View Full Version : sehangat cinta ini
dilah_nuzirah
05-07-2009, 10:27 PM
“Aku terima nikahnya, Afrina Farzana binti Mohd Ashraf dengan mas kahwinnya RM80 tunai.” Dengan hanya sekali lafaz, Madzhar Hakimi sah menjadi suami Afrina Farzana. Begitu tenang sekali Madzhar Hakimi melafazkan akad nikah. Berdebar Afrina Farzana, apabila Madzhar Hakimi menyarungkan cincin di jarinya. Hanya Afrina Farzana saja yang menyintai Madzhar Hakimi. Tapi apa yang Nur Afrina Farzana harapkan hubungan ini akan berkekalan sampai akhir hayat. “Kimi, sekarang ni, kau dah jadi suami, jaga la isteri kau ni elok-elok.”Itu kata-kata abah yang masih terngiang-ngiang di telinga Afrina Farzana. “Baiklah, abah jangan risau, saya akan jaga Ina baik-baik.””Ina, jangan ikutkan sangat perangai budak-budak kau tu, kau dah jadi isteri orang.”Afrina Farzana memandang lelaki yang kini sah menjadi suaminya. Madzhar Hakimi, itulah lelaki yang kini menjadi suaminya.
laa.. ni je ke? ada ke x sambungan nye?
klu ada, cpt2 ye sambung.
aku da kemaruk nk bca cerpen ni..
zahra
05-08-2009, 11:20 AM
aa la pop..mne smbungan nye dila..wduh kok pendek bener cerpen ni:D
:)pop..if dh gitu sekli kemaruknye..cube pop surf koleksi cerpen..byk cerpen2 kt c2..novel pun dew..zahra dh bce sebhgiannye..not bad actually..
dh cri.. bnyk dh bca.. tp x pndai puas..
dilah_nuzirah
05-12-2009, 09:12 PM
aku pun baru cuba2 nak tulis cerpen ni...
saja nak bagi korang baca dia punya intro dulu...
ni dia nye sambungannya....
“Abang nak makan?” Tiba-tiba Afrina Farzana rasa janggal berhadapan dengan lelaki yang kini sah menjadi suaminya. Mereka berada di dalam bilik. Kimi hanya mendiamkan diri sahaja. Pertanyaan Afrina Farzana tidak dijawabnya.”Aku nak kau tahu aku lakukan semua ini, bukan sebab aku menyintai kau. Aku lakukan semua ini, sebab keluarga kita. Aku tak cintakan kau. Di hatiku hanya ada Zana.”Siapa Zana? Persoalan itu terus menjadi persoalan yang tiada jawapan.
Malam yang sepatutnya menjadi malam yang paling indah dalam hidup mereka, menjadi malam yang sepi. Madzhar Hakimi langsung tidak menyentuh Afrina Farzana. Dia menyuruh Afrina Farzana tidur di atas katil, dan mengambil bantal dan tidur di atas lantai. Malam itu Afrina Farzana tidak boleh tidur, dia hanya memerhatikannya tidur, Abang Kimi tidak menyintaiku, aku hanya bertepuk sebelah tangan. Afrina Farzana tahu, Madzhar Hakimi juga tidak boleh tidur di atas lantai yang sejuk itu. “Abang, tidur la kat atas katil ni, biar Ina tidur kat lantai, sejuk tidur kat atas lantai.” Afrina Farzana menyuruh Madzhar Hakimi tidur di atas katil.”Takpe la, kau tidur la kat atas katil, kau tak boleh tidur kat atas lantai, nanti badan kau sakit-sakit, aku jugak yang susah.” Madzhar Hakimi memalingkan badannya, cuba untuk tidur. Entah pukul berapa Afrina Farzana tidur, dia tidak tahu.
pooh_gurl
05-12-2009, 10:03 PM
hmm...
cam familiar plak jln cite cerpen nieh...
niways....gud effort though....
zahra
05-14-2009, 12:04 PM
hmm..dilah mne samb. nye..mcm best jew..pooh..zahra pun rse cm familiar..tp mgkn kebtulan kot..:D
intanjiyana
05-14-2009, 02:31 PM
awal2 lg da rase sedih......=((:((
dilah_nuzirah
05-15-2009, 10:22 PM
ye ke???
