View Full Version : hanya pada mu
Hanya pada mu
Ku serahkan segalanya
Kau bertakhta di nurani
Anggun cinta mu abadi
Hanya pada mu
Pertama dan yang terakhir
Pohon cinta ku merendang
Disirami kasih suci
Jiwa ku dipalu gemersik tak terkira
Hampir ku terlena dalam belaian mu
Cinta mu selembut sutera menjadi saksi kasih ku
Tiada dua hanyalah satu kau yang ku cintai
Sekelumit cinta sekurun kerinduan
Ku rempuhi ranjau duka
Membara sehangat api
Terhapus sepi di hati ku
Seulas bibir mu kelu tidak berkata
Namun ada sesuatu
Nurbisa dari mata mu
Terpancar cinta yang sejati
Awan yang berarak saujana membiru
Cerahlah wajah mu di rimba sendu ku
Menjadi hamparan cinta suci......
Sebutir air mata membasahi pipi anggrita. Sendunya tidak lagi kedengaran. Hanya air mata yg menemani sepinya tika ini. Hatinya tersayat pilu apabila mendengar khabar malang itu. Sudah terlalu banyak air matanya gugur hanya kerana satu ucapan. Ucapan yg benar-benar meragut seluruh kebahagiaannya. Air matanya bertambah lebat mengalir saat dia mendengar lagu dari kumpulan qiara, hanya pada mu. Lagu yg mempunyai makna yg sungguh berarti dalam hidupnya.
Hari-hari yg di lalui terasa sungguh payah namun terpaksa di gagahi demi kandungan yg kini berusia 2 bulan. Wanita yg baru berusia 21 tahun ini terpaksa menanggungnya sendirian memandangkan lelaki yg di anggapnya malaikat telah lepas tangan dari bertanggungjawab terhadap diri dan anaknya. Anak yg tidak akan menerima nasib yg sama seperti kanak-kanak yg lain. Malang sungguh nasib anak itu kerana terpaksa mengalas beban yg di raih oleh orang tuanya.
Anggrita memejam matanya. Berharap ia hanyalah mimpi ngeri di siang hari. Saat mata terpejam, hati menangis. Menangisi kebodohan yg telah di lakukan tanpa berfikir panjang. Mengimbau kembali saat-saat getir dalam hidupnya, anggrita tersedu.
Betapa bodohnya aku!! Terlalu mudah tewas dengan janji manis seorang lelaki.. lelaki yg ku anggap pelindung, akhirnya melempar aku ke lembah kehinaan.. Ya Allah, masih adakah sinar dalam hidup ku ini? Aku tak mampu bertahan Ya Allah, hamba Mu ini terlalu lemah berdepan dengan kebenaran yg bakal Kau tunjukkan. Seandainya saja Ya Allah, seandainya dapat ku undurkan masa, aku tak akan melalui semua ini.
Anggrita bermonolog sendiri. Tiada gunanya menyesal kerana kini dia harus berdepan dengan nasib yg di ciptanya sendiri. Anggrita memandang ruang biliknya. Matanya tertancap pada sebatang tubuh yg berdiri memandangnya tanpa berkelip. Seulas senyuman sinis terukir di bibir wanita tersebut.
‘sudah puas meratapi kebodohan sendiri? Sekarang aku nak kau ingat balik kata-kata aku dulu.’ Eytha memecah kebisuan antara mereka.
‘aku tau aku bodoh sebab tak dengar kata-kata kau dulu. Aku tak tau nak buat apa lagi sekarang ni eytha. Bantu aku please.. kau je tempat aku menaruh harapan sekarang ni. Aku tiada tempat nak mengadu lagi. Please eytha..’ anggrita menumpahkan tangisan lagi untuk kesekian kalinya. Eytha melambakkan tawa. Tertawa puas dengan penderitaan yg di tanggung sahabatnya. Anggrita tersentak. Pelik dengan gelagat eytha yg berubah sifat secara tiba-tiba.
‘padan dengan muka kau yg cantik tu. Sekarang baru puas hati aku melihat kau menderita macam ni. Puas kau tau tak! Hahaha….!!’
‘what do you mean, eytha? Kau puas melihat aku menderita? Aku sahabat mu..’
‘not anymore sayang. Dulu dan selamanya, tak akan pernah aku menjadi sahabat mu. Inilah yg aku impikan selama ni, melihat kau menangis dan menangis. Sakit kan grit? Tapi hati aku lebih sakit dulu, luka kerana perbuatan kau yg telah merampas hidup orang yg aku paling sayang. Ingat lagi qisham? Lelaki lembut yg pernah kau permainkan perasaannya? Lelaki yg sanggup berubah kerana kau, yg sanggup menyerahkan semua wang simpanannya untuk kau? Lelaki yg terluka juga kerana kau.. ingat lagi tak?’ eytha mengherdik anggrita yg kaget separuh mati. Mulut anggrita ingin mengeluarkan kata-kata namun bibirnya kelu untuk meluahkannya.
‘ya memang benar. Aku adik lelaki lembut tersebut. Lelaki yg kau perlekehkan. Lelaki yg mencintai kau sepenuh hati, lelaki yg kau katakan keparat. Aneh sekali, bila lelaki yg penuh sifat kelembutan kau tolak sedangkan lelaki yg penuh dengan sifat kejantanan menolak dirimu. Hukum karma grit. Itu yg kau dapat sekarang. Lelaki yg kau puja meninggalkan kau terkapai-kapai sendirian. Semua tu rancangan aku.’
‘sampai hati. Sungguh aku tak sangka kau sanggup buat aku macam ni. Aku tahu aku silap buat qisham macam tu. Tapi kau takde hak buat aku macam ni. Qisham pun tak akan setuju kalau dia tau kau buat aku macam ni eytha.’
‘jangan sebut nama abang aku. Kau terlalu kotor untuk menyebut namanya. Dia lelaki yg sangat prihatin. Sayang sekali, kerana wanita kotor seperti kau, dia sanggup mengorbankan nyawanya. Dia satu-satunya saudara aku grit, tapi kau telah rampas dia dari aku. Apa yg kau rasai sekarang telah aku lalui. Di tinggalkan sendiri, tiada yang menemani. Rasailah penderitaan ini grit. Ini hadiah aku sempena hari lahir kau hari ini. Hadiah yg cukup sempurna sekali. Selamat tinggal grit. Hadapi hidup ini dengan senyuman. Itu nasihat arwah abang aku.’ Eytha melangkah pergi. Sebelum berlalu, dia meninggalkan sesuatu di atas meja. Anggrita terduduk dari tempat dia berdiri.
‘arwah?’ anggrita terpaku dengan kenyataan yg baru dia dengari. Sungguh dia tak menyagka, eytha adalah adik kepada lelaki yg pernah di kikis dulu. Lelaki yg pernah tergila-gilakan dirinya. Sejenak dia terdiam. Mengimbas kembali segala perbuatan yg pernah dia lakukan dulu. Terlalu banyak hati yg patah kerana perbuatannya mempermainkan mereka. Sekarang gilirannya menerima nasib seperti lelaki yg pernah dia permainkan. Sungguh sakit di rasakannya. Mencucuk-cucuk ke dasar ulu hati.
Perlahan-lahan dia melangkah mendekati sampul surat yg di tinggali eytha. Dia membuka sampul surat tersebut dan mengeluarkan isinya. Sejumlah wang yg di sertai dengan dua pucuk surat. Anggrita membuka dan membaca satu persatu. Air matanya menitis lagi.
Assalamualaikum anggrita..
Saat anggrita membaca surat ini, qisham telah tiada di muka bumi ini. Maaf andai surat ini mengganggu ketenteraman hidup anggrita seperti hadirnya qisham dalam kamus hidup anggrita.
Anggrita ku sayang,
Qisham tahu qisham tidak di alu-alukan dalam hati anggrita. Namun qisham tak mampu menolak isi hati qisham untuk mencintai anggrita. Tak payahlah qisham bermadah kata di sini kerana qisham yakin anggrita dapat menyelami isi hati qisham. Terima kasih anggrita kerana telah membuat qisham berubah, menyedarkan qisham menyintai kaum hawa itu lebih indah berbanding menyintai adam. Walaupun cinta qisham di permain-mainkan, qisham tetap gembira kerana dapat bersama dengan anggrita.
Anggrita rindu ku,
Saat-saat terakhir hidup qisham sudah terlalu hampir rasanya. Terlalu perit qisham rasakan kerana ketiadaan anggrita benar-benar meragut batas-batas keimanan dalam diri qisham. Terlalu rapuh iman di dada qisham anggrita. Qisham terlalu mencintai anggrita lebih dari menyayangi diri qisham sendiri. Qisham tidak menyesali perkenalan kita. Walaupun singkat namun cukup berkesan di hati qisham. Sebelum qisham mengakhiri warkah ini, izinkan qisham mencintai diri anggrita walau dari kejauhan.
Yang mencintai mu,Qisham
Anggrita membuka surat kedua.. isinya ringkas sahaja..
Aku ni tak la kejam sangat. Ambil la duit ni untuk belanja kau dan anak yg bakal lahir tu. Itu pun kalau kau tak gugurkan la. Hahaha.. duit 2 ribu tu agaknya boleh di pakai sampai berapa bulan ye?oh ya sebelum terlupa, bapa kepada anak kau tu kirim salam. Sejam yg lepas dia dah berangkat ke luar negara nak sambung pelajaran. Aku ada satu rahsia nak bagi tahu kau ni, sebenarnya bapa kepada anak kau tu sepupu aku. Alah, si zaliff tu la, takkan dah lupa kot. So, jangan harap la kau nak dia bertanggungjawab. Hahaha.. pandai-pandai la kau jimat duit tu.
Adik lelaki lembut,
Eytha jelita
Hancur luluh hati anggrita membaca surat tersebut. Berkecai menjadi debu. Zaliff, lelaki yg di sandarkan harapan telah meninggalkannya dengan satu hadiah yg tidak di duga. Di saat wanita lain meraikan kebebasan mereka saat berumur 21 tahun, dia telah terikat dengan satu hukuman yg sungguh tidak di sangka. Bukan sahaja di ikat, malah ia telah di rantai. Kuncinya tidak akan pernah di temui melainkan dia membuang beban yang di tanggungnya kini. Tapi hatinya tidak sanggup membuang benih yg telah menjadi di rahimnya. Bukan salah sesiapa tapi dirinya sendiri yg mudah hanyut dengan keseronokan duniawi.
************************************************** **********************
‘baby kembali bang qis. Kembali dengan dendam dan kesakitan. Dendam baby dah terbalas. Baby dah musnahkan betina tu. Hati baby puas. Puas melihat penderitaan yang di tanggungnya. Itulah impian baby selama ni. Abang, baby rindu. Kenapa abang tinggalkan baby sendirian? Abang tak sayang baby lagi ke? Kenapa amanahkan baby kat zaliff? Zaliff kejam bang. Baby benci dia. Dia tak sayang baby macam abang sayang and kasihkan baby. He hurt me bang. Sakit sangat.
Abang balik la. Abang tak kesian tengok baby sorang-sorang dalam dunia ni? Mama and papa dah tinggalkan kita. Baby hanya ada abang. Mama lebih sayangkan keluarga baru dia. Papa pula dah gila berfoya-foya. Abang nak tau tak, hari tu papa nyaris-nyaris rogol baby. Baby anak papa, tapi kenapa papa nak buat macam tu? Nasib baik zaliff ada, dia yg selamatkan baby. Bang, balik la.. baby rindu.. baby rindu abang manjakan baby. Baby rindu pelukan abang, masakan abang yg sedap tu. Baby rindu suara abang yg sumbang tu. Baby rindu semuanya. Bang, abang sorang je yg panggil nama manja baby. Baby rindu nak dengar. Zaliff tak macam dulu lagi. Dia tak panggil baby, ‘baby’ lagi. Dia lebih pentingkan betina tu. Dia jahat bang. Bang, balik la. Kalau abang tak balik, baby ikut abang boleh tak? Abang tunggu baby kat sana ye. Nanti kita boleh hidup sama-sama macam dulu. Baby takut nak duduk sorang-sorang di rumah tu. Rasanya macam neraka je selagi papa masih hidup. Baby takut kat papa. Bila-bila masa je papa boleh terkam baby. Abang tak kesian kat baby ke? Selama ni abang la pelindung baby. Kenapa abang bodoh sangat buat benda bodoh tu? Tak sayang baby lagi ke? Baby benci abang. Benci sangat. Baby harap baby boleh membenci abang tapi baby tak boleh. Baby terlalu sayangkan abang. Bang, balik lah. Rumah tu sunyi tanpa canda ria dari abang. Balik ye bang?’
Eytha memeluk batu nisan qisham. Di kubur itu dia menumpahkan seluruh kesedihannya. Bahunya terhenjut-henjut menahan tangis. Wajahnya lencun oleh air mata. Isi alam bagai mengerti kesedihannya. Hujan renyai-renyai menemani kesunyian eytha. Selepas menemui anggrita, dia terus ke tanah perkuburan menemui kubur qisham.
Tiba-tiba satu sentuhan lembut mengejutkan tangisan eytha. Dia mendongak. Matanya bertembung dengan sinar lembut mata zaliff.
‘baby, kita balik ye? Tak elok meratapi orang yg dah mati. Nanti dia tak tenang di sana. Jom ikut zaliff. Kita bina hidup baru jauh dari sini. Tak ada papa, tak ada sesiapa. Hanya kita berdua.’ Zaliff bersuara lembut. Ingin memujuk hati yang tengah rawan itu. Dia telah mendengar semua luahan hati eytha. Benarlah dugaannya, eytha terlalu memendam perasaan.
‘kau buat apa kat sini? Kedatangan kau tak di alu-alukan di sini. Aku tak suka kau injakkan kaki kau di tempat abang aku.’
‘zaliff datang nak bawa baby balik. Jom..’ zaliff menghulurkan tangannya. Eytha hanya memandang sepi tanpa menyambut huluran tersebut.
‘apa mimpi kau baik sangat kat aku ni? Nak perangkap aku pula ke? Kenapa kau tak pergi berambus lagi dari sini? Aku tak perlukan kau la. Aku lebih suka kau takde, lebih tenteram hidup aku.’ Eytha berdiri menentang mata zaliff. Zaliff mengeluh melihat kedegilan eytha. Qisham dan eytha adik beradik kandung, tapi mempunyai perangai yg berbeza. Qisham lebih ke arah kelembutan, manakala eytha lebih keras. Ibarat tertukar jasad.
‘jangan la degil baby, zaliff dah dengar semuanya. Zaliff minta maaf ye? Zaliff tak sedar zaliff dah berubah. Lepas ni zaliff akan layan baby macam qisham layan baby.’
‘jangan kau perasan nak ganti tempat abang aku.’ eytha mencemuh.
‘aku tak ada niat pun nak ganti tempat qisham di hati kau. Aku tau, tempat itu tak ada galang gantinya.’ Zaliff mengikut rentak percakapan eytha. Mereka ber’aku’ ‘engkau’ semula.
‘pergilah zaliff, aku tak ingin menatap muka kau lagi. Kau lelaki yg tak punya pendirian. Sekali aku membenci, selamanya akan ku benci. Lelaki seperti kau banyak bersepah di dunia ni. Kita tak punya urusan lagi. Segalanya telah selesai.’ Eytha membuka langkah meninggalkan tanah perkuburan itu. Sejenak dia berhenti, menoleh ke pusara insan tersayang.
‘abang, baby pergi dulu. Baby akan datang balik. Tunggu baby ye?’ baby meneruskan langkah bersama kesuraman di wajahnya. Tiada lagi seri di wajah comel itu. Senyumannya telah lama mati. Lesung pipit tidak lagi kelihatan mengiringi senyuman yang bisa mencairkan hati jejaka yg melihat. Kegembiraan eytha telah lama berkubur bersama terkambusnya jasad qisham. Keceriaannya telah lama hilang sejak qisham pergi menghadap ilahi.
Semakin lama, bayang eytha semakin menghilang. Zaliff menghadap pusara qisham. Terdiam sejenak mengumpul kekuatan sebelum memulakan bicara.
‘aku gagal qis. Aku gagal dalam menjalankan amanah kau dan aku jua gagal dalam menjalani hidup ini. Kini aku tau kenapa kau jatuh cinta kepada anggrita kerana aku jua telah jatuh cinta kepadanya. Kalau dulu aku hampir mengamuk bila kau memutuskan hubungan kita, kini aku jua ingin melakukan benda yg sama kerana aku gagal mempertahankan percintaan ku bersama seorang gadis yg kita cintai bersama. Orang yg sama qis, Cuma aku telah berjaya menakluki dirinya dan yg lebih penting, aku telah berjaya meraih cinta anggrita yg tak pernah kau miliki. Aku tak ingin bermegah atau mahu menunjuk-nunjuk pada mu, aku Cuma ingin mengatakan bahawa aku telah terperangkap dalam perangkap yg aku cipta sendiri. Aku tak tau apa yg harus lakukan sekarang ni. Anggrita telah mengandungkan anak ku qis. Tapi aku telah lari dari tanggungjawab itu kerana dendam. Aku ingin berpatah balik tapi macam mana dengan eytha? Aku telah menanam benih-benih dendam di dalam hatinya. Kini dia telah membenci aku dan juga anggrita. Aku tak salahkan eytha kerana anggrita bukanlah wanita yg baik untuk menjadi temannya. Tapi qis, sejak anggrita bersama ku, dia telah berubah menjadi wanita yg lebih baik. Ingin ku khabarkan berita ini kepada eytha tapi dia telah terlanjur membenci anggrita. Semua ini salah ku qis. Ampunilah kekhilafan ku. Aku telah menjebak eytha ke dalam api dendam ku. Dendam yg telah bertukar menjadi cinta. Aku sepatutnya melindungi mereka tp aku gagal dalam melaksanakan semua tu.’
‘Hukumlah aku Ya Allah.. aku gagal menjadi umat Mu yg soleh. Aku ingkar dalam menjalani suruhan Mu malah aku telah mendekati bahkan mengamalkan larangan Mu. Aku tak layak menduduki syurga Mu namun aku takut akan neraka Mu.. aku hamba Mu yg serba serbi kekurangan.. andai aku meninggalkan Negara ini, dua nyawa akan menderita. Manakala andai aku menunaikan tanggungjawab itu, 1 nyawa akan meninggalkan jasadnya. Aku di dalam dilemma Ya Allah..’
************************************************** *********************
6 bulan kemudian….
Anggrita melihat langit yg terbentang luas tanpa menyedari sepasang mata melirik penuh keasyikan kepadanya. Anggrita hanyut dalam lamunannya yg tak berpenghujung. Angin yg bertiup menerbangkan bau harum dari rambutnya yg terurai mengikut rentak angin laut. Pemilik mata itu perlahan-lahan melangkah menghampiri anggrita yg tidak menyedari kehadirannya.
‘mengelamun jauh nampak.. ingat orang yg tersayang ke?’ zaliff memecah tembok kebisuan antara mereka. Anggrita yg baru menyadari kehadiran seseorang di sisinya, lantas menoleh. Matanya terpaku menatap wajah yg di rindui. Mimpi indahnya sering di temani wajah indah nan satu itu. Dia bagaikan bermimpi dapat mendengar suara garau yg cukup untuk mengetarkan seluruh tubuhnya. Wajah itulah yg menjadi kekuatan pada saat dia menderita. Dia tidak pernah membenci wajah itu walaupun wajah itu telah merobek tangkai hatinya.
‘I bukan hantu la.. kenapa ni? Terkejut nampak I ye?’ zaliff ketawa kecil. Tidak menyangka, kehadirannya di pantai ini bakal menemukan mereka kembali. Wajah anggrita di tatap sepuas hati bagai menumpahkan seluruh kerinduan setelah berbulan-bulan tidak bertemu. Wajah sendu itu di tatap lagi. Kau semakin comel sayang ku.. chubby.. I like it.. zaliff berkata-kata di dalam hati. Perlahan namun pasti, zaliff memandang perut anggrita yg kelihatan menonjol sedikit. Hmm perut sayang pun dah nampak.. apa khabar baby kita ye? Boy or girl? Ingin sahaja kata-kata itu keluar dari mulut zaliff, tapi apabila melihat anggrita hanya terpaku, zaliff diam.
