anarif
07-23-2009, 04:55 PM
Farhan memandang kembali ke arah tersebut. Ada sesuatu yang menarik perhatiannya. Wajah itu! Sekejap sahaja dia dapat melihat wajah itu dari kejauhan. Itu pun kurang jelas. Wajah itu sudah dilindungi oleh ribuan manusia yang berada di KLIA itu. Farhan memanjangkan kepalanya sambil kakinya melangkah laju ke arah tersebut. Tapi tak mungkin! Tak mungkin dia! Sedang hatinya menidakkan langkah kakinya semakin pantas. Namun sebaik tiba di tempat yang dia pasti gadis itu berada sebentar tadi, kelibat tersebut sudah tidak kelihatan. Farhan bingung. Dia pasti itu dia. Gadis yang amat disayanginya. Qistina….. Katakan awak masih hidup….
**********
“Farhan, janganlah macam ni. Berat hati saya kalau awak macam ni.” Pujuk Qistina.
Ternyata tekaannya tepat. Berita yang menggembirakannya mendatangkan kesan yang berbeza kepada Farhan. Farhan tidak merelakan perpisahan itu. Farhan memandang jauh ke tengah tasik. Menimbangkan keputusannya kembali. Tamakkah dia apabila dia mahukan gadis itu berada dengannya sepanjang masa? Terlalu mengongkongkah dia? Keluhan kecil dilepaskan. Dia memandang kembali wajah gadis itu. Gadis yang amat dicintai dan mencintainya sepenuh hati.
Qistina senyum kecil, cuba memujuk.
“betul 2 bulan je?” Qistina mengangguk pantas.
Entah kenapa, berat hati Farhan melepaskan Qistina pergi kali ini. Tugas Qistina sebagai seorang wartawan kali ini akan membawanya ke Afghanistan. Farhan risaukan keadaan di sana yang tidak begitu aman. Biarpun sahabatnya Amir yang juga merupakan rakan setugas Qistina akan pergi bersama Qistina, hati Farhan tetap walang. Akhirnya dia memutuskan dengan berat hati.
“hmm, baiklah. Janji hari-hari call saya?” Qistina mengukir senyum lebar sedang Farhan menahan pilu.
“saya janji! Saya akan telefon awak setiap hari kalau saya ada kemudahan tu kat sana. Kalau tak, saya email saja. Ok?” ujar Qistina lagi. Bersungguh-sungguh.
“hmm, apa-apa je la awak. Tapi awak mesti jugak janji yang awak akan balik dengan selamat, ok?” ujar Farhan lagi.
“saya janji, insyaAllah. Saya akan jaga diri saya baik-baik supaya saya dapat balik dengan selamat ke pangkuan awak. Ok?”
“ok, jom balik. Dah nak maghrib.”
Farhan bingkas namun pergerakan terhalang apabila lengan bajunya ditarik Qistina. Biar mereka sudah bertunang, Farhan dan Qistina tidak pernah bersentuhan kulit. Farhan memandang wajah Qistina yang sudah berdiri. Pandangan mereka bertaut.
“Farhan, saya nak awak tau, saya sayang sangat kat awak. Awak penting pada saya. Saya akan pulang juga bertemu awak kembali. Tunggu saya ya?” Farhan mengukir senyum yang paling ikhlas pada hari itu.
“baiklah puteriku.” Qistina membalas senyuman itu lalu mereka beriringan ke kereta Farhan.
Tiba hari keberangkatan Qistina dan Amir, Farhan menghantar mereka pergi dengan separuh hati. Dia percayakan Amir, dan dia sayang Qistina. Doanya Cuma mereka berdua pulang ke Malaysia dengan selamat.
***********
“Farhan, Qistina....” hampir satu bulan setengah sudah Qistina di bumi Afghanistan. Hari itu,
Farhan menerima panggilan mengejut dari Amir. Suara Amir kedengaran gundah. Kerisauan mula beraja di hati Farhan.
“Amir, kenapa dengan qis?” pantas dia memotong cakap Amir. Amir diam.
