View Full Version : Wahai Sang Pencinta
saffone
02-17-2010, 07:45 PM
Terkadang..
Kau lelah mencari..
Ke sana, ke sini puas mencari..
Mencari yang belum pasti..
Usah gusar..
Biarpun lelah, tabahkan hati..
Teruskan berlari, teruskan mencari..
Sehingga bertemu yang kau hajati..
Setibanya di destinasi..
Nescaya langkahmu terhenti sendiri..
Tak perlu lagi kau cari..
Semuanya sudah tersaji..
Tika bertemu si dia untukmu..
Titipkan sedikit cinta kedalam hati..
Usah usai, hidupkan kembali..
Hati yang dulunya mati..
Saat itu..
Bersatunya dua jiwa..
Dua jiwa yang dulunya sepi..
Kini berbunga kembali..
Safwan Hamzah
2010 Copyright Reserved
samaratungga
02-17-2010, 07:47 PM
hang wat lirik ke..?
saffone
02-17-2010, 07:57 PM
bukan la.. ilham datang tiba2..
amek feel.. then kuar la puisi ni.. :)
samaratungga
02-17-2010, 08:09 PM
best tol feel hang
saffone
02-17-2010, 11:38 PM
Alhamdulillah.. ada idea nk tulis.. dpt la..
tiararossa
09-19-2010, 09:29 AM
gud3...
n_n
sherry
09-23-2010, 10:30 PM
wahai sang pencinta,
tiada cinta tnpa air mata,
tiada duka tnpa sengketa,
tiada rahmat tnpa izinNya..
wahai sang pencinta,
cantik hubungan jika ada keikhlasan,
luhur hati jika ada kesetiaan,
bertambah manis jika ada kejujuran
dieda
09-23-2010, 10:46 PM
Andai rasa SEDIH, pandanglah langit, ingatlah ALLAH masih ada...
Andai rasa RESAH, renunglah dasar hati, yakinlah ALLAH mencipta hati...
Andai rasa PUTUS ASA, lihatlah sungai yang tetap mengalir walau dihalang batu-batu yang keras...
Andai rasa KECEWA, lihatlah hakikat alam semesta, percayalah ALLAH Maha Berkuasa...
Andai ...rasa TERSISIH, lihatlah purnama di malam sepi, yakinlah ALLAH takkan biarkan kita sendiri dan...
Kalau segalanya tidak pasti, serahkan pada yang Maha Mengetahui yang tersirat dan tersurat...
Moga ketabahan menjadi temanmu...
sherry
10-03-2010, 06:33 PM
wahai sg pencinta,
biaskn la kata rindu
spy sidia mngerti apa mahumu..
dieda
10-03-2010, 10:35 PM
Tuhan tahu rasa hati kita. Tuhan dengar keluhan kita. Kalau kita tak lupa Dia, Dia tak lupa kita. Di tangan Dia ada ‘kunci’. Dan, kita ada pilihan sama ada mahu dapatkan kunci itu atau tidak.
sherry
10-04-2010, 07:02 PM
remember this,
*true love is only for two persons and no place for the third persons*
teratai_ungu
10-04-2010, 08:30 PM
best ar..bila la sy nak pandai mdah2 balik.. idea x dtg2.. huhu
dieda
10-04-2010, 09:02 PM
remember this,
*true love is only for two persons and no place for the third persons*
mendalam btl kt2 cikgu ni,,,:)
mawar putih
04-22-2011, 09:50 PM
terima kasih wahai Tuhanku
yang sentiasa melimpahkan rahmatNya
membenarkan aku menghadapMu Tuhan
Yang Maha Pengasih, Yang Maha Penyayang
sherry
04-29-2011, 11:57 PM
wahai sang pencinta,
carilah cinta teragung,
tempat mengadu segalanya
Archi_Love
05-09-2011, 10:52 PM
wahai sang pecinta...
ku tahu kau umpama burung yg patah sayapnya..
namun kau masih berupaya melebarkan sayapnya...
kau tidak pernah cemburu mahupun mengalah..
ketika terbang bersama burung2 yg lain..
walaupun adakalanya yg lain terbang lbh tinggi...
dan kau pula tidak mampu kerna sayapmu...
kau sentiasa tersenyum menenangkan ati....
dengan kesakitan yg kau rasai....
kau terbang jua...
dari suatu tempat ke suatu tempat...
untuk mencari ketenangan...
ku harapkan kau akan temui sesuatu yg luar biasa...
dihadapanmu....
kelak...
Powered by vBulletin® Version 4.1.12 Copyright © 2012 vBulletin Solutions, Inc. All rights reserved.