PDA

View Full Version : Cara Si Dia Menguji Kamu



Nurul
05-22-2008, 10:55 AM
OOOOPPPPPSSSS!!!!!

Demi menguji sejauh mana kesetiaan yang diberikan, si dia sanggup melakukan apa saja demi mempertahankan ketulusan cinta yang dibina.

ALAHAI lelaki, walaupun sudah berkali-kali si dia mengucapkan perkataan cinta, namun masih tidak cukup untuk membuktikan kesetiaan terhadap mereka.

Seandainya si dia memiliki kriteria yang diimpikan, tetapi bagi sesetengah jejaka itu bukanlah faktor yang membuatkan dia memilih kamu. Pelbagai cara dilakukan demi menguji kesetiaan yang dibina.

Tidak dinafikan, mereka mempunyai keistimewaan dan kelebihan tersendiri dalam mengenalpasti kesetiaan yang diberikan, sepanjang menjalinkan hubungan bersama teman wanitanya.

Yang pasti, dia akan cuba melakukan pelbagai cara dalam menentukan sama ada anda layak ataupun tidak bertakhta di hatinya.

Adakah si dia materialistik? Sering menjadi persoalan kebanyakan kaum lelaki. Untuk mengetahui sejauh mana tahap materialistik anda, mereka akan menguji dengan cara ini:

Memberi hadiah murah

Reaksi kamu: Sering bertanyakan soal harga, jenama, di mana membelinya dan tidak mahu sesekali menyimpan barang tersebut. Kamu gagal.

Reaksi kamu: Gembira dengan pemberian yang amat bermakna dan terus memakainya. Kamu lulus.

Mengajak menikmati hidangan yang murah

Reaksi kamu: Menolak ajakannya, tidak mahu menikmati hidangan yang disediakan dan menunjukkan rasa marah. Anda gagal.

Reaksi kamu: Tidak keberatan menunaikan permintaannya dan menikmati hidangan dengan penuh selera. Anda lulus.

* Perkara yang melemahkan perasaan wanita apabila diuji tahap cemburu. Sesetengah golongan lelaki sentiasa ingin mengetahui sejauh mana perasaan cemburu kekasihnya. Sama ada berat mahupun tidak, dia akan menguji dengan cara ini:

Mengenalkan kepada kamu bekas teman wanitanya.

Reaksi kamu: Mula mempamerkan wajah yang muram dan sering menanyakan tentang hal berkaitan keperibadian perempuan itu sebaik sahaja diperkenalkan. Anda gagal.

Reaksi kamu: Sentiasa menghulurkan senyuman bahkan memuji perempuan itu di hadapannya. Anda lulus.

Menelefon wanita lain di hadapan kamu

Reaksi kamu: Marah dan mengatakan bahawa kamu tidak suka dia menelefon perempuan lain. Anda gagal.

Reaksi kamu: Bersikap tenang seolah-olah hal itu bukan suatu masalah yang besar. Anda lulus.

Hubungan bekas teman lelaki. Rasa ingin tahu sejauh mana hubungan kamu dengan bekas teman lelaki adalah cara dia mengetahui sejauh mana cinta kamu terhadapnya. Ia akan menguji dengan cara ini:

Bertanyakan khabar bekas teman lelaki

Reaksi kamu: “Oh, dia semakin sihat, kami baru saja berjumpa pada minggu lepas”. Anda gagal.

Reaksi kamu: “Kenapa saya perlu mengetahui tentang khabar si dia, sedangkan hati saya telah dimiliki”. Anda lulus.

Adakah kamu masih menjalinkan hubungan dengannya?

Reaksi kamu: Marah sambil mengutuk keburukan bekas kekasih. Anda gagal.

Reaksi kamu: “Kami masih berkawan, tetapi tidak serapat seperti dahulu”. Anda lulus.

Mengukur tahap kesetiaan. Demi menginginkan kejujuran dan kesetiaan daripada insan yang paling disayangi, si dia akan menguji kesetiaan kamu dengan cara berikut:

Pergi melancong

Reaksi kamu: Tidak pernah menghubungi si dia atau tidak pernah bertanyakan tentang dirinya dan lebih memberi keutamaan kepada teman-teman lain. Anda gagal.

Reaksi kamu: Menghubungi si dia setiap masa dan saling mengotakan janji. Anda lulus.

Meminta bantuan temannya untuk menggoda kamu

Reaksi kamu: Menerima pujukan temannya dan keluar makan bersama. Anda gagal.

Reaksi kamu: Menolak godaan temannya dan mengatakan kamu tidak tertarik dengan pujuk rayu itu. Anda lulus.

Sumber: www.kompas.com

casper
04-07-2009, 03:49 PM
laki ni mmg suke sgt uji pmpuan....ingt uji kaji kat mkmal ke ap......
hehehe

BEE
04-07-2009, 04:11 PM
ahahhahaha..jawapan bee tok semua ujian di atas mestila semua yg baik2...yang lulus2 ajer.......tp semuanya bermuka2 ajer...ahahaaha.....bukan ikhlas pn....aiyak....

casper
04-07-2009, 04:15 PM
oi bee...xbaek tau.....hehehe..
tp mmg btol pn....diowg ingt kte xtau ke.....
http://www.laymark.com/i/m/m131.gif (http://www.laymark.com)

BEE
04-07-2009, 04:18 PM
hahahaha..tau xpe...mana d org yg leh tima je semuanya....mesti d gak muka2 ni...aiyak...
http://www.laymark.com/i/m/m066.gif (http://www.laymark.com)

Hasnizah
04-07-2009, 04:26 PM
Adakah si dia materialistik? Sering menjadi persoalan kebanyakan kaum lelaki. Untuk mengetahui sejauh mana tahap materialistik anda

selalu abg cakap camni kat has kalo satu hari nanti abg xde wit has tetap dengan abg x?selalu girl nie nk laki yg berduit jer...has xsuka abg tanya benda nie sebab has terima abg seadanya..susah senang kita sama2..