“Farhan, Qistina, dia….dia terlibat dalam letupan bom di sebuah kedai runcit. Dia….takkan pulang Farhan. Untuk selama-lamanya. Aku minta maaf Farhan. Semua salah aku. Aku tak ikut dia. Kalau tak, mesti semua ni tak jadi.” Namun Farhan sudah tidak mendengar lagi butir bicara
Amir yang seterusnya. Hatinya remuk.
“Qistina, kalau kau tak pergi hari tu….” Farhan mula menyesal kerana tidak menghalang Qistina pada hari itu. Namun dia tahu ini kesudahannya. Farhan pasrah.
**********
“Farhan!” kedengaran Amir memanggil dari kejauhan. Farhan tersentak. Dia mulai tersedar dari lamunannya. Dia masih berdiri di situ. Di tempat di mana dia percaya dia melihat wajah Qistina.
“apa kau buat kat sini? Penat aku kejar kau.” Ujar Amir. Apabila dia melihat Farhan seakan berada dalam dunianya sendiri, Amir menepuk bahu Farhan cukup kuat untuk membuatkan
Farhan memandang wajahnya kembali.
“kau kenapa?” Tanya Amir lagi. Bingung dengan perangai Farhan.
“oh, tak ada apa-apa. Jom, kita balik.” Pantas Farhan mengatur langkah. Amir membontotinya dari belakang.
Di dalam kereta, Amir sibuk bercerita tentang kerjanya di Jepun, Negara matahari terbit yang baru dilawatinya namun ternyata Farhan tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian. Amir akhirnya menyerah kalah apabila Farhan melayan cakapnya ala kadar.
“Farhan, kau ni kenapa? Mengelamun je dari tadi. Ada masalah ke?” Tanya Amir prihatin.
Farhan mengeluh. Dipandang sekilas wajah sahabatnya itu.
“mir, aku Nampak Qistina tadi.” Luah Farhan. Amir terdiam.
“han, kau jangan macam ni. Qistina dah tak ada han, dah 3 tahun. Kau mesti biar dia pergi
dengan aman han.”
“aku tau mir tapi sumpah, aku Nampak dia tadi.” Farhan bersungguh-sungguh.
Amir ketawa kecil, tidak percaya.
“han, aku ni yang Nampak dia pergi han. Mata ni, takkan kau tak percaya aku kot? Han, sudah-sudahlah tu. Yang pergi jangan dikenang sangat. Kita ni yang hidup mesti teruskan hidup.”
“tapi, aku Nampak dia mir. Betul. Wajah yang sama mir.” Farhan masih cuba menegakkan kata-katanya.
“pelanduk dua serupalah tu. Don’t be too obsessed with that han. It’s not good for you.” Amir menegur. Farhan mengeluh lagi. Dia pasti itu Qistina. Akal warasnya menidakkan namun hatinya kuat mengiyakan. Qistina…..
**********
“encik Farhan, mesyuarat dengan wakil MB Corp. akan dimulakan sekejap lagi.” Suara Lina, setiausahanya kedengaran di intercom.
“baiklah Lina. Saya pergi sekarang.” Farhan mengesahkan. Lantas fail diambil dan langkah kaki diatur ke bilik mesyuarat.
Sebaik tiba, dia perasan dua batang tubuh yang sudah berada di situ. Masih tidak melihat wajah mereka, Farhan menarik kerusi dan duduk.
“encik Farhan?” suara itu menegur. Farhan memanggung mukanya.
“ya saya….” Farhan tergamam. Wajah itu….. Batrisya mengukir senyum.
“saya Batrisya. Ini encik kamil. Kami ingin meminta maaf bagi pihak MB Corp. kerana wakil yang berjumpa encik Farhan tempoh hari tidak dapat hadir jadi kami yang akan menggantikan dia pada hari ini. Kami harap encik Farhan dah bersedia dengan kertas kerja yang diminta tempoh hari.” Batrisya? Farhan cuba memproses maklumat yang baru didengarinya sebentar tadi. Tapi, Qistina? Mengimbas kembali peristiwa di KLIA, kini Farhan pasti, wajah Batrisya yang dilihatnya.
