pop
04-14-2009, 02:24 PM
oleh Noor Aisyah mokhtar
org kata, jangan benci sangat pada seseorg, kelak kita akan menyintainya separuh mati. walau tidak termaktub dalam kitab, namun kata2 inilah yg diperturunkan dari generasi ke generasi.
pepatah inggeris pula ada menyebut, it takes a second to know someone, a minute to like someone, an hour to love someone but it takes the rest of your life to forget your love one. tiada kajian saintifik membuktikan kesahihannya kerana proses kehidupan manusialah yang menjadi saksi kebenaran pepatah tersebut.
kata org, cinta pertama sukar di lupakan walau datang cinta lain kemudiannya. aku menyangkal. perjalanan hidupku membuktikan sebaliknya. tidak semua orang bertuah memiliki cinta pertama sebagai cinta sejati. bagiku, cinta pertama utk di kenang. cinta yang datang kemudiannya mungkin cinta sejati.
kita tidak tahu bila kita akan bertemu cinta sejati kita. mungkin pada cinta pertama, kedua, ketiga atau akhirnya kita menyedari bahawa cinta sejati kita hanyalah pada ilahi. namun aku bersyukur kerana cinta sejatiku pada penciptalah yang mempertemukanku dengan insan yang salah dahulu sebelum menemui cinta sejati ku.
usiaku genap 22 thn 3 hari lepas. aku punya kisah cinta yang padan dengan pepatah tersebut. ya, kerana bencilah aku menahan rasa cinta separuh mati kini. walau pun baruku tinggalkan hampir empat bulan lalu, aku yakin dan percaya, cinta itulah yang akan terusku kenang selamanya.
dia, banyak mengajarku bidang ilmu yang ku cintai, arkitektur. dia dengan sinis, sering menegurku tanggungjawab dan peranan seorang insan. dia, kutinggalkan bersama kenangan. pastilah kerana cintaku ini pernah bergelar pensyarah, juga mantan suamiku.
"saya cabar awak."
"saya cabar awak kahwin dengan saya sebaik sahaja awak habis belajar, which means in this three month time. it's just a challenge. if u aren't dare to, i bet u to tell me all the reasons why u hate me so much. well, wat would u say?"
cabarannya langsung tidak mengujakan namun ayat terakhirnya benar2 mencabarku. aku terima cabarannya asalkan dia juga menyahut cabaranku-kecuali ketika upacara membatalkan wuduk di majlis akad nikah, aku mencabarnya agar tidak langsung menyentuhku. saat dia menyentuhku, talak jatuh ke atas ku. dengan wajah selamba dan senyuman sinis, dia menyahut cabaranku. termeterailah perjanjian kami malam itu bersaksikan rakan2ku. GILA.
lawatan akademik paling menyayat hati. rakan2 menghakimi perbuatanku. pelbagai pertanyaan mereka lontarkan. pulang dari bali dan kembali meneruskan pengajian, saban hari mereka memujukku melepaskan cabaran. asal saja en zhafran mengajar, suasana janggal. kerap dia menghasutku dengan sinis supaya melepaskan cabarannya. lemas, kadang kala berasa hampir tewas namun janji tetap janji. aki mahu lebih tabah, lebih kuat. cukuplah kisah lama.
hakikatnya aku tidak tahu salahku hingga begitu sekali dia membenciku. aku hanya insan biasa dengan rutin hidup normal, suka mengelamun dan tiada keistimewaan lain.
seingatku, hari pertama semester ketiga, dia hadir memperkenalkan diri sebagai en zhafran, mengajar reka bentuk seni bina. panggilan formal dan santai, sir zhafran. satu tabiatnya, setiap kali dia bertanya ya atau tidak, kami perlu menjawab, "yes sir!" atau "no sir!" dengan tegas. aneh.
entah mengapa setiap kali dia menyebut namaku, aisyah, aku rasa menyampah. walaupun begitu, aku tetap menghormatinya. dia prihatin dengan kerjaku, tidak pernah sekali pun dia mungkir singgah di meja ku ketika sesi tutorial. komennya yang tegas dan membina menyenangkanku. realitinya, dia juga penyumbang kepada kejayaanku beroleh A dalam subjek tersebut. untuk itu, aku amat berterima kasih.
