PDA

View Full Version : Aku Pelengkap Hidup Lelaki



qiqi anura
06-20-2009, 01:00 PM
Hubunganku dengan Masri berlaku tanpa disangka. Dek kerana ingin memperoleh keputusan yang cemerlang dalam subjek yang diajarnya, aku membuat keputusan untuk mendekati Masri. Hasratku ketika itu hanya untuk mendapatkan tunjuk ajar daripadanya kerana aku sudah dua kali gagal dalam subjek tersebut.

Melihat kesungguhanku, Masri sudi meluangkan masa selama 1 jam sehari, 3 kali dalam seminggu. Lalu bermulalah hubungan profesional antara kami, hubungan kerja antara mahasiswi dengan pensyarah. Tidak lebih dari itu.

Kedekatan kami membuatkan aku mulai suka pada dirinya. Memang tidak sukar untuk jatuh cinta dengan Masri. Selain punya karier mantap, dia juga tampan dan bergaya meskipun usianya sudah menghampiri angka 40 tahun. Tanpa disedari hubungan kami kian rapat.

Daripada hanya berbicara soal pelajaran, Masri sudah mula bercerita soal rumah tangganya terutama tentang isterinya yang berbeza cita rasa, berbeza dengan dirinya.

Sebagai lelaki yang berasal daripada kampung, Masri agak konservatif. Sedangkan isterinya yang juga seorang pensyarah di salah sebuah universiti swasta agak 'daring' orangnya. Dalam soal berpakaian misalnya, dia lebih senang berseluar atau berskirt pendek yang kadangkala membuatkan Masri malu serta cemburu dengan lirikan mata lelaki lain terhadap isterinya.

Sesi curahan hati itu merapatkan lagi hubungan kami. Tambahan pula, aku memang seorang wanita konservatif. Aku lebih selesa memilih baju kurung, kalau mengenakan seluar, aku selesa memakai seluar panjang berbanding jeans. Gaya penampilanku itu amat disenangi Masri. Katanya, aku feminin, gaya seorang perempuan yang diimpikannya sejak kecil.

Sejak itu, kami seperti pasangan dilamun cinta. Saling memberi dan menerima perhatian, saling cemburu dan ada kalanya bermesraan. Perhatian dan belaian yang aku terima daripada Masri membuatkan aku terleka. Aku lupa seks bagi orang yang telah bernikah adalah segalanya.

Walaupun berkali-kali menepis, aku tersungkur jua akhirnya. Kami melakukan hubungan intim berkali-kali seperti suami-isteri. Memang sejak mengadakan hubungan badan dengannya, layanan Masri terhadapku bertambah baik. Tapi aku bimbang. Risau dengan bercinta dengan suami orang dan menjadi gadis tanpa dara.

Namun, cinta terlarang itu terus berlangsung. Satu tahun, dua tahun hinggalah aku menamatkan pengajianku di universiti. Namun, Masri tidak pernah menunjukkan kesungguhannya untuk memperisterikan aku.

Aku semakin bosan dengan hubungan kami. Hubungan yang tiada hala tuju. Meskipun tahu akan jawapannya, aku kuatkan diri untuk bertanya pada Masri tentang arah hubungan kami. Dan dia hanya ketawa. "Kamu pelengkap hidupku, Zie," katanya.

Aku pelengkap? Ya, aku sedari, aku hanya pelengkap, bukan yang utama. Sejak awal lagi aku sedar hubungan ini hanya pelengkap di antara kehilangan ghairahnya ke atas isterinya yang sangat kebaratan itu. Aku cuma pelengkap untuk memenuhi rasa obsesinya atas seorang wanita. Hanya itu.

Secara perlahan-lahan, aku mula menjauhkan diriku daripadanya. Memang sukar kerana dia sentiasa ada di sisiku selama ini. Tapi kukuatkan hati. Hasilnya, aku berjaya. Kami mulai renggang sedikit demi sedikit. Dia juga tidak lagi sering mencariku, menelefon atau mengirimkan SMS.

Aku lega. Benar-benar lega kerana Masri tidak lagi mengunjungiku. Namun sangkaanku meleset! Dia yang kusangka sudah tidak menginginiku lagi kembali semula. Pelbagai alasan dan usaha telah kulakukan untuk menjauhinya. Namun aku tidak mampu. Tiap kali Masri menginginkan seks, aku terpaksa menyerah.

