PDA

View Full Version : Air Mata Cinta



am_leo
11-17-2009, 03:25 PM
Next story from me...

Seluruh alam kupandang gelap ketika itu.Tiada yang bernama warna, segala-galanya gelita. Tubuhku menggigil tidak terkata dan seluruh sendiku terasa luruh. Oh tuhan,adakah ini balasan yang ku terima di atas kesetianku? ya Allah, kenapa Rizal tergamak membuat keputusan itu terhadapku?

Tidak! Rizal tak mungkin buat begitu! Aku tahu betapa dalam cintanya padaku.Bagaimana dengan sekelip mata dia berubah? Tapi…arghh.,tak mustahil Rizal berubah.Saat ini aku pasti akan mengaitkan perkara ini dengan ida. Aku pernah kenalkan ida kepada Rizal. Dan aku dapat mengesan sesuatu sedang berlaku diantara Rizal dan ida. Di saat mula-mula perkenalan. Tapi, takkan Ida sanggup merampas Rizak daripadaku sedangkan dia tahu lelaki itu milik aku? Ah, zaman sekarang apa pun boleh berlaku. Suami orang pun boleh dirampas, inikan pulak sekadar kekasih. Tapi takkan Ida sekejam tu?

Di ketika itu juga air mataku jatuh berderai, beriringan dengan kehibaanku. Kututup mataku rapat-rapat nafas nan lemah kuhembuskan dengan harapan kekecewaan akan terbang bersama. Malang, bukan semakin lega, tetapi semakin resah pula. Astaghfirullah hal azim… perlahan-lahan bibirku mengucap zikir. Dan aku tahu hanya dengan berzikir dan mendekatkan diri pada Allah saja dapat mententeramkan hati ini. Orang-orang yang beriman dan beramal soleh akan beroleh kebahagian yang amat menggembirakan dan tempat yang sebaik-baiknya.

Aku benar-benar tak dapat menahan perasaan. Segera aku bingkas daripada katil dan terus mencapai telefon bimbitku. Tanpa berlengah aku terus menghubungi Rizal. Talian bersambung

“Assalamulaikum… Rizal ada?”
“Sofia!”
“Rizal!” suara nyata kelu. Oh… kenapa kau sanggup tinggalkan aku sayang!
“Maafkan aku Sofia! Er.. kau dah dapat surat aku?”
Sudah Rizal! Kerana surat itulah aku merana. Aku derita! Kerana surat itulah aku bertemankan airmata.

“Sofia! Hei…”
“Ye… ye Rizal! Apa… apa dia?”
“Aku tanya , kau dah dapat terima surat aku?”
“sudah!”
“maafkan aku Sofia…”
“Zal… sampai hati kau buat aku..”
“Sudahlah Sofia… aku sendiri tak mau menambah luka di hati kau! Aku dah buat keputusan muktamad!”
Klik!

Ternganga aku dibuatnya. Kenapa Rizal begitu kejam. Aku tak pernah marah kalau dia tak mau cakap tapi janganlah sampai menghempas telefon. Walaupun aku ni orang miskin tak berharta, tapi aku ada maruah. Ada harga diri! Aku bukan binatang! Disaat itu tak kusedari air jernih jatuh lagi ke pipi..Liya dan Nina memang tak ada di rumah. Aku tak mau temanku itu tahu apa yang sedang aku alami.. Aku pasti mereka akan terperanjat mendengar berita aku dan Rizal telah putus. Aku tahu mereka mengambil berat tentang diriku. Terletak aje kepalaku di bantal. Mata terpejam… Ah, saat itu juga air jernih mengalir deras… Ternyata aku tewas kerana menangisi perpisahan ini!

dah penat menaip..nnti sambung..tgok la kalau sempat

zahra
11-17-2009, 03:34 PM
uikss..hehe..camtu pulak..xpew take ur time..:)

am_leo
11-17-2009, 04:47 PM
ni sambungannye....


Yang ku sedar, aku separuh melompat. Mata kugheyeh kerana pandangan agak kelam. Terus saja kepalaku berdenyut-denyut. Di depanku Liya memandang dengan wajah kehairanan. “Eh… kenapa dengan kau ni Sofia! Eh kau menangis ye! Kenape?” kulihat Liya kehairanan. Aku tahu Liaya pasti risau dengan keadaanku ini. Ah, perlukah aku berterus-terang? “Sofia.. kenapa ni?
Ceritalah pada aku! Kau ade masalh keluarga ke?” aku geleng. “habis tu.. kau sakit?” pun aku geleng. Entahlah, aku sendiri tak tahu apa yang perlu aku katakan. Liya menghampiri aku dan duduk di sisiku. “kenapa Sofia?” saat ini tak dapat lagi menahan perasaan. Rupa-rupanya ada juga orang yang simpati. Terus saja aku memeluk bahunya dan menangis teresak-esak.
“Sofia…”
“Rizal!”
“Rizal… kenapa? Apa yang terjadi dengan Rizal?”
“tak ada apa yang terjadi pada Rizal Cuma..”
“apa?”
“Rizal telah memutuskan hubungan dengan ak!”
Liya hanya mampu menganga kelu!

“Bertenaglah Sofia! Segala yang terjadi ni pasti ada hikmahnya! Biarkan.. sabar aje! Aku pasti.. suatu hari nanti, mereka akan dapat balasan!” Nina mengusap lembut anak rambutku “betul tu Sofia, aku yakin tuhan tu maha adil!” Liya pula menamba. Walau bagaimanapun, aku tahu mereka tak tahu bagaimana pilu hatiku. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. “hairan ye.. sekelip mata Rizal berubah. Padahal Rizal tu taklah kaki betina.” Liya menggeleng. “Mesti ada sesuatu yang tak kena. Lagipun… perempuan yang dia dapat bukanlah sehebat mana. Siapa yang tak kenal Ida tu! Gatal! Perempuan yang tak bermaruah!” Nina mencebik “Heran ye macam mana boleh jadi gini! Padahal Rizal Cuma kenal Ida tu seminggu aje, ye tak?” Nina kehairanan. “Betul jugak! Tak salah aku… kali pertama Rizal jumpa Ida masa kenduri hari jadi yang kita buat kat sini, kan?” Liya merenung wajahku. Tak sepatah kata pun yang keluar dari mulutku. Namun, aku mengakui kebenaran itu. Ida tu kawan karibku pada awalnya aku tak nak ajak dia dating kenduri tapi bila dah fikir dia kawan karibku aku ajak jua. Dan tak sangka, Ida sanggup makan kawan hanya kerana seorang lelaki.

“Teruk kawan kau tu ye, Sofia! Hisy.. kalau aku memang aku ganyang!” Liya mengetap bibir. “sudahlah! Tak guna kita cakap pasal hal ini lagi, buat sedih hati aku aje!” Aku telan liur. Memang hatiku pedih setiap kali teman-teman memeningkan hal ini. Kalau boleh, aku tak mau dengar nama Rizal dan Ida. “Sorry Sofia!” Liya menunduk. “Aku tak berniat apa-apa, Cuma aku geram saja!” “ye maafkan aku jugak!” Nina turut memelukku. Dan tanpa disedari aku mula menangis. Akhirnya… kami bertiga bersama-sama berendam air mata.

“Sudahlah Duan… tak guna kau nak nasihatkan aku lagi. Kenapa korang sibuk sangat tentang aku? Aku punya sukalah! Aku nak kahwin dengan siapa pun, itu hak aku!”
“tapi Zal …”
“aku tak nak dengar! Walau ape pun, aku tetap akan berkahwin dengan Ida! Lagipun aku dah …”
“Rizal!”
“sorrylah! Apa pun… aku tetap dengan keputusan ak! Sofia tak wujud lagi dalam hidup aku!”
“aku rasa kau ni dah kena buatam Ida, baik kau pergi berubat..”. “tolonhlah jangan merepek! Ini zaman moden, okey! Aku tak percaya dengan benda-benda macam tu, dan aku tahu tak perlu berubat.” Ridzuan hanya mengigit bibir. Hatinya kesal kerana dia yakin Rizal telah membuat kesilapan besar. Ida bukanlah gadis yang sesuai dibuat isteri . lakinya bersepah sebelum ini. Kenapa lelaki sebaik Rizal pula menjadi mangsa sedangkan Sofia memiliki segala cirri-ciri kewanitaan, lebih dari Ida itu sendiri.

Saat ini Sofia tidak kagi menangis. Dia sudah dapat menahan hiba, tapi sekali-sekala kepiluan datang juga. Mujur dia mempunyai sedikit kekuatan, diiringi doa Allah dan zikir, dia mampu menahan tangis. Cuam tak dapat dihapuskan di ingatan hanyalah kenangan silam. Masih terbayang bibit-bibit indah, saat manis yang penuh ceria antara dirinya dan Rizal. Sofia tak mungkin dapat melupakannya. Walaupun suatu hari nanti dia telah pun bersuami.

Ida senyum lebar sambil berbaring di atas katil. Apa yang dicita-citakanya menjadi kenyataan. Rizal telah mengatakan hasrat untuk mengahwininya. Inilah saat yang paling diidamkan. Dia dah puas berlaki, bertukar ranjang dan kereta, dia dah jemu terselit di bawah puluhan lelaki. Dia juga dah puas melicinkan dompet jantan. Cuma, yang belum dirasakan hanyalah menjadi isteri mithali, bukan bini jalang. Ida tersenyum ceria. Dai tak peduli kalau perbuatannya melukakan hati Sofia, tetapi hatinya tak pernah berubah kata setia. Semenjak dulu lagi dia cemburu akan apa yang dimiliki gadis itu. Malah, setiap teman lelakinya akan bertanyakan tentang Sofia.
Introduce lah kawan you tu Ida!
Eh.. siapa tu Ida, boleh tahan! Nasib bail I dah ada you!
Ida ketap bibir.
Wah you tak bagitau yang you ada kawan yang cun! Siapa nama dia Ida?
Setan! Ida menyumpah. Memang dirinya tercabar. Semenjak sekian lama! Tapi… saat ini, dia telah merangkul trofi lelaki kacak yang dimiliki Sofia, telah berjaya dirampasnya..
Ida senyum lebar..

zahra
11-17-2009, 05:50 PM
aduyaii..dah set matlamat rupenye si ida ni..:)

am_leo
11-17-2009, 06:39 PM
continue...........

