PDA

View Full Version : >>Cinta Akhir<<



s.a.l.a.m.e.s.r.a.b.a.d.i
12-27-2009, 07:49 PM
terimalah tanda mata dr salam,antara koleksi tulisan salam:

Hadoi letihnya…hati kecil gadis menggumam. Apa taknya kesana kemari dengan aktiviti-aktiviti yang dilakukan. Asyik-asyik aku,nama aku jer yang pandai disebut oleh fasilitator kat sini. Pehal!!!

“Ko nie pehal Risya,moody semacam jerk!”
“Takdelah mana de moody,aku penat jela..asyik buat aktiviti jer,”
“Lah…sesuailah dengan nama dia..kem aktiviti,ko nie,merungut lak,”
“Aku tak merungut la Oya…aku penat jer,”
Mereka ketawa bersama-sama,sehinggakan peserta yang berada di hadapan mereka berpaling untuk melihat mereka.
‘Eheks sori….”

“Eh Risya,ko ada abang tak?”
“Abang? Ko nie macam tak kenal, Rizal lah satu-satunya abang aku,tapi Zam tue leh gak lau ko nak kire abang,heheeheh,”
“Ko nie,asyik-asyik Zam,takde orang lain ke? Erm..camne nak cakap ek..”
“Alah cakap jela,”
“Ok…ko kenal penghulu kite?”
“Penghulu? Ketua kampong aku tau la,”
“Eh,ko nie,melawak lak,”
“Ok aku serius,ye..penghulu...aku tak kenal,”
“Ko tau tak,penghulu muke dia macam ko lah,alah,takpe,nanti ko tengok sendiri kay,”’
“Alah rini da nak balik…”
“Hah,tue atas pentas tue,” Ina menjerit sambil menudingkan jari.
“Ko nie,macam la penglihatan aku nie jelas dan terang,”
“Ok..sori k…erm..takde jodoh ko kot,jom la balik bilik,aku dah tak sabar nak balik umah nie,”
“Ok,jom,”

Mereka ke bilik dan berkemas dengan kadar yang segera,yelah berkobar-kobar nak balik rumah.

“Tue Zam naik bas sana,bas kita kot,”mereka beramai-ramai ke bas tersebut.
Alamak,lupa pulak nak beli gula-gula,perjalanan jauh nih,kene ada gula-gula
“Oya,aku nak gi beli gula-gula jap eh,”
“Ok,ko gi la,aku ngantuk la,”
“K,set,”Risya bergegas ke kantin.

Ramai la pulak orang kat kantin nie.Risya beratur bersama yang lain. Sedang tenang beratur tue,terdengar suara sumbang.

“Mak cik kat depan tue,cepatlah sikit,kang kene tinggal bas nanye,” Mamat manalah yang menyibuk sangat tue.

Tiba-tiba;
“Makcik nak beli kedai ke?” Sabarlah yang ko tak sabar sangat nie pehal. Risya berpaling dengan muka paling masam yang boleh dia buat.

Eheks,opssie!! Terkujat den! Ya Allah apa yang aku tengah pandang nie,cermin ke? Risya berjalan secepat mungkin,berharap apa yang dilihatnya tadi hanya satu mimpi ngeri.

Indahnya kejadian tuhan,Subhanallah hanya itu yang dapat dinyatakan,betapa sempurna dia di mataku,Tuhan,apakah dia untukku?

#
“La...tak siap lagi?”
“Siap nak gi mana ma?”
“Kan ma dah bagitau tadi yang kita nak gi umah Tok Wan,”
“Tok wan? Alah…penat la ma,”
“No excuses please…get ready”
“Ok...ok...yela,”

Semenjak habis SPM,aku semakin malas nak bergerak. Yelah,tidur,bangun,makan,tengok tv then tidur lagi.
Aku mengenakan baju kurung kegemaranku,merah berlatar kuning.
Rumah Tok wan takdelah jauh sangat,dalam setengah jam perjalanan.

“Naper ramai sangat orang ma?”
“La…lupe ke,kan ma dah cakap,arini Acu buat kenduri akikah anak sulung dia?”
“Alah,lupe ma!”
“Tuelah Risya,cuti sakan!” abang sulungku Rizal menyampuk.
“Sibuk tol mamat nie!” aku berkata sambil berlari mengejar Rizal yang berlari naik ke atas rumah.
“Ah…tok wan!!!!” dia memanggil tok wan,eleh,mintak simpati la tue!
“Naper nie Rizal,Risya?” Tok wan seperti biasa,kekal dalam kelembutannya.
“Ntah si Rizal nie Tok wan.heheheh...ada apa-apa yang istimewa ke Tok wan?”
“Macam –macam ada, naik la…”
“Tepi-tepi!” aku menolak Rizal yang berdiri di muka pintu sambil tersenyum-senyum,alah,perasan macho la tue!