entah mana silapnya, sikap ramah dan prihatinnya terhadapku cuma bertahan satu semester sahaja. menginjak ke semester keempat, ada saja sikap dan perbuatanku yang tidak kena di matanya. sesi tutorial, dia tidak lagi singgah di mejaku. sesi pembentangan, dia jarang menumpukan perhatian namun banyak pula komen dan sindirannya. kadang kala, terasa seperti diaibkan.
rakan2 menyuruhku bersabar. mereka juga hairan dengan perubahan tingkahnya terhadapku. aku muhasabah diri, mencari khilaf yang mungkin menggurisnya. namun aku buntu. perasaanku yang sedih dengan perlakuannya bertukar benci lalu aku juga bersikap dingin terhadapnya.
benar, kebencian bernanah andai kita tidak merawatnya. setahun di biar, akhirnya 'nanah' itu pecah lalu terluahlah segala kebencian. malam persembahan kebudayaan malaysia-bali menjadi saksi kebencian kami yang akhirnya bertukar tragedi. dalam amarah, kami saling mencabar disaksikan rakan2. aku akan pastikan kemenangan menjadi milikku.
menghormati syariat dan adat, dia melakukan semua yang sepatutnya-menghantar rombongan dan merancang majlis. ibu tergamam tatkala cincin emas di hulurkan datin afifah. bila di tanya, tenang saja kami menjawab, dah jodoh. kami memang pandai berlakon, mesra dan ramah di khalayak ramai.
rabu, peperiksaan akhir tamat. sabtu, hari 'bahagiaku' menjelang. majlis akad nikah bersekali resepsi di sambut meriah. tidak henti2 aku menguntum senyum 'bahagia'. pastilah, sebentar nanti aku akan memenangi cabaran ini. hatiku ketawa puas.
selspas zuhur, bersaksikan seluruh ahli keluarga, pensyarah dan rakan2, kami diijabkabul. saat bertentang mata dengannya dan menguntum senyum, aku sayu. walaupun sekadar permainan, akhirnya aku bergelar isteri. bodohkah aku?
cabaran bertukar tangan. kehidupan kami unik. tiada bulan madu. di kondonya, kami tinggal berlainan bilik. dingin dan terasing. tiada interaksi yang kerap, bertegur sekadar bertanya perkara yang patut, mengejutkan subuh atau saling menyindir. makan biasanya asing, dia di dapur dan aku di hadapan tv. aku menjalani kehidupan yang bahagia sepanjang menyiapkan tesis akhir pengajian bersama 'suamiku'. dia juga berpegang pada janji. aku rasa selamat walau tidak mengunci pintu bilik di malam hari.
keadaannya yg demam teruk 1 pagi sebulan selepas pernikahan kami menyedarkanku. dalam demam dan batuk, dia berkeras tidak mengizinkanku menyentuhnya, bimbang nanti jatuh talak. gila aku dibuatnya. kutegaskan sekali lagi syarat cabaran, hanya dia yg tidak boleh menyentuhku, bukan aku. selama 3 hari menjaganya, aku menyediakan makanan, menyuapkan ubat, menuam dahinya, mengelap badannya malah menemankannya hingga tidur. kami cuma diam, kadang kala aku perasan genangan air matanya. sepanjang itu dia berusaha tidak menyentuhku. betapa dia berpegang pada janji. aku bungkam. mengapa?
selepas dia pulih, kehidupan kami kembali normal. runsing dengan sikapnya dan tertekan menyiapkan tesis, fikiran dan kesihatanku terganggu. walaupun demam, aku nekad menyudahkannya. gagal. panas badan menghentikanku. tinggal beberapa muka lagi ketika aku tertidur di depan komputer pukul empat pagi. jam 1 ptg terjaga, aku panik. komputerku di tutup. pandanganku menangkap 3 buah buku berkulit keras siap dijilid dengan namaku di atasnya. kusemak hingga helaian terakhir. itu tesisku! semua fakta dan hujah yg kulakarkan disampaikan dengan terperinci, padat dan lengkap dengan gambarajah. sebahagiannya bukan kerjaku, pasti kerja dia.
maaf saya siapkan, takut awak tak sempat hantar sebelum pukul 5. jgn risau, saya bukan pensyarah penilai. makanan dah disediakan, makanlah. kalau tak larat drive, call me, i'll fetch u. i'm half day today. so then, take care. again, sorry.
-zhafran-
nota kecil tersebut membuatkanku terjelepok ke lantai. aku menangis, meraung kecil. geram dan menyampah, sebal. cukuplah!
(bersambung)