Hanya memori yang menjadi musuhku kini. Aku tak dapat menghapuskan memori antara kau dan Rizal. Tapi.. sekurang-kurangnya aku masih dapat memiliki memorinya. Mujur dengan gelagat Liya dan Nina, aku berjaya melawan kehibaan. Aku perlu kuat, perlu tabah kerana hidup ini bukan semata-mata untuk bercinta. Banyak lagi hal-hal serius yang perlu diamanatkan. Saat ini aku bingkas lagi, melangkah sepi ke jendela. Bayu malam yang dingin menerpa wajah. Aku pun jadi bagai dewi di kayangan, memesankan rindu pada bayu. Di malam nan gelita itu, aku lemparkan pandangan ke bintang-bintang. Saat ini memori itu datang lagi.
“kau adalah satu-satunya gadis yang paling aku cintai Sofia. Dan, aku bersumpah dengan nama Allah, aku tak akan sekali-kali letakkan engkau dalam sengsara!”
Rizal! Kau perlu tarik semula kata-kata kau itu! Aku mengetap bibir.
“kau tahu tak betapa dalamnya cinta aku ini! Aku takut Sofia… tengoklah, aku sedang terdampar sakit, aku, ah, takut sesuatu yang buruk terjadi pada kau bila aku tiada!”
Tidak! Kau taka apa-apa Rizal! Bukankah kau Cuma demam saja! Hisy…sampai jauh kau melencong.

Aku ingat lagi saat itu Rizal bersumpah di depanku untuk tidak melukakan hatiku. Tapi janji tinggal janji. Lepas sembuh aje demamnya, Rizal kembali menjadi lelaki yang riang. Begitu juga aku, seorang gadis yang ceria dan meriah. Ceria dengan cinta Rizal dan meriah dengan gelagatnya. Aku rasakan saat itu, akulah gadis paling beruntung di muka bumi ini. Apa agaknya Rizal lakukan saat ini? Mungkinkah sedang bergurau ria dengan Ida! Ah, part ini yang aku sebak! Aku tau sangat tentang sense oh humour yang ada pada Rizal. Dia mampu membuat orang ketawa, ria dan riang walaupun sedang berduka. Rizal adalah penawar tatkala aku kerunsingan. Rizal adalah joker tatkala aku derita. Rizal juga adalah clown tatkala fell down. Rizal adalah sumber inspirasiku. Untung Ida dapat Rizal, dan aku harap.. mereka kan bahagia...

Segala-galanya berlaku terlalu pantas. Liya dan Nina hanya ternganga mendengar berita perkahwinan Rizal dan Ida. Liya dan Nina Cuma berpandang sesame sendiri selepas berita itu mereka ketahui. Aku kerap sahaja membuatkan diriku sibuk. Aku kerap membaca buku rujukan agama. Seronok! Makin banyak kubaca, semakin kerdil kurasakan diri ini. Saat inilah aku mesti senyum. Geli hatiku! Liya dan Nina beriya-iya inginkan aku segera mencari pengganti. Hmm.. tak semudah itu kerana cintaku terhadap Rizal begitu meneba. Cuma, aku tahu batas-batasku. Aku bukannya jenis perempuan perampas suami orang. Biar orang lukakan hati kita asalkan kita tidak, di akhirat pasti ada balasan nanti. Detik inilah dadaku kembang semula. Semangat semakin kental dan perlahan-lahan kutolak memory sepi antara aku dan Rizal. Cintaku telah mati, dan memorinya juga perlu ada pusara saat ini.

“Zal tu suka kau tau!” Nina menuakan mulutnya ke telingaku semasa aku menyimpan piring di dapur.
“iya..” aku Cuma senyum.
“Ei… aku serius ni tau! “habis tu. Apa aku ank buat?”
“rugi kau! Dahlah dia tu handsome, kau tak terpikat ke?”
“handsome aje tak guna. Nina ….”
“Ei.. diapun warak tau! Ah, memang sepadan dngan kau!”
Aku tak kata apa. Aku Cuma senyum.
“ingat tau Sofia… kalau kau keluar nanti, ah, senyum-senyumlah kat Zul tu!”
Aku mencebik. Saat ini, ingin aje aku batalkan hasrat untuk ke ruang tamu. Tiba-tiba saja aku berasa malu. Suara-suara kasar yang sedang berbula di ruang tamu kedengaran dan aku pasti salah seorang daripada mereka adalah Zul yang dimaksudkan Nina. Tapi klau tak ada apa-apa kenapa perlu malu? Ah…

“Eh.. pergilah!” Nina mencuit sambil senyum. “malu-malu pulak!”
Aku benar-benar tersepit. Tak tau nak buat apa. Kalau tak keluar nanti, apa kata tetamu sedangkan hari ni memang sengaja aku buat makan-makan kecil sempena harijadiku yang ke 22. apa pula kata tamu apabila birthday girl tak tunjuk muka. Tapi aku Cuma jemput Ridzuan dan Khalid kerana mereka memang kenalan lama dan teman lelaki Nina dan Liya. Aku tak jemput Zul!
“Hai Sofia.. kau ni kenapa? Tak baik tau, tetamu dah tunggu kau!” aku mengetap bibir nampaknya tak ada pilihan. Mampukah aku bertenang? Bolehkah aku hanya berlagak biasa?

Dup! jantungku berdengup kencang. Kulihat mata Zul melekat ke dalam anak mataku membuat aku tunduk tersipu-sipu. Aku yakin wajahku pastinya merah.
“happy birthday Sofia!” Ridzuan menghulurkan tangan. “selamat ulang tahun semoga panjang umur!” Khalid bersuara. Aku semakin malu. Dua-dua lelaki itu dah pun mengucapkan selamat. Entah kenapa aku macam menantikan Zul pula berdiri sambil menghulur tangan dan berkata: “selamat hari jadi Sofia! Kenapa wajah you merah?”
“Ah Zul kenalkan… ini Sofia, gadis pemalu yang menyambut ulangtahun kelahiranya!” Nina bersuara. Aku rasa nak lari masuk bilik. Wajahku terasa berat. “Hai… selamat hari lahir dan selmat berkenalan! Saya Zul!”
Ya Allah, kenapa aku gigil ni! Kenapa aku gugup. Kulihat tangan Zul masih terhulur.
“Hai Sofia… Zul nak salam tu!” Liay menarik bahu.
“eh….er…hai..saya Sofia!”

“relaxlah Zul, Sofia ni memang cam ni, pemalu..” Khalid senyum. “kan Sofia?” tahulah nanti. So… kau kenalah sabar dan tabah Zul! Bukan senang nak pikat bunga emas.
“mengadalah kau Khalid!” aku menepuk malu.
Dan, kudengar hanyalah tawa-tawa riang teman-teman, manakala Zul tunduk tersipu-sipu.

Yang heranya, kenapa aku sering terbayang wajah Zul! Kalau aku tak jatuh hati. Mengapa harus aku mengingatinya? Apa yang kurasakan, perasaan begini sering aku alami semasa merindukan Rizal! Ya, aku tak nafikan aku memang resah setiap kali berpisah! Tapi itu dengan Rizal. Lagipun, Rizal adalah lelaki yang aku cintai! Ops, pembetulan lelaki yang pernah aku cintai..!

Adakah aku telah jatuh hati? Debaran di dada semakin bergetar apabila terlihat sebuah bungkusan kecil. Aku rasa, aku tau apa isi di dalam kotak kecil itu. Mesti sebentuk cincin! Aku senyum. Aku rasa aku takkan silap. Biasalah! Dulu pun Rizal pernah surprisekan aku debgan kotak kecil begitu. Dan tekaan aku memang betul! Saat itulah aku rasakan paling bahagia sekali. Rizal telah memberi aku sebentuk cincin lambing kecintaan. Tapi sayangnya, aku tak cintakan Zul. Dan, Zul juga tak pernah mengenali atau menyelami diri aku. Mungkinkah dia cintakan aku?

Ah.. karut! Entah-entah Zul ni jenis lelaki yang lecik, kalah buaya. Mesti sebelum ni dah ramai perempuan dah terpedaya! Sorry! Harga diri dan maruah lebih mahal dari harga cincin tu. Tapi? Entah-entah Zul ikhlas dan tulus ingin menjalinkan cinta denganku! Mana tau! Tak baik aku berperasaan begini! Perlukan aku terima pemberian itu? Perlukan aku membuka dan menyarungkan ke jari manisku?
Aku geleng. Kalau akau terima, bererti aku telah menrima cintanya! Ah, tak semudah itu!
Akhirnya, aku tak buka kotak kecil itu dan pemberian Zul itu aku letakkan di atas meja.

am_leo
11-17-2009, 08:01 PM
continue...

Aku masih teringat peristiwa semalam. Susah nak tidur kerana tak dapat menghindar wajah Zul. Lebih-lebih lagi kotak kecil pemberiannya kuletakkan di atas meja. Hati di dalam meronta-ronta menyuruh buka saja kotak itu. Tapi, entah kenapa. Jari saja yang tak mahu bergerak.
“Sofia..telefon!”
Aku tersentak. Cepat-cepat mencapai telefon bimbitku. “Assalamulaikum..siapa tu?”
“waalaikumsalam, Sofia ye?”
“Ya.. siapa sana?”
“Zul…”
Nasib aku tak terhempaskan telefon yang sedang ku pegang. Mataku meliar. Rakan di pejabat masing-masing sibuk bertugas.
“err.. sorry Zul saya sibuklah banyak kerja..”
“kalau macam tu nak tanye saru soalan boleh?”
“apadia?”
“dah terima?”
Tiba-tiba Hosni rakan sepejabatku memangggil.
“Sofia cepat-cepat ada barang kena sain..”
Ada seorang penghatar mambawa jambangan bunga ros yang besar dan ada sekeping kad tertulis,
Salam ikhlas, Zul...

“Hah! Tu pun Sofia sampai!” Nina bingkas dan beredar daripada ruang tamu. “Hah Sofia. Lambat kau balik, dah lama Zul tunggu!”
Zul? Alamak !
“Hai Sofia!”
“hai!” Aku bersuara lembut sambil menjinjit kasut.
“Er..er..you ada terima tak bunga?” kulihat wajah Zul agak panic kerana aku pulang berlenggang. Jambungan bunga pemberiannya kuletakkan di atas meja di pejabat.
“bunga? Bunga ape?” aku pura-pura tak mengerti. “Eh.. takkan tak sampai lagi! Entah-entah cina tu salah hantar alamat tak!” Zul garu kepala
“Eh ada-ada!” aku senyum. “Zul ke yang hantar?” “hmm yelah ..”
“tapi kenapa hantar bunga taik ayam tak senonoh betul!”
“bunga taik ayam? tak boleh jadi aku…”
“Eh.. kenapa Encik Zul ?”
“Apa taknya, saya order bunga ros merah, takkan bunga taik ayam dia bagi.”
“Encik Zul marah ke ni?”
“Mestilah!”
“Alamak! Kalau macam tu, biar Sofia kunci diri dalam bilik dulu, takutlah, nanti Encik Zul mengamuk, habis Sofia kena marah!”
“bukan mengamuk kat Sofia mengamuk kat cina tu lah..Zul pesan bunga lain, bunga lain yang dihantarnya..
“Betulke bunga lain?” aku sengaja mengusiknya lagi.
“Betul Zul tak order bunga tu!”
“jadi…jambangan ros merah yamg tertulis , salam ikhlas Zul tu… Zul lainlah ye?”
“Sofia!” Zul mengetap bibir dan dia tak tahan terus ketawa. “Nakal sungguh! Tak sangka!”
Aku pun turut ketawa.
“Dan dalam kotak kecil tu mesti cincin betul tak? Saya tak bukak puun saya tahu!”
“Cincin?” kening Zul berkerut. “Saya tak ada bagi cincin!”
Aku senyum. Aku tahu Zul ingin mempermainkan aku pula. “Betul Encik Zul tak bagi cincin tu? Hmm Zul mana pulak yang bagi ye?”
“Eh.. saya serius tau! Saya betul-betul tak bagi!”
“Iyalah tu”
“Betul!” Wajah Zul berkerut.
Aku tahu Zul masih ingin bergurau. “Takpelah, kalau bukan… saya simpan je lah! Malam ni bolehlah sarungkan ke jari manis!”
Aku ketawa, tapi saat ini Zul cuma serius. Namun, aku tahu Zul Cuma berpura-pura..

aduhai...penat..bersambung....

am_leo
11-17-2009, 10:02 PM
sambungannye...


