dia tahu, saatnya semakin tiba. Lailee berlari menghampiri billy. Langkahnya semakin berat, angin semakin kuat menariknya namun lailee berusaha keras mendekati mereka. Dia mencapai tangan billy, mengucupnya lembut. Airmatanya menitik di atas tangan billy. Billy terkejut! Dia dapat merasakan tangannya sejuk seperti merasakan air menitik di atasnya. Dia memerhatikan tangannya, tiada kesan air. Billy hairan. Lailee merenung tingkah laku billy. Inilah masanya untuk dia berinteraksi dengan billy.
‘billy syg, lailee mencintaimu. Jagalah diri baek-baek kerana lailee bakal meninggalkan billy untuk selama-lamanya. Ketahuilah, cinta lailee hanya untuk billy seorang. Sehingga akhir hayat ini, sehingga hembusan nafas yg terakhir, di setiap degupan jantung ini hanya ada nama billy seorang. Lailee x ada masa lagi billy, lailee kena pergi sekarang.’ Billy tersentak untuk kali kedua. Telinganya seolah-olah mendengar bisikan seseorang. Dia memejam celikkan mata. Menyangka dia tertidur seketika tadi. Cat dan meow-meow di sisi hairan melihat telatah billy.

‘saya terdengar bisikan seseorang. Suaranya seperti lailee.’ Billy memberitahu.

‘jangan berguaraulah billy.’ Cat merenung billy serius.

‘mungkin khayalan saya saja.’ Billy mengeluh. lailee mengeleng. This is real! Lailee tersentak. Pegangan tangannya di tangan billy terlepas bila satu kuasa menariknya kuat. Dia cuba meraih kembali jemari billy tapi semakin jauh billy di tinggalkan. Lailee meraung kuat. Dia belum bersedia meninggalkan billy tanpa mengucapkan kata-kata terakhir.

‘billyyyyyy….!!!’ Lailee meraung sekuat hati. Billy tersentak. Kali ini dia pasti dia tidak bermimpi. Namun belum sempat dia memikirkan semua itu, doctor keluar dari bilik yg menempatkan lailee. Mereka menghampiri doctor tersebut. Wajah doctor itu sugul menandakan sesuatu yg buruk telah berlaku.

‘kami dah cuba segala usaha. Maafkan kami. Hanya ini yg mampu kami lakukan. Cik lailee x dapat bertahan lama. Jenguklah dia untuk kali terakhir.’ Doctor menepuk lembut bahu billy lalu meninggalkan mereka bertiga. Billy mendahului membuka pintu yg menghalangi mereka. Mereka menghampiri tubuh lemah lailee yg terbaring di atas katil. Lailee membuka mata. Dia tersenyum memandang mereka bertiga. Setitis airmatanya tumpah. Meow-meow menyenbamkan muka ke dada cat melihat penderitaan lailee. Bibir lailee bergerak menuturkan kata-kata namun sedikit terganggu dengan alat bantuan pernafasan tersebut. Billy membuka alat tersebut. Dia mendekatkan telinga ke mulut lailee.

‘I love u.’ ringkas namun sudah cukup membuat airmata lelaki billy tumpah. Lailee merenung meow-meow. Meow-meow mendekati lailee.

‘jaga diri baek-baek. Jangan mudah menangis, kena kuat semangat. Jangan mudah mengalah dengan hidup ini. Sampaikan salam pada ma dan pa di kg, ampunkan segala salah dan silap lailee selama ini. Halalkan makan dan minum, halalkan setiap air susu yg mengalir di tubuh lailee. Katakan, lailee menyayangi mereka walaupun hati lailee sering terluka dengan perbuatan mereka.’ Lailee batuk perlahan. Batuknya bercampur dengan darah. Namun dia tetap meneruskan ucapannya.

‘cat, tolong jaga meow-meow bagi pihak lailee ye? Lailee berikan meow-meow pada cat untuk cat jaga. Jangan abaikan dia seperti yg pernah di lakukan orang laen.’ Cat mengenggam tangan lailee sambil tersenyum. Ketika itu airmatanya tidak dapat di bendung lagi.

