PDA

View Full Version : Jika Aku Jatuh Cinta Lagi

hot.choc
06-09-2009, 12:52 PM
Ya Allah, jika aku jatuh cinta lagi,
cintakanlah aku pada seseorang yang
melabuhkan cintanya pada-Mu,
agar bertambah kekuatan ku untuk mencintai-Mu.

Ya Muhaimin, jika aku jatuh cinta lagi,
jagalah cintaku padanya agar tidak
melebihi cintaku pada-Mu.

Ya Allah, jika aku jatuh cinta lagi,
izinkanlah aku menyentuh hati seseorang
yang hatinya tertaut pada-Mu,
agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta duniawi.

Ya Rabbana, jika aku jatuh cinta lagi,
jagalah hatiku padanya agar tidak
berpaling pada hati-Mu.

Ya Rabbul Izzati, jika aku jatuh cinta lagi,
rindukanlah aku pada seseorang yang
merindui syahid di jalan-Mu.

Ya Allah, jika aku jatuh cinta lagi,
jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku
merindukan syurga-Mu.

Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasih-Mu,
janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya
bermunajat di sepertiga malam terakhirmu.

Ya Allah, jika aku jatuh hati pada kekasih-Mu,
jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam
perjalanan panjang menyeru manusia kepada-Mu.

Ya Allah, jika Kau halalkan aku merindui kekasih-Mu,
jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan
aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepada-Mu.

Ya Allah Engaku mengetahui bahawa hati-hati ini telah
berhimpun dalam cinta pada-Mu,
telah berjumpa pada ketaatan pada-Mu,
telah bersatu dalam dakwah pada-MU,
telah berpadu dalam membela syariat-Mu.

Kukuhkanlah Ya Allah ikatannya.
Kekalkanlah cintanya.
Tunjukilah jalan-jalannya.
Penuhilah hati-hati ini dengan Nur-Mu
yang tiada pernah pudar.
Lapangkanlah dada-dada kami dengan limpahan keimanan
kepada-Mu dan keindahan bertawakal di jalan-Mu.

Ya-ALLAH Rabbul Jalil.
Amin....!

:x:x:x

Daniel
06-09-2009, 03:48 PM
jika akau jatuh cinta lagi...
biarlah cinta aku ni yg terakhir...x sanggup lagi merasa derita akibat putus cinta...

samaratungga
06-09-2009, 05:17 PM

Ya Allah... dengarkan rintihan hati choc ni... semoga dia temukan apa yang dia cari. Amin...

hot.choc
06-09-2009, 07:31 PM
jika akau jatuh cinta lagi...
biarlah cinta aku ni yg terakhir...x sanggup lagi merasa derita akibat putus cinta...

hahaha dah putus cinta lak. hari tu bagitau kat choc kata blom penah becinta. ni dah putus cinta.

memang tak laku ni :p

Ya Allah... dengarkan rintihan hati choc ni... semoga dia temukan apa yang dia cari. Amin...

dushh..dushhh...dushhhhhhhummmmmmmmmmmmmm......... ...

tu bukan rintihan ati choc la :p

hot.choc
06-09-2009, 07:32 PM
silver, choc tersilap lagi la. macam mana ni?

Daniel
06-10-2009, 03:42 AM
jika kita kehilangan cinta...pasti ada alasan di sebaliknya...alasan yang kadang kadang sukar untuk dimengertikan...namun percayalah bahawa ketika Dia mengambil sesuatu... telah Dia mempersiapkan sesuatu yang lebih baik untuk diberikan kepada kita...

jangan takut untuk bercinta lagi...:)

samaratungga
06-10-2009, 11:21 AM
tu bukan rintihan ati choc la :p
ya Allah yg Maha Pencinta... dengarlah bukan rintihan ati choc ni ..
berikan dia cinta yang dahsyat yang belum lagi dia dapatkan selama ini

hot.choc
06-10-2009, 10:23 PM
jika kita kehilangan cinta...pasti ada alasan di sebaliknya...alasan yang kadang kadang sukar untuk dimengertikan...namun percayalah bahawa ketika Dia mengambil sesuatu... telah Dia mempersiapkan sesuatu yang lebih baik untuk diberikan kepada kita...

jangan takut untuk bercinta lagi...:)

kadangkala kita bukan kehilangan cinta, tapi kita yang sengaja menghilangkan cinta tu.

so, bila daniel nak bercinta ni? :p

ya Allah yg Maha Pencinta... dengarlah bukan rintihan ati choc ni ..
berikan dia cinta yang dahsyat yang belum lagi dia dapatkan selama ini

dia tu sapa samara.

samaratungga
06-11-2009, 12:08 AM
dia tu sapa samara.
hot.choc :)

Daniel
06-11-2009, 04:11 AM
kadangkala kita bukan kehilangan cinta, tapi kita yang sengaja menghilangkan cinta tu.

so, bila daniel nak bercinta ni? :p

kurang faham ngan apa yg choc katakan...sengaja menghilangkan cinta tu cam mana...

entahlah...no komen tang bila nak bercinta lagi tu...tu rahsia ati daniel...orang tertentu jer yg bleh tau hehehe....

hot.choc
06-11-2009, 12:16 PM
hot.choc :)
kenapa doa tu untuk choc?

kurang faham ngan apa yg choc katakan...sengaja menghilangkan cinta tu cam mana...