Aku ternganga. Aku cuma mampu merenung cincin itu. Rupa-rupnya cincin itu milik Rizal. Cincin itu telah aku pulangkan padanya. Tetapi kenapa perlu memberinya semula. Cincin itu itu kuterima dulu di atas lambang cinta. Dan, cincin itu kupulangkan semula atas lambing cinta luka. Aku tak mahu menyimpan kenangan. Aku tak mahu menyimpan kelukaan. Cincin itu terlalu banyak memori dan kenapa Rizal memberi semula cincin itu. Adakah dia sengaja mahu melukakan hatiku? Tak kusedar, air hangat yang sering turun dulu, kini turun lagi. Aku menyekat air jernih yang mula mengalir. Rizal! Kenapa kau seksa aku lagi? Tak cukup ke dengan apa yang kau lakukan dulu? Namun aku masih lagi memegang cincin itu. Saat ini wajah Rizal menjelma. Saat ini juga air mata cinta menitis ke pipi. Sungguh, aku benar-benar mencintai Rizal. Aku akui aku tak dapat melenyapkannya. Dan, penuh syahdu cincin itu kusarungkan perlahan-lahan ke jari manisku. “Ini lambang cinta! Sofia jaga cincin ini elok-elok, sebagaimana menjaga hati Rizal. Ye!”
Tidak!
Rupa-rupanya Zul bercakap benar. Patutlah wajah Zul berubah apabila aku mengaitkan tentang cincin ini. Maafkan aku Zul! Aku tak berniat meluka atau mengguris perasaan kau!
Aku menangis tak berhenti-henti..

Apa yang ditakutinya telah terjadi! Benarlah apa dugaanya! Patutlah sejak dua tahun kebelakangan ini dia sering saja ditimpa penyakit. Rizal tunduk lesu. Dunia yang satu ketika dulu amat indah, penuh dengan warna dan ceria tiada lagi! Segala-galanya gelap gelita. Inikah balasan Tuhan terhadapnya?
Alangkah besar kuasanya! Wajarkah dirinya menerima balasan ini?
Tidak!
Rizal menarik rambutnya. Terbanyang keriangan zaman remajanya. Bebas ke sana ke mari merangkul pinggang gadis. Ke sempadan sana, ke syurga dipenuhi remaja menjual tubuh .
Tak cukup dengan itu, menyedut asap-asap putih daripada serbuk putih bertepung. Dan…
Stop! Dia tak sanggup mengingati noda dan dosa itu. Yang nyata, dia disahkan positif di dalam ujian HIV. Tidak! Rizal tidak dapat menerima hakikat menghidap penyakit AIDS.
Cuma Sofia saja permata hidupnya. Cuma Sofia saja yang benar-benar mencintainya. Cuma Sofia yang dapat memberikan pedoman tentang kehidupan yang sebenar. Betapa agungnya Allah! Betapa wujudnya akhirat, Syurga dan Neraka.
Tiga hari lepas dia memberikan semula cincinnya lambang kecintaan. Sungguh! Demi Allah, tiada gadis lain yang paling dicintai melainkan Sofia. Kerana cintanya itulah dia sengaja memutuskan cinta. Dia tak sanggup Sofia menerima padah akibat kuman AIDS yang ada di dalam tubuhnya.

Biarlah! Cuma Tuhan yang mengerti . dan Ida… memang sengaja ditanamkan kuman-kuman AIDS-nya ke dalam tubuh wanita itu sebagai balasan. Ida layak menerima padah kerana wanita sundal seperti itu takkan serik dan insaf selagi tiada balasn. Biarkan Ida menerima habuan! Biarkan Ida juga terseksa selepas puas menyeksa dan memperdaya lelaki.
“Selamat tinggal dunia, kerana tak lama lagi aku akan mati! Cuma! Aku ingin pesan pada bayu, setiap kali hinggap di wajah Sofia, kirimkan ciuman rindu dan sayangku yang berkekalan walaupun aku terpaksa menghabiskan sisa hidupku di neraka!”
Rizal menggigit bibir penuh pilu..

Aku terasa lemah seluruh sendi. Fikiranku bertunpu terhadap Rizal. Oh Tuhan, kenapa dengan aku ni? Kenapa aku merindui suami orang? Dengan keluhan berat, aku merenung jari manisku yang dilingkari cincin pemberian Rizal. Kakiku pula terasa ringan lalu bergerak ke arah almari. Jari-jemariku bagai diarah untuk menarik laci dan mngeluarkan sekeping surat.

Sofia…
Maafkan aku kiranya kedatangan surat ini mengganggu fikiran dan perasaanmu. Entah mengapa akhirnya aku terpaksa berterus-terang padamu. Aku harap kau bertenang sewaktu menghayati surat ini. Walupun pahit rasanya untuk aku menyatakan sesuatu tetapi aku terpaksa memberitahumu. Setelah hampir setahun kita bercinta, aku menghargai kesetianmu. Kaulah seorang kekasih yang banyak berkorban untukku. Tetapi aku tidak tahu mengapa tiba-tiba kini hatiku jatuh cinta pada seorang insan. Tentu kau kenal siapa dia.. kawanmu sendiri. Aku bukan saja sekadar jatuh cinta dengannya bahkan aku semakin menggilainya. Sehari aku tidak berjumpa dan berbicara dengannya, aku akan jadi tidak tentu arah. Boleh dikatakan setiap saat aku asyik mengingatinya. Aku sendiri tidak tahu bagaimana ini boleh berlaku. Sedangkan kau tahu, aku memang mencintaimu. Kebaikanmu terhadapku selama ini sentiasa aku kenang.Tetapi apakah dayaku… keadaan telah mengubah seglanya. Dengan tiba-tiba saja, dengan sekelip mata saja aku gila pada kawanmu itu.

Sofia…
Aku harap kau menerima hakikat ini dengan hati yang tabah. Kau nak kata apa pun, katakanlah… namun hatiku tetap menggilai dia. Bukan aku tudak sayang atau bosan denganmu…tidak Sofia! Aku sayang dan senang dengan sikapmu yang lembut dan sentiasa padaku. Tetapi mungkin jodooh kita tak sampai ke puncaknya. Maafkanlah aku kerana pernah berjanji untuk setia padamu hingga ke akhir hayat, tetapi kini aku sendiri yang memungkirinya. Aku terpaksa Sofia! Aku terpaksa! Daripada aku berpura-pura mencintaimu pada waktu ini, lebih baik aku berterus-terang supaya lebih senang bagimu mencari penggantiku.

Sudahlag Sofia, fikiran aku sendiri naik bingung untuk menulis surat ini. Kau tidak perlu membalasnya kerana fikiranku dan hatiku hanya tertumpu pada dia dan tidak lagi pada mu. Maafkan aku Sofia…

Dariku,
RIZAL



“Binatang!” kemarahan memuncak. “Apa lagi kau yang kau nak? Lepas kau lukakan hatiku, kau hiris-hiris pula dengan cincin ini!” aku tak dapat menahan curahan air mata. Dan, dengan perasaan membengkak, ku cabut cincin di jari, lalu kulontarkan ia, sebagaimana aku bertekad saat ini untuk melontar perasaan rindu dan cinta terhadap Rizal.


Siapa lelaki itu? Handsome dan hebat lelaki yang memberi cincin padanya? Persoalan itu telah menjerut perasaan Zul sepanjang malam itu. Dia bingkas mundar-mandir ke seluruh inci bilik. Hatinya resah. Kalau diikutkan hati, ingin saja dia memecut keretanya ke rumah Sofia. Ingin dia bersemuka dengan Sofia dan bertanyakan siapa yang memberikan cincin itu. Tapi wajarkah? Patutkah dia melakukan perkara ini? Tidakkah nanti dirinya ditertawakan. Tidakkah dia dikatakan lelaki terhegeh-hegeh. Entah-entah sofia lansung tak mencintainya. Entah-entah bunga pemberiannya itu menjadi hiasan bakul sampah. Zul membuka tingkap. Bayu malam yang bersepoi-sepoi terasa menyerbu. Direnung bintang-bintang yang banyak di langit. Adakah Sofia ibarat bintang, sukar dan jauh untuk dicapai? Hatinya benar-benar tulus. Dia telah pun terpikat dengan kelembutan dan keayuan Sofia. Tambahan pula Sofia bukan saja cantik diluar, di dalam pun ketara indahnya.

Sofia bukan sebagai gadis kota yang giat berfoya-foya. Sofia tekun beribadat dan menurut kata Khalid dan Ridzuan, Sofia tu memang seorang gadis yang warak. Ah, inilah cirri-ciri isteri yang dicari sekian lama. Dia tak mahu lagi tersepit dalam kancah silam di mana kebanyakkan kekasihnya tak setia dan tidak berpekerti. Bukankah orang tua-tua sering berpesan agar mencari isteri yang soleh! Yang kenal kiblat dan telekung. Yang tau apa gunanya sejadah.
“Sofia!”
Zul mengetap bibir. Aku harus memilikimu..

disebabkan citer xsiap lagi..so kena tuggu am sambung lagi la...dah pening kepala..relax lu

am_leo
11-18-2009, 12:21 AM
Continue........

“Aku suka sangat kalau Sofia terima Zul!”
“Iyalah! Aku tengaok, Zul tu baik orangya!” Nina angguk.
“Dia tu eksekutif tau, untung kalau Sofia dapat dia! Lagipun, kata Duan, Zul tu pernah dikecewakan. Zul begitu setia tapi aweknya kahwin dengan orang alin.”
“Aku tau!” Nina senyum. “Ramai awek nak tackle dia, Duan cakap semua dia tak layan! Dia ingin mencari seorang gadis yang kuat agama dan mempunyai budi pekerti!”
“Aku rasa, Sofia gadis paling secocok, betul tak? Lgipun Sofia tu memang alim, mana pernah tinggal sembahyang!”
“Tapai aku takut dia aje yang tak sudi menerima Zul!”
“Iya tak ya juga! Ah… semua tu kita serahkan pada Allah kerana Dia yang mennetukan ajal maut dan jodoh!”