tak tau pulak korang rasa cam familiar...
oyait, ni sambungan dia
Keesokannya, pagi-pagi lagi Madzhar Hakimi mengejutkan Afrina Farzana,”Ina, bangun, kita sembahyang subuh sama-sama.”Afrina Farzana bangun dari tidur, ke bilik air, mengambil wuduk, dan buat kali pertama, Afrina Farzana solat subuh, diimamkan suami yang hanya berkuasa di atas kertas. “Boleh Ina tanya sesuatu?” Afrina Farzana bertanya kepada Madzhar Hakimi, sebaik sahaja mereka habis menunaikan solat subuh. “Kau nak tanya apa?””Kenapa abang teruskan jugak pernikahan kita, sedangkan abang menyintai orang lain?” “Kau nak tahu sangat hal aku ni, apa hal, kau jangan risau la, aku takkan abaikan kau.”Afrina Farzana hanya diam sahaja.”Siapa Zana yang dicintai suamiku?” Afrina Farzana cemburu dengan Zana. Tapi dia tahu cinta tak boleh dipaksa.” Bila abang nak balik Kuala Lumpur?” Afrina Farzana bertanya lagi. “Aku cuti dua hari jer, esok aku kena balik Kuala Lumpur. Aku nak kau ikut aku sekali.””Terima kasih, bang””kenapa kau berterima kasih pulak, aku tak buat apa-apa pun.””Terima kasih sebab, abang sudi terima Ina, walaupun Ina tahu Ina bukan sesiapa dalam hidup abang. Madzhar Hakimi terdiam.
“Mak, abang Kimi dah nak balik Kuala Lumpur esok, dia dapat cuti dua hari jer.””Ye ke? Mak ingat dia balik lusa. Sekarang ni kau dah jadi isteri orang, jaga la rumahtangga kau ni elok-elok.”Mak mengharapkan Afrina Farzana bahagia dengan Madzhar Hakimi. “Insya Allah, mak.” Hanya itu yang mampu Afrina Farzana katakan.
intanjiyana
05-16-2009, 09:19 AM
bile nak sambung lg ye?......
dilah_nuzirah
05-17-2009, 11:06 PM
Di hati Madzhar Hakimi hanya ada seorang perempuan yang bernama Afrina Farzana. Tapi dia tahu di hati Afrina Farzana hanya ada Hafizul Ilman, walaupun dia tak pernah memberitahu tentang perasaannya. Semasa melafazkan akad nikah, Madzhar Hakimi berharap, hubungan mereka akan berkekalan hingga akhir hayat. Dia takkan lepaskan gadis yang selama ini didambakan. Itu janji Madzhar Hakimi pada dirinya. Sebenarnya dia takut, akan kehilangannya, sebab itu, dia cepat-cepat masuk meminangnya. Takut jugak lamarannya ditolak, nasib baik lamarannya diterima, kalau tak, tak tahu la mana dia nak letak muka. Malu sangat.
Malam pertama, sengaja Madzhar Hakimi memberitahu Afrina Farzana, yang dia tidak menyintainya, sedangkan hatinya menangis, berkata demikian. Sengaja dia tak tidur di atas katil bersama dengan isterinya pada malam pertama mereka. Madzhar Hakimi teringat kali pertama dia berjumpa Afrina Farzana. Mereka belajar dalam kelas yang sama. Dia ingin mendekati Afrna Farzana, tapi dia malu. Madzhar Hakimi menggunakan khidmat kawan baik Afrina Farzana, Nur Azira untuk mendekatinya. Akhirnya, dia dapat juga nombor telefonnya. Itu pun sudah beberapa kali Madzhar Hakimi memintanya dari Nur Azira. Madzhar Hakimi cuba untuk menghubungi Afrina Farzana, dengan alasan untuk berbincang mengenai tugasan yang mereka lakukan bersama. Madzhar Hakimi mengajaknya berjumpa. Pada mulanya, Afrina Farzana enggan berjumpa Madzhar Hakimi, setelah dipujuk, akhirnya, Madzhar Hakimi berjaya. Mereka berjanji berjumpa di fakulti pada pukul 10 pagi. Excited punya pasal, pukul 9 pagi lagi,Madzhar Hakimi sudah berada di fakulti.