‘billy, lailee minta maaf kerana x dapat menemani billy lagi. Lailee x sempat menunaikan janji lailee tok menjadi seorang yg kuat, tabah dalam hidup ini. Buktinya, lailee lari dari kenyataan yg lailee x dapat memiliki billy.’ Lailee terbatuk lagi, kali ini lebih teruk. Billy gusar.

‘stop talking. Keadaan syg dah teruk ne. please syg, if u really love me, stop talking’ billy merayu. Bibirnya menyentuh dahi lailee. Lailee senyum.

‘syg x banyak masa lagi dear. Syg dah penat. Kali ne biarlah syg berehat panjang cket. Syg rasa nak tidur.’ Lailee menutup kedua-dua belah matanya. Billy merenung cat dan meow-meow.

‘no! syg x boleh tidur dulu. Syg kena dengar apa yg dear nak cakap ne. bangun syg!’ billy mengoncang tubuh lailee yg berselirat dengan wayar-wayar bagi membantu gadis itu bertahan. Lailee membuka mata dengan susah payah. Kesakitan semakin beraja, mengalir di setiap urat saraf.

‘syg, bersaksikan cat dan meow-meow, dear melamar syg menjadi suri dalam hidup dear. Will u marry me?’ billy mencapai jemari lailee. Lailee tersenyum mendengar kalimat tersebut. Itulah kalimat yg sering dia impikan, namun masanya sekarang tidak seperti yg dia impikan.

pop
05-22-2010, 08:46 PM
‘I do but I’m not the perfect one to be your wife. I have to go now dear. How sweet if u say it before this. I really want to be your wife, to be mom to our child but its only my dream.’

‘no syg, that’s my dream too. Its not too late for me to marry u right? But 1st u have to be strong, for me and for our future.’

‘I can’t.’ mata lailee semakin layu.

‘syg, I love u. please don’t die. Don’t leave me alone.’ Billy terisak menangis.

‘you’re not alone. U still have cat, meow-meow and the most important, GF.’

‘but she is not same like u syg. I love u, really love.’

‘me either, love u so much. I have not much time dear, please let me go. U have no choice, willing or not, u have to let me go now. I am too weak, I’m going cold.’ Lailee berkata perlahan. Nafasnya semakin lemah. Detak jantung semakin lama semakin perlahan.

‘no….!!!!’ billy menjerit.

‘syg dah bersyukur bila dear ucapkan kata-kata keramat tersebut. Sekarang barulah tenang rasa di hati syg bila mengetahui dear juga mencintai syg seperti mana syg. Izinkan syg mengundurkan diri dear. Cat, meow-meow, lailee pergi dulu. Doakan semoga lailee tenang di sana. Ashaduallaillahailallahwaashaduannamuhamadarasulla h. Aku bersaksi bahawa tiada tuhan yg di sembah melainkan ALLAH dan aku naik saksi bahawa NABI MUHAMMAD itu pesuruh ALLAH.’ Usai berkata-kata, mata lailee terkatup rapat. Seulas senyuman terhias indah di bibirnya.

Meow-meow meraung kuat melihat pemergian lailee. Tubuhnya melayang namun sempat diraih oleh cat. Meow-meow menangis tersedu-sedu. Billy bagai tak percaya. Dia mengoncang tubuh lailee, cuba untuk membangunkan kembali lailee dari lena yg panjang namun x berhasil. Billy memeluk tubuh kaku dan x bernyawa lailee. Dia meraung sekuat hati. Airmatanya x henti-henti mengalir. Menyesali perbuatan diri yg x menghargai kasih sayang lailee selama ini. Penyesalan semakin menghimpit jiwa bila mengenangkan dia x berusaha menghalang lailee dari meninggalkannya. Andai saja waktu itu dia memilih lailee, mungkin saat ini lailee sedang bergelak ketawa bersama dengannya. Namun semua telah terlambat, lailee telah pergi meninggalkan mereka semua, meninggalkan kenangan yg pernah mereka ciptakan bersama. Dunia billy terasa kosong. Bagai terngiang-ngiang di telinga gelak ketawa lailee, senda guraunya, rajuknya dan telatah yg mencuit hati. Seolah-olah terulang kembali saat-saat mereka bersama. Layanan lailee ke atas dirinya, setiap permintaannya di penuhi lailee tanpa sebarang bantahan. Billy terjelupuk ke atas lantai. Menangisi kebodohan dan penyesalan yg x henti-henti bertandang.
################################################## ###################################

Ke hadapan mama dan papa..