Kedua mereka pasrah..


Pantai Tanjung bidara tidaklah secantik PD atau Batu Feringgi. Tetapi pantai itu cukup selesa untuk melaraikan kekusutan. Aku sebenarnya tak berapa setuju untuk pergi, tapi atas desakan Liya dan Nina, aku mengalah. Aku semakin gelisah apabila Zul turut serta. Bukan apa, Cuma aku rasa tak senang duduk, semacam aje perasaanku itu. Sewaktu tiba, waktu Zuhur dah jauh. Kulihat Zul bergegas mencari tempat untuk bersolat. Aku kagum dengan lelaki itu, warak dan abik. Tapi, hairanya kenapa aku tak terpikat. Mungkin aku belum mengenali isi hatinya. Aku tau Zul sukakan aku! Aku juga tau melalui sinar renungannya. Mungkin aku juga sukakannya tapi aku malu campur takut. Malu kerana berdepan dengan lelaki kacak. Takur kerana selalunya lelaki kacak bersikap playboy. Aku tak mahu pisang berbuah dua kali selepas Rizal yang kucintai mengahwini Ida.

Di kejauhan aku melihat Zul sedang berbual dengan Ridzuan dan Khalid. Nina dan Liya mungkin sedang memesan makanan di gerai. Aku mempercepatkan langkah.
“Hei! Tolong aku!” Liya menjerit.
“Hah… korang lelaki ni tau nak makan aje ye! Mari… tolong angkut lauk ni!”
Khalid bingkas, tapi dia tak melangkah, cuma memusingkan tubuhnya ke kiri dan ke kanan. “Hah, lega berderup-derap!”
Aku katawa. Memang Khalid ni lucu orangnya. Semua orang ingatkan dia nak tolong Liya rupa-rupanya nak mengeliat. Khalid Cuma ketawa. Keriangan pasti menyerlah kalau adanya Khalid…

Ku duduk diatas sebatang kayu mati. Kurenung ombak putih yang berlarian di pantai. Buih-buih pantai menari-nari ikut irama ombak. Alangkah permai dan tenang. Di sisi Zul sedang mematahkan ranting kering. Semenjak tadi dia berbuat begitu. Aku sendiri tidak mampu mengeluarkan suara.
“Sofia …”
Aku tersentap. Eh… ada jugak suara akhirnya..
“ye..”
“aku ingin berterus terang-terang!” Aku menelan liur..
“Klau boleh aku nak kau juga berterus-terang!”
“Maksud kau?” “Aku ni tak pandai bersandiwara. Hari ni aku nak Tanya kau secara jujur!”
Hatiku dipalu. Dup dap, dup dap, dadaku bergetar. Apa agaknya yang ingin dintanyakan Zul?
“Kau dah ada teman istimewa?” aku menggeleng.
“habis tu … Siapa yang bagi kau cincin tu?”
Cincin! Eh dia ingat lagi. Aku ingatkan dia dah lupa!

aduhai....dah x boleh nak sambung....nnti pulak lah...fuhhh:(

zahra
11-18-2009, 09:50 AM
adeh..mule2 confuse gak..mane pulak dtgnye zul..igtkan am salah letak name..rupenye mmg dew 2 adam yg b'beza:)

am_leo
11-18-2009, 06:52 PM
continue....

“Er…sebenarnya..cincin itu cincin bekas kekasih aku! Sebenarnya aku sangkakan kau yang beri. Aku tak buka kotak itu kerana aku takut untuk menrimanya dari kau.”
“Kalaulah aku yang beri kau cincin itu, maknanya kau tak mahuterima?”
“bukan gitu!”
“habis tu?”
“Aku ragu-ragu Zul! Kau tahu kan, ramai lelaki yang tak jujur. Aku tak mahu pisang berbuah dau kali. Selepas cinta dan jiwa aku berikan, aku ditinggalkan. Aku derita, Zul! Mungkin kau tak dapat menyelami jiwa wanita seperti aku. Sebab itulah kaum lelaki macam kau mudah menodai janji…”
“Tapi bukan aku!”
Kulihat Zul agak tersentak. Adakah kata-kataku mengguris hatinya.
“Aku lelaki, Sofia! Tapi.. aku tak pernah noda janji. Malah aku begitu setia. Aku pun pernah bercinta sebelum ini. Malangnya, aku dikecewakan memungkiri janji dan mengahwini lelaki lain.” Aku tersentak. Kulihat wajah Zul begitu sayu. Oh.. maafkan aku. “Aku pun derita Sofia. Aku dapat rasa apa yang kau rasa. Sebab itulah aku ingin mendampingi kau. Aku harap aku dapat mengubat luka kau, dan kau dapat mengubat luka aku!”
Aku menelan liur.

“Nah! Kali ini… betul-betul daripada aku. Dan dengan nama Allah aku bersumpah.. aku ingin melamar kau menjadi isteriku yang sah. Ambillah… dan kalau boleh.. berikan jari kau itu.!”
Aku ternganga. Alangkah romantiknya. Zul masih memegang kotak kecil itu. Cincin yang sedang dipegangnya begitu cantik dan menawan.
“Tidak Zul….”
“kenapa Sofia? Kau tak percaya pada aku?”
“bukan begitu! Aku tak kenal kau lagi. Kita baru saja berkenalan. Berikan aku sedikit masa…”
“Jangan cakap macam tu! Aku terpikat dengan kau sejak kali pertama kita bersua. Aku akui kau memang cantik. Kau kulihat begitu ketimuran dan kau juga begitu beradab. Kau sendiri tak pernah tinggal sembahyang. Ciri-ciri beginilah yang aku cari untuk menjadi isteriku..

“Terimalah Sofia!..”
“Adakah kau benar-benar ikhlas dan jujur mencintai aku?”
“Ya… aku ikhlas mencintaimu. Bahkan kalau boleh, mala ini juga aku ingin menikahimu sebagai bukti kejujuranku?”
“Kau mencintai aku kerana apa?”
“hanya kerana itu?”
“Ohh.. tidak.. aku mencintaimu kerana Allah. Allah yang telah menggerakkan hatiku untuk jatuh cinta padamu.Selama ini aku telah memohon kepada Allah agar pintu hatiku ini hanya akan terbuka untuk mencintai perempuan yang solehah, yang bertakwa pada Allah.
Amboi pandai Zul memujuk perasaanku. Hatinya bagai seputih buih ombak yang menyimbah ke pasir pantai..
“Apakah yang kau cari dalam hidup ini?” Aku menguji isi hatinya..
“Aku mencari keredhaan Allah. Dunia ini hanya sementara untuk aku memungut seberapa banyak bekalan amal untuk akhirat yang lebih kekal. Apa yang ada padaku sekarang hanyalah pinjaman sementara dari Alalh.Semuanya milik-Nya,bukan milikku.Apa yang telah dipinjamkan-Nya padaku,akan aku gunakan sebaik mungkin untuk kebajikan ke jalan-Nya.” Zul tenang berkata-kata dan wajahnya berseri penuh hikmah. Petah sungguh hujahnya. Sangkaanku Zul sudah matang mengharungi hidup. Fikirannya amat mendalam dalam penghayatan islam. Tetapi itu hanya cakap-cakap sahaja. Aku belum lihat samada dia mempraktikkan atau tidak. Sebab dalam dunia ni memang ramai orang pandai berckap tetapi tidak mengamalkannya.ramai orang tahu tapi tidak buat. Tidak melaksanakannya. Sebab itu banyak rumah tangga dan kehidupan manusia yang kucar-kacir. Kalau diikutkan hati, memang aku mahu menerima lamarannya pada saat itu. Tetapi aku perlu mengujinya dahulu. Apakah dia benar-benar berpegang pada apa yang diucapkannya padaku???

“Assalamulaikumm..”
“waalaikumsalam..”
“Amacam? Sihat?”
“Biasa… alhamdulillah.”
“Aku tak boleh tidur malam tadi aku terus memohon kepada Allah bukakan hati kau untuk ku.”
“Zul.. cuba kau cari gadis lain yang lebih baik dari aku. Di Kelantan ramai gadis comel. Tentu mak pabak kau pun dah ada pilihan untuk kau,” aku memberanikan diri mencabarnya sebagai ujian.
“Apa yang kau cakap ni Sofia? Kau tahu aku hanya mencintai kau. Habis tu kau nak aku cari orang lain?
“Zul… aku ni anak orang miskin. Bapaku Cuma seorang nelayan, adik-beradikku ramai. Aku tak nak menyusahkan keluarga kau. Lagipun keluarga kau belum tentu sukakan aku. Entah-entah mereka dah sediakan calon menantu yang jauh lebih baik dari, bukan perempuan kampong macam aku ni,” petah sungguh aku berkata-kata. Aku sendiri pun macam tak percaya akan mengeluarkan kata-kata itu pada Zul. Kesian dia. Tentu dia tak percaya gadis lembut macam aku berani berkasar padanya.
“Apa yang kau cakap ni Sofia ? setan mana yang dah gangu kau?”
“bukan setan. Tapi aku rasa aku tak sepadan dengan kau,”
“Apa yang tak sepadannya? Kau bukan manusia ke?”
“Perempuan lain pun manusia jugak kahwinlah dengan perempuan lain, kau cuba balik kampong, agaknya tentu emak bapak kau tentu dah ada calon untuk kau.” Belum habis kata-kataku, gagang telah diletakkan. Aku panik. Adakah aku telah melukakan hati Zul.

Liya datang ke mejaku lepas makan tengah hari. Tentu Zul dah menceritakan segala-galanya pada Ridzuan. Liya cuba memujuk perasaanku.
“Tak baik kau cakap macam tu pada Zul. Hancur hatinya. Dia tak boleh buat kerja. Nak makan tengah hari pun dia tak ada selera. Duan cuba memujuknya, tapi dia mendiamkan diri. Kesian Zul. Kau tak kesian kat Zul ke Sofia?”
“kata Duan… Zul dah habis cinta kat kau. Kau pulak suruh dia cari gadis lain. Mana dia boleh buat macam tu?” Liya cuba melembutkan hatiku agar menerima Zul. Aku masih terus membisu. Sesekali aku tersenyum. Biarkan… aku nak tengok reaksi Zul. Apa dia nak buat? Sejauh mana kuatnya iman dia?
Ini baru dugaan kecil. Sedangkan aku menghadapi dugaan yang lebih pedih sewaktu Ida merampas Rizal daripadaku.

Esok paginya aku memberanikan diri untuk menelefon Zul. Tetapi tidak dapat dihubungi. Aku gelisah sepanjang hari itu. Takut sesuatu berlaku pada Zul. Bagaimana jika dia betul-betuk cari gadis lain? Ah.. tak apalah. Aku cuba kuatkan semangatku. Kalau dia cari yang lain bermakna dia tewas dengan ujian pertamaku.