“encik Farhan?” Batrisya bertanya sekali lagi. Hairan melihat lelaki itu tidak memberi tindak balas sepatutnya
“err, ya saya. Saya ok saja.” Ujar Farhan masih merenung sekujur wajah di hadapannya. Wajah yang amat dirinduinya. Tapi, kenapa Batrisya?
Batrisya meneruskan bicaranya namun sering kali dia mengeluh apabila dilihatnya Farhan tidak menumpukan perhatian pada bicaranya. Akhirnya, Batrisya menutup failnya.
“encik Farhan, are you sure that you are fine?” Farhan tersentak.
“err, yes I’m fine.” Ujar Farhan menyembunyikan gundah di hati.
“but you don’t seem fine. Do we have to postpone this meeting to another day? If you think so then it will be fine with us.” Tegas Batrisya. Dia tidak mahu berurusan dengan orang yang seakan tidak berminat dengan bicaranya.
“err, no. It’s ok. We shall proceed.” Ujar Farhan lagi. Batrisya merenung Farhan. Mencari kepastian di sebalik kata-kata itu.
“are you sure? Well, ok then.” Batrisya membuka kembali failnya dan perbincangan diteruskan.
Kali ini, Farhan sedaya upaya menumpukan perhatian pada focus mereka hari itu. Dia tidak mahu gadis itu kecewa dengannya. Dia berhasrat untuk meneruskan hubungan kerja mereka selama yang mungkin.
Akhirnya, mereka mencapai kata sepakat. Farhan melepaskan nafas lega. Batrisya yang menyedari perbuatannya itu tersenyum kecil. Farhan terkedu. Itu lesung pipit yang sama juga!
Takkanlah….
“kenapa? Lega semuanya dah selesai? But you seemed a little bit drifted off earlier. Is there something bothering you?” Tanya Batrisya. Farhan masih diam. Batrisya mula serba-salah, memikirkan dia mungkin telah tersalah bicara.
“errm, well, I think that’s not my right to know right? Well, you don’t have to answer me. Kamil, let’s go.” Mereka sudah berdiri mahu beredar apabila Farhan mula menyedarinya. Pantas dia menahan.
“err, miss Batrisya, I don’t know whether you might think of this as a good idea or not but can we maybe one day talk over coffee or something?”Tanya Farhan penuh harapan. Batrisya terdiam. Menimbangkan jawapannya. Namun ada suara kecil yang meronta-ronta mahu mengatakan ya.
“well, that’s ok with me. But why not today?” Farhan tergamam. Gembiranya hati tidak terkata.
“well, if you said so, this evening at 6. We’ll meet at Plaza Alam Sentral. I’ll wait for you.” Farhan menetapkan. Hatinya berbunga riang.
Batrisya senyum lagi.
“ok, see you then.” Dia sudah mengatur langkah namun dia berhenti separuh jalan.
Pandangannya dihalakan kepada Farhan kembali.
“encik Farhan, don’t you think that you should ask for my phone number? Well, in case….” Batrisya menjungkit bahu. Farhan pantas mengeluarkan telefon bimbitnya dari kocek kotnya.
“o yes! I’ve forgotten about that! Phone number! So, what is yours?” jarinya bersedia mahu menaip.
“012-2244557. Ok, see you then. Bye.” Farhan pantas menaip nombor tersebut.
Melihat sebaris nombor itu, memorinya kembali pada Qistina. Qistina amat menyukai nombor 2, 4 dan 5. 4 kerana tarikh lahir Farhan dan Qistina jatuh pada 4 haribulan. 2 dan 5 kerana bulan lahir Farhan ialah februari manakala Qistina ialah mei. Farhan terus terduduk kembali. Qistina, adakah aku mampu untuk melupakanmu? Dan siapakah kau pula Batrisya? Wajahnya, tingkahnya mirip Qistina. Adakah ini reality atau masihkah aku bermimpi? Farhan meraup wajahnya. Keliru dan bingung.
to be continued...