Lailee menyusun sepuluh jari memohon kemaafan atas dosa-dosa yg pernah lailee lakukan. Maafkan keterlanjuran lailee kerana mendendami mama kerana telah memisahkan lailee dengan jout. Mama, di lembaran ini, ingin lailee perkatakan ketidakpuasan hati lailee dengan layanan mama selama ini terhadap lailee. Lailee umpama menumpang kasih mama, namun mama seperti tidak pernah mengendahkan kehadiran lailee selama ini. Lailee membesar menjadi seorang anak gadis yg suka memberontak. Sering melanggar kata-kata mama kerana lailee Cuma inginkan perhatian dari mama. Tapi lailee silap kerana semakin kuat lailee memberontak, semakin mama membenci lailee. Lailee kurang kasih sayang mama, lailee anak yg sering kehausan kasih sayang. Lailee cemburu bila mama mengingati hari lahir abg, kakak dan adk tp bila hari lahir lailee menjelang tiba, mama seperti terlupa atau mama memang sengaja melupakan tarikh itu. Mama tahukah betapa terlukanya lailee saat itu? Hanya TUHAN yg mengetahui betapa hati lailee terluka teruk, hanya TUHAN yg tahu betapa lailee terlalu inginkan kasih sayang yg serupa mama berikan kepada adik-beradik yg laen.

Lailee membesar menjadi seorang yg berdendam. Hati lailee telah terlanjur terluka mama. Hinggalah kehadiran jout yg banyak mengubati luka di hati lailee. Mama dan papa tahu x, betapa lailee mencintai jout? Namun cinta lailee mama bakar dengan menghalang kami bersama. Sekali lagi mama Berjaya menghancurkan hati anak mama ini. Hati lailee sudah terlalu luka dengan semua ini. Sakit rasanya bila membayangkan insan yg banyak memberikan lailee kebahagiaan terpaksa meninggalkan lailee. Mama, kenapa lailee yg merasakan semua ini? Apa salah lailee mama? Tiadakah secebis rasa syg mama untuk anak mama ini? Kenapa setiap kali lailee yg harus mengalah?
Papa, lailee menyayangi papa. Tapi papa, sejak papa bersekongkol dengan mama dalam memisahkan lailee dan jout, lailee jadi seorang anak yg tidak tahu mengenang budi. Membenci mama dan papa. Maafkan lailee papa, tapi lailee manusia biasa ingin di belai dan di sayangi. Lailee tahu mama dan papa menyayangi lailee, tapi lailee telah terlanjur membenci kalian berdua. Maafkan lailee sekali lagi.

Adik, jadilah anak kebanggaan mama dan papa. Jangan jadi seperti kakak, yg sering membawa aib ke dalam keluarga. Andai kakak tiada lagi di dunia ini, jagalah mereka berdua sebaik mungkin. Hanya adik yg mampu kakak andalkan. Adik kena Berjaya dalam hidup ini kerana hanya adik tempat mama dan papa bergantung nanti. Ingat pesan kakak ini dik, jangan jadi seperti kakak.
Rasanya sudah terlalu banyak yg lailee tulis. Agaknya kalian sudah bosan membaca semua ini. Lailee faham, siapalah lailee ini kan? Hanya melukut di tepi gantang. Mungkin pemergian lailee ini menyenangkan semua orang. Selepas ini kuranglah sedikit masalah kalian kerana pemberi masalah ini telah tiada. Mama, papa, adk, kakak dan abg, lailee terpaksa mengundurkan diri. Sampaikan salam lailee kepada org2 kg, katakan kepada mereka, andai lailee pernah melakukan kesalahan, ampunkanlah salah dan silap lailee. Terima kasih kerana mama dan papa sudi membesarkan lailee walaupun kehadiran lailee ini tidak di perlukan. Lailee tidak sempat membalas jasa mama dan papa, maafkan lailee. Izinkan lailee pergi, kerana dengan pemergiaan ini lailee pasti tidak akan menyusahkan mama dan papa lagi.