Aku masih tak dapt mempercayai mataku. Seorang gadis cengkung berwajah lesu sedang menangis di depanku. Wajah yang satu ketika dulu ceria dan menggula sedang pilu berduka. Hatiku penuh dengan seribu tanda Tanya. “Maafkan aku Sofia, aku banyak berdosa pada kau!” Bicara lesu mengalir daripada bibir Ida. Aku pilu entah kenapa hatiku masih dapat menerima wanita yang telah merampas Rizal daripadaku!

“Ida! Aku dah lama memaafkan kau! Cuma aku harap kau dapat menjaga Rizal sebaik-baiknya!”
“Oh…” Ida meratap semakin kuat, air jernih mengalir deras dan segera dia melontar tubuhnya. Aku tergamam. Tiba-tiba saja Ida meluru danmemelukku. Air matanya yang hangat terasa di bahu. Esakannya semakin lama semakin terasa.

“Sofia!. Rizal…Sofia.”
“Kenapa dengan dia?”

“Entahlah Sofia, tapi sejak kebelakangan ini Rizal jatuh sakit!”
“Sakit?” “Sakit ape?”
“Aku tak pasti Sofia! Tapi… aku khuatir Rizal menghidap AIDS..”
“Apa?” Aku ternganga. “tak mungkin! Aku teruskan leraikan pelukkan Ida.


mcm biase..tnggu la smbunganye..hehe

zahra
11-19-2009, 09:08 AM
uikss..hehe..baru nak besh:)

am_leo
11-19-2009, 04:48 PM
hari ni x sempat la nak menaip..sorry ea sis zahra..kalau sempat am sambung..:(

zahra
11-20-2009, 10:20 AM
:)huhu..xpew am take ur time..if dah idea..post lagi yew..

am_leo
11-21-2009, 10:20 PM
ok ni sambungannya...

“Sungguh! Aku tak ada apa-apa keuntungan jika beritahu kau hal ini. Aku rissau Sofia! Aku… aku.. tak nak diriku ini dijangkiti AIDS..”
“Ah.. entah-entah kau yang membawa kumannya…”
“Sofia!... Sampai hati kau kata begitu. Memang aku ni liar, tapi aku tau diri aku bersih! Rizal yang…..”
“Kurang ajar!” Aku tak dapat menahan sabar. Aku tak percaya Rizal ada kuman HIV! Tak logic. Kalaulah Rizal menghidapi AIDS, pastinya ianya dari Ida.
“Sofia! Aku tak kan marah! Tapi… kau berilah aku kesempatan ini untuk memberi alas an yang logic! Kau sendiri pasti tahu tentang AIDS. Betul tak?” Aku masih membatu.
“Mana ada penyakit AIDS yang dapat yang dikesan sert-merta. Kalau kau tuduh aku punca AIDS, mesti aku lebih dulu merana. Ini tidak, Rizal yang sakit dulu. Lagipun, kesan AIDS memakan masa bertahun-tahun. Aku yakin Rizal dah lama dijangkiti HIV tapi baru kini mula Nampak kesannya!”

Aku tergamam! Kata-kata Ida memang ada logik. Jika benar Rizal menghidapi AIDS, ini bererti Rizal dijangkiti kuman itu bertahun-tahun sebelum ini.
“Rizal dimana sekarang?”
“Di wad!” Ida mula meratap. “ Dia semakin teruk, Sofia. Sebelum ini dia cuma demam-demam saja tapi semenjak itu penyakit lain datang bertimpa-timpa. Dan… tanda-tanda awal penyakit AIDS mula dikesan! Dah… aku takut Sofia! Tolonglah aku! Aku tak sanggup terima hakikat bahawa aku juga bakal membawa kuman tu!” Saat ini hatiku meronta. Ya Allah! Aku bersyukur ke atasmu, jika aku di tempat Ida, mungkin aku juga akan merana kerana AIDS . mungkin ini hikmah yang kau berikan di sebalik perpisahan itu.
“Pergilah Sofia, pergilah jumpa Rizal sebelum terlambat! Aku takut kau tak sempat…”
“Tidak!” Aku menutup mata dan di celah-celah kelopak mata, air jernih jatuh bertali-tali..


Aku terkejut mendengar perihal Rizal tapi masih belum dapat aku menerima kesahihannya. Aku masih ragu-ragu. Tak percaya Rizal sakit AIDS. Entah-entah sakit lain tak? Setahu aku Rizal tak pernah suntik dadah! Rizal juga bukan kaki rambang! Macam mana Rizal boleh menghidapi AIDS? Entah-entah Rizal pernah menjalani pembedahan tak? Ah, mungkin! Namun apa sahaja andaian aku masih tak dapat menerima kenyataan ini seratus peratus. Hatiku meronta-ronta ingin melawat Rizal di wad. Khabarnya dia sedang sakit tenat.
Ida kata, Rizal yang dulu sihat montel kini kurus kering macam rangka. Eh, betul ke? Entah-entah Ida saja tokok tambah,. Mungkin Rizal sekadar sakit tak makan sebab tu kurus!

Letih kepala aku memikirkannya, saat ini juga nostalgia silam hadir. Terkenang saat aku bersamanya. Sebenarnya saat itu semuanya indah berlaka. Maklumlah, di waktu bercinta, apa saja cantik dan ceria..
Tapi, saat ini Rizal dilanda saki. Khabarnya Rizal hanya menanti detik untuk dipanggil pulang ke rahmatullah. Bila-bila masa saja…
Kadangkala, terdetik juga rasa gembira di hatiku. Sekurang-kurangnya Rizal dan Ida menerima balasan dia atas perbuatan menyakitkan hatiku. Tapi, tidak! Perbuatan itu hanya dilakukan oleh orang munafik saja. Aku tak wajar ketawa di atas penderitaan orang walaupun mereka bergembira tatkala aku derita. Biarlah mereka gembira di waktu aku sedang menangis. Aku tak patut berpesta di kala Rizal berduka. Sekurang-kurangnya Rizal pernah berkongsi kasih denganku. Ya Allah tolong selamatkan Rizal.

Aku tak sanggup Rizal dihukum begitu sebegitu rupa. Rasanya tak setimpal dengan perbuatannya terhadap diriku. Kalau benar Tuhan membalas Rizal dengan hukuman itu hanya kerana kesalahan melukakan hatiku, aku rela sembah agar Allah sembuhkan saja penyakitnya kerana aku rela memafkannya. Tapi, yang nyata Rizal ditimpa sakit bukan kerana aku. Itu kehendak Allah. Allah berhak menentukannya. Dan, sebagai insan kerdil aku hanya mampu memohon keampunan Allah. Tidak!
“sudahlah Sofia! Lap air mata kau!”
Aku tersentak. Tak kusedari air jernih sudah mula jatuh.
“bersiaplah! Nanti kejap lagi Zul nak datang!”
“Tidak!!! Aku bingkas. Buat masa ni aku tak sanggup untuk menerima kunjungan. Kalau Zul datang, kata aku tak ada! Aku tak nak jumpa sesiapa pun, terutama lelaki!”


Aku kelu tak mampu berkata apa-apa. Aku seperti melihat rangka Rizal. Memang itulah yang terpapar di depan matau. Rizal senyum. Tapi apa yang kulihat amat mengerikan. Kulit Rizal bagai kulit anjing yang berkurap. Gigi-gigi Rizal bagaikan nak roboh dan senyuman Rizal amat hodoh sekali.
“k… kau datang juga ye…!” Rizal ketawa. “Tak sangka kau sudi..”

Aku tunduk. Aku tak sunggup berlama lagi di sini. Betul-betul aku rasa nak menangis. Ya Allah, aku macam tak percaya dengan apa yang aku tengok. Rizal tak ubah macam mayat. Hilang segala seri, hilang segala rupa. Aku dapat rasakan penderitaannya. Beginalah angkara penyakit yang bernama AIDS. Aduh, alangkah zalimnya.

“K..kau.. dah kahwin?” Rizal cuba untuk bersuara.
“Rizal! Kau jangan banyak bercakap! Bawa bertenang.” Rizal senyum.
“Kau dah makan?”
Rizal geleng.
“Belum?”
“Eh! Sudah!”
Aku tau Rizal berbohong.
“Kenapa tak makan”
“Dah! Sudah!”
“Jangan tipu aku! Kenapa tak makan?”
Mata Rizal sepi. Anak matanya dilarikan jauh-jauh. Dia tak mahu aku merenung anak matanya. Aku tau Rizal bukan tak nak makan tapi pastinya tak ada selera. Kulihat mata Rizal berkaca. Kutahu Rizal memendam rasa. Kalau lebih lama lagi aku di sini aku yakin Rizal pasti menangis.
“Aku pergi dulu ye! Aku kerja! Nanti bila senang aku datang lagi!”
“Datang lagi?” Rizal senyum.
“Aku takut aku dah tak ada dah..”

“Rizal!” Spontan aku mendakapnya. Entah kenapa hatiku jadi begitu. Ya Allah! Aku memeluk suami orang! Cepat-cepat aku leraikan pelukan.
“Kenapa? Kau jijik pada aku ye? Maklumlah, aku ni berpenyakit…”
“bukan begitu! Kau tu suami orang!”
Rizal terus tunduk. Wajahnya nyata terluka. Adakah aku menguris lagi hatinya?
“Maafkan aku Rizal! Aku tak bermaksud nak lukakan hati kau!”
Rizal geleng. “Taka pa! aku faham dan aku mengerti siapa kau! Aku juga masih macam dulu, mencintai kau sepenuh….”
“Sudahlah! Jangan diulang lagi perkara itu!”
“Sungguh! Demi Allah cinta aku tak pernah kurang…”
“Rizal! Aku tak mahu dengar lagi! Yang lepas biarlah lepas!”
“Kau tak mengerti Sofia! Dan kau takkan mengerti kenapa aku lakukan semua ini!”
Rizal senyum. “Biarlah Cuma tuhan saja yang mengerti apa yang aku lakukan!”
Aku merenung wajah Rizal. Aku cuba menyelami apa maksudnya. Apakah perkara sebenar yang cuba disembunyikan. Ah…, entah-entah itu semua muslihat untuk menarik simpati. Manusia memang macam tu. Apabila dah derita macam ni barulah memohon simpati.

Dulu masa tengah syok bercinta aku lansung tak dipedulikan. Penderitaan aku lansung tak diendahkan. Tapi, saat ini tak guna aku bertekak. Lagipun Rizal sedang menderita.
Kalau nak dibandingkan pun, teruk lagi penderitaanya. Sabarlah! Lagipun niat aku datang melawat ni bukannya nak bertekak. Aku cuma datang untuk melawat. Aku cuma ingin meringankan beban yang ditanggung Rizal.

“Aku tau kau menderita Sofia. Dan aku juga tau kau mesti ingat aku ni cuma menagih simpati. Biarlah! Biar apa pun yang ada di fikiran kau aku cuma ingin memberitahu kau bahawa aku amat mencintai kau!”

