PDA

View Full Version : [Featured] Indahkan Detik Bercinta



Nurul
05-22-2008, 10:42 AM
INDAHKAN DETIK BERCINTA

“SAYA cinta kamu.” Tiga perkataan yang ringkas tetapi sarat dengan makna yang begitu mendalam. Hanya perlu diucapkan dari mulut, ia sudah cukup membuatkan hati seseorang menjadi semakin melayang. Tetapi apabila cara luahan itu dilakukan dengan lebih kreatif, sudah tentu detik ini menjadi saat yang paling bermakna.:x;))

1. Tulis dan tampal

Tulis ucapan cinta di atas sekeping nota kecil dan tampal di tempat yang tidak diduga. Contohnya di kerusi atau dashboard kereta si dia atau di komputer riba atau di halaman surat khabar yang akan dibacanya.

2. Iklan di surat khabar

Cinta itu sememangnya mengasyikkan sehingga terbawa-bawa bersama ombak asmara. Cinta boleh menjadikan pasangan kurang siuman, bahkan cinta juga mengajar pasangan itu erti kewarasan.

Demi membuktikan kesetiaan cinta kamu terhadapnya, lakukan sesuatu yang tidak diduga dengan cara memasukkan iklan menerusi surat khabar yang sering dibaca dan deklamasikan sebuah puitis cinta kamu kepadanya.

3. Bukukan cinta

Catatkan kisah perjalanan cinta kamu berdua dalam sebuah buku. Kirimkan novel tersebut pada hari paling bahagia kamu berdua. Contohnya pada Hari Valentine, hari jadi atau ulang tahun percintaan kamu berdua.

4. Pesanan cinta

Rakamkan beberapa baris pesanan cinta kamu terhadapnya atau nyanyikan sebuah lagu kegemaran kamu berdua, lalu kirimkan kepadanya. Lebih canggih, tinggalkan pesanan cinta menerusi Khidmat Pesanan Suara atau voice mail, menerusi MP3 atau video call untuk mengungkapkan rasa cinta kamu terhadapnya.

5. Koleksi SMS

Kumpul semua SMS atau e-mel cinta yang kamu terima daripadanya dan tuliskan di dalam sebuah buku. Kemudian, kirimkan buku tersebut kepadanya. Letakkan tarikh kiriman serta masa penghantaran SMS atau e-mel yang dikirimkan itu. Cara ini membuktikan kamu menghargai setiap apa yang diucapkannya.

6. Biarlah jari berbicara

Lakukan permainan jari setiap kali bertemu dengannya. Tulis kata-kata cinta kamu di setiap hujung jari di saat dia memegang erat jari-jemarimu.

7. Menyusun puzzle

Kirimkan permainan puzzle yang bertulis I Love You menerusi Khidmat Pesanan Ringkas atau SMS. Hantarkan satu per satu perkataan agar si dia tidak sabar menanti setiap huruf yang akan kamu kirimkan kepadanya.

8. Cinta dalam 100 bahasa

Belajar menyatakan ’saya cinta kamu’ dalam 100 bahasa dan kirimkan kepadanya setiap hari.

9. Kirimkan hidangan tengah hari

Saat kamu mengirimkan hidangan kesukaannya, jangan lupa sematkan ucapan ’saya cinta kamu’ di atas kotak polisterina. Menghantar mesej cinta pada sebiji buah-buahan juga memberi makna tersurat kepadanya.

Sumber: Kosmo!

donatcoklat
06-20-2008, 05:12 PM
romantiknya...

nanti donat nak wat kat bf donat...mestia dia suka

yus
06-21-2008, 04:21 AM
memang mudah luahkan "I love U"...tapi sedarlah yang ia datang dengan tanggungjawab....:)

cromosom-xy
06-22-2008, 12:56 AM
dan ikhlasan..mndalam

anai
06-22-2008, 11:35 AM
memang mudah luahkan "I love U"...tapi sedarlah yang ia datang dengan tanggungjawab....:)

betul tu yus...memang mudah untuk dilafazkan. tapi nak dilaksanakan cukup berat dan susah. macm anailah, selalu ucapkan mcm tu kt putera hati anai, untuk melaksanakannya banyak perlu berkorban dri segi maser, perasaan dan jiwa. tapi untuk dier anai snggup buat aper sahaja selagi ia tidak bertentangan dengan agama Islam...syang cintakan abang:x

donatcoklat
06-25-2008, 10:21 PM
5. Koleksi SMS

Kumpul semua SMS atau e-mel cinta yang kamu terima daripadanya dan tuliskan di dalam sebuah buku. Kemudian, kirimkan buku tersebut kepadanya. Letakkan tarikh kiriman serta masa penghantaran SMS atau e-mel yang dikirimkan itu. Cara ini membuktikan kamu menghargai setiap apa yang diucapkannya.