Aku naik ke atas rumah,melihat Acu yang sedang mendodoi anaknya tidur. Aku lihat anak Acu macam Ronaldo,kebotakkan!
Menjamu selera di dapur...huuhhuhu...aku dah tak kisah ngan orang kat luar sana tue,yang aku tahu aku dapat menikmati masakan Tok wan seenaknya...hiihihi
Sedang menikmati makanan,bahuku disentuh seseorang. Nie mesti Rizal nie,dia memang takleh tengok aku senang.
“Apa dia Rizal,Risya ngah makan nie..nak makan gi la amik pinggan sendiri!” bentakku.
“Amboi..garangnya!” eh kejap..nie bukan suara Rizal,alamak sape lak nie! Risya dah mula cuak,perlahan dia berpaling,
“Hai Arisya,selamat bertemu kembali!” Mamat tue tersenyum melihat wajah Arisya yang merah padam. Sape lak nih!

“Risya…dah abis makan?” suara Tok wan memecah suasana. Ditengah-tengah kekonfiusan nie!
“Ha..Kay pun ada,Risya..nie Kay..anak Pak Long Leman. Risya tak kenalkan,”
“Yup Tok wan,memang tak kenal,”tergagap Risya menjawab.
“Tap Tok wan,kenapa muka kami sama ek?” Kay bertanya.
“Ntahla Kay,mungkin nie takdir tuhan kot,cuba-cuba,duduk sebelah-menyebelah,Tok wan nak tengok cucu tok wan nie,”
Aku ringan badan lak,bangun dan berdiri di sebelah Kay,yela..arahan Tok wan kan.

“Ha…sama cantik sama padan,macam pinang digelek dengan stemroll” ada suara menyampuk…eeii Rizal!
“Rizal!!!” aku memang anti gila ngan Rizal nie, maybe sebab kiteorang berkongsi tahun yang sama lahir. Tapi bukan kembar tau! Hehehe

Ahaks! Budak tue nama Arisyah Akashah Amri Akashah,merah muka dia,sama seperti di sekolah hari tue.

Naper la muka aku sama dengan dia,aku ingat aritue aku mimpi,rupa-rupanya tak, naperlah cucu Tok wan ada sama muka cam aku,sengsara tollah,ngeri pun ada. Yelah,sorang lelaki,sorang perempuan. Korang tak ngeri ke? Kalau aku ngeri..heheheeh

Malam tue aku tidur di rumah Tok wan,boring dengan kehadiran si Kay nie. Aku makan,dia nak makan,aku nak mandi,dia sibuk nak mandi gak,macam-macam lah,asyik nak ikut ape yang aku buat jer.

Semua sanak saudara aku sibuk nak amik gambo kami berdua. Yelah peristiwa benar tapi pelik yang berlaku dalam keluarga kami. Risya,kenapalah kau garang sangat.

Aku bukannya garang,Cuma aku agakterkejut. Gue kaget dong! Nantilah aku berbaik dengan dia.

Ngigau ke apa budak Risya nie,semalam menyinga marah-marah kat aku,pagi nie tiba-tiba je jadi baik ngan aku,siap tolong sendukkan nasi lemak lagi. Jangan ko nak santaukan aku dah la Risya.

#
Haha semenjak hari tue,kita orang dah jadi kawan baik. Adakalanya dia bertandang ke rumah ku,dan adakalanya aku bermalam di rumahnya. Malah setiap kali kami keluar dengan teman-teman,kami sentiasa dikatakan kembar apatah lagi pasangan kekasih kerana kami dikatakan mempunyai wajah yang seiras,bukan seiras,tapi sememangnya sama! Siap cakap kami bercinta lagi,ah nonsense! Semua tue tak mungkin! Takkan la aku suka sepupu aku sendiri. Gila!

#
Tok wan,nape tinggalkan kami,nape tinggalkan Risya? Naper tak bagitau Risya tentang hal nie,naper Tok wan sembunyikan semua nie dari Risya. Risya patut tahu,Risya kan cucu Tok wan. Aku berpaling melihat Acu yang sedang membaca Al-quran sambil teresak-esak menangis. Anaknya lena di ribaan.

“Acu,mari Risya letakkan Ashraf atas tilam,” Acu hanya mengangguk,aku mengangkat perlahan anak kecil itu,yang baru berusia 2 bulan.

Tok wan meninggal dunia selepas dimasukkan kehospital. Dia mengadu sakit dada, dan pak su membawanya ke hospital. Tok wan begitu perahsia,rupa-rupanya,kanser ovari yang dihidapi oleh Tok wan dah di peringkat akhir,sel-sel kanser dah merebak ke seluruh tubuh. Aku tak menyangka Tok wan akan meninggalkan kami secepat ini. Aku di Filipina,menyahut seruan sukarelawan untuk membantu mangsa gempa bumi,walaupun mendapat perkhabaran bahawa Tok wan dimasukkan ke hospital. Aku hanya menyangka yang Tok wan diserang asmanya,yang selalu menyerang. Tapi aku silap. Aku tiba di bumi Malaysia,terlewat, tak sempat menatap Tok wan,berbual dengannya. Aku hanya dapat melihat jasad yang kaku. Aku terkilan,kerana dulu Tok wan pernah berjanji padaku sesuatu,sesuatu yang aku sendiri tak tahu.