Anggrita menjamah wajah zaliff. Pipi, mata, hidung dan akhir sekali, bibir zaliff. Jemarinya terhenti di situ. air Matanya bergenang apabila mengetahui dia tidak bermimpi. Dia menjauhkan diri. Tidak mampu untuk berdepan dengan situasi ini. Anggrita memejam mata. Setitis, dua titis dan akhirnya air matanya membasahi pipinya yg gebu. Mata yg terpejam celik bila anggrita merasakan tubuhnya di peluk dari belakang. Bahunya yg terdedah di cium lembut.
‘ssshhh… jangan nangis lagi ye..’ zaliff berkata lembut.
‘kenapa?’ anggrita menyoal,
‘kenapa apa?’ zaliff balas menyoal.
‘kenapa sekarang?’ zaliff melonggarkan pelukannya. Memberi ruang kepada gadis itu untuk menatap wajahnya. Hatinya sayu melihat wajah yg di basahi air mata itu. I’m sorry sayang..
‘kenapa sekarang abang muncul setelah berbulan-bulan lamanya grit menanti? Kenapa sekarang abang kembali setelah grit menemui kekuatan untuk hidup bersendirian?
Kenapa tak dari dulu lagi? Kenapa abang kejam sangat buat grit macam ni? Kenapa bang?’ Anggrita bertalu-talu menyoal zaliff yg terpaku mendapat hujanan soalan anggrita. Bibirnya bergerak-gerak mahu menuturkan sesuatu tetapi dia merasakan sesuatu menyekat di kerongkongnya. Lama zaliff mendiam. Anggrita sebal. Sedihnya telah bertukar menjadi amarah.
‘GO!!!’ anggrita menolak kuat tubuh zaliff. Hatinya sakit melihat sikap pengecut zaliff. Lelaki yg di harapkan rupanya adalah seorang lelaki yg tidak punya keberanian.
‘sayang, please listen to me. Don’t treat me like this. I have reason, sayang.’ Zaliff mendekati anggrita. Jemari anggrita di capai lalu d kucup. Anggrita menarik jemarinya dari cengkaman zaliff.
‘jangan la macam ni. Buruk la muka sayang kalau merajuk. Masam sangat. Nanti baby dalam perut tu ikut muka bunda dia, masam.’ Anggrita menarik muka cemberut. Hatinya mendongkol marah.
‘enough bang. Grit dah penat. Penat dengan perangai abang. Penat dengan semua ni. It’s ok andai abang tak nak jawab soalan grit. Lagi pun grit tak pernah salahkan abang apatah lagi membenci abang. Sekarang ni, grit nak bina hidup baru tanpa menoleh ke belakang lagi. Past is past, right? Abang pun binalah hidup baru abang. Grit takkan menunggu abang lagi. Cukuplah apa yg grit tanggung selama ni. Penderitaan mengajar seseorang itu erti kematangan. Lagi pun grit dah 21 tahun. Grit masih ingat lagi kata-kata abang, tidak akan kamu berasa gundah walaupun sekali, andai kamu tahu apa yg di cari. Sekarang grit tahu apa yg grit cari bang, dan grit harap abang pun macam tu.’ Anggrita berkata perlahan. Andai di pantai ini pertemuan itu bermula, seharusnya di pantai ini pertemuan itu harus berakhir. Biarlah pantai ini menjadi saksi bisu perpisahan antara mereka berdua. Pergilah sayang ku, kejarlah impian mu. Abang akan tetap bertahta di hati grit sampai bila-bila. Anggrita berkata di dalam hati.
‘no sayang. Bukan ni yg i impikan.’ Apa yg aku merepek ni? Oh god, aku tak rancang pun untuk bertemu anggrita saat ni.
‘tanya hati abang, adakah abang benar-benar mengharap pertemuan kita ni? Abang nampak sangat tak ikhlas. Grit kenal abang tak la lama sangat, tapi grit tetap tahu sedikit sebanyak tentang abang.’
‘I don’t know.’ Zaliff bungkam. Anggrita ketawa kecil. Tampak manis. Zaliff terkesima. Untuk kesekian kalinya hatinya terpaut. So sweet.. u look gorgeous sweetheart.. sayangnya aku tak punya kekuatan untuk mendampingi mu.. walau cinta ku seluas lautan, walau sayang ku seindah lembayung senja, namun aku tak mampu sayang.. aku kini telah di miliki..
‘why you’re laughing sayang? Am I look silly in your eyes?’
‘no dear.. you look so and very silly. You’re coward. Try to be in my place. How’s your feel? Ashamed?’ anggrita ketawa sinis.
‘don’t say it sayang. I love you, I need you. Please give a chance to prove my love. Our baby need us. Please sayang, do this for our baby.’ Anggrita menggelengkan kepalanya.
‘our baby? Us? There is no our or us between you and me also my baby. What else bang? Long time ago until now, only me bang. Now and forever, only me. We still can breathe without you.’ Ya Allah, hati ku terluka lagi.
‘sayang, please.. jangan macam ni sayang. Look into my eyes. You can see how I love you, how much I need you.’ Zaliff mendongakkan wajah anggrita yg tertunduk. Matanya menyapu mata anggrita yg terpejam.
‘open your eyes sayang.’ Zaliff mengucup kedua-dua mata anggrita. Serasa dunia ini milik mereka berdua. Anggrita mendakap zaliff erat. Tak ingin di lepaskan lagi. Dia menumpahkan seluruh kesedihannya di dada zaliff. Seakan seluruh penderitaan yg di tanggung selama ini ingin di kongsi bersama. Kepedihan di sisihkan masyarakat sekeliling masih terasa. Segala penghinaan hanya mampu di dengari tanpa membalas. Keperitan di awal kehamilan terbayang. Semuanya di tanggung sendiri. Betapa beban yg di tanggung ibarat terlepas saat pelukan mereka bertaut. Dia dapat merasakan jemari zaliff meraba perutnya yg membusung indah. Kasihnya tertumpah di situ. Dia bahagia zaliff menyayangi anak mereka.
‘baby boy or girl?’ zaliff berbisik perlahan.
‘tak tau lagi. Grit tak berani nak check.’ Anggrita berkata manja.
‘nanti kita check sama-sama ye? I will be there with you. Sayang, I love you, really love you. I’m sorry for what I’ve done to you and our baby. I love you and always love you. Jaga anak kita baik-baik ye?’ zaliff meembisikkan kata-kata cinta di telinga anggrita. Anggrita tersentak mendengar ayat akhir zaliff.
‘just me? How about you?’
‘sayang, I tak boleh selalu di sisi you sekarang ni sebab….’ Belum sempat zaliff menyudahkan kata-katanya, kelihatan seorang wanita menghampiri mereka. Zaliff lantas meleraikan pelukannya lalu memaniskan wajah melihat kedatangan wanita tersebut. Anggrita melihat perut wanita itu. Sama sepertinya Cuma perut wanita kelihatan lebih besar lagi. Anggrita memandang sayu wajah zaliff minta jawapan. Apa semua ni bang?apa yg abang cuba rancang lagi? Tak cukupkah menyakiti hati grit?
‘zaliff, siapa perempuan ni? Kekasih you ke?’ wanita itu memandang anggrita seolah-olah memandang sesuatu yg menjijikkan.
‘kenalkan, ini haleeda, my wife. And haleeda, this is anggrita, my friend.’ Zaliff bersuara perlahan saat mengenalkan mereka berdua. Air muka anggrita berubah saat mendengar kata-kata zalif. Untuk kesekian kalinya, hatinya di lukai. Tiada salam yg di hulurkan baik dari pihak anggrita mahupun haleeda. Ibarat telah tersemat sesuatu di hati masing-masing. Perkenalan yg terlalu singkat namun telah meninggalkan kesan yg amat mendalam di hati masing-masing. Haleeda menjeling anggrita. Huh! Bencinya tengok perempuan ni. Kenapa la dia cantik sangat. Zaliff ni pun satu, dah ada bini tu buat la cara ada bini. Ni tak, sempat lagi nak menggatal.
‘so. Kami dah kenal, buat apa lagi kita kat sini? Jom la balik, panas la kat sini.’ Haleeda menarik zaliff beredar dari tempat tersebut. Anggrita hanya mampu melihat dengan hati yg terluka.
‘this is my card, anything just call.’ Zaliff memberikan anggrita kadnya.
‘I love you. I’ll call you tonight. The same number right?’ zaliff bersuara perlahan takut di dengari haleeda yg sedang bercekak pinggang. Selepas memberikan kad tersebut, dia terus berlalu meninggalkan anggrita.
‘apa lagi yg di bualkan tu? Cepat la sikit. Terhegeh-hegeh.’ Haleeda bersuara keras. Ish perempuan ni, aku sepak karang. Kalau muka tu cantik sangat takpe la jugak. Buat sakit mata memandang je. Anggrita menyumpah-yumpah di dalam hati. Dia memandang kad yg di berikan zaliff. Memandang penuh sayu. Wife? Setitik air matanya jatuh di atas kad itu. I’ll wait zaliff. I need your explaination. Saat malam melabuhkan tirainya, anggrita perlahan-lahan meninggalkan pantai yg penuh dengan berjuta kenangan itu.
************************************************** **********************
Haleeda mengamuk sakan apabila tiba di banglo mereka. Banglo itu adalah hadiah daddynya sempena perkahwinannya dan zaliff. Perkahwinan yg terpaksa dari pihak zaliff kerana saat mereka di ijab kabulkan, dia telah mengandung 6 bulan. Daddynya telah menggunakan pengaruhnya mencari jodoh untuk menutup malu akibat perbuatan tidak bermoral haleeda. Dia menggunakan kuasa wang dengan menjadi business partner ayah zaliff yang sememangnya tamak harta hingga sanggup menggadaikan masa depan anak sendiri. Sungguhpun keluarga zaliff dari golongan berada, namun mereka tidak pernah puas dengan harta yg mereka telah miliki. Mereka percaya, perkahwinan itu dapat menambah lagi harta mereka memandangkan haleeda adalah anak tunggal tan sri toyib. Perkahwinan yg telah pun menjangkau usia 3 bulan itu sering sahaja di hujani dengan pertengkaran. Yang akhirnya mengalah adalah zaliff. Dia tidak ingin mengganggu emosi haleeda yg tengah sarat mengandung.
‘kenapa dengan you ni eda? Tak boleh ke dalam sehari tu you tak mengamuk? I bosan la terus-terusan macam ni. I suami you, hormat la kat I sikit. Telinga I ni rasanya belum pekak lagi.’ Zaliff menjerkah geram. Haleeda merenung bengis.
‘ooo.. suami ye? Selama ni you penah tak anggap I ni wife you? Nama je tinggal sebumbung tapi bilik berasingan. I sunyi tau tak. Tiap malam I rasa dingin, berharap you boleh memanaskan badan I tapi you asyik dengan dunia you. I ni you nak pandang sebelah mata pun you tak sudi. I tak cukup cantik untuk you ke?’
‘memang tak cantik pun. I jijik nak sentuh badan you. Entah dah berapa banyak lelaki yg dah tidur dengan you. I tak suka bekas orang lain. You nak tau tak, you tu langsung tak menarik, Cuma harta you je menarik minat keluarga I. muka macam you ni, berlambak kat luar sana. I takkan terima perempuan macam you eda. Hanya orang buta macam keluarga I je akan terima you. I? so sorry. Hati I bukan untuk you Kerana hati I dah terisi untuk orang lain.’ Zaliff meninggalkan haleeda yg terpaku dengan mata terbeliak.
‘you tak pernah cintakan I ke walau sekelumit pun? Tak pernahkah terlintas di hati you untuk mencintai I, zaliff?’ hilang kebengisan pada suara itu.
‘never.’ Tanpa menoleh, zaliff membalas pertanyaan haleeda.
‘tapi I cintakan you zaliff. Sejak kita masih kecil lagi.’ Haleeda bersuara sayu. Hilang segala ego yg menduduki hati selama ini. Sangkanya, dia akan dapat memiliki hati lelaki tersebut dengan memerangkap zaliff di dalam perkahwinan mereka. Rancangan yg di atur selama ini hanyalah sia-sia. Dia sengaja hamil dan menggesa daddynya mengahwinkan dia dengan zaliff kerana dia yakin daddynya akan bersetuju kerana daddynya adalah seorang yg sangat mementingkan maruah. Dia sengaja menyuruh daddynya memilih zaliff kerana dia yakin keluarga zaliff akan bersetuju memandangkan keluarga zaliff sememangnya sangat tamak.
‘cinta takkan menjadi indah andai satu pihak sahaja yg bertepuk haleeda. There’s need two person to tango. Andai salah satunya tiada, maka tarian itu akan menjadi sumbang. You cannot force me to loved you. My heart belongs to someone.’
‘I will force it zaliff. Kalu you taknak bertepuk dengan cara rela, I akan paksa you walau dengan apa cara sekali pun. You akan bertepuk dengan I zaliff. I tak pernah kalah. Apa yg I nak, I pasti akan dapat. Ingat tu zaliff. I akan pastikan you jatuh dalam tangan I like I did before. Hahahaha!’ haleeda ketawa terbahak-bahak. Zaliff terkejut mendengar ungkapan haleeda.
‘like I did before? Apa yg you dah buat hah?’ zaliff memegang bahu haleeda dengan kasar. Haleeda menyeringai kesakitan.
‘sakitlah bodoh!’ haleeda meronta-ronta minta di lepaskan.
‘ulang balik apa yg you cakap td!’ zaliff melepaskan cengkaman. Haleeda meramas bahunya yg sakit.
‘sakitlah bodoh’ haleeda mengulang kembali.
‘bukan yg tu la bangang!’ zaliff menjerkah haleeda balik.
‘ewah.. pantang aku kena kutuk oleh laki tau tak!’ haleeda menujah-nujah kepala zaliff dengan jari telunjuknya. Hati zaliff panas.
‘PAAAANGGG!!’ satu tamparan hinggap di pipi haleeda.
‘kurang ajar!’ zaliff mencemuh. Haleeda mengusap pipinya yg kemerahan.
‘daddy I pun tak pernah tampar I, inikan pula you. How dare you.’
‘baguslah kalau macam tu. Kalau daday tak pandai nak ajar you hormat orang lain, biar I yg ajarkan. You ni memang tak tau hormat orang lain. I’m your husband tapi kau layan I selama ni macam la I ni khadam you. Ingat sikit, I ni suami. Talak kat tangan I. nasib baik agama melarang I ceraikan you saat you hamil, kalau tak, dah lama I treat in you ni. Jangan cabar I eda. You belum tahu lagi apa yg mampu I lakukan.’
‘you ugut I zaliff?’
‘I sekadar mengingatkan you je. Jangan suka memperlekehkan orang lain kalau you tak tahu keupayaan orang tersebut.’
‘I tahu zaliff, perempuan tadi sangat bermakna kat you kn? You ingat I ni buta tak nampak sandiwara you tadi? No zaliff. I takkan serahkan you kat perempuan tu. Better you carefull. No, bukan you tapi perempuan tu. kalau you tak takut pada I, you takutlah kepada duit I. I boleh buat apa je asalkan duit I jadi sandaran. Perempuan tu akan menderita kerana cuba merampas sesuatu milik i.’
‘I’m not yours eda.’
‘you’re mine zaliff. Forever.’ Zaliff mencengkam kembali bahu haleeda. Kali ini haleeda tidak meronta. Dia diam tidak berkutik.
‘kalau ada sesuatu terjadi kepada anggrita, you akan menyesal mengenali I eda.’
‘cabar I zaliff. You pun tahu I mampu buat apa yg I mahu, kan? Jangan jadi bodoh zaliff. Daddy ada banyak pengaruh. Kami boleh susahkan hidup perempuan tu bila-bila masa. Kalau aku dapat tahu kau menghubungi perempuan tu, aku janji akan pastikan hidup dia menderita sehingga dia tak sanggup nak hidup kat dunia ni.’ Haleeda melepaskan diri setelah merasakan cengkaman tangan zaliff mengendur. Niat ingin menemui anggrita termati mendengar ugutan haleeda. Haleeda melangkah meninggalkan zaliff dengan sebuah senyum kemenangan di bibir. Ini baru permulaan zaliff. Tak lama lagi, ia pasti akan menjadi satu keseronokan buat diriku.
Zaliff terkaku. Maafkan aku sayangku. Aku tak sanggup menyeret kau ke lembah yg lebih derita lagi. Aku harus melindungi mu walau aku terpaksa kehilangan mu.
************************************************** **********************
Anggrita menatap telefonnya. Dia telah menunggu sekian lama namun zaliff tidak menghubunginya. Dia cuba mendail nombor yg tertera dalam kad yg di berikan zaliff, namun hampa, nombor itu tak dapat di hubungi. Anggrita mengeluh. Dia dapat merasakan zaliff tidak akan menemuinya lagi. Harapannya telah musnah. Anggrita bangkit. Dia mengemas semua pakaiannya. Aku harus pergi dari tempat ini. Di sini, tak ada sesiapa yg menunggu ku lagi. Zaliff, aku tak akan mengharap kau kembali lagi. Cukuplah selama ini aku menjadi penunggu setia mu. Bahagiakanlah isteri dan anakmu. Ternyata selama ini hamya aku yg setia sedangkan kau telah memiliki orang lain. Aku hanyalah bonekamu saat kau kesepian.. pergilah zaliff ku, bawalah derita ini bersamamu. Aku tak akan menoleh ke belakang lagi, aku tak akan menumpahkan air mata ku kerana seorang lelaki seperti mu. Eytha, benar kata mu dulu. zaliff hanya meninginkan tubuh ku. Aku telah melakukan kesilapan mempermainkan perasaan qisham, kini aku telah sedar eyhta. Andai kita di pertemulan, aku ingin memohon maaf kepada mu juga kepada qisham. Ya Allah, temukanlah aku dengan eytha. Lembutkanlah hatinya menerima aku kembali. Anggrita berdoa di dalam hati.
************************************************** **********************
‘haaa..chuihh!’ eytha terbersin. Minuman yg berada di mulutnya terhambur keluar. Eytha memandang kerusi di hadapannya. Tawanya pecah melihat senyuman sumbing di wajah ikhwan.
‘hahahaha.. sorry bang wan, tak sengaja. Aku tak sempat nak landing tempat lain tadi.’ Eytha memberikan tisu kepada ikhwan. Ikhwan menyambut dengan kasar.
‘lain kali kalau nak landing tu tempat lain la. Habis muka aku basah tau tak. Nasib baik aku tak pakai bedak, kalau aku pakai tadi, rosak bedak aku. anak sapa la yg bijak sangat sebut nama kau masa kau tengah minum ni. Kecik-kecik taknak mati, dah besar menyusahkan orang.’ Ikhwan membebel mengalahkan burung murai tercabut ekor.
‘alahai kiut nya bang wan kalau membebel. Mulut bang wan tu macam manis je aku tengok. Macam aku nak cium-cium je.’ Eytha mengacah-acah ikhwan.
‘eh..eh..eh.. minah sorang ni. Macam mana kau tau mulut aku manis? Kau pernah rasa ye?’ ikhwan menaikkan keningnya. Eytha tersedak untuk kedua kalinya. Tepat di wajah ikhwan.
‘kau ni ada masalah ke eytha? Cari la tempat lain kalau nak landing. Sial betul aku mlm ni. Dua kali kena sembur. Nasib baik kau ni cantik, kalau tak, dah lama aku back hand tau. Bak sini tisu.’