mase awl2 dulu donat tulis tiap sms dia...pastu bila lame2 dah tak sempat...sayangnya...kalo bole taknak buang msg dia walau satu:((

Mr Teddy
07-06-2008, 09:37 AM
Featured on TC - link (http://www.tentangcinta.com/tips-cinta/indahkan-detik-bercinta/). :d

-mr teddy.

dolphin
02-01-2009, 04:35 PM
5. Koleksi SMS

Kumpul semua SMS atau e-mel cinta yang kamu terima daripadanya dan tuliskan di dalam sebuah buku. Kemudian, kirimkan buku tersebut kepadanya. Letakkan tarikh kiriman serta masa penghantaran SMS atau e-mel yang dikirimkan itu. Cara ini membuktikan kamu menghargai setiap apa yang diucapkannya.


mule2 becinta dlu smpt jgkla bukukan
dh lme2 jd mls
rugi plk rse tinggalkn
huhu
mst sweet jer klu bt hadiah..

dira
02-01-2009, 05:27 PM
INDAHKAN DETIK BERCINTA

6. Biarlah jari berbicara

Lakukan permainan jari setiap kali bertemu dengannya. Tulis kata-kata cinta kamu di setiap hujung jari di saat dia memegang erat jari-jemarimu.



ni yg dira slalu wat kt my memory...law jumpe, dira kn maen tapak tgn die...tulis i love you....erm...kadang2 kt cermin bus...law dira dok ngelamun kt cermin bus, die kn dtg dekat n senyum...abg pon syg yang...erm...:">:">:D

but everything is over...miss that time...dira ngn die,dira jadi org laen...berbangding dira ngn kwn dira skung...dira jadik diri dira sendiri...ermm...ntah la

BEE
02-01-2009, 05:28 PM
7. Menyusun puzzle

Kirimkan permainan puzzle yang bertulis I Love You menerusi Khidmat Pesanan Ringkas atau SMS. Hantarkan satu per satu perkataan agar si dia tidak sabar menanti setiap huruf yang akan kamu kirimkan kepadanya.



tng bee wat ni dlu..time tu dia kat kg dia.....mlm2 rindu...tetiba dia kirimkan 1 1 ayat i love u..b lak ingt dia nak men2....lepas dia send l je, b bls alik, k...hahhaaa..pastu tetiba dtg o...pastu bee dh muyskil..bee nunggu ag...rupanye.....lengkap semua huruf dlm sms yg berbeza...i love u..hehehe..suka2...

silver_planet
02-02-2009, 08:49 AM
1. Tulis dan tampal

Tulis ucapan cinta di atas sekeping nota kecil dan tampal di tempat yang tidak diduga. Contohnya di kerusi atau dashboard kereta si dia atau di komputer riba atau di halaman surat khabar yang akan dibacanya.

done...



4. Pesanan cinta

Rakamkan beberapa baris pesanan cinta kamu terhadapnya atau nyanyikan sebuah lagu kegemaran kamu berdua, lalu kirimkan kepadanya. Lebih canggih, tinggalkan pesanan cinta menerusi Khidmat Pesanan Suara atau voice mail, menerusi MP3 atau video call untuk mengungkapkan rasa cinta kamu terhadapnya.

done...


6. Biarlah jari berbicara

Lakukan permainan jari setiap kali bertemu dengannya. Tulis kata-kata cinta kamu di setiap hujung jari di saat dia memegang erat jari-jemarimu.

and also done...hehe...


yang lain cam tak tercapai akalku ag, huhu...

dira
02-02-2009, 03:08 PM
romantik gak silver ni....huhu;));))

reez_virus
02-11-2009, 11:42 AM
aku selalu hntar makanan yg aku masak sendiri masa dia kerja malam dulu...begitu sayangnya aku dgn dia...tp xpernah dihargai

qiqi anura
02-11-2009, 11:50 AM
wonder y u still keep her around, eh reez?

zahra
02-11-2009, 11:57 AM
mayb he luv her so much..at tht time...hmm complicated gak kdg2 cinte ni

qiqi anura
02-11-2009, 12:06 PM
erm...tapi kalo masih nak simpan orang yang tak menghargai kite tue, rasanyer takde benda yang indah lagi tue...

zahra
02-11-2009, 12:17 PM
hmm..ntah la qiqi...tu kate kite..pd die kite xtahu..

qiqi anura
02-11-2009, 01:19 PM
tu la bile mate dah buta kerana cinta...

zahra
02-11-2009, 03:54 PM
:)umm..kdg2 cinta ni pelik jge..tp m'dtgkan hppy wat kite yg btul2 m'hargainye..

puteri77
11-06-2009, 07:57 PM
no 6 ni selalu buat
bf i yg mulakan dulu
dia nakal betul
mula2 belek jari pegang jari
then cium tgn
rasa disayangi