Genap seminggu Tok wan pergi meninggalkan kami. Malam ini akan diadakan tahlil,aku membantu di dapur,menyiapkan hidangan malam ini. Tiba-tiba, Rizal datang dan berbisik kepadaku yang Mak Long Leha,ibu Kay memanggilku ke ruang tamu.

iCeFiRe
12-28-2009, 08:39 AM
Salam salam(due kali daaa)

Nice starting..mintak2 ni hepi ending.. Agagaga (smbil mngacukan shotgun di kpala kucin salam agar cite ni dkarang untuk hepi ending)

zahra
12-28-2009, 08:52 AM
:)hehe..agak rush cite ni..cam t'kjut2 jew..hehe..jgn lupe continue ag eh mesra..

s.a.l.a.m.e.s.r.a.b.a.d.i
12-28-2009, 06:12 PM
huhuhu ice fire..xleh jamin r..salam nie ratu air mata...
kak zahra..mang rush..uhhuuh...citer nie dpt idea mse jumpe sedara,yang sama muke,tp die llaki..ihhiihhi mang seram giler...

iCeFiRe
12-28-2009, 08:38 PM
Watla citer hepi ending ea? Huhu, asyik2 cter sdey..uncle ni da la sllu fail bab jiwang2 ni..huhu

s.a.l.a.m.e.s.r.a.b.a.d.i
12-28-2009, 10:19 PM
hiii..ala...cian uncle icefire..sesekali jiwang xpe..uhhuuh

zahra
12-29-2009, 09:15 AM
kak zahra..mang rush..uhhuuh...citer nie dpt idea mse jumpe sedara,yang sama muke,tp die llaki..ihhiihhi mang seram giler...

adeh..yekew..salam?hehe..akak if cousin llaki xdew yg sme muke..tp cousin p'puan mmg dew..kteorg cousin blh mak akak..mmg sepesen jew muke..smpai org kate adk beradik..tp cousin jew..hmm kirenye cite ni true story la eh salam?kew luv story salam ni?ahakss..pew pun dun 4get to continue k..

s.a.l.a.m.e.s.r.a.b.a.d.i
12-29-2009, 02:14 PM
huhuuh nk true story tue xdela..tp point tue adala sket2...hihiihih

zahra
12-30-2009, 11:33 AM
:)hehe..xpew2..jgn lupe continue taw..

s.a.l.a.m.e.s.r.a.b.a.d.i
12-31-2009, 05:38 PM
Di ruang tamu kulihat,ma,abah,Pak Long,Acu dan adik beradik ma. Aku tertanya perkara apakah yang nampak serius benar. Aku bersimpuh di tepi Mak Long,
“Apa dia Mak Long?”
“Mak Long nak tanya nie,”
“Ye Mak Long,”
“Risya suka Kay tak?” pertanyaan yang mengejutkan aku
“Nape tak suka Mak Long,Kay kan sepupu Risya,”
“Bukan tue maksud Mak Long,” jawapan Mak Long mengejutkan aku,bis tue apa maksudnya?
“Risya,sebenarnya,Mak Long ada hajat,” tenang ma berkata kepadaku. Hajat? Hajat apa?
“Tok wan meniggalkan sebuah wasiat untuk kamu,” Pak Long Leman bersuara tenang
“Tok wan meninggalkan sebentuk cincin pusaka untuk Risya,dan meminta supaya Risya disatukan dengan Kay, cincin nie sebagai tanda,kamu bertunang Risya,” Acu mengunjukkan bekas cincin kepadaku,oh,cincin nie,aku pernah lihat,dan Tok wan sendiri pernah berkata padaku yang cincin itu milikku. Aku terkesima.
“But its too fast Mak Long,” suaraku menggeletar
“Mak Long faham,bukan maksud Mak Long nak kahwinkan kamu sekarang,tapi nie kan wasiat,Mak Long rasa baik kamu bertunang dulu,”
“Saya ikut je Mak Long,baik kata ma dan abah,baiklah juga dari saya,”
“Ma dan abah dah berbincang dan kami bersetuju,” laju je abah menjawab.
Mak Long tanpa berlengah menyarungkan cincin itu pada jari manisku
“Tapi Mak Long, Kay dah tahu ke mengenai hal nie?”
“Belum,tapi Mak Long pasti Kay akan setuju,”
Serentak dengan itu terdengar hempasan pintu,aku berpaling , Kay!
“Kay ingat semua nie hanya gurauan dan usikan dari Tok wan,tak sangka pulak akan jadi kenyataan,tapi kenapa dengan dia?” Kay mematikan kata-kata,lantas berlalu pergi. Rizal yang terserempak dengannya di muka pintu rumah,terpinga-pinga.