‘hah tu hadiah bang wan sebab menggatal kat aku. padan muka. Nasib baik aku tengah minum, kalau aku tengah makan tadi tak ke naya.’ Eytha menahan senyum. Hatinya tertanya-tanya siapakah yg telah menyebut namanya tadi sehingga menyebabkan ikhwan mendapat hadiah istimewa darinya. Zaliff kot tp dia kan dah kahwin dengan betina sundal tu. mustahillah. Mungkinkah… anggrita? Lama dia tidak mengenal khabar gadis tersebut. Seperti anggrita, dia juga membawa diri ke tempat lain. Namun sedikit sebanyak dia mendapat khabar mengenai zaliff kerana lelaki itu kerap emnghubunginya walaupun dia tidak melayan. Hanya melalui ikhwan zaliff mendengar khabar berita mengenai eytha itu pun tanpa pengetahuan eytha. Ihkwan adalah sahabat akrab qisham. Saat eytha terumbang ambing, dia telah menemui ikhwan dan menumpang tinggal di rumah lelaki tersebut. Melihat layanan ikhwan dan keluarganya, Tanpa paksaan, dia menceritakan semua yg berlaku dalam hidupnya. Juga peristiwa papanya yg cuba merogol dia dahulu. Ikhwan bersimpati kerana dia juga telah lama mengenali gadis tersebut. Qisham selalu membawa eytha bersama saat mereka ingin bertemu. Baginya, eytha seperti adik sendiri memandangkan dia tidak punya adik perempuan. Saat pengebumian qisham, dia tidak dapat hadir kerana waktu itu dia menjalani kursus di luar Negara. Dia kesal dengan tindakan qisham namun dia tak mampu berbuat apa-apa kerana waktu itu dia sudah terlambat.
Ikhwan lama memerhati eytha yg jauh mengelamun. Seakan gadis itu lupa akan keadaan sekeliling. Lupa akan kehadirannya. Ketawa riang gadis itu tidak kedengaran lagi. Kau terlalu berdendam dan memendam perasaan eytha. Kedinginan mu itu menutup kemanisan di wajahmu. Benarlah kata zaliff, payah untuk melihat lesung pipit mu itu muncul setelah pemergian qisham. Gadis manis, kau telah mensia-siakan kebahagiaanmu. Lihatlah di sekelilingmu, ada banyak perkara yg dapat kau lakukan untuk menghilangkan penderitaan mu itu. Ikhwan menunjuk dirinya..heheheh
‘dah sampai kemana kau ni? Sampai Pluto ke?’ ikhwan menepuk bahu eytha. Eytha tersedar dari lamunannya.
‘hah! Apa bang wan cakap tadi?’ eytha membuat lagak selamba.
‘apa yg kau menungkan?’ ikhwan bersuara perlahan. Memerhati lama wajah cute di hadapannnya.
‘hmm.. berat masalah eytha ni bang wan.’ Eytha membuat muka sedih.
‘apa?’
‘bila la bang wan ni kahwin.. hahahaha’ eytha ketawa kerana berjaya mengenakan ikhwan. Muka ikhwan berubah kelat. Dia merasa di permainkan.
‘eh minah ni, suka sangat kenakan orang. Meh sini aku sekeh kepala tu.’ ikhwan menarik lengan eytha lantas menyekeh apabila mendapat peluang. Ikhwan tertawa puas bila berjaya mengenakan eytha.
‘ish abang ni, sakit la. Abang ingat sedap ke kena sekeh kepala ni?’ eytha mengusap kepalanya yg telah berjaya di sekeh ikhwan. Dia menarik muncung.
‘buruknya rupa orang tua tu merajuk. Mak mentua lalu pun tak hingin nak buat menantu tau. Siapa la yg malang tu.’ ikhwan ketawa besar. Suasana malam bertukar meriah dengan ketawa ikhwan.
‘ketawa mengalahkan pontianak.’ Eytha mengomel.
‘macam la berani sangat. Eh minah, malam ni kita berdua je tau kat rumah. Orang lain takde. Karang pontianak kacau kau tido, jangan ketuk pintu bilik aku.’
‘tolong sikit eh? Ini eytha la. E.Y.T.H.A. pontianak pun takut nak dekat.’ Sejurus eytha menghabiskan ayatnya, satu suara nyaring menjerit kedengaran. Eytha yg tidak menjangka semua itu, terjerit ketakutan.
‘MAKKKK!!’ Dia melompat mendapatkan ikhwan.
‘hahahaha… itu bunyi mesej aku la minah. Tadi bukan main temberang, sekarang siapa yg melompat dekat aku ni?’ ikhwan ketawa terbahak-bahak. Eytha yg tersedar, malu sendiri.
‘ish bang wan ni. Takde ringtone lain ke nak letak hah? Buat orang suspend je.’ Eytha mencover malu.
‘tu la, jangan berani sangat.’
‘orang acting jelah.’ Eytha tidak mahu mengalah. Tiba-tiba kedengaran bunyi guruh berdentum. Bingit telinga mendengarnya. Eytha dan ikhwan menjerit bersama.
‘hish terbang semangat aku. jom la minah, kita masuk rumah. Nampaknya hujan lebat malam ni. Sejuk la nanti. Sejuk-sejuk macam tu best kalau dapat memeluk orang. Jangan kunci bilik ye nanti? Dapat jugak aku peluk kau.’ Ikhwan mengenyit mata. Eytha menjelirkan lidahnya.
‘gatal. in your dream jelah bang wan oooiii’ eytha lantas meninggalkan ikhwan memasuki rumah. Ikhwan hanya ketawa terbahak-bahak. Niatnya mengenakan eytha berjaya. Dia mengeleng perlahan-lahan lalu mengambil cawan yg di gunakan tadi lalu menapak memasuki rumah mengikut langkah eytha.
************************************************** **********************
Ikhwan membuka mata. Telinganya sayup-sayup mendengar tangisan seseorang. Dia menajamkan pendengaran. Maklumlah, hujan lebat di luar sana. Sah! Sememangnya dia mendengar suara orang menangis. Ikhwan bangun dan menekan suis lampu. Matanya masih mengantuk namun di paksa juga untuk celik. Dia menuju ke bilik eytha kerana dia mendengar tangisan dari bilik itu.
‘papa, jangan la buat baby macam ni. Tolonglah papa. Baby merayu. Babykan anak papa. Papa tak sayang baby lagi ke?’ mendayu-dayu eytha menangis. Sah! Dia mengigau lagi. Macam mana aku boleh lupa dia tak boleh tidur sorang-sorang masa hujan ni? Ikhwan membuka pintu eytha. Tidak berkunci. Ini ternyata tidak menyukarkan ikhwan untuk menceroboh masuk. Ikhwan menghidupkan lampu bilik eytha lalu Ikhwan menghampiri katil eytha. Kelihatan wajah eytha basah oleh peluh dan air mata. Ngeri sungguhkah mimpi yang kau alami sayang?sayang?bila masa pula aku sayang dia ni?
‘eytha, bangun. Eytha mengigau ni. Bangun sayang’ sayang lagi? Sah aku memang mengigau sama ni. Ikhwan menjamah bahu eytha namun eytha menepis tangannya. Laah, main kasar nampak. dia ingat aku ni papa dia agaknya.
‘jangan sentuh baby. Paaa, papa tak sayang baby lagi ke? Jangan buat baby macam ni pa.’ ikhwan tersentuh mendengar rayuan gadis itu. Dia memegang kejap bahu eytha lalu mengoncang dengan lebih kuat. Eytha tersedar. Apabila mendapati wajah di hadapannya ialah ikhwan dan bukan papanya, eytha menghambur ke pelukan lelaki tersebut. Dia menghamburkan tangis. Seolah mendapat perlindungan di balik dada ikhwan. Ikhwan terkaku. Jantungnya berdebar-debar dan dia sendiri tidak tahu mengapa. Dia dapat merasakan sesuatu mengalir di dalam tubuhnya namun dia tetap tidak dapat mengenal pasti apakah benda tersebut. Perlahan, dia membalas pelukan eytha.
‘jangan takut ye, abang wan ada kat sini.’ Pertama kali dalam hidupnya, ikhwan membahasakan dirinya abang terhadap gadis itu. Dan pertama kali dalam hidupnya, dia merasakan dua perasaan aneh yg wujud di dalam dirinya. Setelah mengenalpasti pembolehubah-pembolehubah yg wujud itu, dia membuat kesimpulan bahawa,
1: dia telah jatuh cinta, dan
2: sebagai lelaki normal, dia tidak dapat menolak perasaan yg wujud apabila bersentuhan dengan tubuh wanita.
Namun pembolehubah yg kedua itu dia cuba elakkan kerana situasi sekarang tidak mengizinkan dia berbuat demikian. Lagi pula, dia masih berpegang kepada agama yg di ajarkan oleh kedua orang tuanya. Tapi yg pasti, dia tidak akan membiarkan kedua-dua pembolehubah itu hilang terutama sekali pembolehubah yg pertama kerana dia telah berjanji, baru sebentar tadi, dia akan memiliki gadis yg berada di dalam pelukannya ini secepat yg mungkin. Heheheh
zahra
06-18-2009, 10:27 AM
:)pop ble nk smbung..best la cite ni..zahra ske lgu hanya pdmu..t'igt arwah bf zahra..die smpat bg lirik lagu hanya pdmu kt zahra..mlm sblm arwah g..hmmm sdh plk rse..
mawar putih
06-18-2009, 03:42 PM
cpt2 smbung au pop...
mawar excited nih...
ehiks ehiks ;));));))
wow...lagu tema ftc tu...;))
nk kna sambung gak kew?:-":-"
klu x sambung, xleh kew?
ok, give me 1 day 2 continue..
x pn 1 month hahaha
mmg nk sambung pn, skrg ni tgh menulis sambungan dia,,
wait yea..
2 pn klu sggp menunggu n bca ceta ni..
pe pn, thanks..
zahra
06-19-2009, 08:58 AM
hmm..mstila sggup tggu pop..tp jgn lme sgt eh..xsbr nk tggu cntinue nye..:D
Eytha mengeliat kecil. Menutup mulut yg ternganga luas kerana menguap sebentar tadi. Huuu blh tahan bau air liur basi aku ni.. hehehe.. eytha ketawa kecil. Tangannya di letakkan di sebelah kanan katilnya. Kerasnya bantal ni.. batu ke bantal ni? Ikhwan yg merasa terganggu tidurnya membuka mata. Siapa la yg kacau aku tido ni? Tak boleh tengok orang senang sikit, mula la nak mengacau. Ada jugak yg kena back hand ni karang. Eytha menoleh ke sebelah. Matanya terpaku menentang mata ikhwan yg terbeliak. Mereka berdua bingkas bangun.
‘apa bang wan buat kat bilik eytha ni?’ eytha mencekak pinggang. Matanya buntang melihat ikhwan yg terkulat-kulat memandangnya. Ikhwan menjana minda yg tersekat beberapa minit tadi. Apa aku buat kat sini ye? Semalam elok-elok aku tido dalam bilik. Kejap-kejap.. oh my god! Takkan aku berjalan masa tido. Impossible. Ikhwan mengeleng-gelengkan kepalanya.
‘apa geleng-geleng kepala? Dah la tido kat bilik orang’ eytha mencerlungkan biji matanya. Hek’eleh ingat aku takut ke? Tak malu betul la minah ni, dah la belum cuci muka, rambut berserabai. Tak hingin aku nak buat bini. Ikhwan membebel di dalam hati.
‘hey tambi.. semalam kan ujan lebat. Jadi aku menumpang tido la kat bilik kau ni. Tu pn nak kecoh. Bukan ada yg kurang pun.’ Wait.. hujan.. adusss macam mana aku boleh lupa ni.. kan semalam budak tak cukup umur ni mengigau. Pas tu aku masuk bilik dia. Then aku tertidur di sini. Alahaiiii dah tua aku ni. Benda kecik macam ni pun boleh lupa. Nasib baik belum kawin. Kalau dah kawin agaknya bini sendiri pun aku lupa. Ikhwan ketawa kecil. Eytha yg melihat kelakuan ikhwan bertambah baran. Nak kena betul la mamat ni. Soalan aku dah la belum di jawabnya, boleh pula dia tersengih-sengih macam beruk dapat gula-gula kat situ. Ni yg buat temperature aku meningkat naik. Jagalah kau mamat. Eytha menghayun penumbuk tepat mengenai mata ikhwan. Ikhwan yg tidak menjangka tumbukan padu eytha tersungkur. Matanya berpinar-pinar. Waaah aku nampak bintang laa.. ikhwan tersenyum sumbing. Eytha bertambah hairan. Tak cukup padu ke penumbuk aku tadi? Eytha melihat buku limanya yg kemerahan lalu menghampiri ikhwan. Di belek-belek mata ikhwan yg membiru dan bengkak. Cantikk.. ada pun tanda peninggalan aku kat muka mamat belum akil baligh ni. Eytha menekan bengkak di mata ikhwan.
‘adoii.. sakit la bangang. Kau pernah rasa kena tumbuk ke hah? Sakit tau tak. Ni kalau girlfriend aku nampak, kena cerai la aku talak 3. aduh, tiga hari tiga malam aku tak keluar rumah ni.’ Ikhwan duduk di sebelah eytha sambil menutup matanya dengan tangan sebelah kiri. Reject nak buat girlfriend dia ni. Muka aku yg cute ni pun dia nak tumbuk.
‘Siapa la yg malang tu?’ eytha mengejek.
‘kau lah, siapa lagi.’
‘sorry, tak berminat. Akil baligh pun belum ada hati nak mengorat. Dah la tu, sesuka hati masuk bilik orang. Tak senonoh betul.’
‘aku masuk bilik kau bersebab tau. Semalam kau mengigau bagai nak rak, siap merayu-rayu lagi. Oleh sebab aku ni baik hati, aku pun tolong kejutkan kau. Tak pasal-pasal aku dapat hadiah pagi ni.’
‘lepas kejutkan tak reti cari pintu ke? Ke tak tau mana letaknya pintu kat bilik ni?’
‘dah kau peluk aku macam la aku ni cicak men, macam mana aku nak balik bilik aku? lain kali tu pikir banyak kali kalau nak mengigau.’ Ikhwan menujal-nujal kepala eytha.
‘eytha mengigau lagi?’ eytha bersuara perlahan. Wajahnya muram. Ikhwan yg mendengar terhenti menujal kepala eytha. Dia berasa kesian pula.
‘dah la tu, tak payah la pikir sangat. Bukannya kau minta pun semua tu jadi. kau sedang di uji sekarang ni. Kalau dah tak tahan, kawin jelah. Aku yakin, laki kau mampu lindungi kau dari perasaan takut tu. itulah gunanya laki. Melindungi isteri. Wanita di cipta dari tulang rusuk lelaki untuk di lindungi dan di dampingi. Bukan untuk di sakiti. Dan sebagai laki kau nanti, dia kena la memahami kau. Nak tau tak, kau ni istimewa. Cukup istimewa. Qisham beruntung mempunyai adik seperti kau. Tapi sayang, dia pergi cepat sangat. Aku pun tak sempat nak halang perbuatan dia. Kesian qisham tu. pengetahuannya tentang agama terlalu cetek.'
wow...lagu tema ftc tu...;))
ye ke? br tau ni..
zahra
06-19-2009, 03:51 PM
aduyai pop..t'gendela kew..:Dnk tnye cket..pop karang sndiri eh cite ni..besh la..dew bakat pop ni..
hehe yup.. bt sndri.. msa bt ni td, semangat gile tp tba2 ada org cari psl kt aku, suma idea ilang berterabur,, lari xtau pegi mane..
kejar munye kejar, x dpt2.. mlm ni try cri alik idea 2,,
promise!
zahra
06-19-2009, 04:50 PM
:Dhehe..xsbr nk bce continue nye..besh..nk2 plk watak eytha dgn si ikhwan ni..selamber jew dorg..
azizah al-idrus
06-20-2009, 03:09 AM
a`ahh.. pat r kontiniu.. tak sabar nehh.. pat! babab kang... hakhak
mawar putih
06-20-2009, 11:14 AM
a`ahh.. pat r kontiniu.. tak sabar nehh.. pat! babab kang... hakhak
nmpaknye pop kne smbung cpt..sbb klau x nnti cik jijah babap..
hehe;))
Eytha diam tak menyampuk pertuturan ikhwan. Selama mengenali ikhwan, dia tahu apabila lelaki ini mula berdiplomasi, sesiapa pun tidak akan mampu menepis modal yg dia perkatakan. Cuma kadang-kadang sahaja eytha akan menyampuk seandainya dia merasa apa yg di perkatakan ikhwan terlalu susah untuk di fahami. Namun kali ini hatinya terdetik ingin mendengarkan hujah ikhwan mengenai qisham.
Hatinya sayu mengenangkan abang tersayang yg sudah jauh menyimpang dari ajaran agama. Bukan salah qisham menjadi begitu. Mama dan papa tidak pernah menekankan soal agama dalam kehidupan mereka. Hari raya pun mereka tak pernah raikan. Mereka adik beradik tidak pernah merasakan keharmonian sebuah keluarga. Apa yg mereka tahu, saat Christmas menjelma, mama dan papa akan beria-ia menjemput sahabat handai untuk mampir ke rumah. Semasa kanak-kanak, mereka akan turut sama menyertai kanak-kanak lain menyambut Christmas tapi apabila telah meningkat remaja, mereka tahu, bukan itu yg sepatutnya mereka rayakan. Apabila soal agama di persoalkan, mama dan papa akan menjawab,
‘islam la. Takkan kristian kot.’ Selepas itu mama dan papa akan ketawa.
‘tapi kenapa kita tak menyambut hari raya? Semua kawan-kawan baby dan abang sambut hari raya. Diorang beli baju baru, kasut baru, songkok baru dan yg paling best, dapat duit raya. Kenapa kami tak dapat mama?’ Eytha lancar menberi soalan. Kekeliruan jelas terpampang di wajahnya.
‘sebelum sambut raya, kawan-kawan qis puasa.’ Qisham menyambung.
‘puasa tu apa?’ papa menyoal qisham. Itulah detik terakhir keluarga mereka bersatu. Selepas itu, mama dan papa tak pernah meluangkan masa dengan mereka lagi kerana mereka tidak sanggup untuk menjawab soalan dari anak-anaknya. Lebih-lebih lagi apabila mama dan papa bercerai. Mama kahwin lain manakala papa lebih suka berfoya-foya. Eytha dan qisham tinggal bersama papa kerana mama telah memiliki keluarga lain yg lebih sempurna baginya.
‘kawan-kawan qis kata, puasa 2 tak boleh makan dan minum. Papa tak tau ke?’ qisham menyoal balik. Papa kelihatan tercengang. Mama ketawa kecil.
‘qis, mari sini. Duduk dekat mama.’ Qisham menurut. Dia mengambil tempat di sisi mamanya.
‘ada tak kawan-kawan qis dan baby kata kalau sambut raya tu diorang dapat hadiah?’ mama menyoal lembut. Jelas terpancar kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya. Eytha duduk di pangkuan papanya. Dahinya di cium lembut. Kasih sayang papanya jelas tertumpu padanya. Maklumlah, dia anak kesayangan papanya manakala qisham anak emas mamanya. Qisham dan eytha mengeleng laju kepala mereka menjawab soalan dari mama.
‘kalau kita sambut Christmas, qis dan baby boleh dapat hadiah tau. Banyak sangat hadiah. Qis dan baby tak suka ke dapat hadiah?’
‘suka la ma. Tapi kan ustazah kata, orang bukan islam je yg sambut Christmas tau. Orang islam tak. Pas tu ustazah kata lagi, orang islam yg mengaku islam tapi menyambut Christmas tu murtad. Qis malu ma, kawan-kawan qis ejek qis ni bukan orang islam. Nama je islam tapi tak sambut raya. Ustazah pun Tanya qis benda yg sama. Qis taknak sekolah situ lagi la mama.’ Qisham bersuara sayu. Amat nyata sekali kelembutannya apabila mengadu kepada mamanya.
