PDA

View Full Version : -cinta-



yus
05-31-2008, 12:12 AM
cinta,
ialah bila aku sedih kala kau terluka.
ialah bila aku ketawa kala kau tersenyum,
ialah bila aku gembira kala kau bahagia.

cinta,
ialah bila aku berkorban tapi bukan terkorban,
ialah bila aku memahami dan bukan difahami,
ialah bila aku memberi dan bukan diberi.

cinta,
tatkala kau jadi semangatku,
tatkala kau jadi pembimbingku,
tatkala kau jadi hidupku.

cinta,
takkan pudar karana jarak,
takkan luntur kerana masa,
takkan hilang dimamah usia

kerana cinta adalah bila kau adalah aku,dan bila kau ada di dalam hatiku....