Hatiku hancur dan luluh apabila mendengar kata-kata Kay. Ya Tuhan..kenapa ini yang berlaku kepadaku…aku tak mahu jadi penghalang kebahagiaan dia,kalau dia sudah mepunyai seorang insan yang bertakhta dihatinya,aku sedia mengundur diri. Ini soal takdir hidup dan bukan lakonan semata.
Dia jadi pembisu,tiada teman yang menemaniku,memasak di dapur,tak ada lagi teman untuk berebut mandi di perigi. Malah dirinya tidak lagi di situ untuk berebut dengan ku,menyibuk,tika aku ingin menonton cerita Indonesia dan dia pula nak menonton cerita cina. Aku jadi kehilangan. Malah dia tidak lagi mempelawaku membonceng motosikalnya untuk ke bandar. Aku benar-benar kesunyian tanpa celotehnya. Jika dia sedang tertawa dengan Rizal dan aku menyertai mereka,semerta dia akan mengunci diri. Berat benarkah permintaan itu. Aku juga terperasan,sejak kebelakangan ini,adakalanya dia akan keluar rumah beberapa hari dan hanya akan pulang selepas 2 atau 3 hari. Pada setiap kepulangannya,dia seperti tak terurus,pucat. Kenapa dengannya? Apa yang berlaku padanya?
Apa yang tak kena? Ingin aku utarakan pertanyaan itu tapi aku jadi kelu. Tapi cincin ini masih tersarung di jari manisku,wasiat itu masih mengikat kami,apakah permintaan akan menjadi kenyataan.
Maafkan aku,maafkan aku puteri,andai kau terasa dilukai. Maafkan duhai puteri,andai kau merasa pedih,sabarlah puteri,sabarlah….
Aku mendapat tawaran ke Pusat Asasi Sains UM dalam jurusan sains hayat,manakala Rizal ke Pusat Matrikulasi Pahang. Kay lebih bernasib baik kerana mendapat tajaan JPA,dia akan ke pusat persediaan untuk dihantar ke luar negara dalam bidang perubatan,dia memilih Ireland,itu minat kami berdua,dia berhasrat untuk menjadi seorang doktor,itu impiannya yang aku masih ingat sehingga kini. Aku gembira,dia gembira,tapi dia langsung tak menunjukkan yang dia ingin berkongsi kegembiraan itu dengan aku. Setiap kali aku cuba menegurnya atau bertanyakan sesuatu,dia hanya akan mengangguk kepala atau menggeleng. Jika tidak,dia hanya akan membunyikan “Hm…” kepadaku,dan semua itu buat aku pedih. Aku bosan dan kecewa dengan sikapnya,dengan semua orang dia petah berbicara,tapi dengan aku,dia jadi tiang,dinding,bisu tanpa bicara.
Bukan aku tak cinta dan bukan juga aku tak sayang. Cuma aku tak berdaya,aku tak punya masa,aku tak mahu kau tertunggu sedangkan aku pun tak tahu samada,hari esok,dapatkah aku melihat kau lagi,buat kesekian kalinya? Puteri…kau akan tahu suatu hari,kau akan mengerti nanti…satu hari nanti….
Lusa aku akan melaporkan diri ke tempat pengajian. Kami merancang untuk berkelah bersama ahli keluarga yang lain. Aku dan Rizal menaiki kereta yang dipandu oleh Kay. Sesekali mata kami bertembung di cermin pandang belakang kereta,tapi pandangan matanya sayu,awak…kenapa?
Ya Tuhan..tiba-tiba aku terasa sebak,hatiku menangis,melihat matanya,melihat pandangannya,dia tak sihat ke? Kenapa dia melihatku begitu? Lagu yang berkumandang di radio membuat aku bertambah sebak;
Pada iramaku berpesan lagu ini ditujukan padanya yang tersayang
Kasihku kau pernah dipersia lalu kubawa cintaku sebagai penawarnya
Biar lukamu masih terasa

Sesaat engkau tidak ku temu bulan seakan pilu tiada dapat beradu
begitu jika engkau membisu badai jauh dilautan tiada ketepian
sebegitu cintaku padamu

Usahlah cinta dibawa bersama ditenggelami mentari di timur
gelap gelita tiada bercahaya ku tiada berdaya
Ku ingin selalu disampingmu tiap waktu siang melambai malam
bagaikan senja denyutan cinta kita penyambung hadirnya
Akan kubina istana bahgia menjadi lambang kasih berpanjangan
hentikan air mata pedih kenangan yang mencakar perasaan