Bukan kerana cinta, perasaan itu sudah lama pergi dariku. Tetapi kerana dia memiliki rakaman video hubungan kami. Ya, itulah kesalahanku. Kerana terlalu cinta, aku membiarkan sahaja Masri merakamkan keadaan diriku tanpa seurat benang ketika memesrainya. Asalnya, rakaman itu hanya sekadar suka-suka dan untuk meningkatkan ghairah kami sebelum mengadakan hubungan intim. Namun, setelah hubungan semakin merenggang, dia menjadikan rakaman itu untuk mengugutku.

Setiap kali aku menolak, dia mengancam akan mengedarkan video tersebut kepada keluarga dan rakan-rakanku. Masalahnya, di rakaman itu tiada wajahnya kerana dia telah merancang segalanya. Kini telah setahun aku menjadi objek seksualnya. Aku benar-benar menyesal dan buntu. Lebih dari itu, aku tidak pernah menyangka di sebalik cinta yang pernah kukecapi, penghujungnya adalah derita yang tidak berkesudahan.


(Sumber dipetik dari Majalah Harmoni, 15 - 31 Mei, 2009)

pop
06-20-2009, 01:33 PM
dayus tul la..
nk kna penyepak agung dari aku llki mcm ni..
padan gak muka pompuan 2..
slh sndri knpa biar kn llki 2 rakam aksi diorang..
huh!
pengajaran tul la ceta ni Q..

samaratungga
06-20-2009, 03:35 PM
hmm.. jadi ingat lagu tahun berapa ntah...
lagu Scorpion ..
"I loose control..."
:)

azizah al-idrus
06-20-2009, 03:48 PM
pelengkap idop konon.. kalau laki cakap ayat nih "kau pelengkap idopku".. yg ni mmg takleh caya..(kalau suami org la) yg lain tu tatau lak.. sbb pernah terjebak dalam cinta yg jenis2 mcm ni.. pelengkap konon.. gpon.. dorang takkan amik risiko nak beristeri lagi.. sesetengah nyer la.. ada yg sanggup kawen lagi sbb sayang.. wahhh.. untung nyer pat kawen 2... :)

mawar putih
06-20-2009, 04:51 PM
laki tu kte pelengkap idop...bnyk la pelengkap idop die!pantang tul kalo jupe laki cam nih..
x psal2 dduk ICU kang...

qiqi anura
06-20-2009, 06:50 PM
hahahaha...len kali hati2 ngan ayat "kau pelengkap idopku" itu...:p

mawar putih
06-20-2009, 07:26 PM
hati2 di jln raya...
eh!silap..:p
hati2 dgn lelaki...nmpk je bek rupe2nye...

qiqi anura
06-21-2009, 12:47 AM
...rupe2nyer musang berbulu ayam...;)):-"

aish...men sambung2 ayat la plak...hehehehe...:))

ok...sape nak sambung lagi...:D

mawar putih
06-21-2009, 01:06 AM
..ayam masak merah...

kalo amik dr ayt qq bunyinye..

rupe2nyer musang berbulu ayam masak merah..hua..hua..hua:))

qiqi anura
06-21-2009, 01:12 AM
err....cik mawar...nak tanye sket leh? er...cik mawar tak cabut bulu ayam dulu ke sblom masak jadik ayam masak merah?:-?:-/

ok...nak sambung ayat cik mawar plak ek...merah...

merah...merah si tampuk manggis, sungguhpun merah...(alahai...lupe la plak ayat dia caner...:-/)

neexxttt...tolong sambung...hehehehe...;))

mawar putih
06-21-2009, 01:26 AM
da cabut ke lom ek?emm..
oh da...don worry my dear...


wokeh nk smbung ayt cik qq,merah lg ye...erm..

merah itu saga,putih itu......

next....continue..:D

qiqi anura
06-21-2009, 01:32 AM
...ooo dah cabut ek bulunye cik mawar? selaammaattt...:D

ok sambungg...putih itu suci...sesuci embun pagi...:D

sambung...sambung...sambung...

mawar putih
06-21-2009, 01:39 AM
pagi dah rupenye..mulut da menguap...mata..

smbung...;))

qiqi anura
06-21-2009, 01:50 AM
...mataku dah layu nak tido...(:|I-)I-)I-)