View Full Version : Cinta Hakiki
Hannie
05-28-2009, 06:01 PM
Dalam perjalanan hidup ini seringkali kita merasa kecewa. Kecewa sekali. Sesuatu yang luput dari genggaman, keinginan yang tidak tercapai, kenyataan yang tidak sesuai harapan. Akhirnya angan ini lelah berandai-andai ria. Sungguh semua itu telah hadirkan melangsa yang begitu menggelora dalam jiwa. Dan sungguh amat beruntung andai dalam saat-saat tergoncangnya jiwa, masih ada setitik cahaya dalam kalbu untuk merenungi kebenaran. Masih ada kekuatan untuk melangkahkan kaki menuju pada ketenteraman jiwa. Hidup ini ibarat belantara. Tempat kita mengejar berbagai keinginan. Dan memang manusia diciptakan mempunyai kehendak, mempunyai keinginan. Tetapi tidak setiap yang kita inginkan boleh terbukti, tidak setiap yang kita mahu boleh tercapai. Dan tidak mudah menyedari bahwa apa yang bukan menjadi hak kita tak perlu kita tangisi. Banyak manusia yang tidak sedar bahwa hidup ini tidak punya apa-apa. Betapa banyak manusia yang berjaya tetapi lupa bahwa semuanya itu pemberian Allah hingga membuatkannya sombong dan bertindak sewenang-wenangnya. Begitu juga kegagalan sering tidak dihadapi dengan betul. Padahal dimensi hakiki dari kegagalan adalah tidak tercapainya apa yang memang bukan hak kita. Padahal hakikat kegagalan adalah tidak terduganya apa yang memang bukan hak kita. Apa yang memang menjadi hak kita di dunia, entah itu rezeki, jabatan atau kedudukan, pasti akan Allah sampaikan. Tetapi apa yang memang bukan milik kita, ia tidak akan kita boleh miliki. Meski ia nyaris menghampiri kita, meski kita bersungguh-sungguhan mengusahakannya. Demikian juga bagi yang sedang angau atau ralat terhadap jodoh. Kadang kita tak sedar rahmat Allah tentang jodoh kita, bukannya meminta yang terbaik dalam istikharah kita tetapi benar-benar memohon Allah: "Sebaiknya harus dia Ya Allah! Harus dia, kerana aku amat mencintainya. " Seakan kita jadi yang menentukan segalanya, kita meminta dengan paksa. Dan akhirnya kalau pun Allah memberikannya maka tak selalu itu yang terbaik. Boleh jadi Allah tak mengulurkannya tidak dengan kelembutan, tapi melemparkannya dengan marah kerana niat kita yang tersimpang. Maka setelah ini wahai jiwa, jangan kau hanyut dalam nestapa jiwa berkepanjangan terhadap apa-apa yang luput darimu. Setelah ini harus benar-benar difikirkan bahwa apa-apa yang kita rasa perlu di dunia ini harus benar-benar perlu, bila ada kebenarannya dengan harapan kita akan bahagia di akhirat. Kerana seorang Mu'min tidak hidup untuk dunia, tetapi menjadikan dunia untuk mencari hidup yang sesungguhnya: hidup di akhirat kelak. :)
Daniel
05-29-2009, 01:06 PM
alahai...cam kecewa jer...sabar jer lah dan berdoa selalu...akan dapat cinta hakiki tu...
intanjiyana
05-29-2009, 02:23 PM
yessszaaaa btl kate daniel tue........:)
dolphin
05-31-2009, 10:16 PM
Bila Allah cepat makbulkan Doamu, Maka DIA Menyayangimu,
Bila DIA Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu,
Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu.
Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun...
Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya.:x
aida faizzua
06-02-2009, 02:52 PM

sedap ayat ni:D........faiz pnjam jap yer
nk wak kasi masak sme megi goreng, leh pin????.......huhuhuhuhu
p/s: faiz slalu xdpt per yg faiz impikan:(......kalu dpt pon bertaun2 br leh.....kdg2 sedih gak, slalu terpikir nape laa idup aku jd cam ni......
Daniel
06-02-2009, 02:55 PM