‘abang, we have to talk.’ Mama memandang papa. Papa hanya mengangkat bahu. Dia mengangkat eytha lalu di dudukkan di tepi qisham. Papa dan mama masuk ke bilik. Eytha dan qisham terpinga-pinga melihat mama dan papa meninggalkan mereka berdua. Tidak lama kemudian, mereka terdengar mama dan papa bergaduh. Selepas hari itu, lebih banyak pertengkaran yg menghiasi keluarga mereka. Sehinggalah mama dan papa bercerai lalu papa menjaga mereka kerana mama tidak mahu bertanggungjawab menjaga mereka setelah menemui suami baru dan mempunyai keluarga sendiri. Qisham yg selama ini amat rapat dengan mama merasa terkilan kerana telah di abaikan.
Sejak itu, qisham mula berkawan dengan lelaki lembut. Dia bersolek umpama wanita namun masih mengekalkan cara berpakaian lelaki. Tika itulah dia menjalin hubungan dengan zaliff. Eytha sendiri hairan kenapa zaliff boleh terpikat dengan abangnya kerana dari segi sifat dan sikap, zaliff terlalu sempurna sebagai seorang lelaki. Mereka menjadi pasangan yg sungguh romantis tetapi sejak kehadiran anggrita, hubungan mereka meretak dan akhirnya hancur berkecai. Qisham kembali normal tapi malangnya, anggrita hanya mempergunakan abangnya untuk mengejar kemewahan.
Kerana terlalu kecewa, abangnya membunuh diri meninggalkan dia keseorangan. Hidupnya menjadi kosong. Selepas qisham meninggal dunia, papa datang kepadanya dan memujuk supaya dia bersabar. Pada mulanya, eytha gembira kerana merasa papa telah sedar. Tetapi sangkaannya meleset jauh kerana di sebalik senyuman papa, tersembunyi niat yg busuk untuk menodainya. Nasibnya baik kerana pada saat papa hendak melakukan niat jahatnya, zaliff datang menyelamatkannya. Bermula detik itu, hubungannya dengan zaliff menjadi baik dan saat itu, dia telah berpakat dengan zaliff untuk membalas dendam.
‘Dia tak sepatutnya berhubungan dengan zaliff, dan melakukan perbuatan yg di laknat Allah tu. dan dia tak sepatutnya membunuh diri kerana kecewa dalam percintaan. Ada banyak cara dia boleh lakukan untuk menghilangkan kekecewaannya. Aku menyesal sebab tak sempat menghalangnya. Dia kawan baik aku tp pada saat dia memerlukan, aku tiada di sisi.’ Lamunan eytha terhenti mendengar suara ikhwan.
‘tak boleh juga salahkan abang. Selama ni hidup kami berdua terumbang-ambing tanpa ada seorang pun yg menunjukkan jalan. Abang qis hanya ada eytha dan eytha hanya ada abang qis. Kami saling berpaut bersama tanpa bantuan orang lain.’
‘both of you dah besar panjang. Sekarang ni banyak kem-kem motivasi tentang agama. Kalau korang berdua benar-banar nak kembali ke jalan yg benar, korang akan berusaha. Bukan berserah je.’ Eytha mengunci mulut tapi Cuma sebentar.
‘kenapa baru sekarang baru bang wan nak bagi tau semua ni? Kenapa bukan dari dulu?’ eytha menyoal sengit. Ikhwan senyum. Tangannya mengusap rambut eytha yg berserabai. Eytha menepis.
‘budak kecik, dengar sini. Aku dah lama nasihatkan qisham tu. siap bawa jumpa ustaz lagi tau. Tapi hati dia tu keras sangat macam kau ni. Korang berdua ni punya hati yg keras dan susah sangat nak lembut. Aku pun tak tau nak buat apalagi untuk sedarkan dia. Sebagai adik, kau juga berperanan penting. Tapi aku tengok, kau macam tak peduli langsung. Aku nak membebel pun tak guna lagi, qisham dah takde. Kita berdoa je semoga rohnya di cucuri rahmat. Walaupun qisham dah takde, tapi kau ada lagi. Sekarang ni tugas aku nak betulkan wayar kau yg dah putus tu. dulu masa aku tawarkan duduk dengan aku, kau sombong, taknak. Tapi bila zaliff bawa kau nak pula.’
‘dia dah selamatkan eytha dari papa, sebab tu la eytha nak. Dia baik.’
‘dia baik pun sebab ada maksud kan? Walaupun dia kawan aku, kalau salah tu salah jugak. Rancangan korang berdua nak balas dendam tu bagus sangat ke? Mengandungkan anak dara orang pas tu tak bertanggungjawab tu bagus? Bayangkan jelah kalau kau di tempat anggrita sekarang ni, apa perasaan kau wahai budak kecik?’
‘dia mainkan perasaan abang qis pula macam mana?’ suaranya tersekat-sekat, hidungnya kembang kempis menahan tangis. Nak nangis la tu. aku nak tengok sejauh mana kau mampu menjawab soalan aku ni. Ikhwan senyum di dalam hati.
‘eytha, itu antara qisham dan anggrita. Kau dan zaliff tak boleh nak masuk campur dalam hubungan diorang.’
‘tapi dia memang patut dapat balasan macam tu. abang qis tu abang eytha. Eytha berhak tau masuk campur.’ Hish budak ni, taknak kalah betul la..
‘dan lihatlah hasilnya. Zaliff sendiri terperangkap dalam perasaan dia. Dia sendiri yg terjatuh cinta dengan anrggrita. Bila anggrita nak dia bertanggungjawab, dia lari sebab itulah perjanjian kamu berdua. Puas hati ke budak kecik?’ eytha senyum. Menangguk laju.
‘kau ni rupanya belum sedar lagi.’ Senyuman eytha mati.
‘budak kecik, Allah tu maha adil. Zaliff lari dari tanggungjawab, taknak kawin dengan anggrita yg di cintai dan taknak menjadi ayah kepada anak sendiri tapi sekarang dia kena paksa kawin dengan orang yg dia tak cintai dan menjadi ayah kepada anak yg dia tak tau siapa bapaknya. Hukum karma budak kecik. Jangan nanti kau pun kena balik macam si zaliff tu. dalam pandai ada jugak bodohnya.’
‘eytha jelita, bagaimana rasanya tidak diperdulikan oleh keluarga sendiri? Di buang oleh mama dan papa? Ada mama tapi mama tak mengaku kau ni anaknya? Ada papa tapi papa sendiri nak rogol kau?’ eytha menghayunkan tangannya. Tepat mengenai pipi ikhwan. Sekali lagi aku kena. Ikhwan menggosok pipinya yg panas dek tamparan eytha.
‘jangan ungkit kisah silam aku.’ perlahan-lahan air mata turun ke pipi eytha. Nampaknya, hatinya benar-benar terguris luka.
‘eytha jelita, aku tak marah kau tampar aku sebab aku cuba nak sedarkan kau yg jahil sangat ni. Eytha jelita, nasib yg kau alami tu akan di alami oleh anak anggrita. Dia ada ayah tapi ayah dia taknak mengaku dia tu anaknya. Aku rasa kau lebih memahami perasaan anak anggrita nanti sebab nasib kamu sama. Kau nak ke anak anggrita tu menderita macam kau? Kau kena ingat, kau penyebab anak anggrita tu tak berbapak. Kalau kau tak peduli sangat rancangan gila antara kau dah zaliff tu, sekarang ni mungkin mereka dah bahagia. Kau tak kesian kat anak anggrita ke? Dia tak bersalah dalam hal ni tapi dia yg akan menerima kesan atas perbuatan korang semua tau. Kau telah menjejaskan masa depan anak tu. kau melukakan perasaan anak yg tak berdosa. Dia akan mewarisi kelukaan kau. Sekarang aku rasa kau betul-betul puas sebab kau dah berjaya memusnahkan hidup seorang hamba Allah yg tak berdosa. Aku ucapkan tahniah eytha jelita. Tahniah di atas kejayaan mu.’ Ikhwan meninggalkan eytha selepas menghabiskan syarahannya. Semput aku bercakap ni. Nasib kau la budak kecik, hidu bau air liur basi aku pagi ni. Takpe, itu antara air liur basi tanda aku sayang engkau tu. huhuhu tak pasal-pasal aku terima pukulan dari kau. Bangang betul la kau ni. Tak cute lagi la muka aku lepas ni..
Eytha hanya melihat pemergian ilhwan dengan linangan air mata. Hatinya tersayat pilu.
‘WARGHHHHHHHHH’ eytha meraung melepaskan geram dan sebal di hati. Ikhwan menjenguk ke dalam bilik eytha kemudian meninggalkan eytha sendirian. Eytha terdiam. Sangkanya ikhwan akan datang memujuknya. Tak lama selepas tu, ikhwan datang kembali dengan mikrofon di tangan.
‘nah, kalu tak cukup, kau guna ni. Biar semua orang dengar kau meraung. Elok jugak kau meraung pagi-pagi ni, boleh jugak kau kejutkan semua orang kat area ni. Lepas ni tak payah la ayam berkokok, kau je ganti jadi ayam meraung masa subuh tu. ada jugak masa berehat ayam kat sini.’ Ikhwan dengan selamba meletakkan mikrofon di tangan eytha. Tak guna betul la orang tua belum akil baligh ni. Nak kena ni.. Eytha dengan pantas meraung dengan sekuat hati.
‘WARGHHHHH..!!! BANG WAN MEMANG BANGANG, BODOH DAN SEWAKTU DENGANNYA!!!’ ikhwan menutup telinganya. Budak terencat akal ni tak guna betul la. Nak jerit tu tunggu la lepas aku blah dari sini.
‘amacam, power tak?’ eytha tersengih. Air mata di sapu. Hingus yg meleleh di lap dengan hujung baju tidurnya.
‘aik tadi bukan main berdrama, sekarang tersengih-sengih pula macam kambing.’
‘kejap je eytha insaf. Lagi pun bukan salah eytha kalau zaliff tak nak kahwin dengan anggrita. Masa kat airport hari tu, zaliff dah buat keputusan nak kahwin dengan anggrita. Tapi eytha pelik bila dia ikut eytha ke kubur and ajak eytha bina hidup baru. Masa tu eytha dah tak peduli dengan rancangan kami lagi. Lepas tinggalkan dia, eytha cari bang wan. Eytha tak ambil tahu langsung pasal zaliff sejak eytha tinggal kat sini.’ Eytha bersuara perlahan. Emosi yg berkecamuk mulai stabil.
‘nak tau tak kenapa dia buat macam tu?’ eytha menoleh kea rah ikhwan inginkan jawapan.
‘sebab dia taknak lukakan perasaan kau. Dia takut kau akan bertindak macam qisham kalau dia kahwin dengan anggrita. Dia sebenarnya sayangkan kau. Kau sepatutnya beruntung, ramai yg menyayangi kau dalam dunia ni. Qisham, zaliff dan family aku.’
‘bang wan tak sayang eytha ke?’
‘sayang sangat rasa macam nak suruh je kau tu mandi.’ Ikhwan ketawa terbahak-bahak. Dia memegang perutnya kerana terlalu geli hati. Eytha bercekak pinggang. Mukanya masam. Dia menolak tubuh ikhwan sehingga keluar dari biliknya.
‘menyampah betul la.’ Tapi dia tersenyum. Hatinya berbunga riang. Dia tahu walaupun ikhwan tak mengaku sayangkannya, dia dapat merasakan kasih sayang ikhwan padanya. Umpama sayang qisham, begitulah yg dia rasai kini.
************************************************** ********************
samaratungga
06-20-2009, 01:47 PM
mantap banget coy....
waduhh paman,,
emang baru kini seder
cerpen gue mantap?
hakhakhak canda aja
samaratungga
06-20-2009, 02:03 PM
aku baru baca...but for second time :D, first time aku baca kat mana ye.. aku tak ingat lagi... (maybe deja vu.. )
azizah al-idrus
06-20-2009, 02:04 PM
pop.. ko wat sendiri eh.. hebat2.. suka aku baca..
lorrr.. aku le yg bt..
tu yg brsambung..
klu aku ciplak,,
dh lma abesh..
samaratungga
06-20-2009, 02:06 PM
lerrr. jijah... aku ingat ko masih lagi dok dalam bekas pensel...:D
azizah al-idrus
06-20-2009, 02:08 PM
hakhak.. tak tak.. aku dah kuat sikit2 nengok dunia.. kuar dari bekas pensel.. terjatuh lak masok dalam bekas berdebu.. huhu.. banyak gak dugaan nak nengok dunia neh.. ermm.. pop.. aku kan.. banyak idea nak wat cerpen2 neh.. ada aku try wat 2 3 tapi aku tak bani suh org baca.. aku sorang je yg baca.. hakhak
azizah al-idrus
06-20-2009, 02:12 PM
ermm.. nanti la aku anto kat ko.. aku ukan ape.. aku cuma kompius olahan2 ayat neh.. yer la.. bukan nak senang nak tulis.. org yg baca.. bukan kita jek.. hukhuk
zahra
06-22-2009, 10:06 AM
:Dhmm besh la pop..cpt2 cntinue eh..lucu btul si eytha dgn ikhwan tu..aduyaii..selamber jew..
Umpama burung yg terbang bebas, begitulah yg di rasai eytha kini. Tinggal di rumah ikhwan memberinya banyak ruang untuk mempelajari erti kasih sayang. Hari ni ikhwan mengajaknya keluar dari kepompong tempat persembunyiannya. Pada mulanya, dia menolak ajakan tersebut namun ikhwan memaksanya dengan alasan dia harus menbayar balik tumbukan serta tamparan yg di terima tempoh hari. Mahu tak mahu, dia terpaksa menerima kerana merasa bersalah menumbuk dan menempeleng lelaki yg banyak membantunya. Tapi dengan 1 syarat, iaitu, ikhwan harus membawanya ke kedai game terlebih dahulu. Ikhwan terpaksa menurut walaupun hatinya sebal. Mana tak sebal, dia terpaksa membawa patung ke hulu hilir mengikut rentak eytha.
‘yess, dapat lagi. Eytha dah lama idamkan patung pooh ni. Akhirnya dapat jugak. Nah, bang wan bawa ye. Eytha nak try patung Garfield tu dulu. Mana la tau rezeki eytha.’ Eytha meninggalkan ikhwan yg terkial-kial membawa dua biji patung yg boleh tahan besarnya.
‘woiii budak kecik!! Kau ingat aku ni hamba abdi kau ke hah? Td bukan main taknak keluar, sekarang dia yg lebih-lebih pula. Dah la aku yg sponsor, aku jugak yg jadi khadam.’ Ikhwan tak puas hati. Beberapa orang gadis manis melirik kepadanya. Ikhwan tersenyum macho. Matanya di kenyitkan. Jemarinya memberikan flying kiss.. ouhhhh machonya aku.. come on bebeh.. come to papa..
Gadis-gadis yg mendapat kenyitan mata dan flying kiss tadi menjelirkan lidah. Opocot!! Ikhwan mematikan senyuman gatalnya. Huh jual mahal nampak? Aku buat sale pun tak nak ke?
‘eeeiii gatal nak mampos.. girlfriend depan mata ada hati nak mengurat girl lain.’
‘ha’ah tak malu betul la. Kalau muda lagi takpe lah jugak. Hello pakcik, kat sini untuk orang-orang muda je. Yg dah tua macam pakcik layak kat kelab dangdut je tau.’ Kedengaran bebelan gadis-gadis tersebut. Huhuhuhu malunya.. tua sangat ke aku ni? Ikhwan berjalan perlahan menghampiri eytha. Kepalanya melilau mencari kelibat eytha yg tidak kelihatan. Tiba-tiba bahunya di tepuk. Dia menoleh ke belakang. Eytha bercekak pinggang menunggu peluang menerkamnya. Di tangannya terdapat patung Garfield yg bersaiz kecil.
‘bang wan pergi mana?’
‘tak pergi mana-mana pun. Kenapa?’
‘tengok la kat sana tu. budak tu dah dapat patung yg eytha nak.’ Eytha menunjuk ke satu arah. Kelihatan seorang gadis yg hanya muda beberapa tahun dari eytha memeluk patung Garfield idaman eytha. Ikhwan ketawa di dalam hati melihat sikap keanak-anakan eytha.
‘eee geli la aku dengan kau ni. Manja berlebih-lebih. Biar la budak tu dapat. Dah rezeki dia. Kau tu bukan budak kecik lagi tau. Patung punya pasal pun nak merajuk.’
‘ala nak jugak. Kali ni bang wan tolong eytha dapatkan tau.’ Eytha menarik lengan ikhwan menuju tempat gadis itu berdiri. Tiba-tiba, eytha berhenti melangkah. Matanya terbeliak. Ikhwan yg tidak menyedari situasi tersebut terlanggar belakang eytha. Badan eytha yg tidak seimbang tersungkur tepat di hadapan gadis tersebut. Ikhwan yg menyedari kesalahannya, cepat-cepat membantu eytha berdiri.
‘kau tak apa-apa ke?’ ikhwan menatap wajah eytha. Dahi ikhwan berkerut melihat sinar penuh kebencian terpancar dari mata eytha. Dia mengalihkan matanya ke hadapan. Kelihatan seorang wanita separuh baya di sisi gadis yg mendapat patung Garfield. Riak muka wanita itu juga terkejut melihat kehadiran eytha.
‘jom blah dari sini.’ Eytha menarik lengan ikhwan sekali lagi. Kali ini ikhwan tidak berganjak.
‘kenapa ni? Tadi kau jugak yg beria-ia nak patung Garfield tu. bila dah sampai, kau pula taknak.’
‘biarlah bang. Benda yg kita nak tak semestinya kita akan sentiasa dapat. Kadang-kadang manusia ni terlalu tamak. Terlalu cepat lupa diri.’
‘apa yg kau merepek ni, eytha?’ ikhwan mengaru-garu kepalanya yg kebetulan gatal. Aku lupa syampu kepala ke tadi?
‘kalau abang taknak ikut eytha, biar la eytha pergi dari sini sendiri.’ Eytha melangkah. Baru setapak dia melangkah, dia terhenti apabila seseorang memanggil namanya. Bukan ikhwan, tetapi wanita separuh baya tadi.
‘eytha jelita ke tu?’ wanita itu melangkah menghampiri eytha. Eytha memejamkan mata. Aku harus kuat. Aku harus tabah demi abang qisham. Wanita tadi meletakkan tangannya di bahu eytha. Eytha menepis. Ikhwan hanya menjadi penonton menyaksikan situasi yg dia sendiri tak faham. Eytha menentang mata wanita yg tidak pernah di temui sejak wanita itu meninggalkan rumah yg pernah menjadi lambang kebahagiaan suatu ketika dahulu. Wanita itu meneliti segenap inci wajah eytha.
‘aku eytha jelita tapi maaf puan, aku tak kenal pun kau ni siapa.’ Eytha bersuara sinis.
‘baby, ini mama sayang. baby tak kenal mama lagi?’ air mata sudah membasahi pipi wanita tersebut. Wajah yg ceria telah bertukar suram.
‘maaf sekali lagi puan. Nampaknya puan betul-betul dah salah orang ni. Mak aku dah lama mati. Lagi pun mak aku bukan mak yg akan meninggalkan anak sebab jumpa jantan lain. Mak aku tinggi akhlaknya. Dia seorang wanita yg terpuji. Tolonglah ye, jangan samakan mak aku dengan betina macam kau ni.’ Eytha bersuara ketus. Dendam yg tersimpan kemas selama ni ibarat gunung berapi bakal meletus bila-bila masa sahaja lagi. Ikhwan yg menyedar situasi genting tersebut menghampiri eytha. Dia tahu, eytha tidak sekuat mana. Biarlah dia menjadi benteng pertahanan eytha yg semakin menipis. Puan Juliana a.k.a mama eytha terkedu. Serasa menerima tamparan yg paling kuat di pipinya.