zahra
05-18-2009, 10:01 AM
:)mcm best...dilah ble nk smbung yew..hehe
intanjiyana
05-18-2009, 10:14 AM
ye la mcm best je......:x:x:x
bile nak sambung lg.....8->
dilah_nuzirah
05-18-2009, 10:45 PM
“Ina terlambat ke?””Tak la, Kimi yang datang awal, Ina dah sarapan?””Kenapa, Kimi nak belanja Ina makan ke, kalau Ina belum sarapan lagi?””Boleh jugak, Kimi pun belum sarapan lagi ni.”Mereka bersarapan bersama di kafeteria fakulti. Kali pertama Madzhar Hakimi melihat Afrina Farzana makan. Dengan penuh tertib sekali. Dia semakin jatuh hati dengan gadis ini. Afrina Farzana telah mencuri hatinya “Kimi, Ina dah cari maklumat yang kita nak kat dalam internet, bila Kimi nak maklumat tu? Kimi, hello” Malu betul Madzhar Hakimi, terlalu asyik tengok Afrina Farzana makan, sampai tak dengar dia cakap. “Kenapa Kimi tengok Ina camtu, Ina cantik sangat ke?” Cantik sangat. Tapi kata-kata itu hanya mampu dilafazkan dalam hati.”Siapa kata cantik, perasan jer perempuan ni, Mana maklumat tu?””Nah, ni maklumat yang Kimi nak.”
Kalau soal hati dan perasaan ni, memang Madzhar Hakimi lembap sikit. Dia tak tahu macam mana nak meluahkan apa yang tersirat dalam hatinya ni. Inilah kali pertama Madzhar Hakimi jatuh cinta. Dia takkan biarkan orang lain terutama Ilman yang selama ini, dilihat rapat dengannya. “Boleh Kimi tanya Ina satu soalan tak?””Tanya la, tapi jangan tanya soalan yang bukan-bukan, Ina bukan kaunter pertanyaan.”Tergelak besar Madzhar Hakimi mendengar Afrina Farzana berkata begitu. Boleh tahan jugak dia ni, kalau buat lawak.”Ilman dengan Ina tu ada apa-apa ke?”” Kenapa Kimi nak tahu?””Takde la, Kimi tak nak dia marah kalau dia tahu, Ina jumpa Kimi.”Afrina Farzana tersenyum. Madzhar Hakimi rasakan jantungnya berdebar-debar bila melihat senyuman itu.
intanjiyana
05-19-2009, 09:24 AM
:x:x:x:x:x
zahra
05-19-2009, 09:29 AM
:Dfinally dilah..xsbr nk bce smbungan nye..awat short jew dilah..cari ilham yek..
intanjiyana
05-19-2009, 10:02 AM
a'ah la zahra.....
dilah nak cr ilham dulu.....:)
dilah_nuzirah
06-09-2009, 10:14 PM
sori lar...
aku tak ingat lar kesudahan citer ni...
laptop aku rosak, tak leh nak betulkan....
ni pun aku gunakan lapop adik aku ni...
sori sangat, bagi sesapa yang ikuti citer ni....
:(:(:(
mawar putih
06-09-2009, 10:28 PM
la ye kew...huhuhu
cte ni best nk tau kesudahannya...
tp xpe la nk wat cane...
it's okay dilah...
arashi84
06-09-2009, 10:37 PM
ala...mcm best cite ni...
xpe dillah...sabar menanti..8->
dolphin
06-28-2009, 12:39 AM
alahaiii
xd sambungan ek..huhu
xpe2..wonderpets dtg membantu..;))
silver_planet
06-28-2009, 08:22 AM
haha, nk wat caner...
kerosakan teknikal,
muahaha... :))
hanis asyirah
07-06-2009, 02:10 PM
bestnyer...smbung la lg;;)
Powered by vBulletin® Version 4.1.12 Copyright © 2012 vBulletin Solutions, Inc. All rights reserved.