kena mandi bunga 7 hari tu hehehe...
aida faizzua
06-02-2009, 03:09 PM
pacik daniel duk oversea 2 meh ar kasi bunga oversea nung
lak kasi faiz mndi.........mne taw pah2 ni nasib faiz bertambah baik.......hohoho
http://www.laymark.com/i/m/m019.gif (http://www.laymark.com)
Daniel
06-03-2009, 04:42 AM
sini mana ada bunga...padang pasir jer hehehe...
sabar jer faiz...satu ari nanti...jumpa gak cinta hakiki tu...kalau xde bunga...amalkan... jangan mandi tuijuh ari hehehe....
aida faizzua
06-03-2009, 08:45 AM
cinta hakiki hanya tuk Allah SWT........:)
yg 2 lg baik dr segale bnda baik dlm donia ni.........
yg lain 2 mengarut jek........hhohohoho
http://www.laymark.com/i/m/m019.gif (http://www.laymark.com)
p/s: cinta hakiki pacik????:D:D
samaratungga
06-03-2009, 11:02 PM
aku setuju yg cinta itu mungkin menyakitkan
ada seorg tua pernah cakap cinta tak menyakitkan
terus beliau cakap, ibarat orang buta bagi pendapat tentang gajah
orang buta pertama cakap gajah tu panjang dan lembut, kerana dia hanya sentuh ekor gajah
orang buta kedua cakap gajah itu lebar mcm penapis beras
kerana dia hanya sentuh telinga gajah
kini aku jadi bingung mana yang benar
cinta tu menyakitkan atau tidak sih?
Hannie
06-04-2009, 02:14 PM
Satu kisah yang panjang Penuh dengan ranjau dan dugaan Cinta?Tercalit satu peristiwa penting dalam hidup.Hanya mainan perasaan atau satu kebetulan?
Kemana perginya sang dewa cinta?Dimana kuncinya?
Persoalan yang dibuai perasaan.Melihat keruntuhan dan kekecewaan.Adakah cinta ini satu permainan?Untuk mencintai dan dicintai, Perlukan keikhlasan sebenar Semakin ingin mendekatinya semakin sukar memahaminya Cinta datang dan pergi.Persoalan yang dibuai perasaan Melihat keruntuhan dan kekecewaan. Ketakutan dalam menghadapinya...Adakah sebab kelalaian?
dolphin
06-19-2009, 09:19 PM
cinta hakiki?
hmmm:-?
cinta yg dilandaskn demi keredhaan Ilahi:x
Hannie
06-22-2009, 09:51 AM
cinta hakiki?
hmmm:-?
cinta yg dilandaskn demi keredhaan Ilahi:x
Btol tu Dolphin... Cinta pada yg Esa tu adalah cinta yg hakiki....
sini mana ada bunga...padang pasir jer hehehe...
sabar jer faiz...satu ari nanti...jumpa gak cinta hakiki tu...kalau xde bunga...amalkan... jangan mandi tuijuh ari hehehe....
Klu x mandi tujuh ari alamat nya lari sume org.... hehehe....:))
dolphin
06-22-2009, 07:02 PM
manyak 'ong' itu petua:))
klu ad olang mau kenal sama lu itu kira betul2 punya cinta:))
Hannie
06-25-2009, 09:35 AM
manyak 'ong' itu petua:))
klu ad olang mau kenal sama lu itu kira betul2 punya cinta:))
Ha'ah lah dolphin... klu betul nak kenal mmg betul2 cinta sejati tu.... :)):))
dolphin
06-27-2009, 09:14 PM
hehehe..
ade ke yg nk bercinta ngn org yg xmandi 7ari?:))
Hannie
06-29-2009, 09:26 AM
Klu hati dah suka, apa pun bole jadi kan dolphin? hehehe...
dolphin
06-29-2009, 11:31 PM
Cinta itu adalah perasaan yang mesti ada pada tiap-tiap diri manusia,
ia laksana setitis embun yang turun dari langit,bersih dan suci.
Cuma tanahnyalah yang berlain-lainan menerimanya.
Jika ia jatuh ke tanah yang tandus,
tumbuhlah oleh kerana embun itu kedurjanaan, kedustaan, penipu, langkah serong dan lain-lain perkara yang tercela.
Tetapi jika ia jatuh kepada tanah yang subur,
di sana akan tumbuh kesuciaan hati, keikhlasan, setia budi pekerti yang tinggi dan lain-lain perangai yang terpuji.~ Hamka
Hannie
07-01-2009, 12:58 PM
best lah ayat ni, dophin....
mawar putih
07-01-2009, 05:39 PM

suke ayat dopin....mempunyai makne yg dalam...
Qistina_CindereLLa
07-01-2009, 06:29 PM
Cinta adalah kekuatan yg mampu
mengubah duri jadi mawar
mengubah cuka jadi anggur
mengubah sedih jadi riang..
mengubah amarah jadi ramah..
mengubah musibah jadi muhibah
sekalipun cinta telah kuuraikan
dan kujelaskan panjang lebar
namun juga cinta ku datangi
aku jadi malu pada keterangan ku sendiri..
meskipun lidahku telah mampu menguraikan
namun tanpa lidah
cinta ternyata lebih terang
sementara pena begitu tergesa-gesa menuliskan nya
kata2 pecah berkeping2
begtu sampai kepada cinta
dalam menguraikan cinta
akal terbaring tak berdaya
bagaikan keldai terbaring dalam lumpur
cinta sendiri lah yg menerangkan cinta
dolphin
07-01-2009, 06:42 PM
best lah ayat ni, dophin....
suke ayat dopin....mempunyai makne yg dalam...
maceh
pinjam kata2 dr.Hamka je pn..hehe
mawar putih
07-01-2009, 06:46 PM
syame2..mawar suke ayt tu dopin...xkesah la dr spe pun...:)
Powered by vBulletin® Version 4.1.12 Copyright © 2012 vBulletin Solutions, Inc. All rights reserved.