entahlah...no komen tang bila nak bercinta lagi tu...tu rahsia ati daniel...orang tertentu jer yg bleh tau hehehe....
yelah, kadangkala cinta yang kita cari tu ada depan mata kita. tapi bila cinta tu dah hadir, kita tolak cinta tu. kita biarkan cinta tu.

rahsia hati yang bukan rahsia? dah berapa banyak kali daniel bagitau orang kat sini, lagi kira rahsia ker? :p

Daniel
06-11-2009, 03:15 PM

ok lah...rasa cam malas lak nak citer lagi bab cinta ni...lupakan lah...:)

hot.choc
06-11-2009, 03:30 PM
ok lah...rasa cam malas lak nak citer lagi bab cinta ni...lupakan lah...:)
terpulang...

samaratungga
06-11-2009, 03:57 PM
kenapa doa tu untuk choc?

aku tolong choc... lagi ramai yg berdoa lagi baik kan.. :D

btw. choc dah pandai quote ya..

hot.choc
06-11-2009, 07:32 PM
aku tolong choc... lagi ramai yg berdoa lagi baik kan.. :D

btw. choc dah pandai quote ya..
alahai, sapa pulak nak tolong choc doakan samara.
quote tu choc masih tak pandai nak buat yang multi-quote. jadinya choc guna cara sendiri, yang penting nampak macam multi-quote dan tak kene saman :D

samaratungga
06-11-2009, 09:13 PM
alahai, sapa pulak nak tolong choc doakan samara.
quote tu choc masih tak pandai nak buat yang multi-quote. jadinya choc guna cara sendiri, yang penting nampak macam multi-quote dan tak kene saman :D
dah cuba tanya mr. teddy?

hot.choc
06-11-2009, 09:37 PM
dah cuba tanya mr. teddy?
xper, choc try buat sendiri dulu. rasanya choc yang silap konsep :D

samaratungga
06-11-2009, 09:41 PM
bebanyak belajar ya
kalau dah pandai buat kenduri

hot.choc
06-11-2009, 11:13 PM
kenduri untuk apa tu en samara.....

yankumi
06-12-2009, 09:59 AM
Allahu Rabbi...
Izinkanlah bila suatu saat aku jatuh cinta
Pilihkan untukku seseorang yang hatinya penuh dengan kasih-Mu
dan membuatku semakin mengagumi-Mu..
Bila suatu saat aku jatuh hati
Pertemukanlah kami
Berilah kami kesempatan untuk lebih mendekati cinta-Mu...

hot.choc
06-12-2009, 02:05 PM

amin untuk kumi. moga doa tu dimakbulkan Allah :)

samaratungga
06-12-2009, 03:40 PM
kenduri untuk apa tu en samara.....
syukur kepada Tuhan kerana dah berhasil mendapat benda yang diinginkan atau dah dapat kerja

hot.choc
06-12-2009, 03:45 PM
syukur kepada Tuhan kerana dah berhasil mendapat benda yang diinginkan atau dah dapat kerja
choc tak pernah buat kenduri, selalunya sekadar belanja kawan-kawan :)

azizah al-idrus
06-17-2009, 02:04 AM
JIKA aku bercinta lagi.. ermm.. tatau bila la leh rasa apa itu cinta...

Jika aku bercinta lagi..
Akan ku bina rantai2 tali..
agar bisa ku terbang ke langit tinggi..
Kerna andai aku kecewa lagi..
Bisa ku kembali ke sini..
Untuk kesekian kali..

pop
07-28-2009, 04:36 PM
jika aku jatuh cinta lagi
butakanlah hati ku untuk mencintai
dengan sepenuh hati
supaya aku bisa
menjauh dr rasa sakit yg bisa menjalari relung hati
karna hanya cinta bisa membinasakan
dan mengindahkan hidup ku
andai kehadiran cinta itu hanya sementara
hadiahkanlah daku ingatan yg tlah tiada
agar aku bisa melupakan
sesuatu yg hanya akn merobek hati ku
yg tlah sedia remuk

BEE
08-06-2009, 10:42 PM
bee xmo jatuh cinta ag....xmo xmo xmo...

Hannie
08-07-2009, 09:33 AM
Jika aku jatuh cinta lagi... semoga cinta itu yg sejati, terakhir dan abadi... x sanggup tuk kecewa, menangis dan terluka lagi... YA ALLAH kau kuatkan lah hati hamba mu ini.... Amin..

apaibluess
08-07-2009, 11:54 PM
ya allah izinkan aku bernikah kali kedua.....huhuuhu

pop
08-08-2009, 09:40 AM
ya allah izinkan aku bernikah kali kedua.....huhuuhu

erkkk ada ati nk tmbh calon kew?http://www.laymark.com/i/m/m145.gif (http://www.laymark.com)

OrKiD_BiRu
08-08-2009, 09:45 AM
ya allah izinkan aku bernikah kali kedua.....huhuuhu

aduyaiii......ade ke doa camtu..... xbaek tau...kalo wife apai tau ni...iskkk sian beliau....huhuhuhu

pop
08-19-2009, 05:01 PM
jika aku jatuh cinta lagik..
aku nk lari dr menghampiri cinta itu..
runnnnnnn...http://www.laymark.com/i/m/m040.gif (http://www.laymark.com)

Hannie
08-20-2009, 02:03 PM
Adakah cinta tuk aku??

hot.choc
09-25-2009, 01:40 AM
aduyaiii......ade ke doa camtu..... xbaek tau...kalo wife apai tau ni...iskkk sian beliau....huhuhuhu
choc nak gelak pun ada ni. orkid, choc rasa apai tue kene tinggai isteri pertama. :-D