#
Pak Long Leman dan abah bertungkus lumus menyediakan tempat BBQ. Ma pulak rancak bersembang dengan Mak Long. Rizal dah berkubang dalam kolam. Aku mencari kelibat Kay,tak ada. Akhirnya aku lihat dia,bersendiri di tepi sungai,aku menghampirinya,berharap supaya dapat berbicara dengannya,sementelah nanti kami akan terpisah lama.
Aku duduk di sebelahnya,melihat tampangnya,tampang yang sangat aku rindui,betapa masa telah menyemai rasa itu dalam hatiku,rasa yang indah,rasa yang sempurna.
“Naper awak dingin dengan saya? Saya ada buat salah ke dengan awak?” dia masih diam,wajahnya tiada ekspresi.
“Awak marahkan saya atau awak salahkan Tok wan?” dia tak bergerak,tiada kata yang terucap,aku mula bengang dengan perangainya.
“Walau apa pun yang berlaku,saya tetap tunang awak!” ucapanku itu membuat dia tersenyum nipis,terlihat nada sinis di situ,adakah wasiat ini memaksanya?
“Kalau awak tak suka,cabut cincin ini Kay!” aku mendesak dan menyuakan jemariku,supaya dapat dia mencabut cincin itu,dan mengembalikan kami seperti sedia kala. Seperti dulu.
Tiba-tiba dia berpaling,melihat matanya,tiada lagi mata yang cemerlang bersinar seperti dulu,apa yang dapat aku lihat sekarang ialah pandangan mata yang kelam dan penuh kesunyian. Bibirnya pucat,wajahnya kaku,dingin,adakah roh dalam jasadnya itu? Dia mencuba menggapai tanganku,tapi akhirnya dia bangun dan melangkah pergi. Aku cuba mengejarnya,dia berjalan laju melalui jambatan gantung yang merentasi sungai,dan aku mengejarnya di belakang,tiba-tiba aku terasa seperti melayang,pandanganku kelam.
#
Badanku terasa seperti dicucuk dengan seribu jarum,sakit,pedih,ngilu. Apa yang telah berlaku padaku. Aku merengek,aku dahaga.
“Alhamdulillah Risya dah sedar!” itu suara ma,Risya kat mana nie ma? Aku menggagahkan diri untuk membuka mata,tapi aku tak mampu,pandanganku tetap gelap.
“Ma,nak air,dahaga,” aku meminta
“Sekejap ye,” ma menghulurkan gelas,tapi aku tak tahu dimana lokasi gelas tersebut.
“Ma,Risya tak nampaklah mana gelas tue,boleh tak ma bagi kat tangan Risya,”
“Boleh sayang,” suara ma menggeletar,perlahan aku terdengar esakan.
“Nape ma? Risya tak apa-apalah, jangan la nangis. Risya ok,” ma menggenggam jemariku,dan tangisan itu bertambah kuat.
Doktor datang memeriksaku,menyuruhku bernafas,bertanyakan keadaanku. Hatiku luluh mendengar statement doktor,tapi aku tahu aku kene tabah menghadapi dugaan nie.
“ Arisya mengalami gegaran yang kuat di kepalanya sehingga menyebabkan kornea matanya rosak teruk,dia langsung tidak dapat bertindak balas dengan cahaya,mustahil untuk dia sembuh tanpa mendapat pemindahan kornea.”
“Doktor,ambil kornea saya,saya sanggup,” aku mendengar ma menawarkan dirinya.
“Ma,jangan. Redhalah ma,” pantas aku berkata,ma memeluk diriku.
“Risya…maaf…kalau bukan sebab Kay,mesti Risya tak dapat kemalangan nie,” Mak Long Leha menggenggam tanganku.
“Mak Long,ini takdir,jangan salahkan Kay,dia tak bersalah apa-apa,” aku menyambung lagi,
“Mak Long,mana Kay…Risya rindu Kay,”
“Kay…Kay..Kay…” Mak Long tergagap.
“Kenapa Mak Long? Kay tak apa-apa kan?”
“Ye sayang,Kay tak apa-apa,tadi masa Risya tidur dia datang,nanti petang dia datang balik okay,”
“Ok Mak Long,”
“Ma…” aku memanggil ma.
“Ye sayang..” ma menghampiriku
“Boleh tak ma ceritakan kenapa Risya jadi macam nie,”
Rupanya aku dah tak sedarkan diri selama seminggu,kecederaan luaran aku tak adalah serius sangat,tapi hentakan kuat pada kepala aku menyebabkan kornea mata aku rosak. Aku jatuh dari jambatan gantung tue ke sungai,dan aku pengsan,mujurlah ada ramai orang menyaksikan kejadian tersebut,jika tidak sudah tentu aku mati lemas di situ. Aku masih ingat yang aku sedang mengejar Kay ketika itu.
“Ma….”
“Ye Risya…” Ma bersuara risau.
“Risya laparlah ma….Risya nak makan bubur ayam McD..leh tak ma?”
“Boleh Risya…nanti Rizal belikan ye,”
“Eh,Rizal! Rizal tak lapor diri lagi?”
“Mana boleh tinggalkan kembar tahun Rizal nie,”
“Urm..sayang Rizal!” Rizal mencium dahiku
“Cepat-cepat sembuh tau,Rizal tak sabar nak gaduh dengan Risya,” kami gelak bersama-sama. Aku sedar hakikat “air yang dicincang takkan putus”

zahra
12-31-2009, 07:19 PM
la..awatnye..dgn risya?hmm..xcited ni nk tggu..:)

iCeFiRe
12-31-2009, 07:53 PM
Bute plak dah?? Adui.. Ksian.. Em... Em..(smbil mnahan ksdihan di hati,tp uncle llaki sjati.. Uncle xleh mnangisi..biar apapun tjdi.. Peghh..cm pant0n lak..eh,syair..eh, gurindam.. Eh, sel0ka..eh, arghhh! Ape2 jela!)