Anak mu yg tersisih,
~Lailee sophea~


Adik menghabiskan bacaannya. Airmatanya menitis di atas surat itu. Mama di lihatnya pilu menahan sebak. Tahulah mama kini, betapa jiwa lailee terlalu terluka dengan perbuatannya. Ingin di putar masa kembali, namun semuanya sudah terlambat. Papa hanya diam membisu, namun dari raut wajah papa, tersimpan sejuta kesedihan. Lailee adalah anak kesayangannya walaupun dia jarang menunjukkan kasihnya. Saudara mara yg laen telah lama hanyut dalam kesedihan terutama sekali makcik-makcik lailee yg terlalu banyak menyakitinya. Adik pandang wajah mereka satu persatu.

‘kakak terlalu cepat pergi tanpa mengetahui betapa kita menyayanginya. Dia tidak sempat mendengar betapa mama dan papa menyayangi kakak seperti mana mama dan papa menyayangi kami. Kakak tersilap bila dia menghukum mama dan papa sedemikian.’ Adik mengeluh.

‘lailee, mama dan papa menyayangi lailee. Cuma mungkin cara kami menyalurkan kasih sayang kami x dapat lailee terima. X bermakna kami memarahi lailee kami x sayang, kerana sayang lah kami menegur lailee demi kebaikan lailee. Mengenai jout, terlalu banyak perkara yg lailee x tahu mengenai dia. Jika hanya bersandarkan kasih sayang, tidak akan kemana lailee. Pendidikan dan taraf hidup yg baek juga lailee harus ambil kira. Namun semua ini x guna kami jelaskan sekarang kerana lailee telah menyalahkan dan mendendami mama dan papa. Kami x sempat menjelaskan semua ini kerana lailee telah pergi dahulu sebelum kami. Lailee pergi dengan dendam di hati lailee. Maafkan kami nak.’ Mama menangis tersedu-sedu.papa menghampiri mama lalu memeluk mama erat.

Tragiknya hidup ini andai membesar tanpa kasih sayang. Inilah yg terjadi kepada lailee. Dia membesar tanpa menyedari dirinya di sayangi mama dan papa. Dia membesar menjadi seorang anak gadis yg liar. Bila dia mula mengenali cinta, sekali lagi cintanya di halang kedua org tua kerana mereka beranggapan bahawa lelaki itu tidak cocok untuknya. Setelah itu, dia mula berkenalan dengan billy namun sayangnya, billy telah memiliki kekasih. Namun mereka tetap meneruskan hubungan itu tanpa menyedari semakin hari semakin dalam perasaan mereka. Cinta yg pada mulanya hanya gurauan semata-mata, akhirnya menjadi nyata namun mereka tidak mungkin bersama kerana billy telah memilih untuk bersama orang laen. Nyatalah di sini, andai kita menyayangi seseorang itu, janganlah takut untuk menyatakannya. Kita kena berani menghadapi segala kemungkinan sebelum kita mengundurkan diri. Jangan jadi seperti billy, setelah lailee pergi, barulah dia menyedari betapa gadis itu terlalu istimewa di hatinya. Dan jangan juga menjadi seperti mama dan papa, tidak memahami apa yg di ingini anak mereka. Hasilnya, akan lahirlah seorang anak seperti lailee, yg kurang kasih sayang. Kini segala-galanya telah terlambat. Tak mungkin masa dapat di undurkan kembali. Hargailah orang-orang di sekeliling anda.

lavender90
05-22-2010, 09:24 PM
tq pop...ske bace cerpen ni...huhu....sgle pgjrn akn di ambil bt tauladan...cewah!:D

pop
05-22-2010, 11:22 PM
with pleasure dear..
thx gak sbb bca..

