PDA

View Full Version : Lelaki 'Bertoksin' Bahayakan Keturunan



qiqi anura
02-22-2009, 05:04 PM
Saintis mendakwa tabiat merokok, mengambil minuman keras dan pendedahan kepada pestisid sewaktu sedang mencuba untuk mendapat anak akan membahayakan keturunan yang bakal dilahirkan. Pendedahan terhadap toksin daripada alam sekitar dikesan boleh menyebabkan perubahan genetik yang diperturunkan untuk generasi masa depan. Manakala merokok, minuman keras dan kokain berupaya mengubah kandungan bahan kimia dalam air mani. Kajian oleh penyelidik Universiti Rutgers ini membertiahu 60 peratus kelahiran bayi cacat tidak diketahui puncanya dan wujud hubungan kait antara lelaki bertoksin dengan ketidaksuburan, kelahiran pramatang, keguguran dan masalah kesihatan bayi.