‘eytha, jom kita pergi dari sini.’ Ikhwan bersuara lembut. Memaut bahu gadis itu supaya mengikut rentak kakinya. Tidak ada gunanya menegakkan benang yg basah tika ini kerana dia pasti, gadis ini tidak akan menerima wanita itu lagi setelah terrlalu banyak penderitaan yg terpaksa di lalui lebih-lebih lagi selepas kehilangan abang tersayang.
‘jangan pergi dulu. baby, dengar kata mama baby. Mama minta maaf. Mama tahu mama salah tinggalkan baby dengan abang qis. Mama nak tebus kesalahan mama baby. Hidup mama tak akan tenang selagi mama tak menerima kemaafan dari baby dan abang qis.’ Puan Juliana berusaha menghalang pemergian mereka berdua.
‘aku hanya akan memaafkan kau seandainya arwah abang aku maafkan kau.’ Selepas sahaja eytha menghabiskan kata-katanya, air mata tidak dapat di kawal lagi. Andai sepotong nama itu di sebut, pasti air matanya akn mengalir keluar tanpa di pinta. Begitu besar sayangnya terhadap qisham. Ikhwan memeluk tubuh lemah itu. Sayu hatinya melihat penderitaan perasaan yg di tanggung gadis kesayangannya itu.
‘jangan bergurau macam ni baby. Mama tak suka.’ Puan Juliana bersuara tegas. Hatinya terkejut sebenarnya.
‘benar puan. Qisham dah meninggal dunia. Puan tak tahu ke?’ ikhwan menjawab bagi pihak eytha.
‘hahahaha…. Mengaku mama aku konon. Tapi anak meninggal pun tak tahu. Dasar betina sundal. Kau lah punca abang aku meninggal. kau punca segala-galanya. Kalau kau tak bercerai dengan lelaki terkutuk tu, abang aku takkan menderita. Abang aku takkan bergaul dengan pondan. Abang aku takkan mengenali cinta. Kerana cintanya di permainkan, abang aku membunuh diri. Kaulah penyebab semua ni. Kau kata kau sayangkan kami, tapi kau tinggalkan kami demi mengejar kebahagiaan sendiri. Kau tak hiraukan perasaan kami.’ Eytha melepaskan pelukan ikhwan lalu mendekati gadis yg memeluk patung Garfield. Wajah gadis itu pucat. Takut apabila eytha mendekati dirinya.
‘mama…’ gadis itu bersuara memanggil puan Juliana. Eytha menarik rambut gadis tersebut. Gadis itu meringis kesakitan. Patungnya terjatuh ke atas lantai apabila dia berusaha menarik tangan eytha yg menarik rambutnya.
‘mama, sakit mama..’ gadis itu menangis. Puan Juliana terkejut melihat reaksi eytha. Ikhwan turut terkejut.
‘ini anak kau dengan jantan sial tu kan? Sekarang aku nak kau saksikan kesakitan yg bakal di rasai anak kau ni. Tapi kesakitan yg bakal dia terima tak sama dengan kesakitan yg telah aku lalui.’ Habis saja berbicara, eytha menampar kedua-dua belah pipi gadis itu. Berkali-kali. Darah segar meleleh keluar dari hidung dan mulutnya. Tak cukup dengan itu, dia menumbuk perut gadis tersebut. Gadis itu tidak berdaya untuk berdiri lagi. Badannya terasa lemah di pukul eytha. Eytha semakin menggila. Dia menendang-nendang badan gadis itu sehingga lembik. Ikhwan yg tersedar dari rasa terkejutnya berlari mendapatkan eytha yg telah hilang kawalan diri. Eytha di peluk sekuat hati. Dia membawa eytha ke tempat lain. Menenangkan gadis tersebut yg telah kesurupan. Eytha meronta-ronta ingin di lepaskan. Ikhwan lantas melepaskan eytha lalu menghadiahkan satu tamparan padu ke pipi eytha. Eytha terdiam. Bagai tersedar dari mimpi ngeri. Dia memandang ikhwan, menangis lalu memeluk lelaki yg banyak berbudi kepadanya. Ikhwan memeluk kejap tubuh yg datang kepadanya. Dia mengucup rambut eytha. Kasihnya tumpah di situ.
Puan Juliana menghampiri anaknya, juita, yg baru di belasah eytha. Dia memeluk anaknya yg kusut masai di kerjakan. Juita menangis kesakitan. Puan Juliana membantu anaknya bangun lalu perlahan-lahan meninggalkan tempat itu menuju ke klinik berdekatan. Orang ramai yg menyaksikaan pergaduhan itu beransur-ansur hilang. Mujur tiada yg melaporkan kejadian ini ke pihak berkuasa.
‘dah la tu, jangan nangis lagi.’ Ikhwan mengusap lembut belakang eytha.
opsss! kena sambung pla..
hehehe
http://www.laymark.com/i/m/m122.gif (http://www.laymark.com)http://www.laymark.com/i/m/m108.gif (http://www.laymark.com)
zahra
06-24-2009, 04:46 PM
huhu..dh semakin besh ni..:D
zahra
06-24-2009, 04:50 PM
:)seriously pop..zahra rse pop dew bakat dlm penulisan ni..cerpen ni menarik..plot p'ceritaan nye pun t'susun..spcially ble watak eyta dgn ikhwan..suke tul dgn dorg ni..
hahaha aku sngja masukkan diorang dlm cerpen ni..
sbb klu bab yg sdih2 je, aku sndri bosan nk bca..
eytha antara watak utama dlm citer ni..
azizah al-idrus
06-24-2009, 05:09 PM
pop.. aku ngah aku syok baca.. tetiba ada sambongan lak dah.. huhu.. cepat la sambong eh.. aku nak baca.. kang tak sempat lak aku nak baca...
samaratungga
06-24-2009, 07:53 PM
mantap....
mawar putih
06-24-2009, 08:05 PM
wah...beshnye...8->...ni mawar x sbr nk tggu smbungannye nih...:D
‘eytha taknak keluar dari rumah lagi lepas ni.’ Eleh mengadu ala-ala manja la tu.. ikhwan sempat mengata di dalam hati.
‘mana boleh tak keluar rumah. Nanti macam mana nak urus majlis kita kalau pengantin perempuan asyik terperuk je.’ Opss.. terkantoi la pulak.. cover beb cover..
‘bang wan ni, eytha tengah nangis, bukan nak pujuk pun. Tak romantic betul la.’ Eytha mengomel. Sendunya masih kedengaran. Aku tengah sedih ni, cepat la pujuk..
‘alah, jangan la nak merajuk. Aku bukan reti nak memujuk ni. Lagi pun kau tu bukan someone special aku pun. Buang masa je kalau aku pujuk.’
‘ADOI!! Kenapa kau pijak kaki aku? alah, bala je aku dapat sejak kawan dengan kau ni. Kau ni ganas sangat la. Malang sungguh aku jadi laki kau nanti.’ Ikhwan menekan-nekan kakinya. Nasib baik tak bengkak.
‘siapa nak kawin dengan bang wan? Tak hingin la. Kalau muka tu hensem macam ariel peterpan takpe la jugak. Bang wan ni, bukan taste eytha la. Malas la layan bang wan, eytha nak balik.’
‘woi tunggu la. Aku pun nak balik jugak. Lagi pun kunci kereta kat aku. tunggu la woi..’ hehehe.. bagus la kau tak merajuk lagi.. muka kau tu buruk sangat kalau merajuk. Tapi aku tetap terpikat. Nangis pun masih terserlah lagi sifat manja kau tu. betul la kata qisham, kalau nak pujuk kau, tak payah nak guna ayat power. Cukup la sekadar buat kau melawan balik, masa tu, kau akan berhenti nangis. Special betul la kau ni. Tak sama dengan girl lain. Tu yg buat aku tambah sayang kat kau.
Hmm qisham, thanks sebab kenalkan aku dengan adik kesayangan kau ni. Tak rugi berkenalan dengan dia. Ada banyak perkara lagi yg aku belum tau pasal budak sekor ni. Dia terlalu berahsia. Aku akan sentiasa menjadi penyibuk untuk mengorek semua rahsia dia. Teknik mengurat tu. tapi qisham, aku tak tau sama ada dia punya perasaan yg sama dengan aku atau tidak. Aku takut, dia Cuma menganggap aku ni macam abang dia je. Jujur, aku nak lebih dari itu.
Ada kalanya, dia ni lebih suka menyendiri. Cuma mak aku yg boleh menghadapi kerenah dia ni. Nak tau tak, mak aku dah berangan nak jadikan dia ni menantu. Hehehe aku suka sangat. Tapi aku tak tau menantu untuk anak yg mana satu. Agaknya aku kot. Tapi dia belum tau lagi. Kalau dia tau, alamatnya, perang dingin la dia dengan mak aku. tapi aku rasa, dia tak akan sanggup tolak permintaan mak aku tu sebab, dia terlalu menghormati dan menyayangi mak aku. dia pernah cakap kat aku, jika di beri pilihan, dia nak sangat di lahirkan dari perut mak aku. tapi aku tak nak. Hish, kalau kami dah jadi adik beradik, takde peluang la aku nak mengurat dia.
Entah lah qis, sejak dia tinggal dengan aku, aku rasa hidup aku yg kosong dulu dah terisi. Banyak perubahan yg dia buat dalam hidup aku. terutama sekali pasal tumbukan dan tamparan dia tu lah. Belum lagi di tambah dengan semburan dia. Fuhh.. habis lencun muka aku masa tu.. tapi aku tak serik dengan semua tu sebab aku tahu, dia ni istimewa sangat. Macam kau jugak la. Dalam lembut, tetap ada kerasnya. Kalau dulu kau yg melindunginya, sekarang ni tanggungjawab tu kau letakkan jelah kat bahu aku. aku sanggup memikulnya.
Melihat senyumannya, aku sudah puas. Lesung pipit tu yg cute sangat. Rasa macam aku nak cubit-cubit je pipi dia kalau dia senyum. Tu baru senyum, belum lagi ketawa. Agaknya kalau dia ketawa, nak je aku ngap dia. Hmm, ini agaknya yg kau rasa dulu first time kau jatuh cinta kat anggrita. Best sungguh perasaan ni. Rasa bagai di awangan je. Tapi dia tu keras sikit la. Susah betul nak dengar cakap orang lain. Ada je yg nak di jawab. Macam aku nak sumbat je mulut dia tu dengan tuala kalau dah membebel. Dia je yg betul. Lebih-lebih lagi bila mak aku dah masuk campur, dia je yg mak aku menangkan. Macam aku ni anak tiri je. Huhuhu.. sedih sangat ni..
‘apa yg bang wan sengih sorang-sorang ni? Dah putus wayar ke? Dari tadi eytha panggil, bang wan buat don’t know je. Sekeh kang kepala tu baru tau.’ Eytha menyekeh kepala ikhwan dengan sekuat tenaga. Ikhwan yg baru tersedar, secara spontan mencengkam lengan eytha.
Cupppp… satu ciuman di pipi hinggap. Muka eytha merah padam. Antara malu dan geram. Ikhwan pecut seratus meter dengan tawa yg masih bersisa di bibir.
‘BANG WAN!!!!!!!!’
Tanpa di sedari, segala kelakuan eytha dan ikhwan menjadi tumpuan dua pasang mata. Zaliff bersama haleeda leka memandang pasangan itu berkejaran tanpa mempedulikan keadaan sekeliling. Ada yg tersenyum, tak kurang juga ada yg memperli.
‘huh, macam cipanzi terlepas je I tengok cousin you tu. dah takde perasaan malu agaknya terkinja-kinja depan orang ramai.’
‘sekurang-kurangnya dia tunjuk kelakuan dia depan orang ramai. Tak macam you yg luar je nampak baik, tapi kat dalam busuk bernanah.’ Zaliff meninggalkan haleeda lalu menuju ke tempat eytha dan ikhwan. Kehadiran zaliff mengundang kejengkelan eytha. Haleeda mengikut langkah zaliff. Dia memaut mesra lengan zaliff walaupun zaliff telah menepis berkali-kali.
‘huh. Apasal tiba-tiba tempat ni bau busuk ye? Tadi ok je pun. Bang wan tak mandi ye?’ eytha mengembang gempiskan hidungnya. Ikhwan menyiku pinggang eytha.
‘eytha apa khabar?’ zaliff menghulurkan salam namun tidak bersambut. Ikhwan menyambut huluran salam dari zaliff memandangkan eytha tidak menyambut huluran tersebut.
‘patut la busuk, ada monyet yg dah lama tak mandi terlepas rupanya. Sekor, monyet betina, sekor lagi monyet jantan pengecut. Sesuai sangat la jadi laki bini. Anak korang nanti tak tau la nak jadi apa.’ Eytha memulakan perang nuclear ke atas lawannya. Haleeda yg mendengar dirinya di cemuh, lantas menghampiri eytha.
‘hey pompuan! Mulut kau tu ada insurans ke? Pantang betul aku kena hina ni.’ Zaliff menarik haleeda menjauh dari eytha. Haleeda memprotes tindakan zaliff tapi hanya di dalam hati. Mengenangkan dirinya mengandung, haleeda mengikut kehendak zaliff. Ikhwan membesarkan mata ke arah eytha. Memberi isyarat supaya jangan bertindak terburu-buru.
‘err takpe la wan. Nanti jelah kita berborak lagi. Nampaknya situasi tak mengizinkan ni. Kami gerak dulu la ye. Jom haleeda.’ Zaliff mengorak langkah meninggalkan mereka berdua.
‘boleh tak tahan sikit kemarahan tu? belajar la sikit bersabar. Ni tak, nak menyembur je yg kau tau. Haleeda tu mengandung, kesian la sikit. Lepas dia beranak nanti, kalau korang nak berhentam, suka hati korang la. Aku jadi pengadil pun aku tak kisah.’ Ikhwan menempelak kelakuan kurang sabar eytha.
‘setakat mengandung, eytha tak heran la.’
‘kau tak rasa la mengandung ni, jadi senang la kau cakap.’
‘macam la bang wan tu penah mengandung.’
‘cakap dengan kau ni tak ada faedahnya. Asyik nak menang je. Suatu hari nanti kau tetap akan merasa mengandung tu macam mana. Masa tu, baru kau akan ingat kata-kata aku ni.’
‘lambat lagi lah bang.’
‘kalau nak cepat, kawin je dengan aku. aku boleh bagi kau mengandung.’ Ikhwan ketawa gatal. Keningnya sengaja di angkat untuk menaikkan darah eytha.
‘gatal sungguh bang wan ni. Tak senonoh. Jagalah bang wan kat rumah nanti, eytha report ni kat mak. Biar mak piat telinga tu. kalau gatal sangat nak kawin tu, suruh la mak carikan bini.’ Muncung eytha panjang sedepa. Pantang baginya bercerita tentang bab-bab kahwin ni. Hatinya cuak.
‘dah ada calon buat apa nak suruh mak carikan. Ni hah, calon depan mata. Cute lagi, manis pun ada.’ Ikhwan ketawa besar. Serius, itulah kata-kata hatinya. Namun reaksinya sahaja yg tak sama dengan kata hatinya. Kalau boleh,dia ingin menjadi lelaki yg romantis idaman wanita, tapi dia tak mungkin berubah ke arah itu kerana jiwanya sudah sebati dengan watak dirinya yg selamba. Untunglah kalau eytha memahami, namun dengan hati kayu yg di miliki eytha, hanya malang yg ikhwan temui.
‘kutuk eytha la tu. penat la layan bang wan ni. Sampai petang pun takkan habis nak kutuk eytha. Jom la balik. Penat ni lepas belasah anak orang tadi. Nak rehat kat rumah.’ Eytha meninggalkan ikhwan yg masih ketawa. Perlahan tapi pasti, ikhwan mengejar langkah eytha bersama-sama pulang ke rumah. Dengan selamba, dia meletakkan tangannya di bahu eytha lantas bersama-sama menyusuri jalan dengan hati yg berbunga riang. Perjalanan hidup terasa semakin panjang dan berliku namun akan tetap di harungi demi mencapai impian yg semakin erat di genggaman.
zahra
06-25-2009, 11:48 AM
huhu..tomey btul eyta dgn ikhwan ni..:)
hanis asyirah
06-25-2009, 11:50 AM
best sangat2:)...good job
TQ2..
ala zahra, bkn sngja pn nk sambung..
kdg2 idea 2 tak mai ag la..
klu ada pn,
rsa mls pla nk menaip..
zahra
06-25-2009, 03:10 PM
huhu..xpew setia ku menanti sambungan nye..;;)
silver_planet
06-25-2009, 08:04 PM
penat tunggu http://www.laymark.com/i/cz/cz45.gif (http://www.laymark.com)
hanis asyirah
07-01-2009, 09:14 AM
n3...n3...penat tgu nih
Anggrita menghayun langkah menghampiri pakaian bayi yg berwarna biru yg bergantungan dalam salah satu rak yg berhampiran. Hatinya tertarik melihat baju tersebut lalu mencapainya. Dia tersenyum sendirian Mengenangkan usia kandungan yg telah menjangkau 8 bulan. Tidak sabar rasanya menanti kelahiran bayi yg di kandung selama ini. Rasa keterujaan yg teramat sangat walaupun dia sedar, dia bakal menjadi ibu tunggal dalam usia muda. Namun dia bersyukur, berkat kesabarannya selama ini, dia masih mampu menanggung beban ini sendirian. Tidak di nafikan, dia pernah cuba untuk menggugurkan kandungan ini kerana tidak sanggup untuk menghadapi hari-hari mendatang. Bersendirian menjaga anak tanpa suami di sisi, amat mudah untuk masyarakat meneka apa yg telah berlaku dan itu bukanlah perkara yg mulia untuk di bangga-banggakan.
Anggrita telah sedia maklum, masyarakat pasti akan memandang rendah kedudukan dirinya andai perkara itu di bangkitkan. Mujurlah dia masih punya kesedaran yg tinggi. Tak sanggup rasanya membunuh bayi dalam kandungan ini kerana dia sedar, bayi ini tidak bersalah dan sesungguhnya, dia takut seandainya dia mengugurkan kandungannya, dia bakal kehilangan sesuatu yg berharga. Inilah satu-satunya hadiah yg di tinggalkan oleh zaliff kepada dirinya. Andai tidak mampu memiliki zalif, memadailah dia mendapat dan menjaga zuriat zaliff dengan sebaik mungkin. Ya, itu tekadnya.
Anggrita beralih ke rak yg lain. Matanya singgah ke raut wajah yg amat di kenalinya. Zaliff! Anggrita menundukkan wajah, berharap pasangan itu tidak menyedari kehadirannya. Bala apakah hari ini?Ya Allah, hindarilah aku dari manusia-manusia ini. Anggrita berdoa di dalam hati. Dia pantas menuju ke kaunter pembayaran. Selesai membayar, anggrita keluar dari kedai tersebut. Dia menarik nafas lega. Tiba-tiba, dia merasakan sesuatu bergerak menendang lembut perutnya. Anggrita mengelus perutnya.
‘baby perasan ada papa tadi ye? Takpe la baby, papa dah ada family baru, kita tak payah la ganggu family papa. Baby dah ada mama, mama janji akan jadi mama yg baik hingga baby takkan rasa kekurangan kasih papa.’ Anggrita mengangkat wajahnya. Dia baru perasan ada mata yg memandang kelakuannya. Dia menghadiahkan senyuman menutup rasa malu yg bertandang. Matanya meliar memandang sekeliling. Dia dapat merasakan kehadiran seseorang yg teramat ingin di temui. Agaknya perasaan aku je kot..
Anggrita menapak perlahan-lahan. Terasa sakit pinggangnya berdiri terlalu lama tanpa rehat. Hmm terpaksa la ikut bas hari ni. Nak bajet untuk melahirkan nanti. Duit pun tak banyak lagi. Lepas beranak nanti terpaksa la aku cari kerja. Kalau tak kerja macam mana nak tanggung perbelanjaan kami anak beranak. Anggrita menahan sebuah bas yg penuh sesak. Dia tidak jadi menaiki bas tersebut takut berhimpit-himpit dengan keadaan yg tengah sarat mengandung.
