fai_wawa
04-30-2008, 05:36 PM
Sayang...
Aku mengakui bahawa diri ini terlalu sukar untuk melakukannya,namun apakan daya demi kebaikan bersama terpaksa jua aku melepaskan kau pergi walaupun hati kecil ini sering sahaja memberontak mengatakan tidak dengan sepenuh hati.Namun biarlah diri ini yang menanggung segala penderitaan kerana aku benar-benar merelakan.
Andai waktu dapat aku putarkan,ingin sahaja aku kembalikan waktu kepada keadaan yang dulu.Bukan menyesali dengan apa yang terjadi,cuma hati ini tidak pernah menyangka bahawa segalanya begitu cepat berlalu.Buat diri ini,hanya kau sahaja yang bertakhta dihati.Bukan tidak tidak dapat menerima takdir illahi yang kau bukan milikku lagi,tetapi kerana hati masih tidak berupaya untuk melupakan cinta dan kebahagian yang telah kau beri.Mungkin suatu hari nanti aku akan bertemu sebuah cinta yang baru,tetapi ianya tidak akan meghalang diri ini untuk terus menyayangi dirimu kerana padaku kau sememangnya bermakna dalam hidupku,kini dan selamanya.
Segala apa yang telah terjadi harap kau sematkanlah dihati agar menjadi suatu rahsia dan kenangan abadi,agar diri dan jiwa sering mengingati bahawa kita pernah mengikat janji pada sebuah cinta yang suci.Mohon maaf andai coretan ini menganggu hidupmu,bukan sengaja ingin meluahkan apa yang tersirat dihati,bukan jua berniat ingin memenangi hatimu kembali dan bukan juga ingin meminta belas simpati,tetapi hanya sekadar coretan biasauntuk mengubati jiwa yang terluka ini...