s.a.l.a.m.e.s.r.a.b.a.d.i
12-31-2009, 09:11 PM
ala..uncle..nk nangis,nagis jela..xmo malu2...salam faham..heheheheeh :D

s.a.l.a.m.e.s.r.a.b.a.d.i
01-01-2010, 05:16 PM
Lama aku tertidur selepas itu. Sedarnya aku,suasana sunyi. Semua orang dah balik ke? Ma? Rizal? Abah? Tekakku kering,ma ...Risya nak air….tanganku menggapai ke tepi,cuba mencapai gelas.
Prang!! Alamak gelas jatuh..alahai…
“Risya….” Suara itu kantuk,tapi suara itu seperti pernah kudengar.
“Kay…” air mataku tiba-tiba berderai,entah apa perasaan yang melanda jiwaku kini,sedih,gembira,
rindu,kecewa,dendam,bercampur baur. Dia memelukku erat,dan aku rasa selamat dalam dakapannya. Tuhan,indah benar nikmat sebuah hati yang kau telah ciptakan padaku.
“Risya kenapa nie sayang….” Dia mengusap rambutku,suaranya,suara yang amat kurindui.
“Risya lapar..dahaga..”
“Hisy Risya nie…buat abang risau la,ingat apa tadi…” dia mencium dahiku,kucupan itu buat aku terawang. Kay? Awak dah terima saya ke? Abang?
“Erm..tadi Rizal belikan bubur ayam McD yang sayang nak makan,tapi dah sejuk…Risya nak yang baru ke? Abang belikan,” dia cuba nak bangun,tapi aku menggapai tangannya, “Takpe Kay,”
“Erm…ok…meh abang suapkan,”
“Tak nak..Risya nak mamam sendiri,” aku berdegil
“Erm…degil sayang abang nie…meh la abang suapkan ye…” dia mencubit pipi aku,kuat.
“Kay…sakit…” aku merengek
“Ye sayang? Ala….sori….abang sayang,bukan Kay lagi,” dia mencium pipiku. Aku terkedu,dan aku mendengar dia terkekeh tertawa. Tanganku pantas mencari lengannya. Mencubitnya.
“Erm…masih kuat dan padu cubitan sayang eh,”
“Risya rindu nak tengok wajah abang,” aku bersuara. Ketawa Kay terhenti tiba-tiba. Kesunyian itu mengisi suasana,kesunyian yang aku takuti. Air mata aku mengalir lagi.
“Sayang….maafkan abang,”
“Tiada apa untuk dimaafkan bang,
“Abang tak sepatutnya pergi macam tue je hari tue,dan sayang takkan kejar abang,dan semua ini takkan berlaku,”
“Jangan salahkan takdir bang,” aku menggenggam erat tangannya.
“Kalau abang tak ego,kalau abang sedar diri, sayang takkan kehilangan….”dia mengusap pipiku. Air mataku diseka. “Sayang,jangan menangis”
“Abang,Risya nak abang tahu yang,sejak Mak Long bagitau mengenai abang,hasrat Tok wan,perasaan suka yang ada di hati Risya dah mekar,dah berubah menjadi sayang. Risya tak dapat melawannya,Risya benar-benar sayangkan abang,dengan segenap rasa yang Risya ada,” aku mengucup jemarinya. Sunyi,tiada jawapan, “Abang?” aku memanggil dia,terdengar dengkuran halus di telingaku.
“Tidurlah sayang,abang mesti penat,” aku mengusap rambutnya,dia tidur di bahuku. Tak lama selepas itu,aku turut tertidur,aku lihat Kay menunggang kuda putih. Apa maksud semua tue ?
Puteriku doakan keberangkatanku,rahsia ini akan kekal menjadi rahsia,cinta takkan musnah walau dipanah mentari,hidup takkan sirna selagi kau ada disisiku. Puteriku,seribu keampunan dipinta,atas segala yang telah terjadi.
Seminggu Kay tak datang menjengukku,aku bertanya pada Mak Long,Mak Long hanya berkata yang Kay demam panas. Aku bimbangkan dia,tapi bila Mak Long kata yang Kay okay. Aku bertenang. Tapi kenapa dia tak datang-datang jenguk aku? Persoalan itu bermain-main dimindaku!
Doktor membawa khabar gembira,bahawa ada seorang penderma kornea yang bermurah hati untuk menderma kornea matanya kepadaku. Aku cuba bertanya siapa,dan seperti biasa,maklumat penderma adalah sulit. Aku redha,aku gembira,dalam pada itu aku resah. Semalam Kay datang berjumpaku,tapi aku terdengar dia batuk-batuk. Dia masih tak sihat lagi. Doktor memberikan jaminan bahawa selepas pembedahan, 90% penglihatanku akan pulih seperti sedia kala. Aku ingin berkongsi kegembiraan ini dengan Kay,tapi dimana dia?
Pada pagi aku akan di bedah,aku cuba menelefon Kay. Setelah beberapa kali mencuba barulah Kay mengangkat panggilan tersebut.
“Assalamualaikum abang,”
“Waalaikumsalam sayang,”
“Abang kat mana? Tak nak jumpa Risya ke? Risya dah nak masuk OT nie,”
“Nantilah abang datang,” dia terbatuk-batuk. Hatiku resah
“Abang tak sihat ye? “
“Ok jer sayang,”
“Sorry sebab memaksa abang,”
“Ada-ada je sayang nie. Nanti abang datang ye,”
“Ok..promise tau,”
“Yes sayang ,promise”
Kay meletakkan gagang telefon.
Keberangkatan ke alam abadi…makin menghampir. . .
Aku disorong ke dewan bedah. Kay masih tak kunjung tiba,bertalu-talu aku ajukan soalan kepada orang-orang disekelilingku,namun tiada jawapan. Aku bersedia untuk di bius,sebelum aku dibius,aku terdengar suara orang batuk…seperti Kay. Aku hampir ingin menjerit,aku dah mula tenggelam,serasa seseorang memegang tanganku,sepertimana Kay memegangku dan baunya…aku tak pernah silap dengan bau Kay,masih sama,terlalu istimewa…awak datang Kay? Aku terbius sepenuhnya.