Dari kejauhan, eytha menajamkan anak mata melihat susuk tubuh anggrita. Ikhwan yg sedang memandu hairan melihat eytha yg tiba-tiba terdiam.
‘apasal kau tiba-tiba diam?’
‘tengok sana tu. tu bukan ke anggrita?’ eytha menunjuk anggrita yg berdiri di tengah panas. Hati wanitanya tersentuh melihat keadaan anggrita yg sedang sarat mengandung namun dia cepat-cepat manghapus perasaan itu dari terus menjalar ke dalam hatinya.
‘yelah, betul la dia.’ Ikhwan memberhentikan keretanya tepat di sisi anggrita. Eytha hanya mendiamkan diri. Anggrita yg kehairanan menoleh apabila cermin sisi di turunkan. Dia terkejut melihat eytha dan ikhwan muncul di hadapannya.
‘jomlah naik. Panas kat luar tu.’ ikhwan menghulurkan tawaran sambil tersenyum manis.
‘takpe lah. Grit naik bas je. Tak lama lagi sampailah bas.’ Anggrita menolak lembut.
‘tak elok berjemur tengah panas ni. Grit tu kan mengandung.’ Ikhwan masih berusaha memujuk.
‘grit dah biasa macam ni. Lagi pun grit taknak menyusahkan sesiapa.’ Anggrita berusaha menolak lembut. Senyuman sentiasa di berikan. Senyuman itulah y telah mencairkan hati abang qis. Anggrita berkata di dalam hati.
‘masuk jelah. Kau tu bukan boleh berpanas pun. Cepat pitam. Kang kau pengsan kat sini siapa nak peduli?’ eytha bersuara ketus. Sengaja dia masuk campur dalam perbualan itu kerana dia tahu anggrita berdegil kerana takut akan dirinya. Anggrita yg mendengar patuh kepada arahan eytha. Mereka hanya mendiamkan diri sepanjang perjalanan.
‘kita makan dulu lah ye. Lapar pula.’ Ikhwan memecahkan sunyi.
‘kau nak makan kat mana?’ eytha menyoal anggrita. Suaranya di kendurkan sedikit. Ikhwan yg mendengar tersenyum. Lembut pun hati kayu kau tu.
‘kat mana-mana pun boleh.’ Anggrita senyum kepada eytha namun senyuman itu mati apabila dia terpandang jelingan maut dari eytha.
‘cakap jelah mana kau nak makan. Mustahil la kau tak mengidam macam-macamkan?’ eytha kembali bersuara.
‘memang la ada tapi grit kena sedar diri. Sekarang ni grit kena berjimat. Grit bukan ada suami nak sara grit dan baby ni.’ Anggria bersuara sayu. Eytha hanya diam. Hatinya terusik.
‘jadi kau nak makan apa? Hari ni peluang kau nak habiskan duit bang wan. Mintak je apa yg kau nak. Dia akan bagi punya sebab kalau dia tak bagi aku sekeh kepala dia ni nanti.’ Akhirnya, terdengar suara lembut eytha yg tersimpan selama ini. Tidak lagi ketus seperti dulu. ikhwan gembira mendengar kata-kata eytha. Hatinya berbunga riang kerana eytha telah berubah sikap apabila berhadapan dengan eytha.
‘licik betul la budak kecik ni. Tapi takpe, hari ni bang wan akan belanja dua orang gadis comel ni beli apa je yg korang nak. Okey?’ seisi kereta ketawa. Satu hikmah buat eytha kerana dendam yg selama ini tersemat di hatinya perlahan-lahan mencair melihat keadaan yg menimpa anggrita. Hatinya sayu mengenangkan nasib yg bakal di terima anak anggrita nanti. Kerana anak yg di kandung anggrita, hati eytha terbuka untuk membuang dendam yg bersarang di dalam hati. Sepanjang hari, mereka bergembira. Persahabatan yg terjalin dulu kembali bertaut. Mereka membeli-belah untuk persiapan bayi yg bakal lahir bersama-sama. Ikhwan yg paling bersemangat sekali. Annggrita hanya mampu ketawa apabila sekali sekala eytha dan ikhwan bertengkar kecil mengenai pilihan siapa yg paling cantik. Setelah puas membeli belah, mereka bertiga singgah ke sebuah kedai makan untuk berehat.
‘penat betul la. Grit larat lagi ke ni? Macam tak larat lagi aku tengok.’ Eytha meluahkan rasa bimbang.
‘larat lagi rasanya. Jangan risaulah.’ Anggrita senyum.
‘cukup ke barang-barang ni?’ ikhwan menyoal anggrita yg sedang melepaskan lelah.
‘dah terlebih cukup ni bang wan. Thanks ye sebab belanja grit. Nanti grit dah ada kerja, grit bayar balik.’
‘tak payah la. Bang wan ikhlas. Lagi pun nak belanja untuk anak sendiri, lama lagi.’
‘aik, belum ada calon lagi ke?’ anggrita menyoal kehairanan.
‘dah ada tapi dia cakap dia nak kawin lama lagi.’ Ikhwan menjawab penuh yakin.
‘oooo dah ada girlfriend tak bagi tau eytha pun. Ni yg rasa nak merajuk ni.’ Eytha mula menarik muncung. Angrita ketawa kecil melihat perangai keanak-anakan eytha. Dulu dia pun begitu juga tapi setelah berbadan dua, dia menjadi lebih matang.
‘mana ada tak bagi tau kau. Kan kau calon isteri aku. Hari tu kau kata lama lagi baru kita nak kawin kan?’ ikhwan menahan ketawa yg hampir meletus. Eytha yg mendengar bengang.
‘bang wan ni asyik nak kenakan eytha jelah. Taknak kawan lagi dengan bang wan.’ Eytha mengalih posisi membelakangkan ikhwan. Ikhwan kenyit mata memandang anggrita.
‘dia nak kena pujuk ni.’ Ikhwan berkata kepada anggrita.
‘ala bucuk, intan payung pengarang jantung, jangan merajuk. Muka tu kalau cantik masa merajuk takpe jugak. Ni kalau lelong pun tak laku. Bangla pun tak pandang. Aku jugak satu-satunya yg nak buat kau ni bini. Kalau kau masih merajuk jugak, aku cium kau kat depan grit ni. Pas tu bawa tok kadi nikahkan terus. Senang sikit kerja aku nanti. Pas tu, kerja kau, bagi aku anak je. Kau nak merajuk lagi tak?’ eytha kembali ke posisi asal.
‘tak hingin!’
‘engkau tak hendak, aku lagi tak hingin tau’ ikhwan menjawab ala-ala mak nyah. Eytha yg melihat, ketawa besar. Anggrita hanya tersenyum. Hatinya terusik dengan kelakuan ikhwan. Mengingatkannya kepada qisham.
‘eytha, grit nak minta maaf kat eytha. Sebab grit, eytha kehilangan abang yg eytha sayang. Maafkan grit. Sekarang ni grit dah terima akibat semua perbuatan grit dulu. setelah semua tu berlaku, baru grit sedar, grit ni benar-benar mementingkan diri sendiri. Demi kemewahan, grit sanggup menipu, melukakan perasaan orang lain. Bila kesakitan di tipu grit rasakan, grit sedar, inilah yg di rasakan oleh orang-orang yg grit tipu dulu.’ anggrita mencapai jemari eytha.
‘maafkan grit ye?’
‘dah la tu. aku pun bersalah dalam hal ni. Aku terlalu ikutkan perasaan aku dulu. aku lupa pada qadak dan qadar Allah. Nasib baik, ada insan yg sudi menegur kesilapan yg aku penah buat dulu. dia banyak beri aku tunjuk ajar selama ni. Dia mengajar aku erti sebuah kehidupan. Maafkan aku ye?’ eytha membalas genggaman tangan anggrita. Terlerai sudah sebuah sengketa.
‘oooowhh terharunya. Singa betina dah berubah sikap.’ ikhwan memecahkan suasana syahdu yg menyelubungi mereka. Eytha yg terasa dirinya di sindir, mencengkam leher ikhwan.
‘singa betina nak baham mangsa ni. Jangan menyesal ye?’ anggrita ketawa manis. Penderitaan yg di tanggung selama ini terubat dengan kemesraan yg terjalin antara dia dan eytha. Melihat kemesraan antara ikhwan dan eytha, dia tahu sesuatu telah bertapak di hati masing-masing.
‘korang berdua ni tengah bercinta ke?’ soalan anggrita mematikan perbuatan eytha. Ikhwan yg mendengar menoleh kea rah anggrita.
‘dengan budak kecik ni?’ ikhwan menghalakan telunjuknya kepada eytha. Anggrita mengangguk.
hanis asyirah
07-01-2009, 09:25 AM
lagi...lagi...:p
‘oh tidakkkk!! Berbinikan dia ni? Huh, boleh patah tulang aku tau kalau hari-hari bergusti. Kasar mengalahkan lelaki.’ Egonya aku. bukan ini yg aku nak kata, tapi mulut aku ni tak boleh nak cakap elok-elok. Nak aku luahkan, tapi aku takut kena reject awal-awal. Malu la beb. Mana nak letak muka cute ni kalau cinta di tolak?
‘hek’eleh. Macam la eytha nak berlakikan bang wan. Banyak lagi lelaki kat Malaysia ni yg boleh di buat laki tau. Ingat eytha kemaruk ke nak kawin dengan dia. Huh!’ eytha memeluk tubuh. Bang wan tengok la nanti, aku akan buktikan yg aku ni mampu jadi wanita lemah lembut tau. Anggrita kan ada, dia boleh ajar aku. hihihihi
************************************************** **********************
‘umi, kalau wan cakap sesuatu, umi jangan terkejut tau.’ Ikhwan memulakan mukadimahnya. Umi yg berada di sisi merenungnya sejenak.
‘umi dah tau.’ Umi tersenyum memandang anak teruna nan satu.
‘tau apa?’ ikhwan pantas menyoal.
‘wan dah jatuh sayang kat eytha kan?’ umi merenung ikhwan. Jemarinya menguak anak rambut yg menyentuh dahi anak terunanya. Sayangnya umi kepada ikhwan sama seperti dia menyayangi anak-anak yg lain. Ikhwan anak yg mendengar kata, senang untuk di asuh Cuma kadang-kadang sifat suka menyakat eytha tak dapat di cegah. Namun dia tahu, sesuatu telah mula bercambah di hati ikhwan. Dia juga pernah muda dulu.
‘macam mana umi tau?’ ikhwan mencapai jemari uminya. Ni kalau baba nampak, gerenti baba jealous. Hehehe
‘ikhwan anak umi. Umi tau la. Perut umi ni yg mengandungkan wan tau. Sekilas ikan di laut, umi dah tau jantan betinanya. Ini kan pula anak sendiri.’
‘hmm jadi tak payah la wan nak selindung dari umi lagi. Wan nak minta restu dari umi dan baba. Ikhwan rasa, dah sampai masanya ikhwan mendirikan rumahtangga. Wan dah tak boleh tahan lagi la umi. Wan takut, wan tak boleh kawal diri. Wan dah betul-betul jatuh cinta kat budak kecik tu.’
‘umi tak menghalang. Kalau wan dah berkenan, umi lagi la suka. Lagi pun, umi dah berkenan dengan eytha tu. dia anak yg baik. Mendengar kata. Tapi wan dah luah perasaan wan kat dia ke?’
‘belum lagi umi. Sebab tu wan nak umi tolong pinangkan dia untuk wan. Lagi pun, wan selalu sakitkan hati dia. Tiap kali wan nak luah perasaan wan, lain yg terkeluar dari mulut wan ni. Wan takut, dia tak terima wan.’
‘tau takut. Wan kasar sangat kat eytha. Kesian mak tengok dia tu. ada keluarga, tapi keluarga sendiri buang dia. Cuma kita jelah keluarga yg dia ada. Umi suka wan nak memperisterikan eytha tu. umi takut, orang lain yg pinang dia. Jiran rumah sebelah ni selalu Tanya pasal eytha. Umi rasa, dia berkenan dengan eytha untuk anak dia yg sulung. Kalau boleh, umi taknak eytha jadi menantu keluarga lain. Umi dah plan, kalau wan tak suka eytha, umi nak jodohkan dia dengan nifzan. ‘
‘mana boleh mi. nifzan kan dah ada girlfriend. Lagi pun wan tengok, nifzan tu bukan nak berkawan dengan eytha pun. Dia selalu mengelak kalau eytha bawak dia berbual.’
‘umi tak berkenan sangat dengan teman wanita nifzan tu. seksi sangat. Tak boleh di buat menantu.’
‘itu bukan seksi umi, tapi seksa. Wan dah banyak kali nasihatkan dia, tapi nifzan tu degil. Wan pun tak tau apa yg dia pandang sangat kat girlfriend dia tu. nak kata cantik, cantik lagi bulu betis wan ni.’
‘nifzan tu keras kepala macam baba kamu tu. umi malas nak nasihat dia lagi. Pandai-pandai la dia nak fikir mana yg baik mana yg buruk.’
‘salah kita jugak mi. kita biarkan dia terus hanyut dalam kekecewaan dia dulu. kalau dahlia tak tinggalkan dia, dia takkan jadi macam ni. Dia pernah kata kat wan, dia dah tak percaya dengan perempuan yg nampak baik ni.’ Umi mengeluh mendengar kata-kata ikhwan. Kata-kata ikhwan ada benarnya.
‘wan nasihat la nifzan tu. cakap umi ni, bukan dia nak dengar. Baba kamu tu bukan nak peduli dia lagi. Sejak diorang bergaduh besar hari tu, diorang dah tak bertegur sapa lagi. Nasib baik eytha ada. Eytha jelah yg boleh lembutkan hati baba kamu tu. baba kamu tu dah sayang sangat kat eytha. Dialah satu-satunya suri dalam rumah ni. Umi harap, wan jagalah bunga sekuntum tu ye? Jangan biarkan walau seekor pun kumbang menyentuhnya.’
‘insyallah mi. wan akan jaga budak tu dengan baik. Selagi wan bernafas, wan takkan buat budak tu menangis. Dia tu terlalu berharga. Terlalu tinggi nilainya. Umi, kalau ada orang merisik eytha, umi jangan terima ye?’
‘mana boleh macam tu. eytha ada hak untuk memilih. Kita boleh rancang, tapi, eytha yg menentukan pilihan hatinya. Umi pun tak boleh paksa dia terima wan.’
‘hmmm.. susah la macam ni.’
‘wan cuba la tawan hati eytha. Hati perempuan ni lembut. Lekas cair.’
‘budak tu hati kayu la mi. macam tak ada perasaan je.’
‘wan cuba la dulu. emm, umi nak masuk dulu. wan jangan lama-lama sangat duduk kat luar ni. Nanti selsema. ‘ umi meninggalkan ikhwan melayan perasaan sendiri. Macam mana aku nak ambik hati dia ye? Umi ni pun satu, cuba la bagi tips sikit macam mana nak mengorat. Aku belum khatam lagi bab mengorat ni. Alahai.. masalah betul la kalau dah jatuh cinta ni. Kalau jatuh cinta kat girl yg semulajadi lembut, ok jugak. Ni yg berhati kayu. Masak aku kalau macam ni. Someone, HELP ME!!!!!
************************************************** **********************
zahra
07-01-2009, 10:29 AM
huh..b'smbung ag kew?aduyaii..yes ikhwan meh zahra dtg bntu..ehikss:D
sowie la..
bt msa ni cbuk sgt..
nti aku bt trus abis ye?
tp x jnji bila..
so, dlm msa trdekat ni,
aku xkan post dlu.
dh siap, br aku post kn..
sowie la bt korang trtunggu2..
hanis asyirah
07-01-2009, 11:03 AM
bestnyer...:p
anis,
suka ngan bunga rose 2..
minta sekuntum leh x?
hanis asyirah
07-01-2009, 11:08 AM
anis,
suka ngan bunga rose 2..
minta sekuntum leh x?
nak ke?ala...xdpt la nk bg..kalo amik sekuntum..kata2 dh xlengkap lg utk anis...hehe:x
samaratungga
07-01-2009, 06:55 PM
apsal baba jeles ngan anak sendiri?
ade2 jew pop... :))
azizah al-idrus
07-01-2009, 08:59 PM
maner penghujung nyerrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr....
samaratungga
07-01-2009, 09:06 PM
pop tengah sakit kot..
azizah al-idrus
07-01-2009, 09:13 PM
erkk.. btol ke pop sakit?
samaratungga
07-01-2009, 09:14 PM
saje agak2
eytha termenung menghadap langit. Hatinya di buai dengan keindahan alam. Sejak dua tiga hari ni, dia berasa pelik dengan kelakuan ikhwan. Lelaki itu mula menjauh darinya. Tidak ada lagi senda gurau antara mereka. Kalau berbicara pun hanya sepatah dua kata yg keluar dari mulutnya. Eytha hairan. Kalau dulu, pantang ada peluang, ikhwan sentiasa membulinya. Tidak kira tempat dan masa. Ada sahaja benda yg akan menjadikan dia kelihatan bodoh di depan lelaki itu. Kadang-kadang, terselit perasaan terkilan di dalam hati namun perasaan itu di buang jauh. Dia sedia maklum, ikhwan hanya bergurau dengannya dan dia juga senang dengan gurauan itu. Kini, ikhwan telah berubah. Dia juga tertanya-tanya dengan perubahan ihkwan.
Terselit perasaan rindu di hatinya. Rindu dengan layanan lelaki itu. Aku ada buat salah ke? rindu la kat orang tua tu.. kenapa dia berubah ekk? Mungkin betul dia dah ada girlfriend. Dia dah tak perlukan aku lagi. Eytha menyeka air mata yg mula mengalir. Kenapa aku nak sedih pula? Bagus la tu kalau dia dah jumpa wanita idamannya. Cemburunya aku kat gadis tu. beruntung dia dapat bang wan. Dia lelaki yg baik. Susah nak cari lelaki macam tu sekarang ni. Hmm kenapa dia tak pilih aku ye? Aku ni tak menepati cirri-ciri wanita idaman dia kot. Lagi pun dia selalu kata yg aku ni tak layak jadi bini dia. Betul ke? Agaknya dah terlambat kalau aku nak ambil hati dia.. aikkk!! Kenapa pula aku nak ngorat dia? Aku tak cintakan dia pun. Jatuh cinta pun tak pernah. Tapi kenapa aku sedih? Rasa sakit sangat hati aku ni dengan layanan dia. Dia buat aku ni macam tak wujud je. Umi pula buat don’t know je dengan perangai bang wan tu. bila Tanya kat umi, selamba je umi kata bang wan dah ada kekasih. Umi pun suka dengan kekasih bang wan tu. lepas ni, aku bukan lagi la satu-satunya bunga tunggal kat rumah ni. Nasib baik baba tak berubah. Sayang baba sangat-sangat. Hmm bang nifzan pun dah berubah sekarang ni. Tak lagi dingin macam dulu. agaknya dia dah mula terima aku kot. Syukurlah, walau aku kehilangan bang wan, bang nifzan dah terima aku. tapi, aku tetap nak bang wan. Tak ada sesiapa pun yg boleh ambil tempat bang wan dalam hati aku ni. Tempat dia tu special sangat.
‘woii budak kecik. Pekak ke?’ ikhwan menjerit kuat di telinga eytha. berterabur lamunan eytha mendengar jeritan ikhwan tepat di telinganya. Eytha mengurut dada.
‘bang wan ni tak reti nak bagi salam ke hah? Terperanjat eytha tau.’
‘sejak bila kau jadi pekak ni? Berkali-kali aku bagi salam tau, kau je yg tak dengar. Mengelamun je yg kau tau sekarang ni.’ Aku mengelamun pun sebab kau tau tak.
‘yg kau nangis ni kenapa? Dah buang tebiat?’