yaYang eiLa
05-25-2010, 01:10 AM
huhU..cdi citer nie..buT i luv it..

pop
06-01-2010, 09:30 AM
thx yayang..

zul
06-01-2010, 01:53 PM
sedih ceta ni
byk pengajaran yg dpt di ambil
luv this story:)

zahra
06-01-2010, 06:09 PM
:(sedihnye pop..buat akak t'ingat dgn arwah akak jew..

pop
06-01-2010, 07:20 PM
sedih ceta ni
byk pengajaran yg dpt di ambil
luv this story:)

yup..
if ati dh trluka,
ssh dh nk sembuh..


:(sedihnye pop..buat akak t'ingat dgn arwah akak jew..

dh gtau ari 2,
cedey citer neh..
msa wat pown cedey..
huhuhu

zul
06-01-2010, 07:37 PM
ati sapa terluka pop?
ceta ni ada kena mengena ngan idop pop ker?

pop
06-01-2010, 07:46 PM
ati sapa terluka pop?
ceta ni ada kena mengena ngan idop pop ker?

little..
ko rsa?

zul
06-01-2010, 07:53 PM
little..
ko rsa?

aku rasa ada lh tu sbb pop yg tulis ceta ni,mesti ada sangkut paut ngan jln idop pop

pop
06-01-2010, 07:56 PM
not at all la..

zul
06-01-2010, 08:02 PM
not at all la..

ou,camtu,mesti pop sedih ea time tulis ceta ni

pop
06-01-2010, 08:04 PM
cedey arr,,,
trbayang2 jek..

zul
06-01-2010, 08:09 PM
cedey arr,,,
trbayang2 jek..

hmm
pop terbayang2 kn apa?seseorg?

pop
06-01-2010, 08:10 PM
2 aku rsa xyah la aku gtau kn?

zul
06-01-2010, 08:15 PM
2 aku rsa xyah la aku gtau kn?

ok lh,aku ngerti
time baca ceta yg pop karang ni,aku igt kat seseorg

pop
06-01-2010, 08:17 PM
ok lh,aku ngerti
time baca ceta yg pop karang ni,aku igt kat seseorg

who?
ada kena mengena ngan ko ke?

zul
06-01-2010, 08:30 PM
who?
ada kena mengena ngan ko ke?

who?org tu penting sgt dlm idop aku sbb kerna dia aku byk berubah,dia byk mengajar aku erti cinta,skrg semua dh berubah,aku xtau apa kn jd kt aku pasni,selama dia ada d samping aku,menemani ku tiap saat,walaupn dr jarak jaoh,aku rasa kuat dlm menempuh idop ni,skrg,aku xtau aku kuat ker tak ag nk hadapi semua ni
ada lh ckit2 pop,bkn semuanya

pop
06-01-2010, 08:36 PM
who?org tu penting sgt dlm idop aku sbb kerna dia aku byk berubah,dia byk mengajar aku erti cinta,skrg semua dh berubah,aku xtau apa kn jd kt aku pasni,selama dia ada d samping aku,menemani ku tiap saat,walaupn dr jarak jaoh,aku rasa kuat dlm menempuh idop ni,skrg,aku xtau aku kuat ker tak ag nk hadapi semua ni
ada lh ckit2 pop,bkn semuanya

lau penting,
knpa d sia2 kn?

zul
06-01-2010, 08:41 PM
lau penting,
knpa d sia2 kn?

aku tau pop,aku dh byk kali skt kn ati dia
aku yg berslh dlm hubungan kami

pop
06-01-2010, 08:46 PM
huhuhuhu aku x pndai komen bnyk2 la
aku pn bkn bgs sgt bab2 komen ne..

zul
06-01-2010, 08:53 PM
huhuhuhu aku x pndai komen bnyk2 la
aku pn bkn bgs sgt bab2 komen ne..

xpe lh kalau pop xnk komen pa2 ag,aku tak paksa
xpe lh pop,kurang gk sedih aku ckit dh komen2 kat cni,huhu