Pembedahan sukses. Mataku dibalut dengan kemas. Jika tiada aral melintang,esok,balutan ini akan dibuka.
Soalan yang sama aku lontarkan, “Ma,mana Kay?” tapi aku tersentak bila soalan itu dijawab dengan esakan oleh ma.
“Ma? Naper ma nangis?”
“Eh,mana ada ma nangis,ma selsema la sayang,”
“Yeke….”
“Ye sayang,” ma memeluk aku erat. Aku diminta berehat,supaya elakkan tekanan. Tapi sudah tentu mereka tahu,yang tekanan aku hanya akan reda jika aku bertemu dengan Kay.
#
Balutan dibuka,aku mencuba untuk membuka mata,takut di jiwa,perlahan-lahan,aku ternampak cahaya. Alhamdulillah syukur pada tuhan,penglihatanku kembali. Tuhan..sampaikan salam kasihku pada penderma yang bermurah hati ini.
Hasrat pertamaku, “Ma,Risya nak jumpa Kay boleh tak?”
“Boleh Risya,”ma menjawab tenang,Mak Long mengelus lembut bahu ma,seperti memberi kekuatan,kenapa semua orang nie?
Abah memberhentikan kereta di hadapan tanah perkuburan. Aku terpinga-pinga,pelik.
“Kenapa ma? Risya nak jumpa Kay,bukan nak ziarah kubur Tok wan…” ma tetap menarik tanganku. Dibelakangku mengikut,Mak long,Pak Long,abah dan Rizal. Aku merungut-rungut,tapi ngomelanku terhenti bila aku terpandang nama yang diukir diatas batu nisan itu. Mohd Khairul Azfar bin Sulaiman. Mulutku kaku,aku terbisu. Tuhan….beratnya dugaanmu.
Airmataku berderai…“Kenapa?” hanya itu soalan yang keluar dari mulutku. Ma menggosok bahuku,manakala Mak Long membawa aku mendekati kuburan yang masih merah itu. “Abang naper tak tunggu Risya…” aku bersuara lirih,mengundang air mata sesiapa yang ada disitu.
Rizal menghulurkan sepucuk surat untukku,aku menyambutnya dengan tangan yang berat.
#
Assalamualaikum wbt
“tuhan tak memberi dugaan itu lebih berat dari apa yang boleh ditanggung oleh hambaNYA”
Maaf,mungkin itulah kata-kata yang paling tepat perlu dilafazkan pada waktu ini.
Risya,maafkan saya untuk keegoan ini. Maaf kerana tak ambil peduli,maaf kerana marah-marah. Maaf,maaf untuk segala-galanya. Dan maafkan saya,kerana saya perlu pergi.
Risya…
Hanya Tok wan yang mengetahui mengenai penyakit saya nie,penyakit yang saya rahsiakan selama ini dari semua pihak, kanser darah. Tok wan pernah menyuarakan hasratnya pada saya,arwah benar-benar ingin kita dijodohkan,Tok wan mahu awak jaga saya,masa saya sihat,dan masa saya sakit. Masa saya gembira dan masa saya sedih. Sementelah pula kita punya paras yang sama.
Tapi Risya….
Pemergian Tok wan yang terlalu cepat membuat saya tak dapat menerima kenyataan. Penyakit saya mula mengganas,benteng dalam diri saya mula lemah,kesihatan saya merosot. Kerana itu saya takut nak menerima awak,nak redha dengan keputusan mama saya yang meminang awak,sesuai dengan kehendak Tok wan. Saya tak mahu awak bersedih bila saya dah takde. Saya tak mahu awak terluka. Saya sayangkan awak,terlalu sayangkan awak dan takkan mengizinkan apa pun dari melukai awak.
Kerana itu saya jadi begini. Saya tanamkan ego saya tinggi-tinggi. Elakkan kerinduan yang memekar dalam hati saya ini. Bukankah lebih baik awak terluka semasa saya masih ada di sini,berbandingsetelah saya tiada lagi di muka bumi ini. Antara kita tiada jodoh Risya…takdir memang sukar untuk,dimengertikan. Saya doakan awak,supaya bertemu dengan insan yang lebih baik dari saya. Menyayangi awak sepenuh jiwanya, InsyaAllah.
Risya,tak terlintas di hati ini untuk dingin pada awak. Dalam hati saya bergolak nak berborak dengan awak,temankan awak memasak untuk saya,walau hanya mee segera,berebut mandi di telaga,bertekak sebab nak tengok drama kegemaran masing-masing. Risya..saya rindu…awak membonceng di belakang,bila kita nak ke bandar dan awak akan cubit pinggang saya,sebab saya suka main-main,buat brek emergency yang menggetarkan jiwa. Sungguh Risya,saya rindu,saya tersenyum sorang-sorang bila teringat kenangan itu.
Risya…
Saya tak pernah marahkan awak atau Tok wan. Saya cuma kesal,sebab saya takkan dapat bahagiakan awak. Saya sedar Risya,awak tunangan saya,tapi lihatlah sekarang,dapatkah kita bersama? Simpanlah cincin itu,sebagai kenangan kita pernah cuba disatukan.
Risya…walau hati awak tak dapat saya miliki,walau jasad saya dah hancur dimamah bumi,tapi saya tetap berada dekat dengan awak,kekal dalam tubuh awak,selamanya. Setiap kali awak melihat,sebenarnya awak sedang memandang saya.
Salam kasih Risya…
Tulus,
Mohd Khairul Azfar

