PDA

View Full Version : Di Mana Cinta?



Alang
12-10-2007, 07:01 PM
MUNGKIN ANTARA KITA YANG PERNAH TERBACA KISAH NI..
KISAH YANG BANYAK PENGAJARAN
ADA KEBENARAN YANG TERSEMBUNYI..
HAYATI...

Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan
di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah
bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si
suami. Ini dialog mereka

Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?

Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang
menyayangi dan mencintai Sayang!

Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan
abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.

Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa
abang memang cintakan Sayang!

Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada
saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman
lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk
puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya

Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata
"Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang
merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis
dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!"

Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi.
Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma.

Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang
disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital.
Surat tersebut berbunyi begini :

"Sayang!Jika disebabkan suara aku mencintai mu... sekarang bolehkah
engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika disebabkan
kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu...sekarang bolehkah engkau
menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika
disebabkan senyuman aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau
tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan
setiap langkah aku mencintai mu.... sekarang bolehkah engkau melangkah?
Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika cinta memerlukan
sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi.
Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini,
selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik
dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu... ia
boleh dirasai dalam hati."

Mr Teddy
12-10-2007, 07:36 PM
wah...mantap2. best artikel ni.

btw memang betul pun, cinta ni memang payah nak diungkap. even pada saya pun saya sukar nak terangkan sebagaimana saya sayang pada mrs teddy. hik3. :D

-mr teddy.

Mrs Teddy
12-10-2007, 08:46 PM
wah...mantap2. best artikel ni.

btw memang betul pun, cinta ni memang payah nak diungkap. even pada saya pun saya sukar nak terangkan sebagaimana saya sayang pada mrs teddy. hik3. :D

-mr teddy.

btul tu.. n sbnrnye ble kter syg kat org tu,mmg xde sbb coz cinta tu yg akn dtg sendiri.. bkn kerana paras rupe or budi pekerti shaja.. cayang mr teddy jgak.. :)

Nurul
12-14-2007, 09:39 PM
best la cita ni...tersentuh lak hati nurul... :o

Anggun_sejati
12-19-2007, 10:31 AM
sesungguhnya cinta itu memang maha karya agung....

Nurul
12-19-2007, 12:59 PM
sesungguhnya cinta itu memang maha karya agung....

mcm lagu plok...lagu apa eh...:D

Alang
01-07-2008, 08:13 PM
Alang tak rasa 'lady' jerr selalu tanya soalan ni..sebab lelaki pun sama..
Selagi tak dapat jawapan..selagi tulah tunjuk muka tak puas hati..
Sori pada mana-mana lelaki..


.....Setiap soalan pasti ada jawapannya.....

Mr Teddy
01-08-2008, 02:35 PM
yup. lelaki pun ada gak tanya. he3. tak semestinye perempuan je.

-mr teddy.

Alang
01-08-2008, 08:32 PM
hmmm...nampaknya az ada penyokong..

shafa
02-05-2008, 02:44 PM
xsemua Kisah Cinta Bahagia

Alang
02-05-2008, 08:22 PM
itulah takdir namanya shafa..

adkala kita bahagia..
adakala kita derita..

adkala kita di atas..
adakala kita dibawah...

muhasabah diri adalah yg terbaik..
-amin-

sha
02-20-2008, 09:28 PM
Bila bahagia... ingatlah saat kita berduka.
Jangan lupakan rasa sakit yang pernah dirasai..
Kerana rasa sakit itu,boleh jadi penawar kelukaan bagi yang mengerti..
Rasa sakit juga membuatkan kita lebih bahagia pada masa akan datang,
kerana dengan kesakitan itu...
kita lebih menghargai kebahagiaan yang kita kecapi kini..

Alang
02-22-2008, 02:32 PM
hmm...renung-renungkan..

sha
02-23-2008, 07:44 PM
hmm...renung-renungkan..

Dan selamat beramal !!

Nurul
02-26-2008, 12:24 PM
kalau tak bahagia,bukan cinta la nmnya shafa...

Alang
02-28-2008, 07:34 PM
sha..sha..asyik nak menyambung jerr...

teringat lak kat mesrarx...