‘mana ada eytha nangis.’ Eytha lekas-lekas menyapu air matanya. Kalau boleh, dia taknak orang lain tahu dia bersedih.
‘hah lantak kau la. Meh sini ikut aku ke taman. Aku nak tunjuk sesuatu kat kau.’ Terima kasih Allah. Kau telah kembalikan lelaki ini kepada ku. Eytha tersenyum. Dia lantas memeluk lengan ikhwan dengan mesra. Ikhwan hairan dengan kelakuan eytha. Kenapa hari ini dia berubah sikap? Terlebih manja. Ikhwan tertanya-tanya.
‘kau sakit ke?’ ikhwan meletakkan belakang tangannya di dahi eytha.
‘tak panas pun.’
‘cepat la. Kata tadi nak tunjuk sesuatu.’
‘oh ya aku hampir lupa. Jom.’ Mereka bergandingan menuju ke taman yg tersedia di halaman rumah. Eytha mengambil tempat bertentangan ikhwan. Dia hairan, di dalam tangan ikhwan terdapat sebuah gitar.
‘nak buat apa dengan gitar tu?’ eytha menyoal hairan. Selama ini dia tidak pernah tahu ikhwan ada menyimpan gitar.
‘nak makan. Kau nak ke?’ ikhwan menyoal balik. Eytha menarik muncung.
‘mesti la aku nak main. Kura-kura dalam perahu betul la. aku baru beli gitar ni. Kau nak dengar aku nyanyi sambil petik gitar ni tak?’ ikhwan menghadiahkan sebuah senyuman manis khas untuk eytha. cakap la kau nak dengar. Susah payah aku belajar petik gitar ni tau. Semuanya khas untuk kau.
‘pandai ke?’
‘mesti la pandai. Kalau tak pandai takkan aku nak main untuk kau.’ Ikhwan menyekeh kepala eytha. huh potong stim betul la minah ni. Aku punya bersemangat nak menyumbangkan lagu dengan suara ku yg sumbang ni, boleh pula dia Tanya aku pandai ke tak. Eytha menyentuh kepalanya yg di sekeh ikhwan. Mangkuk betul la orang tua ni.
‘nak dengar ke tak ni? Kalau taknak, aku buang je gitar ni’
‘kenapa pula nak buang?’
‘aku beli gitar ni sebab kau la budak kecik.’ Aduh, banyak Tanya betul la budak kecik ni.
‘sebab eytha? kenapa pula?’ eytha menyoal bodoh.
‘nak dengar ke taknak ni?’
‘ok2 eytha dengar’ huh dengar jelah. Kang tak pasal-pasal kena sekeh lagi. Ikhwan mula memetik gitarnya dengan sepenuh perasaan.
‘lagu ni khas untuk kau. Dengar tau’ eytha memberi tumpuan sepenuh hati.
‘london bridge is falling down,
Falling down, hahaha…’ ikhwan ketawa terbahak-bahak. Niatnya mengenakan eytha berjaya. Eytha yg tahu dirinya terkena berasa kecil hati. Dia pantas berdiri.
‘kau ingat aku serius ke?’ ikhwan menahan senyum.
‘bang wan ingat eytha ni suka sangat ke dengan gurauan bang wan tu?’ wajah eytha mula keruh. Kali ini hatinya benar-benar terguris. Perlahan-lahan air matanya mengalir. Sensitive sungguh perasaannya kali ini. Ikhwan tersentap. Gurauannya tak menjadi. Eytha berpaling lalu perlahan-lahan melangkah meninggalkan ikhwan. Tiba-tiba telinganya menangkap suara ikhwan menyanyi sambil memetik gitar. Langkahnya terhenti. Itu antara lagu yg amat di gemarinya. Dia pernh memberitahu ikhwan, andai suatu hari nanti seorang lelaki menyanyikan lagu tersebut untuknya, tanpa teragak-agak dia akan menerima lelaki tersebut.
‘Di manakah pemandangan terindah di dunia?
Puas ku cari setelah jauh melangkah
Hingga takdir menyuluh ke arah mu
Ku temu pemandangan itu terlakar di wajahmu
Dengan setiap renungan
Terpesona ku rasakan
Dengan setiap belaianmu hati makin tersentuh
Oh kasih, oh kasih
Ku berterima kasih
Padamu kerana menyempurnai hidupku
Dan sakit dah sungguh aku asyik terjatuh
Jatuh cinta dengan kamu
Dalam berjuta-jutaan lagu
Tiada satupun dapat menenteramkan kalbu
Melainkan bila kau menyebut
Ke telinga bahawa kau juga sayang padaku
Dengan setiap lafaz kata
Harapan makin menyinar
Untuk kita bersama membina hidup bahagia
Oh kasih, oh kasih
Ku berterima kasih
Padamu kerana menyempurnai hidupku
Dan sakit dah sungguh aku asyik terjatuh
Jatuh cinta dengan kamu
Ku rasa setuah-tuah manusia
Nikmati hidup dengan wanita yang ku cinta
Oh kasih, oh kasih
Ku berterima kasih
Padamu kerana menyempurnai hidupku
Dan sakit dah sungguh aku asyik terjatuh
Jatuh cinta dengan kamu’
ikhwan menyudahkan nyanyiannya. Eytha masih terpaku di tempatnya berdiri. Degupan jantungnya seakan terhenti. Perasaannya sungguh tersentuh. Ikhwan menghampiri eytha. perlahan, dia melingkarkan tangannya memeluk pinggang eytha.
‘will you marry me?’ ikhwan berbisik romantic di telinga eytha. eytha yg mendengar lafaz ikhwan terkejut. Rona merah mula menerjah pipinya.
‘bang wan bergurau ke ni?’
‘no sayang. abang serius ni. Abang serius melamar eytha jadi suri dalam hidup abang.’ Ikhwan berkata perlahan. Eytha meleraikan pelukan ikhwan. Dia memberanikan diri menentang mata ikhwan. Dia dapat melihat sinar cinta di dalam mata tersebut. Kenapa sebelum ni aku tak perasan?
‘macam mana dengan kekasih bang wan? Umi kata bang wan dah ada kekasih’ eytha menundukkan wajah. Hatinya menangis saat menuturkan kata-kata tersebut. Perasaan cemburu menular ke dalam hatinya. Dia menjauhkan diri.
‘oh yg tu. itu pun abang dah lamar tapi dia belum setuju lagi.’
‘habis tu eytha ni bang wan nak letak kat mana? Tak suka la macam ni.’ Eytha memeluk tubuh. Hatinya mendongkol marah dengan perbuatan ikhwan. Dia tak ingin menjadi orang kedua. Dia tak suka berkongsi kasih sayang dengan orang lain. Ikhwan senyum macho.
‘eytha jelita sayang, hati abang ni untuk eytha je tau. Ingat tak masa eytha mengigau dulu? masa tu abang dah jatuh sayang kat eytha. tapi abang tengok, eytha macam takde respond pun. Sebab tu abang menjauhkan diri. Abang nak kaji perasaan abang ni dulu. abang nak tau sama ada abang betul-betul cintakan eytha atau pun Cuma perasaan sayang sebagai adik je. Sekarang ni abang dah betul-betul pasti dengan perasaan abang sebab tu abang lamar eytha.’ auta betul la. Aku menjauh sebab aku nak ngorat kau. Pas tu aku nak belajar petik gitar ni. Nak jugak jadi romantic ala-ala romeo gitu..
‘takkan umi nak bohong pula?’
‘apa yg umi cakap tu betul. Sebenarnya umi dah tau perasaan abang kat eytha. umi sengaja cakap macam tu sebab nak tengok reaksi eytha. abang dah siap minta umi lamar eytha untuk abang tau.’
‘sengaja la tu buat eytha tertanya-tanya kenapa abang mengelak dari eytha.’
‘jadi selama ni eytha selalu termenung sebab rindukan abang ye?’ ikhwan mengenyitkan mata. Dia menapak menghampiri eytha.
‘siapa rindukan abang? Tak sudi tau.’
‘tapi abang rindukan eytha. setiap saat abang teringatkan eytha je. Nak kerja pun susah. Buka file, nampak eytha. pandang muka gadis lain, muka eytha yg menjelma. Nak mimpi orang lain, muka eytha je yg ada. Hidup abang ada eytha je. Cuma tidur je tak nampak eytha.’ eytha menghadiahkan sebuah cubitan ke lengan ikhwan.
‘eytha sudi tak jadi isteri abang ni? Kalau eytha sudi, kita kawin terus. Tak payah nak bertunang lagi. Abang malas la nak bertunang ni, nanti tak boleh jumpa eytha selalu. Abang jugak yg sakit merindu. Setuju ye?’ ikhwan mengeluarkan sebentuk cincin dari poket seluarnya.
‘ni bukan cincin tunang atau cincin nikah. Cincin ni sebagai lambang abang melamar eytha. kalau eytha terima, kita nikah cepat-cepat. Abang tak boleh nak tunggu lama-lama lagi. Jiran sebelah tu dah selalu Tanya pasal eytha. abang taknak eytha jatuh ke tangan orang lain.’ Huh orang tua ni.. tak sabar betul la. Ingat kahwin ni macam main kahwin-kahwin masa budak-budak dulu ke? Aku ni tak puas hidup bujang lagi tau. Lagi pun, aku belum bersedia lagi nak dapat title isteri.. kalau dah kahwin, mesti la nak ada anak. Aku sendiri pun macam budak-budak. Huuuuu apa nak jawab ni..
‘bagi masa eytha fikir ye?’ eytha akhirnya bersuara. Dia mengambil cincin yg di hulurkan ikhwan namun tidak terus memakainya.
‘ok tapi jangan lama sangat. Lupa nak bagi tahu, malam ni abang akan bertolak ke sabah. Ada kursus kat sana dalam seminggu. Jaga diri elok-elok kat sini. Jangan keluar kalau takde benda nak di buat. Ingat tu.’ aduhaiii ingatkan nak bagi jawapan tadi. Huhu nasib baik aku dah plan awal-awal nak tinggal kat luar. Nak jugak aku tau kau rindu kat aku atau tak..
‘nak mengelak la ni.’ Eytha menarik hidung qisham. Penakut rupanya orang tua ni.. hehehe comel..
‘abang takut eytha tolak cinta abang. Selama ni abang tak penah rasa takut, tp bila ia melibatkan perasaan, abang memang tak boleh nak berdepan. Seandainya eytha tak terima abang, abang harap kita masih kekalkan kemesraan macam dulu. abang takkan memaksa eytha membuat keputusan. Semua ni demi masa depan eytha. abang taknak eytha terpaksa menerima abang kerana budi. Terhutang budi tak semestinya di balas dengan body. Abang bukan macam tu dan abang yakin eytha sudah mengenali keperibadian abang. Take your time sweetheart. abang kena bertolak sekarang. Hati-hati kat sini ye? Love you.’ Ikhwan berlalu tanpa menoleh ke belakang lagi. Dia takut seandainya kakinya tak mampu melangkah pergi.
Eytha melihat pemergian ikhwan dengan sejuta perasaan. Sedih, pilu, sayang singgah di hati. Harapan lelaki itu terlalu tinggi terhadapnya. Mampukah aku menggalas semua ini? Tidakkah ini terlalu muda untukku tempuhi? Mengapa aku bang wan? Kenapa bukan anggrita saja yg kau nikahi? Saat ini anggrita amat memerlukan seorang lelaki untuk mendampinginya. Masih terlalu banyak yg aku perlu pelajari. Mampukah kau mengajar itu semua kepadaku?
************************************************** **********************
Hari yg di nanti tiba tanpa di sedari. Hati eytha berdebar-debar menanti kepulangan insan tersayang. Dia melihat cincin lamaran ikhwan yg tersarung indah di jari manisnya. Hurmm.. tak payah aku jawab ya atau tidak. Cukuplah kalau bang wan nampak aku pakai cincin ni. Eytha tersenyum indah. Lesung pipit jelas terpamer di kedua-dua belah pipinya. Manis.
‘ni tersengih sorang-sorang ni kenapa? Tak sabar la tu nak jumpa geng kamcheng.’ Nifzan mengusik eytha yg masih tersengih.
‘eleh, bang nif tu cemburukan? Tau la eytha kamcheng dengan bang wan.’ Eytha selamba menjawab.
‘ni mesti ada apa-apa ni. Share lah dengan bang nif.’ Nifzan duduk di sisi eytha. jelas terhidu bau minyak wangi yg di pakai.
‘adalah. Mana boleh cerita kat bang nif. Kalau eytha cerita, rahsia bukan lagi jadi rahsia. Pergi sana, duduk tempat lain, menyibuk je. Hihihi’
‘ooo takpe. Nanti bang nif Tanya bang wan. Dai mesti tau ni. Hah, dia dah sampai tuh.’ Nifzan meninggalkan eytha yg terlihat pucat mukanya. Bukan kerana sakit, tetapi terlalu gabra bertemu dengan ikhwan setelah seminggu tidak berjumpa. Eytha membuntuti langkah nifzan. Dia melihat wajah keruh umi menatap wajahnya.kenapa ni? Ada sesuatu terjadi kat bang wan ke? Eytha bergegas mendekati mereka. Langkahnya terhenti melihat seorang wanita di sisi ikhwan. Ikhwan melihatnya tanpa sebarang perasaan. Lidahnya kaku hendak berkata-kata. Ikhwan menghampiri eytha sambil memimpin jemari wanita itu yg di warnai dengan inai.
‘eytha kenalkan, ini zulaika, isteri abang. Zulaika, ini eytha, satu-satunya bunga di ladang indah ni.’ Zulaika menghulurkan tangan, perlahan-lahan eytha menyambut huluran itu. Selepas tangan di lepaskan, eytha membawa tangannya ke belakang badan lalu perlahan-lahan melurut cincin yg di pakainya. Saat itu juga, satu persatu air matanya berjuraian jatuh ke pipi. Hilang senyuman di wajah itu. Tiada lagi seri di wajahnya. Ikhwan pura-pura tidak melihat adegan eytha melurutkan cincin lamarannya.
‘abang kata abang ke sana atas urusan kerja? Rupa-rupanya abang menguruskan perkahwinan abang.’ Eytha menangis tersedu-sedu. Semua mata memandang hairan ke arahnya lebih-lebih lagi nifzan. Umi memeluk tubuh eytha yg terhinggut-hinggut menahan tangis. Air matanya turut mengalir melihat gadis itu bersedih. Baba menarik eytha ke dalam pelukan. Dia terlalu menyayangi gadis itu. Hatinya sudah jatuh sayang. Antara dia dan eytha, sudah tidak punya rahsia. Baba juga telah mengetahui tentang lamaran ikhwan dan juga jawapan eytha.
‘wan, kau bawa isteri kau masuk ke dalam bilik. Malam nanti, baru kita berbincang. Baba tau kamu berdua penat. Nifzan, bawa eytha bersiar-siar kejap. Baba nak bincang sesuatu dengan umi kejap. Mari umi.’ Baba meleraikan ketegangan yg berlaku. Nifzan merenung eytha. hatinya kasihan melihat kemurungan gadis itu. Dia seperti dapat merasakan kesakitan yg di alami eytha kerana dia juga pernah melalui detik-detik ini. Perlahan dia memimpin jemari eytha meninggalkan ikhwan dan zulaika yg mematungkan diri. Eytha menurut tanpa bantahan. Sebelum berpisah, matanya sempat memandang ikhwan yg menundukkan kepalanya. Nifzan membawa eytha ke tepi pantai. Niatnya ingin memberikan ketenangan kepada gadis itu. Suasana sunyi menyelubungi mereka. Yg kedengaran hanyalah sendu eytha yg tidak berkesudahan.
‘rahsia sudah bukan rahsia lagi.’ Nifzan memulakan bicara. Eytha masih berdiam diri.
‘nak dengar satu cerita tak? Dulu ada seorang jejaka yg amat mencintai seorang gadis. Macam biasa, berkenalan, bercinta dan akhirnya bertunang. Bagi jejaka tersebut, wanita itu terlalu elok peribadinya. Tingkah laku yg sopan, ayu bertudung, dan manis senyumannya. Sejuk je mata memandang. Tanpa berlengah, jejaka tersebut menghantar pinangan. Bermulalah episod pertunangan mereka. Hubungan mereka sungguh rukun dan damai. Jejaka tadi sungguh beruntung kerana gadis itu telah menyempurnai hidupnya. Inilah wanita yg di cari-cari selama ini. Orang kata apa, gadis melayu terakhir.’ Nifzan berhenti sekejap. Dia menarik nafas mengatur kembali pernafasannya. Eytha masih berdiam diri tapi sudah tidak kedengaran lagi sendunya.
‘saat yg di tunggu-tunggu hampir tiba. Segala persiapan telah di buat untuk meraikan perkahwinan mereka. Si jejaka sentiasa tersenyum kerana saat kebahagiaan bakal menjelma. Majlis berjalan dengan sempurna. Jejaka tadi akhirnya menamatkan zaman bujangnya dengan wanita yg amat di cintai. Mereka ibarat pinang di belah dua. Sama cantik, sama padan. Saat memperlihakan video zaman kanak-kanak pasangan pengantin, sesuatu yg tidak di jangka berlaku. Video itu tidak menayangkan gambar pengantin, melainkan…….’ Sukar bagi nifzan meneruskan kata-katanya. Ibarat sesuatu menyangkut di kerongkongnya.
‘melainkan apa bang nif?’ eytha mengajukan soalan. Hatinya tertarik mengikuti cerita nifzan.
‘melainkan video lucah pengantin perempuan dengan lelaki lain.’ Nifzan bersuara perlahan. Masih terbayang suasana ketika kejadian itu berlaku.
‘Semua mata memandang ke arah pasangan pengantin. Muka pengantin lelaki merah terbakar menahan malu dan amarah. Pengantin perempuan hanya mampu menangis dan bersujud di kaki jejaka tersebut. Terlontar kata-kata maaf tanpa penghujung kepada si jejaka. Dengan nada terketar-ketar, si jejaka menyoal isteri yg baru di nikahi. Apa benar isterinya itu pelakon di dalam video yg tengah di siarkan sekarang dan siapakah lelaki yg berbuat onar kepada mereka? Dengan tersedu-sedu, pengantin perempuan itu mengaku dialah wanita itu. Dia memberitahu, semua itu terjadi tanpa di rancang. Bekas kekasihnya merayu dia kembali ke sisi lelaki tersebut lalu tanpa sedar, dia telah melakukan perbuatan tidak bermoral itu. Tanpa di ketahuinya, bekas kekasihnya telah merakam aksi mereka berasmara. Dan pengakuan terakhir wanita itu benar-benar mengejutkan si jejaka apabila isterinya mengakui yg dia telah mengandung anak bekas kekasihnya. Seakan langit menghempap kepala si jejaka bila dia mengetahui kebenarannya. Saat itu juga, dia menceraikan isterinya dengan talak tiga. Isterinya meraung tidak ingin di lepaskan. Tapi keputusan lelaki itu nekad, ludah tidak akan di jilat lagi.’ Nifzan menghabiskan ceritanya. Wajahnya kelihatan keruh menandakan gejolak perasaannya sedang berperang.
‘cuba eytha bandingkan, siapa yg lebih terluka, eytha atau jejaka tersebut?’
‘apa dah jadik dengan jejaka tu?’ eytha menyoal tanpa menjawab soalan nifzan.
‘jejaka tu sekarang memilih untuk hidup sendiri. Baginya, wanita hanyalah mainan untuk dirinya. Mereka ibarat pakaian. Bila pakaian itu sudah berbau atau kusam, ianya harus diganti dengan yg baru. Tak payah di simpan lagi.’
‘sebelum bertolak ke sabah, bang wan melamar eytha untuk jadi suri hidupnya. Dia kata, dia akan dengar jawapan eytha selepas dia balik dari sabah. Rupa-rupanya, eytha yg akan mendengar jawapan dari dia.’ Eytha meluahkan segala yg terbuku di dalam hatinya. Dia memerlukan seseorang untuk meluahkan segala kekusutan yg berlaku.