Memberi hadiah murah
Has xkisah berapa harga hadiah tue bila abg bagi hadiah has rase cukup dihargai...macam2 la yg has dah dapat tp yg paling best has dapat hp n komputer dengan kristal bebola macam ada salji turun cute sangat dari dulu has nk masa tgok drama korea..heh...kalo nk cakap hadiah lain banyak yg abg bg bear..tudung...kasut..ikan macam2 g la..xkisah bape harga dia has hargai ape yg abg pernah bg kat has...semua masih has simpan..siapa x gembira dapat hadiah dari yg tersayangkan...

Mengajak menikmati hidangan yang murah
Kalo has makan kat maple pun xpe..has faham kalo abg xde duit has xkisah sangat..kadang2 kalo nk jimat..has p mandi air terjun dengan abg has masak dulu kat rumah..mana tahu air tangan has nie dia kan ingat sampai bila2...

Mengenalkan kepada kamu bekas teman wanitanya.
Nie xpernah lagi la kalo dia bawa jumpa has kalo boleh xnk jumpa lagipun benda dah lepas biarlah lepas..biar jadi sejarah silam dalam hidup dia..has xde hak nk campur..tue yg lepas kalo yg sekarang nie..memang patut has campur dan ambil tahu...

Menelefon wanita lain di hadapan kamu
huhuhuuu..dia xkol pun tp girl tue yg kol time kami dating..has mula la muka mencebik tapi jap jer hati sape yg xterasakan..has tegur abg dengan manja cakap ngn dia sekarang abg date dengan has..jaga la hati has bang.lagipun has pun xde sibuk2 orang kol..mujur abg faham...tapi kena cakap manja2 la..laki nie kalo kita cakap terus camtu bukan dia nk dengar sangat dia lagi serabut dengar kita membebel..baik kita cakap dengan penuh kasih sayang manja2 skit....
"ucuk ayg xsuka la macamnie..ayg nk ruang waktu ngn abg..ayg harap abg faham...hehehe

Bertanyakan khabar bekas teman lelaki
Kesilapan yg has buat mula2 kenal dah ctew hal ex has....abg xsuka ctew kalo ditanya baru dijawab tue pon cam cover jer..has tahu abg nk jaga hati has...

Pergi melancong
Abg pernah pergi melancong dengan family has best sangat waktu tue..kalo has jauh dari abg xpernah xberhubung dengan abg...paling minimum pun xmesej sehari..kol sebelum nk tdo tue tanda kita masih ingat kat dia walaupun bz macamner pun...


Meminta bantuan temannya untuk menggoda kamu
Pernah la kawan dia sms has..tp mesej2 biasa je...masa tue has takut sangat dia nie nk pekenakan has ke suruh kawan dia mesej..mana nk tahukan..lepas kawan abg mesej has terus mesej abg..xnak la abg dengar dari mulut kawan dia sendiri has main mesej ngn kawan dia...mana tahukan kawan dia pergi citer baik has yg bagitau dulu...tak nak abg salah faham...

Kesimpulanya bagi Has la..takyah la nk uji2 pasangan kita,kita sendiri yg bercinta dengan dia mesti kita dapat rasa dia sayangkan kita atau tak...
tanya pada hati

zahra
04-08-2009, 12:42 PM
:Dzahra plk rsenye ok kot..hehe dew plk kot2..

Mrs Teddy
04-08-2009, 04:23 PM
hahaha.. nk tergelak plak bce..
suke suki je nk test org yek..
btw yg tang jeles tu mmg xdinafi kn la kn..
even kter yakin pun, xsalah kalo skali skala kter jeles..
kang kalo smue lulus, pasangan kter ade scandal len,kter plak xpasan..
so, better berhati2 kn..

@long83
04-08-2009, 08:55 PM
Part yg lain lulus kot..tapi part jeles tu,sukar dikawal..hehe..tu ujian yg mencabar tu..:)takkan nk senyum je ble bf contact ex-gf die..

dolphin
04-09-2009, 12:24 AM
cemburu tandanye sayg:)

Nurul
04-10-2009, 12:14 AM
uik
nurul dh lama post artikel ni korang baru komen ka..
ni mesti baru pasan nih...huhuhuhu

silver_planet
04-10-2009, 12:26 AM
dah tuh, takde saper nk update...

sweetpink
04-11-2009, 12:52 PM
eh..

nak tnye ckit...

kalo love sweet nak bg hadiah, sweet tolak..

dah 2x sweet tolak pemberian dia sblm ni..

dikira sweet gagal ke..??

lagi..

dia ajak p melancong same n sweet ckp ok dikira lulus ke..??

:)...

Mrs Teddy
04-26-2009, 10:18 AM
uiks? adiah tolak..
melancong nk plak nye..
pelik plak dh..

silver_planet
04-26-2009, 10:33 AM
tuh ler pasal??tak paham ngan sweet nih??aiyak...

pooh_gurl
04-27-2009, 10:59 AM
x tau la klu pooh pass sume test ni ke x,sbb buah ati sy jenis ilek gile org nye...

kire kes berani mati ar klu pooh plak yg wat test kat dia....kot nnti,t`mkn diri plak....:D:p

sweetpink
04-27-2009, 12:45 PM
hehehe..

pasal saya kaki jalan..saya suke nak melancong ni..

lagi la kalo ada org offer nak bawak..uihhh...

hadiah ni mmg xsuka la..

sweet bkn materialistik..

hahaha