Tersentuh juga hatiku. “Baiklah Rizal! Terima kasih! Aku terima cinta kau tu, cinta seorang abang terhadap adiknya!”
Rizal senyum. “Ya… itu sudah cukup memadai. Sekurang-kurangnya aku mati dengan aman! Aku tau aku tak lagi berhutang dengan kau!”

Kali ini aku tewas. Aku tak dapat menahan air mata daripada gugur ke pipi.
“Sofia! Sofia! Kenapa kau menangis?”
Aku tak sanggup tunggu lagi, aku perlu pergi. Aku tak mau menangis lagi… maafkan aku Rizal kerana aku terpaksa pergi tanpa mengucapkan selamat tinggal…


“Apa hal Zul?” Ridzuan agak panic wajah Zul yang kelu.
“Sofia!”
“Kenapa dengan Sofia?” Ridzuan menentang anak mata Zul yang bening.
“kenapa dia benci sangat pada aku?”



hummm...nantikan sambungannya..

zahra
11-23-2009, 01:53 PM
hmm..cian la pulak pd rizal tu..adeh..

achik
11-25-2009, 12:00 PM
x sabar tunggu sambungannyer ni..sian jugak kat rizal tu..hmmm

am_leo
11-25-2009, 01:38 PM
sorry ea semua...am out station seminggu..bnyak kerja..nnti am sambung k... sabar separuh dari iman..hehe

zahra
11-25-2009, 04:13 PM
:)huhu..ok..take ur time am..

pop
01-11-2010, 12:58 PM
warghhhh...
tensen nyerrr...
3 cerpen aku bca rini,
sumer xde ending..
asik brsambung, brsambung, brsambung...
huhuhu

Eta_mas
01-12-2010, 12:25 PM
sweet sgt,,,,tp ak nk thu endiNgnye cpt,,,heheheheehe~~~~

zahra
01-14-2010, 09:27 AM
:)akhirnye dew hepi ending..hehe..pop coret sndiri kew cerpen ni?

pop
01-14-2010, 09:34 AM
:)akhirnye dew hepi ending..hehe..pop coret sndiri kew cerpen ni?

hah?? zahra,
ne am_leo yg wat la..
bkn aku..
zahra slh post ne..
ngeh3..

Eta_mas
01-14-2010, 11:56 AM
hehe,,,cerpen nie eta yg wt,,,<----cewah,,,tangkp muat nmpk eta nie,,

pop
01-14-2010, 12:00 PM
aikk..
adew org pasan la..
meh cne aku sdr kn...
boooommmmmmm....!!!

zahra
01-14-2010, 04:06 PM
adeh..t'silap post la..hehe..malu nye..:Dsowy yew..am bile nk continue cite ni(kaber malu)ahakss

pop
01-14-2010, 07:54 PM
kaber jgn x kaber zahra..
hehehhe xpe,
kmi kt cne wat2 x pasan..

zahra
01-15-2010, 08:47 AM
heheh..2 la pop..aduyaii..cerpen am ni ble plk nk continuenye..huhu

am_leo
01-18-2010, 06:08 PM
sorry sangat2 sekarg ni am buzy sangat... nk kena buat skrip drama lagi.. shooting lagi.. nnti ade masa am sambung..

samaratungga
01-18-2010, 06:19 PM
sorry sangat2 sekarg ni am buzy sangat... nk kena buat skrip drama lagi.. shooting lagi.. nnti ade masa am sambung..

wuii pelakon rupanyer..
haa jgn buhsan masuk kat sini yer..

am_leo
01-18-2010, 06:34 PM
xde lah...:)

zahra
01-19-2010, 10:54 AM
uikss..pelakon kew am ni..ahaks..glemerla ftc ni nanti..:Dskrip drama pew tu am?

Yattss
01-21-2010, 01:16 PM
:( lama lg ker nk kena tunggu cerpen ni bersambung....

ZanaJehan92
02-15-2010, 12:43 AM
Mana sambungannya...??huhu tgh syok bace nie...

am_leo
04-19-2010, 02:53 AM
i will continue this story.. when i free.. ok..

am_leo
08-02-2010, 12:19 PM
jeng jeng jeng.....


"aku rasa tak perlu lagi aku menanti cinta yang tak pasti, aku dah dah buat keputusan Ridzuan, aku nk pulang ke kampung dan aku tak mahu lagi kembali ke sini. aku nak kerjakan tanah pusaka yang dah lama ditinggallkan. Aku ingat mungkin bila aku berada di kampung mungking aku dapat melupakan Sofia. Mak aku mungkin boleh tolong carikan jodoh yang sesuai untuk aku"



bersambung lagi..

zahra
08-17-2010, 01:01 PM
uikss..cam nak xnk sambung jew..huhu..penantian tu satu penyeksaan..

am_leo
09-03-2010, 03:54 AM
sorry la skrg ni idea datang sikit2

am_leo
09-15-2010, 07:51 PM
jeng jeng jeng... inilah sambungannya...

Matahari pagi menggigit tubuh, menyegarkan sanubari dengan kehangatan suam-suam. Zul menghela nafas, menghayun cangkul tinggi ke udara. Kepalatanah berhemburanb setiap kali mata cangkulmerobek. Sesekali Zul mengelap dahi. Nafas letih mengdebgus-dengus.
Nun dikejauhan dia dapat melihat batas-batas yang mula berbaris. Dia tersenyum bangga. Itulah hasil yang didapatinya selama seminggu menbanting tulang empat kerat. “Rehat dulu Zul! Ni ada mak gorengkan ubi, sedap tau, makan panas-panas!” Gayah melaung dari pondok kecil di tepi parit. “eh mak! Bila mak sampai?” Zul sengih. “kau tu, sibuk sangat mencangkul!” Gayah menggeleng. “kalau iya pun, mari rehat dulu, jangan sangat bekerja! Kau tu bukan biasa sangat kerja kebun!”
Zul sengih. “inilah nak diusahakan mak! Tanah ayah ni banyak gunanya. Zul berjanji nak berbakti pada tanah ni, nanti dapat jugak imbuhannya!” Gayah geleng. Heran jugak dengan kepulangan Zul minggu lepas. Alih-alih Zul kata dia dah letak jawatan di kota. Katanya nak duduk kampong dan mengerjakan kebun. Heran! Dulu beriya-iya nak kerja di kota.
“Mak!”
Gayah menoleh, merenung wajah anaknya menanti butir kata.
“Mak carikan saya seorang, er… er..”
“Kau nak kawin?” Gayah senyum. Zul angguk. “Ye mak, rasanya… Zul dah sedia nak berumah tangga!”
“Dulu bila mak Tanya, kau kata kau nak cari sendiri!” Zul tunduk. Saat ini wajah Sofia terbayang. Memang betul, kalau diikutkan hati memang dia ingin cari sendiri. Lagipun, apa yang dihajati telah ditemui Cuma orang yang dipuja tak mahu menerima. Ah, apa nak buat.
“Kau sungguh-sungguh ke Zul? Kalau betul, memang niat mak nak jodohkan kau dengan Yati!” “Yati?” Zul merenung wajah Gayah. Yati! Haryati anak tuk siak. Lucu! Sanggup ke tuk siak tu menerima aku. Bukan ke aku ni anak muridnya yang selalu ponteng mengaji. “Huh, kalau kau dah senyum bermakna kau setujulah.. ye?” Zul senyum. Yati memang manis orangnya. Kulit putih dan kalau nak diikutkan memang layak jaadi ratu kampung ni. Ramai jugak la budak-budak kampung ni yang cuba pikat Yati.
“Tapi mak takkan Yati tu tak ada balak!” “Apa?, Teman lelaki?” “tak ada kot! Yang mak tau belum ada sesiapa pun yang masuk meminang!”
“Suka maklah! Kalau mak dah kenan, Zul ikut aje!” Gayah senyum meleret. “Mak pergi dulu ye… nanti adik-adik kau balik dari sekolah!”
Zul senyum. Saat ini matanya membayangkan Yati… tetapi seketika kemudian wajah Sofia menjelma.

am_leo
09-15-2010, 07:53 PM
“Aku tak bermaksud nak campur urusan kau sofia, tapi cubalah kau timbangkan cadangan aku itu!” Aku merenung Ridzuan. Ada sinar tulus di dalam anak mata lelaki itu. Dia memperkatakan tentang Zul. Dia juga mempersoalkan tentang kehampaan Zul dengan keputusannya untuk tak mahu menerima keputusan itu. Tetapi tahukah Ridzuan bahawaaku tak berniat menolak lamaran Zul. Malahan, aku juga dah mula terpikat dengan kesungguhan dan kejujuran yang ditunjukkan Zul. Cuma, aku hanya mahukan sedikit masa untuk memberikan kata putus.
“Zul dah berhenti kerja! Zul benar-benar kecewa!” Aku tersentap. Kurenung anak mata Ridzuan. Berhenti kerja? Gila ke budak tu! Macam budak kecil! Takkan secetek itu fikiran Zul. Aku kira, lelaki seperti Zul tu punyai hati yang kekal. Takkan disebabkan lamaran ditolak dia sanggup membuat keputusan bodoh dengan berhenti kerja.
“terimalah dia Sofia”
“Duan, jangan terlalu mendesak. Bukan aku tak sukakan Zul! Tapi masa tak mengizinkan saat ini. Kau bukan tak tau, aku terlalu perit menderita sebelum ini. Lagipun Rizal tu tunngu menanti masa saja lagi. Berilah aku peluang untuk menggembirakannya”
“jadi kau masih ada hati terhadap Rizal selepas dia melukakan hati kau!”
“bukan begitu! Sebagai manusia memang aku marah pada Rizal kerana memperdaya aku, tapi duan, sebagai manusia juga aku masih ada rasa simpati untuknnya apatah lagi hayatnya takklah sepanjang mana!”
“simpati ke, cinta?”
“kedua-duanya! Tapi tak bermakna aku ingin kembali dan mengahwaninya. Kau gila! Rizal tu suami orang! Aku cuma ingin menggembirakannya di saat akhir ni!”
“Entahlah!” Ridzuan menjungkit bahu dan menghela nafas. Kalau dia bsendiri berada di dalam kasut si Zul, dia juga akan buntu.
“kau beritahu Zul aku bukan bermaksud membuang dia, aku Cuma ingin bersendiri saat ini! Aku masih tak bersedia menerima sesiapa. Lagipun…” Aku sebak. Saat ini kelopak mataku ditolak-tolak dan akhirnya aku tak dapat menghalang air jernih itu.
“kenapa Sofia?”
“Aku pergi ke wad tempat Rizal, dia, dia dah tak ada!”
“innalillahi….”
“bukan itu, tapi dia dah keluar wad! Dia larikan diri! Dia mungkin kembali ke kampungnya!”
“di mana?”
“Aku tak tahu! Kalau boleh aku nk sangat jumpa dia buat kali terakhir. Aku jumpa ida, aku tanyakan ida dan ida sendiri pun tak pasti..”
“Entah-entah ida dusta tak?”
“Itu aku tak tahu!” aku semakin galak menangis. “Fahamilah hati aku ini!”
Ridzuan angguk dan perlahan-lahan dia menepuk bahuku. “sabarlah Sofia, aku mengerti dan aku cuba menghubungi Zul!”
“Dia di mana?”
“Rasa-rasanya dia berada di kampung.”
“Kirim salam dan katakana padanya kalau ada jodoh tak kemana!” Ridzuan melepaskan nafas bening…

