PDA

View Full Version : cintaku..yang kurasa..



sweetpink
07-31-2009, 01:29 PM
CHAPTER 1

Suria pagi terpancar indah. Terasa nyaman titikan akhir embun di hujung daun. Kelihatan seorang gadis kecil berlari gembira di taman bunga keseorangan. Berteman asyik cuma bersama sang bunga yang banyak jenisnya. Ada mawar. Mawar ada warna merah berani, merah jambu lembut, putih suci dan kuning bahagia. Terdapat juga bunga raya yang menjadi lambang negara Malaysia. Sang bunga terbangun pagi dilawati sang rama-rama. Semakin asyik sang gadis bermain di taman bunganya.
Asyik sang gadis terhenti takhala namanya diseru satu suara.

“Prine, sini sayang.”

Sang gadis menoleh. Berlari anak tersenyum menuju insan bernama Andrew Thomas Domains berpangkat ayahnya, dipanggil papa. Larinya terhenti. Menghayunkan langkah kecewa. Senyumannya kini tidak kelihatan. Dihampiri papanya. Di sisi papanya berdiri seorang budak lelaki. Budak yang pihak keluarganya telah persetujui untuk menjadi suami kepada Prine Primulla Mirillia Andrew apabila berusia 22 tahun kelak. Saat itu, Prine berumur 12 tahun. Telah mengerti akan perkahwinannya dengan Julius Alexandra, budak lelaki tua setahun darinya yang saat ini bersama papanya. Julius Alexandra dipanggil Alex anak kawan papanya dalam bidang peniagaan.

“Prine dear, look who here” Pantas papanya melontarkan kata-kata apabila Prine berada dihadapanya.

Prine masih lagi memandang Alex. Sungguh dari dahulu lagi, Prine tidak menyimpan rasa terhadap Alex. Senyuman hambar dihadiahkan. Entah mengapa dirinya boleh menerima sahaja pakatan ayahnya dan ayah Alex. Mungkin, saat itu dia masih lagi budak. Yang mana pada pandangan orang tua, budak yang belum mengerti apa-apa. Tapi, kini berusia 12 tahun, masihkan dirinya seorang budak yang belum dibenarkan menolak permintaan keluarga?

“Ah, pedulikan itu semua. Aku bukan budak lagi”

Kata hatinya berbisik saat terkenang peristiwa 10 tahun dahulu. Kini, dirinya telah dewasa. 3 bulan lagi umurnya mencapai 22 tahun. Terkadang, terfikir juga Alex bakal jadi suaminya. Entah bagaimana . Alex meningkat dewasa berubah menjadi kaki perempuan. Dengan lagak Romeonya, pasti ada sahaja perempuan bersama. Berganti seumpama menukar baju. Namun, pakatan keluarga masih lagi utuh. Tidak berolah walau telah dicanangkan di media, Alex, anak Jutawan Leo Angelo di tangkap basah di satu hotel terkemuka. Tertampang jelas mukanya disetiap media. Pihak keluarga Alex menyiarkan kembali di media, menafikan gambar berkenaan bukan gambar putera tunggal mereka.

zahra
08-05-2009, 10:44 AM
huhu..mcm besh..xdew cntinue kew sweetpink?
http://www.laymark.com/i/m/m054.gif (http://www.laymark.com)

sweetpink
08-09-2009, 08:37 PM
ahhhhh...:(

zahra...sowieee...:((

sweet taip citer ni dlm pc ofis..skali kna virus..

kna format..nk save dlm pendrive dh xsempat..

virus tu lock semua folderrr...huhuu..saper nk tlg sambung..? bleh kn..?

samaratungga
08-09-2009, 11:26 PM
Awal yang bagus sweet. Hari itu sweet pernah kata bahawa sweet xreti wat cerpen. Tapi cerpen ini best dan simple.

tiha91
09-23-2009, 06:01 PM
best jugak

cokodok Ubi
09-27-2009, 11:29 PM
nak lagi...sambungan?...