PDA

View Full Version : Strok 'Intim' Dengan Makanan Segera



qiqi anura
04-12-2009, 12:16 PM
Bukan menakutkan tetapi kenyataan berdasarkan kajian saintis dari Universiti Michigan, Amerika Syarikat (AS). Menurut Profesor Neurologi, Dr Lewis B. Morgenstern, lebih banyak outlet makanan ringan dibuka berhampiran dengan kawasan kediaman, risiko strok meningkat sehingga 13 peratus. Data yang dikumpulkan di kawasan Nueces County, Texas dari Januari 2000 hingga Jun 2003 mendapati kes strok 'ischemic' adalah 1,247. Dianggarkan 700,000 kes strok dicatatkan di AS dan kebanyakannya 'ischemic' (salur darah tersumbat). Ini kerana makanan segera punca obesiti yang kemudian yang menyebabkan strok.

blezy88
04-14-2009, 03:51 PM
mm.,.kena boikot mkanan segera la ni,.,
kena strok,.,x igt skit dia mcm mana,.
sediakan payung sblum hujan..
:)