am_leo
09-15-2010, 07:54 PM
Kalau diikutkan hati, Ida ingin saja meneguk racun agar penderitaan mentalnya tamat. Dia khuatir dirinya dijangkiti AIDS. Apabila demam saja, mentalnya mula terganggu kerana kata orang, walaupun demam ringan boleh menyebabkan kematian kerana daya tahan telah tiada lagi dibaham kuman-kuman AIDS. Ida semakin membenci Rizal, dia sendiri tak tahu kemana Rizal. Baru-baru ini Sofia pun ada tanya dimana Rizal, dan dia tak mahu masuk campur.
Walupun Rizal itu suaminya yang sah, tapi apakah ertinya kerana lelaki itu telah memusnahkan masa masa depannya.
Binatang! Kan elok kalau Sofia yang menjadi mangsa. Tapi itu salahnya kenapa dia merampas Rizal daripada Sofia. Aku takkan maafkan kau Rizal! Saat ini kekesalan silam tak wujud lagi. Yang ada hanyalah dendamnnya terhadap Rizal dan Sofias….

am_leo
09-15-2010, 07:54 PM
Zul baring bersilang di pondok tepi parit.Bayu petang yang damai berhembus permai.Hatinya berdetik riang melihat anak-anak pucuk yang mula terbit dari tanah yang di usahakannya.Walaupun penat hatinya tenang.
Tak lama lagi mak tak payah beli sawi ,tak payah beli kangkung , kobis ,hah, segala-galanya petik saja di kebun.
Zul senyum!
Biarlah tubuhnya hangus dibakar asalkan hati nya dingin dan tenang!
Zul bingkas.Tangannya mencapai cawan dan kole berisi teh-O suam dituangnya.Dengan hati permai dia menghirupnya.Lempeng pisang yang masih hangat diratah perlahan-lahan.Sedap betul pizza kampung buatan ibunya.Zul senyum.
Hatinya berbunga mekar.Dia tabah menghadapi realiti kehilangan Sofia.Dia berserah ke hadrat Ilahi.Lagipun ibunya sedang dalam proses memancing Yati.
Biarlah jodohnya diuruskan ibu.Bagus jugak calon isteri ditetapkan ibu.Lebih berkat.Biarlah orang nk kata apa walaupun cara begini boleh dianggap ketinggalan zaman.Bukankah zaman sekarang ni nak kawin cari sendiri?Zul senyum.Kelakar!Dirinya nak kahwin mak carikan calon!
Zul ketawa kecil.


Gayah berdebar-debar.Kata-kata Yati menyentap sanubari.Apabila diluahkan hasrat murninya tentang Zul,hatinya penuh mengharap.
Tetapi………..
“Eh…iya ke Mak Gayah! Tak sangka! Tapi….ala bukan Yati tak sudi Mak Gayah,Yati sendiri dah ada pilihan!”
Gayah ingat kata-kata itu.Dia tanyakan Yati siapa lelaki itu.
“takkan mak Gayah tak kenal, Hisham, ala….Hisham,doktor di klinik desaa kita!”
Gayah terkedu.Siapa tak kenal Hisham, doktor muda yang bertugas di klinik kerajaan kampung ini.Orangnya memang baik hati.Walaupun Hisham tu tak lawa mana tapi baik hati dan berbudi pekerti.Gayah sendiri berkenan.Kalaulah dia ada anak perempuan memang mahu dijodohkan dengan doktor muda itu.
“Mak Gayah jangan ambil hati ye! Ala…lagipun Zul tu kacak ,kelulusan tinggi…mesti ramai gadis-gadis kota yang sudi mengahwininya.Lagipun….takkan Zul tak ada calon di kota sana tu!”
Gayah ingat lagi kata-kata itu. Mujur Gayah sempat menjawab mengatakan dia yang pandai-pandai merisik kerana berkenankan Yati.
“Bukan Zul yang tanya Yati.Mak Gayah aje yang kenan dengan Yati.Zul pun tak tahu Mak Gayah risik tentang Yati ni.”
“Eloklah tu!Jangan bagi tau Zul! Malu Yati,lagipun Yati dah ada pilihan! Kalau tak ada aral, awal bulan depan pihak lelaki nak hantar rombongan merisik!”
Gayah terkedu tak tau bagaimana nak keluarkan kata apa pada Zul….

am_leo
09-15-2010, 07:55 PM
“Kau betul-betul jadi tukang kebun!” Ridzuan ternganga melihat pucuk-pucuk sayur yang telah pun menghijau di atas batas.
“Berbudi pada tanah ni lebih baik daripada berbudi pada cinta!”
“Eh, tak delah! Kau kan kan tengok aku tengah senyum ni? Aku okeylah, beb!
Malah, aku rasa lebih riang dan tenang di sini! Damai! Tak ada traffic jammed!”
Ridzuan senyum. “Aku dah jumpa Sofia…”
Zul angguk, tak minat sangat nak dengar. Dia dah pun memutuskan untuk melamar Yati, so….buat apa lagi nak mengharap pada Sofia.
“Aku rasa dia tak salah, Zul! Dia di dalam dilema!”
Zul angguk.
“Kau pun tahu kan, bekas kekasihnya menghidap AIDS!”
“So!” Naik bulu roma Zul. Manalah tahu,kalau lah kuman AIDS tu dah menular ke dalam tubuh Sofia! No! Yelah,mana tahu kalau-kalau Sofia dan bekas kekasihnya pernah terlanjur sebelum ni! Ulps! Tak baik fitnah!
“Sofia pesan agar kau bersabar! Beri dia sedikit masa! Kata Sofia… kalau jodoh tak ke mana!”
Zul senyum. Dah terlewat. Sebenarnya memang antara dia dan Sofia dah tak ada jodoh. Saat ini dia dah tetapkan hatinya untuk menerima Yati. Sorrylah!
Hoi! Kau ni tak komen apa- apa, kau kecewa ye! Relaxlah… aku rasa kau gerenti dapat memenangi hati Sofia. Cuma sabar sedikit masa lagi!”
Zul senyap. Sedikit masa lagi? Gila! Tak lama lagi aku sendiri nak bernikah!
“Hey,kau ni macam patung aje! Patutnya kau gembira! Aku datang ni khas untuk bagi tau kau tentang hal ni!”
Zul mendengus. Entahlah! Saat ni dia rasakan hatinya telah bulat untuk menolak Sofia. Lagipun ibunya dah merisik. Semalam ditanyakan pada ibu tapi ibu jawab dia belum sedia lagi nak tanya. Nantilah!
“Tengoklah Duan! Aku fikirkan dulu masak-masak! Lagipun…Sofia sendiri belum sedia,biarlah dia tenang-tenang dulu! Lain kali kita cerita lagi tentang hal ni!”
“okey!” Ridzuan sengih. “Dan satu hal lagi!”
“Apa?”
“Bulan depan aku comfirm untuk mengakhiri zaman bujang aku!”
“Iya!” Zul ketawa terbahak-bahak. “Dengan siapa?”
“Siapa lagi..mestilah kawan si Sofia tu….”
Zul ketawa. “Baguslah tu! Aku rasa…menjelang hari kau bersanding tu… sayur-sayur aku pun dah cukup besar, hah bolehlah aku supply kau! Hadiah kahwin!”
Mereka ketawa sama-sama!

am_leo
09-15-2010, 07:56 PM
Aku kelu tanpa kata. Dugaan Tuhan terhadapku semakin hebat. Aku baru saja pulang dari wad dan Rizal tak lagi ada di sana. Bergegas aku ke rumah Ida, tujuan nak jumpa Rizal di samping melawat Ida. Apa yang aku terima amat memeranjatkan. Aku dilontarkan dengan kata-kata nista. Aku dituduh dengan pelbagai tohmahan. Heran!
Kenapa Ida begitu sekali. Sanggup Ida menyatakan aku ni binatang. Dikatanya akulah punca segala kehancuran. Ida juga kata aku telah menjahanamkan kebahagiaan masa depannya.
Apabila ditanya tentang Rizal, bertambah-tambah lumayan maki hamunnya terhadapku. Aku dituduh sengaja membiarkan Rizal mengahwininya kerana mahukan kuman-kuman AIDS tu meresap ke dalam tubuhnya dan menghancur hidup.
Demi Allah! Aku sendiri tak tahu Rizal ada AIDS. Malah, kalaulah Ida tak merampas Rizal, memang akulah pewaris kuman-kuman itu kerana aku isteri Rizal.
Allah Maha Besar, sebab itulah jodoh aku dan Rizal tiada. Allah memang ingin mnyelamatkan aku daripada neraka dunia itu. Syukur Alhamdulillah. Barulah saat ini aku mengerti hikmah Allah. Memang sengaja Allah aturkan pelan hidup ini. Tuhan tak mahu aku dijangkiti AIDS, kerana itulah jodohku tiada. Inilah hikmah yang Allah turunkan daripada kekecewaan aku itu.
Alhamdulillah!
Tetapi, yang malangnya, Ida menjadi mangsa. Mungkin itu balasan Tuhan terhadap kemungkaran yang telah ida lakukan di dunia ini…
Saat ini air mataku jatuh. Sungguh Tuhan, hatiku amat sebak sekali. Aku bagaikan melihat wajah pucat Rizal yang bening. Aku bgaikan mengusap pipi dingin Rizal yang tak lagi dapat melihat dunia ini. Aku bagaikan berdepan dengan jasad yang telah tiada! Tidak! Rizal belum mati. Rizal masih hidup. Dia sedang beransur pulih. Penyakit dihadapinya bukan AIDS. Bukan! Bukan!
Aku kelu keletihan. Aku terdampar dia atas tilam sendirian. Saat ini aku amat terhimpit. Kenapa cabaran dan dugaan ini terjadi ke atasku? Allah benar-benar menguji kewibawaan aku.
Terbayang pula wajah Zul yang sepi. Lelaki itu juga pasti kecewa dengan sikap dinginku. Tapi, apakah daya kerana aku tak mampu menerima kehadiran lelaki saat ini. Takkan aku nk paksa diriku mencintai dan mengahwini Zul atas dasar kasihan. Tidak! Aku tak mahu berpura-pura. Aku tak mahu perkahwinanku Cuma sementara. Tidak! Aku rasa lebih baik aku pulangkan semula cincin Zul ini!
Aku pejam mata dan saat ini air jernih berduyun-duyun jatuh…