Kay…bila-bila pun Risya tetap terluka. Tapi yang penting Risya tau yang Kay juga sayangkan Risya. Terima kasih.
Semangatnya kembali,Risya bangun dan melangkah pergi.
Sebuah kisah cinta berakhir disini.

1.30.16 pm
11/6/06 (smtm)
Diedit;
7.00pm
18/5/2009 (kg btu 13)
(tamat suda...:D)

iCeFiRe
01-02-2010, 06:48 PM
Huh! Sad ending lg.. Ni yg nk mrh ni! Grrrr! X( huh.. Em, hahahahahaha! Besh cte ni..wlupun xhepi..huhu

s.a.l.a.m.e.s.r.a.b.a.d.i
01-02-2010, 07:54 PM
hahahaha...uncle mrh ke...mtk ampun...hua3...

iCeFiRe
01-03-2010, 12:22 AM
Xmarah la.. Uncle juz tgelak mnahan kesakitan..eh,ksedihan:D:((

s.a.l.a.m.e.s.r.a.b.a.d.i
01-03-2010, 01:58 AM
alala uncle nie....cian dier..ihhihihi

iCeFiRe
01-03-2010, 11:04 AM
Ksian kat uncle ea? Laen kali, watla cite hepi..huhu

s.a.l.a.m.e.s.r.a.b.a.d.i
01-03-2010, 11:50 AM
try k,tp 2 la...sbb byk kisah cinta salam sedih2..jd mood die jd g2 la..huhuhu

iCeFiRe
01-03-2010, 04:24 PM
Aiiyarrk! H0w p0or u r my dear..

Em,pe kate lau salam tukar cite hepi..cube lawan sket m0od salam.. Huhu.. U must str0ng k.. 4get ur past.. 2m0rr0w will b ur great day!



Hehe, uncle cube memb0dek.. I h0pe its w0rking! Yeaaargh!:-D

s.a.l.a.m.e.s.r.a.b.a.d.i
01-03-2010, 05:23 PM
how sweet uncle.....hahahahah

bodek la tue...wekkkk

iCeFiRe
01-03-2010, 10:29 PM
Hehe, jangan maraaa r..uncle xreti nk mmb0dek.. Agagaga:p

s.a.l.a.m.e.s.r.a.b.a.d.i
01-03-2010, 10:38 PM
huuu..yela 2 uncle..ti salam post citer len eh..nk bg uncle banjir nangis..hihiihhi

iCeFiRe
01-04-2010, 01:07 AM
Ahahaha.. Uhuk, ik0t salam la.. Uncle layan je..(sambil mmblasa tenuk belaan pak l0ng hingga nyawa2 tenuk,eh ikan)

zahra
01-04-2010, 12:45 PM
:(npew sad ending salam..adeh..igt hepi ending..hmm..

s.a.l.a.m.e.s.r.a.b.a.d.i
01-04-2010, 07:20 PM
uncle..cian tenuk pak long...

kak zahra..huuhh...tue la kehidupan..ihihi

iCeFiRe
01-04-2010, 10:43 PM
Ala.. Xpe.. Pak l0ng p0n da xnak bele tenuk die ni, skarang ni bliau punyai h0bi baru..eh,binatang pliharaan baru..iaitu mamm0th..

s.a.l.a.m.e.s.r.a.b.a.d.i
01-04-2010, 11:05 PM
hahaha mammoth la pulak

iCeFiRe
01-06-2010, 04:17 AM
Da 2, xkan harimau? Pak l0ng 2 da la krempeng.. Xknyg rimau ngap nnti

s.a.l.a.m.e.s.r.a.b.a.d.i
01-06-2010, 07:45 PM
hihih kite bg uncle la kt rimau tue leh?:p

ZanaJehan92
02-18-2010, 03:20 AM
Sedih :( terharu....

s.a.l.a.m.e.s.r.a.b.a.d.i
02-19-2010, 02:35 PM
zana..knape terharu...