‘dan bang nif dah agak apa jawapan eytha. semuanya dapat di lihat melalui air mata eytha yg mengalir.’
‘eytha tak pernah rasa di sayangi oleh insan lain yg bernama lelaki selain bang qisham. Eytha tak mungkin silap memilih bang wan sebagai suami eytha. eytha dah buat solat istikhara' setiap malam. Dan beberapa malam yg lepas, eytha di datangi mimpi yg menunjukkan bang wan lah jodoh eytha. tapi kenapa lain jadinya? Bang wan bawa balik isteri pula. Eytha macam mana?’ eytha kembali mengalirkan air mata. Nifzan menarik eytha ke dalam pelukan.
‘menangislah jika itu dapat mengubati hati eytha.’ nifzan mempereratkan pelukan. Dia dapat merasakan kesedihan yg di alami eytha. dia juga pernah merasakan kesakitan yg sama namun keadaannya lebih parah lagi. Kerana terlalu kecewa, dia sanggup mengingkari segala larangan agama. Kini, barulah dia sedar, apa yg di lakukan hanyalah sia-sia. Dia masih berpeluang untuk berpatah balik dan menebus segala dosa-dosa yg pernah dia lakukan dulu.
************************************************** **********************
Perjumpaan kali ini tidak seperti biasanya. Makan malam pun tidak semeriah dulu. tidak ada upacara menyambut menantu seperti yg di lakukan orang lain. Semua mata memandang eytha. kehadiran gadis itu mematikan lamunan penghuni rumah. Eytha menghampiri baba lalu duduk di sebelah lelaki itu. Eytha mencapai tangan baba lalu menciumnya. Selesai bersalaman dengan baba, eytha beralih kepada umi. Dia turut melakukan perkara yg sama kepada umi. Umi memandang eytha penuh kehairanan. Sejuta pertanyaan bermain di fikirannya.
Eytha tidak mengambil masa yg lama untuk membiarkan teka teki itu berlarutan. Dia menarik nafas perlahan. Perit untuknya meluahkan kata-kata.
‘umi, baba, rasanya dah sampai masanya eytha keluar dari mahligai ni.’ Eytha perlahan mengeluarkan suara. Dadanya pedih menahan sebak. Ikhwan hanya berdiam diri. Dia tak mampu untuk menghalang pemergian eytha.
‘baba tak benarkan. Sekali eytha tinggal d sini, selamanya eytha harus berada di sini.’ Baba berkata tegas. Umi turut mengangguk.
‘baba, eytha tak boleh terus-terusan berada di sini. Eytha tak cukup kuat nak berdepan dengan manusia hipokrit. Lagi pula, siapalah eytha di sini. Baba dan umi harus bersikap adil kepada menantu baru keluarga ni. Zulaika lebih berhak tinggal di sini.’
‘sayang, umi dah anggap eytha ni macam anak kandung umi sendiri. Umi tak boleh lepaskan eytha macam tu je. Kemana eytha nak tinggal kalau eytha pergi dari rumah ni? Eytha kan takde siapa-siapa di dunia ni. Kamilah keluarga eytha.’ umi mengusap belakang eytha lantas dia memeluk tubuh kecil itu dengan erat.
‘baba nak penjelasan dari wan. Macam mana semua ni boleh berlaku? Apa sebenarnya rancangan wan hah? Kenapa wan beri eytha harapan kalau wan tak boleh menjadikan harapan itu menjadi kenyataan? Siapa perempuan yg wan usung ni? Baba tak akan terima perempuan ni macam tu je!’
‘bang wan, kenapa boleh jadi macam ni? Nif pun perlukan penjelasan yg munasabah untuk semua ni.’
‘wan rasa wan tak perlu jelaskan apa-apa. Kalau eytha nak keluar dari rumah ni, wan tak boleh halang.’ Kata-kata ikhwan benar-benar menghancurkan hati eytha. cinta yg bercambah, serta merta mati. Air matanya berjejeran ke pipi. Kesakitan yg di alami tidak mampu di ungkapkan dengan kata-kata. Tahulah dia kini kenapa qisham benar-benar terluka apabila kepura-puraan anggrita terbongkar. Dia dapat merasakan keperitan itu.
‘terima kasih semua sebab selama ni memberi eytha peluang untuk merasa kebesaran kasih sayang. Eytha hargai semua itu. Baba, eytha sayangkan baba. Umi, kasih eytha tak pernah berbelah bahagi untuk umi. Andai di beri pilihan, eytha teringin sangat lahir dari rahim umi dan menjadi anak kepada baba dan umi. Bang nif, terima kasih sebab menerima eytha dalam keluarga ni. Walaupun baru seketika eytha dapat bermesra dengan bang nif, eytha tau jauh di lubuk hati bang nif, masih ada ruang untuk eytha bermanja. Abang, terima kasih atas segala-galanya. Eytha belajar menyayangi, menyintai dan memaafkan dari bang wan. Tanpa abang, siapalah eytha sekarang ni. Terima kasih juga kerana memberi harapan kepada eytha lalu bang wan sendiri memusnahkan harapan tersebut.’ Eytha berhenti sejenak, mengambil masa sedikit untuk menenangkan diri.
‘tahniah zulaika. kau telah berjaya menghancurkan hatiku. Dan selamat pengantin baru aku ucapkan. Semoga berbahagia dengan jantan hipokrit ni. Aku harap anak korang tak mengikut perangai korang berdua.’ Sesudah menyudahkan kata-katanya, eytha berlalu meninggalkan mereka semua. Sebelum sempat eytha melangkah melepasi pintu, lengannya di sentap. Eytha mematikan langkah. Dia memusingkan badan. Nifzan memandangnya sayu. Mata lelaki itu berkaca-kaca.
‘eytha taknak tau ke siapa jejaka yg bang nif ceritakan tadi?’ eytha mengeleng.
‘eytha tak terfikir pun nak tau siapa jejaka tersebut kerana eytha yakin, jejaka tersebut terlalu terluka dengan perbuatan bekas isterinya. Luka yg eytha alami tidak sedalam luka yg jejaka itu tanggung.’ Nifzan melepaskan tangannya. Dia membiarkan eytha melangkah meninggalkan mereka semua. Nifzan menghampiri ikhwan lalu menghadiahkan satu tumbukan padu kepada ikhwan.
‘itu kerana kau menyakiti adik aku.’ untuk kedua kalinya, nifzan melayangkan penumbuk. Ikhwan hanya mampu mengerang sakit. Baba hanya melihat pergaduhan dua beradik itu. Tiada niat di hatinya untuk melarang. Umi lantas memeluk nifzan, menenangkan anak itu.
‘tumbukan tadi tu kerana kau telah menghancurkan hati seorang gadis yg kau cintai. Kau ni manusia jenis apa hah? Kau suka ke tengok apa yg jadi kat aku dulu berulang kat dia? Dia tak sekuat yg kau sangkakan. Perbuatan kau ni keterlaluan sangat.’ Zulaika membantu ikhwan berdiri. Hatinya kasihan melihat ikhwan di tumbuk oleh adik sendiri.
‘kau dah melampau. Dia ni abang kau la. Sanggup kau buat abang kau macam ni. Tak kesian ke?’ zulaika memuntahkan kata-kata setelah sekian lama membisu.
‘kau diam perempuan sundal! Ini buka urusan kau!’ nifzan bertempik.
‘ni dah termasuk urusan aku tau dan aku bukan perempuan sundal. Kalau kau nak tahu sangat, aku ni bukan is…’ belum sempat zulaika menghabiskan kata-katanya, mulutnya telah di tutup ikhwan. Ikhwan membesarkan anak matanya. Zulaika menarik tangan ikhwan dari menutup mulutnya.
‘aku dah tak tahan tengok suasana macam ni ikhwan. Eytha tak bersalah dan tak seharusnya di perlakukan macam tu. dan kau juga tak boleh terus-terusan berdiam diri. Makcik, pakcik, saya bukan isteri ikhwan. Saya sebenarnya doctor peribadi dia. Dia tak ke sabah sebenarnya tapi telah melakukan pembedahan jantung kerana dia menghidapi penyakit jantung berlubang. Semua ni tidak di rancang oleh ikhwan. Saya yg bersalah sebenarnya. Saya memberi harapan dia akan sembuh andai menjalani pembedahan ni tapi malangnya, pembedahan ni tak berjalan seperti yg di rancang.’ Zulaika mengambil nafas sebentar. Ikhwan hanya mampu menundukkan wajahnya. Gentar menentang empat pasang mata yg memandangnya. Umi terduduk mendengar cerita zulaika. dia menyembamkan mukanya ke dada suami tersayang. Baba terpaku mendengar keterangan zulaika. dia menenangkan umi yg menangis di dadanya.
Nifzan berlari keluar setelah mendengar penjelasan zulaika. niatnya hanya satu, dia ingin mendapatkan eytha semula. Gadis itu perlu mengetahui cerita sebenar. Gadis itu berhak mendapatkan kebahagiaan hakiki. Matanya melilau memandang sekeliling. Matanya tertancap pada tubuh seorang gadis yg terduduk menangisi nasib sendiri. Nifzan menghampiri eytha. dengan perlahan, dia menyentuh bahu gadis itu. Eytha yg menyedari bahunya di sentuh, mendadak berdiri. Matanya merenung nifzan. Dia lantas menghamburkan tangisan di bahu nifzan.
‘jom balik.’ Nifzan tidak menunggu masa yg lama untuk membawa eytha pulang. Eytha mengeleng.
‘eytha kena balik untuk berdepan dengan kenyataan. Semua yg terjadi ni bukan seperti yg eytha bayangkan. Semua ni ada penjelasannya. Ikut bang nif balik dan eytha akan tahu perkara sebenar yg berlaku.’ Nifzan memaut bahu eytha. dia merenung mata gadis itu yg dilumuri dengan air mata.
‘eytha tak perlukan penjelasan bang nif. Semua yg berlaku ni jelas di mata eytha. eytha tak buta dan pekak. Hati eytha dah hancur berkecai bang. Harapan eytha dah musnah.’
‘dik, dengar apa yg bang nif nak cakap ni. Zulaika bukan wife bang wan.’
‘bang wan tak payah la nak ambil hati eytha.’ eytha meleraikan pautan nifzan. Nifzan menarik lengan eytha dengan paksa. Dia mengheret gadis itu mengikutinya kembali ke mahligai mereka. Eytha meronta namun kudratnya tidak mampu melawan kekuatan nifzan. Semua mata memandang kehadiran eytha dan nifzan. Ikhwan memalingkan wajahnya. Hatinya sebak melihat gadis kesayangannya muram. Zulaika memimpin eytha menghampiri ikhwan. Eytha hanya menurut.
‘both of you need to talk.’ Zulaika mengamit umi, baba dan nifzan meninggalkan mereka berdua. Mereka menuju ke bilik masing-masing. Suasana sunyi menyelubungi ruang tamu. Masing-masing tidak bersuara. Eytha mengambil tempat duduk di sisi ikhwan. Perlahan, dia memeluk lelaki yg kini bertakhta di hatinya. Menumpahkan seluruh tangisan di dada lelaki tersebut. Ikhwan membalas pelukan eytha. mereka menangis bersama. Menumpahkan kesakitan di hati masing-masing. Ikhwan memaut dagu eytha lalu mengucup dahi gadis itu penuh kasih sayang.
‘abang takde banyak masa lagi sayang. Abang akan meninggalkan dunia ni bila-bila masa je dari sekarang. Abang Cuma nak sayang tau, abang benar-benar cintakan sayang. Tiada dua atau tiga.’ Perlahan, ikhwan mengungkapkan kata cinta yg lahir dari hatinya. Bergenang air mata eytha mendengar bicara telus dari ikhwan.
‘eytha sanggup bermadu bang. Jangan tinggalkan etha.’ Satu persatu air mata eytha mengalir saat menyebut perkataan bermadu. Ikhwan mengucup mata eytha.
‘zu bukan isteri abang. Dia Cuma doctor peribadi abang.’ Tanpa paksaan, ikhwan membongkar pembohongannya. Eytha tercenggang mendengar bicara ikhwan. Jantungnya bagai terhenti berdetik.
‘maafkan abang. Semua ni di luar jangkaan abang. Andai abang tau benda ni bakal terjadi, abang takkan memberi harapan kat eytha. abang sendiri pedih bila menyedari, abang bakal melukai insan yg abang sayang selama ini.’
‘eytha berhak mendapatkan cinta yg lebih indah dari orang lain. Hayat abang tak lama lagi sayang. Abang tak mampu bahagiakan sayang.’ Pedih hati ikhwan tika mengungkapkan kata-kata terakhirnya.
‘PANGGG!!’ satu tamparan hinggap di pipi ikhwan. Di mengerling eytha yg menahan amarah.
‘hanya abang yg boleh mengembirakan dan membuat eytha sedih. Eytha tak perlukan sesiapa pun untuk membahagiakan eytha. kalau abang tak perlukan eytha lagi, abang cakap je tapi jangan lepaskan eytha kat orang lain. Eytha takkan tingalkan abang walaupun abang halau eytha. tempat eytha di sisi abang. Eytha merayu, jangan buat eytha macam ni lagi. Kalau abang ada masalah, abang boleh share dengan eytha. eytha sentiasa ada untuk abang.’ Eytha kembali memeluk ikhwan namun kali ini pelukannya tidak berbalas.
‘kita kahwin?’ eytha berbisik perlahan di telinga ikhwan. Tidak ada perasaan malu di dalam hatinya kini.
‘tak boleh sayang. Abang taknak membebankan eytha bila abang takde nanti.’
‘eytha tak kisah bang. Berilah eytha peluang untuk menyayangi abang sebagaimana layaknya. Berikan eytha sesuatu untuk mengenang abang sebagai seorang yg eytha sayangi. Eytha terlalu menyayangi abang. Tolonglah bang, setujulah dengan permintaan eytha ni.’
************************************************** **********************
3 tahun berlalu….
Eytha perlahan meninggalkan tiga buah pusara yg sering mengamitnya ke situ setiap hari.
Dia mengatur perlahan langkah kaki yg kian menjauhi tanah perkuburan di situ. Di sanalah terbaring tiga jasad orang yg sangat di sayangi bersemadi buat selama -lamanya. Dia menghadiahkan senyuman khas untuk seorang lelaki yg sentiasa berada di sisinya tika senang dan susah. Terlihat di pelukan lelaki itu terdapat seorang bayi kecil yg berusia 2 tahun sedang nyenyak tidur. Di sisi lelaki ituterdapat sebuah kereta sorong yg menempatkan bayi kecil yg berusia 2 tahun setengah tengah ketawa melihat kedatangan eytha. Kedua-duanya nampak comel. Nifzan menyambut kehadiran eytha dengan senyuman yg sentiasa terukir di bibirnya.
‘eytha okey?’ eytha hanya mengangguk kecil. Dia mengangkat bayi yg berada di dalam kereta sorong tadi. Satu ciuman singgah di pipi bayi comel itu..
‘anak mama tak nakalkan?’ eytha mengagah-agah bayinya. Sesungguhnya, dia amat menyayangi bayi itu seperti anaknya sendiri. Bayi itu adalah satu-satunya peninggalan anggrita selepas dia meninggal dunia semasa melahirkan zuriatnya. Anggrita sempat menitipkan bayi itu kepada eytha sebelum dia menghembuskan nafas yg terakhir. Tidak lama selepas itu, ikhwan mengikuti langkah anggrita menemui Maha Pencipta sekalian alam.
Sesungguhnya, perit untuk eytha melalui saat-saat getir itu sendirian di tambah lagi dia tengah sarat mengandung. Dia bersyukur, dengan kehadiran umi dan baba banyak membantunya meneruskan hidup dan menjaga amanah yg di berikan kepadanya. Dia turut mengakui, nifzan banyak memberinya tunjuk ajar dalam meniti liku-liku hidup yg serba mencabar ini. Tanpa lelaki ini, masakan dia mampu terus bertahan. Sekarang, matlamat hidupnya Cuma satu iaitu, menjaga peninggalan orang-orang yg mencintainya dengan sepenuh hati. Hidup ini penuh pancaroba, namun dia bertekad, selagi cinta ikhwan mekar di hatinya, dia akan terus melangkah tanpa menoleh ke belakang lagi. Hidup mesti di teruskan.
*****TAMAT *****
hanis asyirah
07-14-2009, 02:28 PM
waaaaaaaaaaaaaaaaa :(( sedihnya
xsanggp utk menanggung penderitaan begini..
namun siapakah aku untuk menentukan segalanya
:(( :(( :((
jgn la cedih2 anis..
aku pn brsedih ni..
huahuahuahttp://www.laymark.com/i/m/m103.gif (http://www.laymark.com)
samaratungga
07-14-2009, 03:54 PM
finally...tamat
mampu menghibur hati
akhirnye...
hehehehe lma tol trpksa menunggu..
samaratungga
07-14-2009, 03:57 PM
betul2 menghabiskan pikiran ya
tapi akhirnya mantap juga
yach.. boleh la..
tp ngga tau lg apa komentar yg lain..
ending nya ngga epi kok..
samaratungga
07-14-2009, 04:01 PM
ending nya bagus, teknik ending yang bagus
wah klu mcm 2, makasih2..http://www.laymark.com/i/m/m091.gif (http://www.laymark.com)
samaratungga
07-14-2009, 04:06 PM
aku baca detail sume citer pop
tp rsa nyerr cerpen ni x menepati citarasa org lain la..
sebagai pembaca, sumer tringin ending nyerr epi kn?
ni sad ending..http://www.laymark.com/i/m/m003.gif (http://www.laymark.com)
hanis asyirah
07-14-2009, 04:09 PM
aku jua...mmg best...mantap bangat
hehe:p
hohohoho td sapa yg nangis ekk?http://www.laymark.com/i/m/m066.gif (http://www.laymark.com)
samaratungga
07-14-2009, 04:10 PM
aku jua...mmg best...mantap bangat
hehe:p
sama dong hehehe
trimas2..http://www.laymark.com/i/m/m177.gif (http://www.laymark.com)
samaratungga
07-16-2009, 05:20 PM
u r welcome :D
zahra
07-17-2009, 09:54 AM
hmm..npe sdih ending nye pop..igtkn hppy ending btween eytha dgn ikhwan..rse mcm cite zahra plk..lbh kurg sme..tp zahra t'pkse hadapi nye secara realiti..:(
mula2 mmg trpk nk bt epi ending tp last minute ubah fikiran..
tp epi ending pn dh bt cuma x jd nk post.. hehehe:)
sowie zahra, xde niat pn nk wat zahra sedih..:(
msa bt citer ni aku ngah brsedih,
sbb 2 ending pn sedih.. dh set kt pale, ending dia nk epi2
tp xtau pla knpa tba2 trsedih.. agk nyer sbb dh alami sndri keadaan ni kot..
bila some1 yg d syg passed away, so, mud pn sedih..
jd la ending sedih..
zahra
07-17-2009, 10:07 AM
nnti xmau la bt cite cdeh..huhu..t'igt zahra kt arwah bf zahra..
klu mcm 2, tukar jelah ending dier..
amacam?
zahra
07-17-2009, 10:32 AM
huhu..xpew pop..ni pun dh ok..heheh..cme ble bce cite ni..jd cdeh tu jew..tp really2 nice story..:)
trimas zahra n sowie sbb membangkit kn kembali kesedihan zahra.. so sowie..
zahra
07-17-2009, 10:42 AM
:)its ok..cinta x semestinye msti dimiliki btul x pop..kte dpt rse ksh sygnye wlaupun skjap cume pun dh ckup b'erti
yup tul 2..
memiliki pn x semesti nyer mencintai kn?
jnji penah rsa bhgia brsama..
zahra
07-17-2009, 11:03 AM
:)yup btul tu..
Powered by vBulletin® Version 4.1.12 Copyright © 2012 vBulletin Solutions, Inc. All rights reserved.