PDA

View Full Version : :: Honey..Sayang Pergi Dulu ::



Oh.Honey
07-27-2009, 10:53 AM
Bahagian 1 :

{ January 31, 2007 @ 6:42 am } ·

Tanah itu masih merah lagi, senja ini terasa sejuk. Langit berawan. Biarpun berat kaki melangkah pergi tetapi hidup perlu diteruskan. Ketenangan pasti tiba, bisik hati ini. Air mata ini tidak mampu lagi keluar. Ini perjuagan aku seorang, perjuangan secebis hati. Terasa lesu juga seharian begini. Sesekali kemboja yang jatuh berguguran ke bumi Allah nampak indah walaupun lebam layunya. Tidak ada gunanya menangisi yang telah pergi tiada ertinya mengeluh merintih di atas kehilangan yang sudah tertulis. Wajah anak kecil yang sedang mengutip bunga putih yang baru jatuh itu aku pandang, dia mungkin tidak mengerti apa yang sedang berlaku, semoga Allah juga memberikan kekuatan kepadanya. Langkah di atur ke arah anak kecil itu.

Jari jemari halus itu aku usap. Dahinya aku kucup berkali-kali. Sebak di dada ini datang dengan tiba-tiba. Aku memeluk tubuh kecil itu. Ya Allah,tabahkan hati ini……
Dia menyerahkan kemboja tadi kepadaku, kemudian dia cium pipiku. Aku kehilangan kata-kata. Aku mendukung dia menuju ke arah kereta. "Papa….!" dia menjerit ke arah lelaki yang sedang menunggu kami di kereta dia meronta-tonta mahu turun dari dukungan. Aku lepaskan dia. Dia terkedek-kedek berlari. "Papa!" dia menjerit lagi. Tiba-tiba dia berhenti menaggil nama itu dan memandang ke arah aku. Mungkin dia baru tersedar itu bukan papanya. Wajah kecil itu memandang aku. Mungkin dia terlupa pagi tadi dia sendiri duduk ditepi papanya yang sedang tidur nyenyak dan tidak mungkin akan bangkit kembali. Dia juga yang marah apabila orang menutup muka papanya dengan kapas. Dia juga yang membentak-bentak menangis kerana orang mengikat dan meletakkan papanya di dalam van. Ya Allah..berikan anak kecil ini kekuatan. Dia datang ke arahku.."Papa?" sinar mata itu seolah-olah keliru. Aku kehilangan kata-kata, apa yang harus aku ceritakan? Apa yang harus aku katakan kepada anak kecil aku ini? Aku mendukung anak ini. "Abang, kita balik.." kataku kepada lelaki yang nampak sugul di atas kehilangan adiknya itu.

Anak kecil ini masih tertanya di manakah papanya. Dia memandang keluar tingkap ke arah pekuburan yang sunyi sepi. Dia memandang aku dengan penuh makna, matanya berair. Mungkin dia masih tertanya di mana papanya? Aku tidak dapat menahan air mata. Aku memeluk erat anak ini. "Papa dah tak ada.." aku berbisik. "Malam nanti kita bacakan Ya’asin untuk papa ye sayang.." aku mencium dahinya. Dia memeluk leher aku erat. Aku mengusap rambutnya. Semoga Allah memberikan kami semua hati yang tenang dan tabah. Semoga Allah mencucuri roh arwah. Amin..

Bertali arus dugaan tiba
Menakung sebak airmata
Namun tak pernah pun setitis
Gugur berderai di pipi
Tidak ditempah hidup sengsara
Suratan nasib yang melanda
Menongkah badai bergelora
Diredah bersendirian
Bagaikan camar pulang senja
Patah sayapnya tetap terbang jua
Sekadar secicip rezeki
Buat yang sedang rindu menanti
Segenggam tabah dipertahankan
Buat bekalan di perjalanan
Kau bebat luka yang berdarah
Kau balut hati yang calar

Telah tertulis suratan nasibmu
Derita buatmu ada hikmahnya
Terlukis senyum di bibir lesu
Tak siapa tahu hatimu
Biarpun keruh air di hulu
Mungkinkah jernih di muara
Biarpun jenuh hidup dipalu
Pasti bertemu tenangnya

to be continue....:roll:

Oh.Honey
07-28-2009, 11:20 AM
Bahagian 2 :

{ January 31, 2007 @ 10:43 pm }

Hidup ini memang tidak semudah yang disangkakan atau sepanjang yang kita jangka. Life is short too short hargailah orang yang berada disekeliling kita jangan sia sia kan mereka sedikit pun.

Hidup ini sebenarnya satu perjuagan yang kita semua harus tempuhi sendirian kerana tiada siapa tahu hati kita bagaimana kecuali Yang Esa, terluka macamana kita….kita harus ubatinya, menangis hanya akan merosakkan ketabahan yang ada.

Malam tadi anak kecil ini pecahkan pasu bunga sewaktu aku mengemas barang peninggalan arwah di rumahnya. Apa lagi yang harus aku katakan pada anak kecil ini bila dia mahukan papanya?

Dia masih tidak mengerti, tetapi dia harus juga diperigatkan setiap hari. Walaupun terluka, itulah hakikatnya..kita semua terluka sayang.. Pagi ini dia mencari papanya seperti biasa, nenek kata esok papa balik.

Suara nyaringnya bergema disegenap sudut rumah yang sudah hampir kosong. "Papa..Papa.." jeritnya. Dia mencebikkan bibir, mukanya monyok bila papa nya tidak muncul-muncul. Mulalah dia nak mengamuk, nak baling itu ini. Aku menghampirinya, " sayang, papa cakap apa? jangan nakal kan? papa tak suka orang degil, jangan nakal ok..tolong umi kemas barang…" aku mengusap rambutnya. Dia senyap. Menoleh ke arah kamar tidur yang sepi.

Anak kecil ini akhirnya tertidur di atas sofa, aku biarkan sahaja. Aku betul betul sayangkan anak kecil ini. "I tak mahu kasih sayang you berbelah bagi.." teringat kata-kata arwah. Dan akhirnya Allah mengambil dirinya dan meninggalkan kami semua disini. Ya Allah, Kau cucuri rahmat ke atas rohnya, tempatkan dirinya dikalangan orang-orang yang beriman…Amin


to be continue ...

awatif
07-28-2009, 12:12 PM
ni cerpen ker luahan ati? tp sedih sgt.... :(( rasa nak nangis terkenangkn anak saudara kecilku yg pergi dlm senyum munggilnya.......

Oh.Honey
06-08-2010, 10:37 AM
awatif..ni luahan hati...

Eta_mas
06-08-2010, 10:47 AM
Allah penentu segalanya...terdetik prasaan sedih ble bce...:(