am_leo
09-15-2010, 07:57 PM
Gayah amat bening melihat anaknya yang begitu tekun membanting tulang empat kerat. Saat ini dia tak sampai hati menyampaikan berita itu.
Bagaimana harus dilakukan? Dia tak sanggup melihat melihat Zul kecewa apabila mendapat tahu Yati menolak lamaran itu kerana gadis itu sudah ada pilihan hati. Gayah melepas nafas pilu. Matahari petang nan rembang masih gagah di puncak langit, Zul pula masih gagah di bumi permai menghayun cangkul berbudi pada tanah keringat yang terbit bagai butir permata, jatuh ke bumi bagaikan siraman baja.
Gayah sebak. Jiwanya meronta melihat anaknya bersungguh-sungguh membanting tulang. Bagaimana nanti penerimaan Zul tentang Yati? Adakah anaknya itu akan kecewa? Bagaimana harus dia menerangkan perkara sebenar? Dia tak sampai hati melihat Zul kecewa!
“mak!”
Gayah tersentak.
“kenapa mak berdiri tengah panas tu!” Zul ketawa. “Duduklah kat pondok tu!”
Gayah kelu.
“Zul nak habiskan sikit aje ni! Habis aje nanti… Zul rehatlah! Jangan risau, Zul bukannya menyeksa dirii!” Zul ketawa.
Gayah sebak. Dia tahu kenapa Zul bergurau begitu kerana dia selalu berleter melihat anaknya bekerja teruk sangat. Malah, dia sering menasihatkkan Zul agar jangan kerja terlalu keras demi kesihatan.
“Mak duduklah kat pondok, kan panas tu!” Zul melaung lagi.
Gayah tersentak lagi. “Tak pelah Zul, mak balik dulu! Nak sembahyang asar! Kau jangan lupa solat!”
“Baik mak!” Gayah beredar pilu..
Gayah baru saja habis solat maghrib. Air wuduk pun masih ada di celah-celah anak rmbut . nasi panas dan ikan masin bakar menjadi sajian makan. Ulam pegaga dihias sambal belacan menjadi perencah selera. Zul masih berwirid di dalam bilik. Sebentar lagi bolehlah makan bersama-sama. Hati Gayah berdebar-debar malam ini. Dia memikirkan cara yang paling sesuai untuk mengkhabarkan tentang Yati tu.
Apakah reaksi Zul nanti. Dia dah bertekad untuk berterus terang. Apalah guna bertangguh-tangguh. Biarlah. Akan dicari gadis lain sebagai pengganti. Si Maimunah, anak bekas guru kampung seberang pun boleh tahan jugak cantik dan pekertinya. Kalau Zul tak kenan, si Rohaya pun ada. Ah ramai lagi pilihan. Gayah sengih.
“Hai mak, sengih aje… ada apa-apa ke?” Zul dah pun terpacul.
Gayah tersentak. “Eh, bila pulak kau muncul ni?”
“Mak tu yang sedang berangan-angan, sampai anak sendiri pun tak perasan. Berangan-angan tentang calon menantu ke?”
Gayah tergamam. Ditelannya liur. Wajahnya keruh. Mesti Zul menaruh harapan tinngi, bagaimana? Apa nak dicakap sekarang? “mehlah makan dulu, lagipun ada hal mak nak bincang!”
“jomlah, Zul pun dah lapar ni! Hm.. berasapnya nasik..” mata Zul ceria dan seleranya membakar..
“Susahllah mak! Zul dah rasa malas basuh pinggan cam ni! Seronok kalau ada suri tolong segala-galanya. Mak pun tak payah lagi masak, basuh pinggan dan sebagainya!” mata Gayah bening . “Zul… letak pinggan tu dulu, biar mak basuh!”
“takpelah mak, biar Zulbuat. Sementara bujang ni biarlah Zul basuh. Tak lama lagi.. tak adalah Zul nak buat kerja ni!” dia ketawa..
Gayah tarik nafas . dia duduk menung di serambi. Tak lama kemudian, Zul muncul di depan.
“zul… kau betul-betuk ke nak kahwin?”
“eh betullah! Rasa tak sabar dah ni!”
“Kau betul-betul sukakan Yati?”
“hmm… suka! Lagipun Yati tu memang lawa budaknya. Saya kenan jugak! Dah mak pun berkenan. Saya suka sangatlah!”
Gayah tunduk. Ya Allah, apa aku nak cakap ni?
“Zul… mak rasa.. biarlah mak berterus terang!” Gayah telan liur..
“Kenapa mak?” mata Zul redup dan sepi. Tiba-tiba saja hatinya berdebar-debar. Apa dah jadi? Kenapa mak tiba-tiba suram!
“Yati!”
“Err.. lupankanlah dia Zul, dia dah ada pilihan!” Gayah paksa bibirnya senyum..
“Tapi mak ada calon lain”
“tak apalah mak! Tak payah susah-susah! Zul rasa , Zul pun nak bujang dululah! Lagipun kebun tu perlukan tumpuan. Kalau zul dah kahwin nanti, leceh! Buat masa ni, Zul nak tangguh dululah!” Zul senyum.
“Tapi Zul… ..”
“Tak kisah! Zul Cuma acah aje nak kahwin. Tak harap sangat! Kalau ada jodoh boleh, tapi dah macam ni elok sangatlah! Lagipun Zul dah jatuh cinta …”
“Dengan siapa?”
“Dengan kebun sayur Zul tulah!” Zulbingkas. “Tak apalah mak! Zul nak sembahyang isyak! Waktu dah jatuh dah!”
Mata Gayah sepi mengiringi langkah Zul….

am_leo
09-15-2010, 07:58 PM
Zul tak percaya dia mampu mengalirkan air mata apabila mendengar khabar yang dibawa ibunya. Kali ini dia benar-benar terpukul. Berharap pada Sofia, hmm…, tak ubah bagai menanti bintang di langit gugur. Memberi sepenuh harapan kepada ibunya, ah, sama jugak, yelah, walaupun itu semua bukan salah ibunya, tapi yang nyata dia masih gagal di dalam mencari suri rumah tangga.
Dan, pagi ini, dia bertekad untuk mencintai bumi. Setidak-tidaknya dia ada juga sesuatu untuk dihambakan. Lagipun, permohonan pinjamannya telah pun diluluskan. Bolehlah dia membeli lori pengankutan. Bolehlah jugak dia memperluaskan aktiviti kebunnya untuk dijadikan seratus peratus komersil. Kalau tiada aral, bolehlah dia mencari bebrapa pekerja lain untuk membantu. Tanah pun masih luas belum diusahakan.
Zul senyum. Dia gembira.
Tapi hakikat yang sebenarnya, dia tak gembira. Moodnya tumpul hari ini. Dia tak dapat member tumpuan. Kerjanya terjejas. Belum pun sampai Sembilan pagi, hatinya dah tawar. Cangkul dilontar di atas batas. Kakinya melangkah longlai ke pondok kecil. Tubuh yang letih ditambah pula dengan kelesuan selepas mendengar berita Yati dah ada teman membuatkan Zul cepat terlantar.
Matanya merenung atap zink yang dah bocor dan berkarat-karat. Bahang mula terasa, meresap ke dalam sanubari. Kalau dulu, hati tengah ceria, berjemur bawah mentari terik pun tak rasa. Tapi saat ini, di kala hati berduka, bahang mentari pun terasa membakar. Beginilah dugaan Tuhan. Saat ini Zul benar-benar merasa akan kelukaan itu. Ingatkan dengan melarikan diri ke kampung dapatlah menyelesaikan masalah, tapi rupa-rupanya sangkaan itu meleset.
Di kampung pun terkena sekali lagi. Aduh, malang sungguh! Rasa-rasanya inilah kali terakhir dia ingin membabitkan diri dengan cinta!
Zul memejam mata dan dia tahu hatinya sedang menangis…. Alangkah indahnya kalau ada Sofia…
“Assalamualaikum!” Suara itu begitu syahdu.
Zul pejam mata.
“Kau marahkan aku ye?”
Kenapa aku perlu marahkan kau Sofia ! segala-galanya di tangan kau!
“Aku tahu aku tak patut buat kau tertunggu-tunggu Zul! Aku sedar selama ini aku telah melukan hati kau!”
Tak apa! Aku maafkan. Saat ini aku rela sendirian, aku dah cukup sabar menantu dan bila kau menolak lamaranku, aku rasa aku dah cukup tabah menghadapinya.
“Zul, kenapa kau perlu pejamkan mata mata! Bukalah! Bukankah aku ada di depan kau sekarang ni. Aku ada bawa berita gembira! Aku… aku terima lamaran kau! Lihatlah Zul, aku sudah pun pakai memakai cincin kau tu!”
Gila! Zul sengih.
“hei! Bukak mata tu…..”
“Adoii!” Zul bingkas dan dia rasa amat terkejut. Apabila mata dibuka, Sofia datang berdiri di muka pintu pondok kecil itu.
“So… Sofia!” Zul ternganga.
“Kenapa?” Sofia senyum manis. “Kau tak percaya aku sedang berada di depan kau?”
Zul masih ternganga.
“Kau sudi tak?” Sofia senyum cantik.
“maksud kau?”
“sudi tak kau sunting aku dan jadikan aku permaisuri di dalam hidup kau tu!”
Zul tergamam.
“Apa lagi Zul! Kalau kau tak mahu, ramai lagi kawan-kawan aku yang lain sedia mengganti!”
Ridzuan muncul di sisi.
“Duan!” Zul menggeleng. “Heran, macam mana aka tak sedar korang datang!”
“kau tulah, bukan main kusyuk berkyayal. Geli hati aku tgok mulut kau terkumat-kamit. Kau mengigau ye?” Zul tunduk malu.
“Hei Zul, kau tak jawab lagi pertnyaan aku!” Sofia mendengus. “sudi ke tak sudi?”
“Yahoo!” Zul bingkas dan terus melompat. Dan tanpa ditahan dia terus merangkul Sofia.
Saat ini Sofia rasa ingin mengalirkan air mata. Syukur, nasib baik Zul masih sudi menerimanya…
“Hei Sofia! Kenapa kau menangis? Patutnya kau gembira kerana aku telah pun melamar kau!” Jari Zul perlahan-lahan menyentuh pipi Sofia yang gebu. “keringkan air mata ini!”
Ridzuan senyum terharu melihat gelagat mereka itu.
Sofia mengetap bibir, Buat pertama kalinya, dia menyapu air mata cinta yang meleleh ke pipiku. Dan buat pertama kalinya, aku terpandang air mata cinta bergenang dalam sinar matanya yang penuh harapan…..
THE END

am_leo
09-24-2010, 02:00 AM
so tammat la cerita harap-harap korang semua happy dengan ending cerita ni

am_leo
12-08-2010, 12:47 AM
nak story lagi tak?